Assalamualaikum ..
Whiteboard ~ agak-agak muka siapalah tu ?
Alhamdulillah , sekali PSS dan KRU Beaufort telah berjaya menjalankan satu program iaitu Qiamullail Perdana PSS dan KRU Beaufort Oktober 2012 biarpun musim peperiksaan melanda di sekolah-sekolah sekitar daerah Beaufort. Program Qiamullail kali ini juga bertemakan "Erti Sebuah Pengorbanan" di mana tema kali ini amat bersesuaian dengan remaja - remaja yang berada di sekitar Beaufort kerana sanggup berkorban datang ke program ini walaupun peperiksaan melanda diri .. Alhamdulillah .. Semoga Allah memberkati mereka semua .. Tidak lupa juga kepada pengorbanan seorang peserta yang sanggup datang dari sebuah kampung yang jauh dengan berjalan kaki seorang diri selama sejam hanya kerana ingin mengikuti program ini walaupun baru mengetahui mengenai program ini beberapa jam sebelum program bermula.. Allahurabb .. Besar sungguh pengorbanannya .. Semoga Allah memberkati Saudara Sueradi ..
Sueradi :)
Alhamdulillah , program Qiamullail pada kali ini telah diadakan pada 6-7 Oktober di Rumah Allah ( Masjid Pekan Beaufort , Sabah) dan pendaftaran telah dimulakan seawal jam 4 petang dan diakhiri pada pukul 5 petang .. Seramai 31 orang peserta mendaftar pada program Qiamullail pada kali ini .. Alhamdulillah ..
Sesi Pendaftaran
Seterusnya , selesai sahaja sesi pendaftaran, para peserta diarahkan menuju ke dewan kuliah untuk mendengarkan taklimat yang disampaikan oleh Abang Hasmadi Hasbi .. Selepas sesi taklimat , para peserta diberikan Al-Mathurat untuk dibaca sebelum dilepaskan untuk sesi khidmat diri ..
Sesi Taklimat
Azan berkumandang sekitar jam 6 lebih dan para peserta telah diarahkan untuk menuju ke tempat solat untuk solat maghrib berjemaah .. Selesai solat maghrib berjemaah , para peserta diberikan santapan makan malam yang sungguh enak sekali .. seperti biasa , sebelum makan , seorang peserta akan dipanggil untuk membacakan doa makan .. Istimewanya di sini , peserta muslimin yang membaca doa hendaklah mengarahkan orang lain untuk tadah tangan kemudian selesai sahaja baca doa , peserta yang membaca doa akan menyebut turun tangan lalu mereka pun makan .. Setelah itu , para peserta diberikan rehat seketika sebelum menuju ke tempat solat bagi menunaikan solat Isyak pula ..
Di balik tabir santapan makan malam
Makan malam .. riang ceria para peserta :)
Santapan makan malam :)
Selesai solat Isyak berjemaah didirikan , para peserta diarahkan untuk ke dewan kuliah untuk slot kuliah " Erti sebuah Pengorbanan " yang disampaikan oleh penceramah hebat iaitu Kak Azlinah Awang ..
Slot Kuliah "Erti Sebuah Pengorbanan"
Pada waktu slot kuliah bersama Kak Azlinah berjalan , para AJK dan Fasi telah dipanggil untuk taklimat mengenai aktiviti selepas slot kuliah "Erti Sebuah Pengorbanan" , iaitu slot kembara malam yang bertemakan " candle war " .. Alhamdulilllah , segala perancangan tersusun rapi dan para ajk serta fasi menyediakan bahan-bahan untuk slot kembara malam itu sebelum sesi kuliah berakhir ..
Selepas sahaja slot kuliah pada malam itu berakhir , para AJK dan Fasi menuju ke checkpoint masing-masing untuk slot kembara malam sementara moderator slot kembara malam (Abang Hasmadi Hasbi) membahagikan para peserta kepada beberapa kumpulan dan memberi penerangan ringkas mengenai aktiviti ini .. Sewaktu aktiviti ini bermula , ramai peserta yang berasa agak sedikit tidak puas hati kerana macam-macam dugaan yang mereka terima sewaktu mereka menjalankan aktiviti ini .. Antaranya ialah lilin yang mereka bawa itu disimbah air oleh 'Checkpoint Hantu' , lilin mereka ditiup serta tidak diberi lilin , dan susah untuk mencari lighter bagi menghidupkan semula lilin mereka .. Namun alhamdulillah , aktiviti ini berjalan dengan lancar dan setelah aktiviti mereka berakhir , para peserta pun diberitahu akan motif sebenar aktiviti ini .. Alhamdulillah , dalam ketidakpuashati mereka itu , terselit rasa gembira di hati mereka ..
Candle War :D
Sesi Meminta Lilin :D
Minum malam diberi selepas slot kembara malam ini .. Kemudian , para peserta diarahkan ke dewan kuliah semula selepas minum malam untuk slot seterusnya iaitu slot muhasabah yang disampaikan oleh Saudara Rijan .. Sewaktu slot muhasabah berlangsung , banyak esakan yang kedengaran dan banyak juga air mata yang bercucuran , semoga air mata itu adalah air mata keinsafan .. amin .
Slot Muhasabah Bermula.
Slot muhasabah
Selesai sahaja slot muhasabah , para peserta diarahkan untuk mengambil air wudhu sebelum masuk tidur dan membaca Tiga Qul bersama-sama ..
Seawal jam 3.30 pagi , para peserta dikejutkan untuk mempersiapkan diri mengerjakan Qiamullail berjemaah .. Selepas berqiamullail , para peserta diarahkan untuk rehat sebentar sementara menanti azan subuh berkumandang untuk menunaikan solat subuh berjemaah ..
Kuliah subuh telah disampaikan oleh Ustaz Ghazali iaitu guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort 2 selesai sahaja solat subuh didirikan .. Setelah kuliah selesai , para peserta menjalani sesi riadah bersama fasi-fasi dan para AJK ^^ ~
Ustaz Ghazali sedang menyampaikan Sembang Subuh bertajuk 'Hikmah Sebuah Pengorbanan'.
Penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan.
Ustaz Ghazali sedang menyampaikan Sembang Subuh bertajuk 'Hikmah Sebuah Pengorbanan'.
Penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan.
Cergas-Cerdas
Senaman :)
Sesi pertahankan diri
Umban belon :D
AJK :)
Fasi :)
Sweetnya :D
Pindah belon :D
Kegembiraan jelas terpancar di wajah para peserta sewaktu sesi riadah berlangsung .. Alangkah seronoknya hati ini melihat mereka beriadah :D ..
Selesai sahaja sesi riadah , para peserta diarahkan untuk khidmat diri sebelum bersarapan pagi ..
Sarapan pagi
Sarapan pagi
Sarapan pagi dihidangkan kepada mereka setelah mereka selesai berkhidmat diri .. Alhamdulillah , sekali lagi ukhuwah mereka bertambah erat makan di dalam talam bersama sahabat-sahabat yang baru berjumpa dan yang telah lama dikenali .. Alhamdulillah .. ^^
Slot penutupan telah diadakan selesai sahaja sarapan pagi .. Slot ini memberi peluang kepada para peserta untuk bersuara dan menyatakan keinginan mereka untuk Qiamullail akan datang .. InsyaAllah .. akan ditunaikan ^^ ~
Slot penutupan
Antara AJK Muslimat
AJK Muslimin dan Fasi Muslimin
Berakhirnya slot penutupan , maka berakhirlah juga program Qiamullail Perdana PSS dan KRU Beaufort Oktober 2012 .. Ilal Liqo' Qiamullail Oktober 2012 .. InsyaAllah , ini bukan program Qiamullail yang terakhir .. ^^
-erti sebuah pengorbanan-
Ilal Liqo' .. semoga berjumpa lagi :)
Assalamualaikum WBT ^^ ~
Koleksi Gambar di sini.
0 comments:
Post a Comment