6 Oktober 2012 : Persatuan Siswazah Sabah (PSS) dan Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Kawasan Penaja Kota Belud telah mengadakan satu rehlah yang mengumpulkan semua ahli PSS dan KRU Kota Belud. Objektif utama rehlah ini diadakan ialah untuk mengeratkan lagi silataurrahim antara ahli PSS dan KRU seterusnya mengurangkan sedikit kerisauan pada adik-adik KRU yang bakal menghadapi Perperikasaan Menengah Rendah(PMR) yang hampir tiba. Agak unik rehlah pada kali ini, dimana pada kebiasaannya rehlah PSS dan KRU KB diadakan di tepi pantai ataupun tepi sungai. Namun pada kali ini, puncak Bukit Bendera Kota Belud telah menjadi pilihan. Ekspedisi mendaki bukit bendera ini diketuai oleh sdr. Ahmad Fauzi Saifuddin merangkan Timb. Presiden 1 PSS Pusat.
Setelah beberapa bulan ahli-ahli KRU dan PSS sibuk dengan pengurusan program-program kawasan yang dirancang. Hampir terlupa bahawa diri ini juga perlu di’program’kan. Atas sebab itulah kami dibawa menyertai ekspedisi pada kali ini. Ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh senior-senior PSS yang terdahulu. Semua peserta diarahkan berkumpul di perkarangan masjid seawal 6 pagi bagi mendengar sedikit taklimat perjalanan daripada Sdr. Ahmad Fauzi. Hampir 30 orang ahli PSS dan KRU telah menyertai rehlah pada kali ini. Aspek-aspek keselamatan telah diingatkan dan beberapa tugasan juga diberikan kepada para peserta. Setiap kumpulan diminta untuk membawa telur mentah dan makanan seperti roti. Arahan seterusnya ialah, setiap peserta diminta untuk mencari kayu api bersaiz sederhana untuk dibawa naik ke puncak bukit.
Setibanya di kaki bukit bendera, regangan dilakukan terlebih dahulu bagi mengelakkan berlakunya kekejangan sepanjang perjalanan ke puncak bukit bendera. Selepas bacaan doa, ekspedisi dimulakan dengan peserta muslimin terlebih dahulu yang mendahului perjalanan diikuti oleh peserta muslimat. Terdapat beberapa kawasan curam dan memakan masa yang lama untuk para peserta melalui laluan tersebut. Namun semangat kerjasama ditambah lagi dengan semangat untuk sampai ke puncak memudahkan lagi para peserta melalui cabaran ini. Terdapat beberapa checkpoint yang perlu dilalui sebelum sampai ke puncak.
Checkpoint 1 dan 2.. ooh kayu api..?
Pada checkpoint pertama, semua peserta diminta untuk mengangkat kayu api yang telah mereka perolehi sepanjang perjalanan. Seorang peserta mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 5 kayu api sebelum sampai ke puncak. Sdr. Ahmad Fauzi, meminta para peserta membuang kayu api yang bersaiz kecil dan hanya membenarkan mereka membawa kayu api yang bersaiz sederhana ataupun besar ke puncak. Ramai di kalangan para peserta yang terpaksa menggantikan kayu api dan mencari kayu api yang lain. Setibanya di checkpoint kedua, Sdr. Fauzi sekali lagi memeriksa semua kayu api yang dibawa oleh peserta.
Bukan puncak?
Dari jauh kelihatan puncak yang berkabus, semangat untuk mendaki semakin kuat dan kepenatan hilang sedikit demi sedikit. Setibanya di tempat tersebut, semua peserta dimaklumkan bahawa tempat tersebut bukanlah puncak dan hanya beberapa minit lagi perjalanan untuk sampai ke puncak yang sebenar. Walaupun agak kecewa, namun semua peserta meneruskan perjalanan hingga sampai ke puncak. Selepas beberapa minit, akhirnya semua peserta tiba ke puncak. Kepenatan hilang apabila melihat pemandangan yang sangat indah dari atas puncak. SubhanaAllah. Sungguh ciptaan Allah itu sangat cantik dan indah. Semua pesera berehat sebentar dan mula memasak secara rimba bekal-bekal yang dibawa ke puncak. Selepas menjamu selera, sedikit pengisian disampaikan oleh Sdr. Ahmad Fauzi Saifuddin.
Manisnya ibrah..
Semasa sesi pengisian. Sdr. Fauzi merungkai satu persatu mengapa rehlah pada kali ini berbeza dari rehlah sebelum ini. Tujuan pemilihan bukit bendera adalah cabarannya yang agak berbeza dari tempat-tempat yang lain. Perjalanan ke puncak bukit samalah seperti perjalanan kita sebagai seorang daie. Cabaran sepanjang laluan menyerupai mehnah dan tribulasi yang akan kita lalui sepanjang bergerak kerja. Mengapa semua perserta dikehendaki membawa kayu api yang besar?. Ia sama lah seperti amanah yang dipikul oleh seorang Daie. Satu amanah yang berat dalam menegakkan agama Allah S.W.T. Tempat yang disangka puncak menunjukkan bahawa perjuangan seorang Daie sebenarnya tiada penghujung. Kadang kala kita menyangka kita sudah menang, namun hakikat kemenangan dalam perjuangan hanyalah di akhirat nanti. Akhir kalam, rehlah kali ini membuatkan mata hati kami terbuka tentang hakikat sebenar perjuangan. Satu tugas yang rumit dan mencabar, namun berkat usaha, doa, dan niat yang betul.InsyaAllah.. semuanya akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T..
Koleksi gambar disini
Disediakan Oleh,
Zahariah binti Mastar
Exco Penerbitan dan Publisiti
PSS Kawasan Penaja Kota Belud
0 comments:
Post a Comment