PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Tuesday, July 10, 2012

[PSS & KRU Putatan] Rehlah Remaja Soleh Julai 2012


Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah - Seramai 89 peserta yang kebanyakkannya terdiri daripada Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Putatan telah menyertai Rehlah Remaja Soleh Julai 2012 yang diadakan pada 8 Julai 2012.

Program yang julung-julung kalinya diadakan di Daerah Putatan ini turut dijayakan oleh seramai   19 orang AJK dan Fasilitator yang kebanyakkannya terdiri daripada Ahli Persatuan Siswazah Sabah (PSS) cawangan Putatan.

Seawal 7.30 pagi, telah ramai peserta yang sampai ke tapak program walaupun pendaftaran bermula 8.30 pagi. Mereka setia menunggu dan tidak sabar-sabar untuk menunggu program bermula.

Tepat pukul 9.00 pagi, program dimulakan dengan taklimat dan sesi Taaruf (Ice-Breaking) menjadi Muqadimmah program. Setiap peserta diberi peluang untuk memperkenalkan diri kepada rakan-rakan yang  lain. Program yang melibatkan beberapa sekolah di sekitar Daerah Putatan ini memberi peluang kepada para peserta untuk menambah kenalan daripada sekolah lain. Antara sekolah yang terlibat adalah seperti SMK Putatan, SMK Tansau, SMK Sanzac, Maktab Sabah dan beberapa sekolah lagi.

Saudara Zulzaim Hilmee bin Abidin yang juga merupakan Exco I Masyarakat dan Siswazah (EMS) PSS telah mengendalikan slot Taaruf. Setelah semua peserta memperkenalkan diri, program diteruskan lagi dengan beberapa modul menarik oleh saudara Hasmadi bin Hasbi selaku Pengarah Program Rehlah ini. Untuk Modul yang pertama, peserta yang telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan telah diminta untuk menulis nama mereka di atas pasir dan menyusun mengikut susunan silangkata. Melalui modul yang dinamakan 'Silangkata Taaruf' ini, para peserta dapat mengingat nama kawan mereka dengan lebih mudah. Nampaknya, modul ini terlalu mudah bagi mereka.  

Cabaran seterusnya, ialah modul 'Katak Si Katak Lompat'. Satu modul yang menguji kepekaan dan sensitiviti peserta terhadap arahan untuk bertindak. Ternyata modul yang nampak mudah ini acapkali menjerat peserta yang lalai.
Modul 'Silangkata Taaruf'

Modul 'Katak Si Katak Lompat'

Sebelum program diteruskan dengan cabaran yang terakhir iaitu modul yang paling mencabar, peserta diberi sedikit masa untuk rehat dan menghirup udara segar dan menikmati pemandangan tenang dan indah Pantai Tanjung Aru yang bersaksikan Laut China Selatan ini.

Nampaknya, waktu yang ditunggu-tunggu telah tiba iaitu modul paling mencabar iaitu 'War Game'. Konsepnya lebih kurang permainan Paint Ball, namun bezanya ianya tidak menggunakan senapang sebagai senjata, tetapi belon yang berisi air sebagai bahan untuk menyerang musuh dan mempertahankan diri. Kaunter belon juga dibuka untuk memberi peluang kepada para peserta untuk menambah bekalan belon mereka. Namun, mereka perlu menjawab soalan yang diajukan oleh fasilitator dengan betul untuk mendapatkan belon. Berkat kerjasama dan kebijaksanaan para peserta, nampaknya, permainan ini berlangsung dengan sengit.
Peserta Muslimin Sedang Mengatur Strategi Dalam 'War Game'
Mujahidah Sedang berjihad dalam 'War Game'

Seusai War Game tamat, sesi penggulungan modul dibuat secara santai. Para peserta dan fasilitator diminta berkongsi pengalaman mereka tentang modul itu.
Peserta Muslimin berkongsi Rahsia Kejayaan
Peserta Muslimat berkongsi Rahsia Kejayaan
Pemenang Muslimin
Pemenang Muslimat
Dalam masa yang sama, sedang modul dijalankan, AJK yang lain sibuk menyiapkan makan tengahari. Menu istimewa iaitu BBQ Ayam dan sosej menjadi pilihan. Ditambah dengan sambal pedas yang sedap.
AJK Sedang sibuk menyiapkan Makan Tengahari
Setelah penat beraktiviti, akhirnya, masa makan tengahari pun telah tiba. Para peserta dan AJK berselera menikmati hidangan yang disediakan.
Peserta Muslimin membasahkan tekak
Ais Krim.Menu Tambahan.Tiada dalam senarai.
AJK/Fasilitator tidak melepaskan peluang menikmati hidangan
Gendang Gendut Tali Kecapi,
Kenyang Perut, Hepi Hati. (",)
Walaupun rehlah, namun kewajipan tidak dilupakan. Semua Peserta dan AJK bersedia untuk Solat Zohor secara berjemaah. Istimewanya solat pada kali ini ialah, mengambil wudhuk menggunakan air laut dan solat di atas pasir . Mungkin ini merupakan pengalaman pertama terutama kepada para peserta. Ini menunjukkan Islam itu mudah dan praktikal di mana dan bila sahaja kita berada.
Solat Zohor Berjemaah atas pasir tepi pantai.
'Sembang Zohor' oleh saudara Zaim
Selesai solat Zohor, sedikit ruang masa diambil untuk 'Sembang Zohor' yang disampaikan oleh saudara Zaim. Antara perkongsiannya, menyatakan Islam itu indah dan mudah. Tepi pantai atas pasir pun kita boleh bersolat. Beliau juga berpesan untuk kita menyiapkan diri untuk menyambut Ramadhan Al-Mubarak yang tidak lama lagi tiba.
Gotong-royong membersihkan tapak program.
Setelah itu, sebelum menamatkan program dan meninggalkan tapak program, peserta dan AJK bekerjasama bergotong-royong membersihkan tapak program untuk memastikan tapak program ditinggalkan dalam keadaan bersih seperti awalnya.
Gembira sebelum balik.

Semoga program yang ringkas ini memberi sedikit kebaikan dan manfaat kepada semua. Berjumpa dalam program akan datang.

Koleksi Gambar
1
2

Hasmadi bin Hasbi
Pengerusi 
Persatuan Siswazah Sabah (PSS)
Kawasan Penaja Putatan
013-5012795

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons