PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Tuesday, May 1, 2012

Bengkel Pengurusan Organisasi KRU Kota Kinabalu

Perbincangan Lajnah Kepimpinan dan Organisasi 

Alhamdulillah, selesai sahaja dari Mesyuarat Agung Tahunan KRUKK kali ke-5 pada 29 April yang lalu, satu Bengkel Pengurusan Organisasi yang menekankan tentang pengurusan yang teratur dalam organisasi dijalankan buat pimpinan baharu dalam KRUKK sesi 2012/2013.

Program ini telah dibuat di PASTI U.A Kingfisher Sulaman pada 1 Mei 2012 bersamaan pada hari selasa. Program sehari ini yang bermula pada jam 9 pagi dan tamat pada jam 5 petang telah dihadiri dari pimpinan KRUKK yang baru dan turut dialu-alukan juga kepada pimpinan yang lama untuk menyertai bengkel ini.

Seramai 7 orang muslimin dan 10 orang muslimat yang menyertai bengkel ini.

Moderator sepanjang bengkel ini adalah Saudara Renifezri selaku Pengerusi PSS KK juga pemantau kepada KRUKK.

Ingin diterangkan disini beberapa agenda semasa bengkel ini berlangsung.
Bukaan Majlis
Ta’aruf
Pembentangan Spesifikasi Tugas
Visi, Misi & Objektif KRUKK
Takwim KRUKK
Penutup

Bengkel ini dimulakan dengan bacaan ummul quran Al-Fatihah yang dipengerusikan oleh Saudara Renifezri. Seterusnya, Slot Ta’aruf kepada semua yang hadir dalam bengkel tersebut. Keunikan ta’aruf yang dibawakan ialah perlu perkenalkan nama, tempat tinggal, umur, sebab kenapa dipilih dalam jawatan yang disandang dan perkara apa yang tidak disukai dalam organisasi.
Saudara Renifezri – Moderator
Pembentangan Spesifikasi Tugas KRUKK

Selesai itu, Pembentangan Spesifikasi Tugas lajnah diterangkan oleh Saudara Renifezri secara terperinci. Tambahan dalam pembentangan itu pula disertakan pembentangan mengenai Visi, Misi & Objektif KRUKK pada tahun ini. Pembentangan ini berlangsung selama 2 jam 15 minit.

Jam 11.30 pagi, bengkel berehat seketika dan bersedia untuk makan tengahari. Muslimah yang ada diarahkan untuk menyediakan makan tengahari dan Saudara Renifezri telah membelanjakan segala tanggungan makan untuk bengkel tersebut. Besar jasamu wahai Saudara Renifezri
Rehat selepas pembentangan

Selesai makan tengahari, muslimin dan muslimat bersedia untuk menunaikan solat zohor secara berjemaah. Tepat pada jam 1 petang, semua menunaikan solat secara berjemaah.

Alhamdulillah, selesainya solat zohor, semua yang hadir berehat seketika sebelum agenda yang seterusnya.
Rehat seketika =)

Jam 2 petang, bengkel dimulakan. Agenda seterusnya ialah membuat Takwim KRUKK yang teratur. Namun sebelum itu, setiap seorang dari pimpinan KRUKK diberi sehelai kertas kosong oleh Saudara Renifezri dan diarahkan untuk menulis apa sahaja bentuk program yang ingin dibuat. Masa yang diberi ialah selama 5 minit dan akan dibentangkan setelah selesai.
Pembentangan Cadangan Takwim dari Saudari Shuwatie

Selesai sahaja pembentangan dari setiap pimpinan, Saudara Renifezri mengarahkan pula untuk setiap pimpinan berada dalam lajnah masing-masing dan bincangkan takwim yang ingin dibuat pada tahun ini. Selain itu, ahli majlis tertinggi diarahkan untuk berada di lajnah yang ditetapkan bagi memantau setiap pergerakan lajnah tersebut.
Perbincangan Lajnah Tarbiyyah dan Dakwah
Perbincangan Lajnah Penerbitan dan Informasi

Perbincangan ini diberi masa selama 45 minit. Setiap ahli lajnah telah diberi panduan untuk tugasan tersebut.

Masa pun berlalu, tugasan yang diberi pun sudah tamat. Perbincangan tepat berakhir pada jam 3.oo petang. Semua pimpinan diarah untuk kembali ke tempat asal bagi membentangkan segala cadangan takwim program untuk tahun ini.

Pembentangan yang pertama dimulai dari Lajnah Kepimpinan dan Organisasi, seterusnya dari Lajnah Penerbitan dan Informasi dan diakhiri dengan pembentangan dari Lajnah Tarbiyyah dan Dakwah. Dalam setiap pembentangan cadangan takwim tersebut, ahli yang lain dibenarkan untuk melontarkan sebarang soalan untuk setiap cadangan tersebut.
 

Segala cadangan takwim tersebut telah dicatat dan akan diperkasakan semula. Saudara Renifezri membuat kesimpulan bahawa setiap dari cadangan takwim tersebut akan dibawakan dahulu kepada PSS Pusat dan akan dimaklumkan kelak. Bengkel ini hampir sampai ke penghujung agenda. Tepat pada jam 4 petang. Segala pembentangan mengenai cadangan takwim KRUKK ini berakhir.

Saudara Renifezri membuka ruang bagi setiap ahli yang hadir untuk memberikan sebarang komen mahupun pendapat mengenai bengkel tersebut dan apa-apa sahaja perkara yang ingin dikongsikan. Beberapa ahli memberi maklum balas mengenai perkara tersebut. Segala perkara yang dilontarkan semasa bengkel telah dicatatkan dan akan diperkasakan semula.

Bengkel Pengurusan Organisasi diakhiri dengan bacaan Tasbih Kafarrah dan Surah Al-Asyr. Bengkel tamat pada jam 4.30 petang.
Allah Maha Besar. Kalimah Allah di langit semasa bengkel berlangsung.
Beransur hilang selepas 4 minit

Alhamdulillah, segala perancangan berjalan seperti yang dirancangkan. Berkat rahmat dari ALLAH, bengkel pada hari ini dapat dibuat. Semoga pimpinan KRUKK sesi 2012/2013 bisa menjalankan amanah dan tanggungjawab yang sudah diberi dengan baiknya. InsyaAllah segala amal baik kita ini Allah lihat dan beri ganjaran.

Semoga pengisian dalam bengkel ini dapat dipraktikkan dan diusahakan. InsyaAllah. Semoga berjumpa lagi di program yang akan datang.

Assalamualaikum w.b.t.

“Remaja Hari Ini Pemimpin Hari Esok”

Sumber : http://krukotakinabalu.wordpress.com/2012/05/07/bengkel-pengurusan-organisasi-krukk/

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons