Peserta Muslimin - Tekun mendengar mandat dari Pengarah Program
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana dengan rahmat dan belas kasih dariNya program Qiamullail anjuran Kelab Remaja Ukhuwwah Kota Kinabalu(KRUKK) dengan kerjasama dari Persatuan Siswazah Sabah telah berjaya dibuat dengan lancarnya.
Program ini telah dibuat pada tarikh 28-29 Januari 2012 yang lalu yang bertempat di Surau Nur Bahari, Bandar Sierra.
Program ini telah diberi tajuk Transformasi Menuju Misi dengan bertemakan Azam Baru di Tahun Baru. Alhamdulilah, program ini telah mendapat sambutan yang baik iaitu seramai 61 peserta telah hadir yang berumur diantara 15-18 tahun yang berlainan sekolah sekitar kawasan Kota Kinabalu. Namun, KRU Beaufort juga telah menghantar penyertaan ke program kali ini. Kedatangan peserta dari KRU Beaufort sangat dialu-alukan kerana dengan penubuhannya yang masih diawal tahun sudah dapat menghantar peserta dan semangat yang dibawa mereka amat berkobar sekali.
Objektif yang dibawakan dalam program ini ialah memberi garis panduan kepada peserta agar menjadi individu muslim yang lebih baik, membawa golongan remaja mengabdikan diri kepada Allah S.W.T di dalam segenap kehidupan dan khususnya sebagai seorang pelajar Muslim dan melahirkan remaja yang fleksibel dan beriltizam dari segi aspek rohani, jasmani mahupun akademik.
Sedikit gambaran sepanjang program,
Pengarah Program beri ucapan
Peserta Muslimah - Sesi Taklimat
Beberapa aktivit yang dibuat sepanjang program ini ialah seperti dua slot ceramah yang bertajukTransformasi Menuju Misi(Azam Baru) yang disampaikan oleh Ust.Norzam dan ‘Aku Muslim, Pandailah‘ yang disampaikan oleh Ust.Norazam. Selain itu, satu slot fardu ain dibuat selepas solat isyak yang disampaikan oleh Ust.Ezry yang bertajuk Taharah(Bersuci).
Ustaz Norzam - Slot Ceramah
Ust.Ezry - Slot Fardu Ain (Taharah)
Selain itu, satu slot khas iaitu Slot Tayangan Video yang bertajuk ‘Aku Tak Bodoh‘ ditayangkan selepas peserta makan pada jam 10 malam. Para peserta khuyuk menonton tayangan tersebut.
Selepas tayangan tersebut tamat yang mempunyai durasi selama 1 jam 34 minit 29 saat, sesi penggulungan dibuat oleh Saudara Azizul Julirin yang selaku pemantau PSS pada program ini. Saudara Azizul membawa peserta untuk sama-sama bermuhasabah semula tentang kehidupan dalam realiti sebenar, tentang kehidupan dan bagaimana cara-cara menghargai dan dihargai.
29 Jan, 8 pagi, program dijangka tamat. Namun, sebelum program tamat sedikit persembahan nasyid dibuat khas untuk semua para peserta. Selain itu, pemberian bookmark dan Tinta Remaja hasil KRUKK sendiri diberi kepada para peserta sebelum balik sebagai cenderahati kepada mereka. Tepat pada jam 8.30 pagi, semua peserta dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dan lambaian ukhuwwah antara peserta dan ajk adalah penutup bagi program ini.
Sekalung penghargaan diberikan kepada semua para peserta yang hadir ke program ini dan jutaan terima kasih buat semua ahli jawatankuasa yang turut menjayakan program Qiamullail ini seperti Ahli Jawatankuasa Surau Nur Bahari kerana membenarkan KRUKK membuat program di surau ini. Selain itu, penghargaan juga kepada Persatuan Siswazah Sabah yang membantu dan menyokong KRUKK untuk menjalankan program Qiamullail ini.
Sepuluh jari disusun mohon maaf dipinta andai ada tersilap mahupun terkasar bahasa sepanjang program ini. Mohon segala salah dan silap yang dilakukan secara sengaja ataupun tidak sengaja dimaafkan.
Semoga program-program seperti ini terus dapat dilaksanakan dan tidak berhenti disini sahaja. Harapan juga kepada semua para peserta agar dapat mengambil ibrah disebalik pengisian yang dibawakan dalam program ini. Semoga sentiasa mendapat rahmat dan berkat dari Allah. InsyaAllah, ada masa dan waktu, kita semua JUMPA LAGI di program yang akan datang. Nantikan ..
Assalamualaikum w.b.t.
“Remaja Hari Ini, Pemimpin Hari Esok”
0 comments:
Post a Comment