PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Tuesday, January 15, 2013

Himpunan 1 Hati Demimu Palestin

12 Januari 2013, Putatan - PSS telah dijemput oleh Aman Palestin (Sabah) untuk menyampaikan sebuah persembahan dalam Himpunan 1 Hati Demimu Palestin. Program ini turut dijayakan oleh beberapa persatuan dan badan bukan kerajaan yang lain seperti Persatuan Belia Putatan, Persatuan Permotoran Sabah, dan banyak lagi.


PSS telah mempersembahkan persembahan sketsa Palestin yang dijayakan oleh 20 ahli PSS & KRU Kota Kinabalu. Program singkat ini juga turut dimeriahkan dengan penampilan istimewa Imam Muda Ali Khairuddin dan saudara Heliza Helmi. IM Ali telah menyampaikan dua buah lagu iaitu lagu Damai Yang Hilang (Nowseeheart) dan lagu Hambamu (Akustik) manakala Heliza pula telah menyampaikan sebuah sajak dan sedikit perkongsian pengalamannya ke Gaza.

Semoga program seumpama ini dapat diteruskan untuk menyebarkan lagi kesedaran kepada masyarakat tentang isu sejagat ini.



Koleksi Gambar di sini.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons