PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Tuesday, July 31, 2012

[PSS & KRU Putatan] Qiamullail Perdana Ramadhan 2012.

Masjid Daerah Putatan, SABAH - Seramai 85 peserta telah mengikuti Program Qiamullail Perdana Ramadhan 2012 yang terdiri daripada ahli Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Putatan. Program yang diadakan pada 28-29 Julai 2012 ini merupakan kali kedua seumpamanya diadakan di Masjid Daerah Putatan ini selepas penganjuran kali pertamanya pada bulan Jun 2012 yang lepas.

Tidak seperti Qiamullail sebelum ini, pada kali ini, pengisiannya lebih ringkas dengan pendaftaran pada pukul 9.00 malam pada 28 Julai 2012 untuk memberi peluang kepada Solat Sunat Terawikh terlebih dahulu berbanding pendaftaran selepas Zohor pada kebiasaannya.
 Gelagat peserta Muslimat sebelum program bermula.
 Gelagat peserta Muslimin sebelum program bermula.
Tepat pada pukul 10.00 malam, taklimat program telah diberikan kepada para peserta. Kemudian, bacaan Al-Mathurat secara beramai-ramai meneruskan program. 
 Para Peserta mengambil tempat sebelum program bermula.
 Saudara Hasmadi memberi taklimat program.
Bacaan Al-Mathurat
Pukul 10.30 malam, slot yang dinanti-nanti telah pun tiba iaitu Slot Muhasabah yang telah disampaikan oleh ikon Muhasabah PSS yang terkenal iaitu saudara Mohd Al-Amin bin Datuk Haji Utoh Said. Beliau yang juga merupakan mantan Exco Mahasiswa dan Siswazah PSS telah mengenengahkan dan menekankan kehebatan dan kemuliaan bulan Ramadhan Al-Mubarak dan peripentingnya untuk para peserta mengambil kesempatan meningkatkan ibadah dan amalan sepanjang bulan yang mulia ini. Ternyata, penangan muhasabah saudara Al-Amin telah meruntunkan hati-hati peserta dan AJK yang bersama dalam slot muhasabah tersebut.
 Temuramah peserta dalam slot Muhasabah.
Saudara Al-Amin menyampaikan slot Muhasabah
Setelah tamat slot muhasabah, peserta diajak untuk membaca ayat Kursi, 3 kul, doa puasa dan doa sebelum tidur.

Seawal tiga pagi, para peserta dan AJK bersedia untuk sahur beramai-ramai. Walaupun hidangan yang disediakan hanya ala kadar, namun, suasana sahur beramai-ramai sangat menggembirakan para peserta. Tidak kurang ada yang menambah makanan dua tiga kali.
 Bersedia untuk sahur
 Sahur dalam talam.
 Muslimat pun berselera sahur.
 Berkali-kali tambah pun habis juga.
Sahur didahulukan, Kebersihan diutamakan
Akhirnya, setelah semua selesai sahur, klimaks kepada program ini mengambil tempat iaitu mengisi sepertiga malam dengan solat-solat sunat Tahajjud, Hajat, Taubat, dan diakhiri dengan Witir. Solat sunat yang diselang-selikan dengan zikir munajat ini menenangkan jiwa-jiwa yang sujud kepada Robbnya di malam hari. Qiamullail diakhiri dengan bersama-sama menadah tangan, memohon keampunan atas dosa-dosa yang telah dan sedang dilakukan, sama ada sengaja atau tidak.
Qiamullail Berjemaah
Sesuai dengan tema program yang dipilih iaitu 'Ramadhan Yang Dirindui', slot sembang Subuh diteruskan selepas solat Subuh dan bacaan Al-Mathurat. Penceramah jemputan, iaitu Ustaz Zainal Malang, dari Yayasan Syafi'eyyah dengan tajuknya 'Ada Apa Dengan Ramadhan?' mengisi kedinginan pagi hari. Banyak ilmu yang telah diperoleh daripada perkongsian bermanfaat ini.
 Bersedia Untuk Sembang Subuh
 Saudara Zaim mengisi masa sebelum sembang Subuh.
 Adik Chandra, peserta program menjadi Pengerusi Majlis
 Penceramah jemputan dah sampai.
 Sembang Subuh bertajuk 'Ada Apa Dengan Ramadhan?'
 Perkongsian ilmu yang santai.
Sedikit cenderakenangan kepada penceramah jemputan sebagai penghargaan.
Sebelum pulang, para peserta dan AJK bekerjasama membersihkan tapak program dan akhirnya, bergambar beramai-ramai sebagai kenangan.

Diharapkan para peserta dapat mengambil input-input yang berguna untuk dijadikan bekalan sebagai hamba Allah di dunia dan akhirat.



Disediakan Oleh :

Hasmadi bin Hasbi
Exco I Urusan Media PSS

Pengerusi 
PSS Kawasan Penaja Putatan

Monday, July 30, 2012

[PSS Putatan] Pertemuan Mahabbah PSS dan Pelajar SMK Tansau


SMK Tansau, Penampang, SABAH - Pada tanggal 25 Julai 2012, pihak Persatuan Siswazah Sabah (PSS) telah dijemput oleh pihak SMK Tansau untuk satu Pertemuan Mahabbah bersama pelajar-pelajar Ibnu Sina sekolah itu.

Beberapa wakil PSS sempat bersama dalam pertemuan itu untuk memenuhi undangan pihak sekolah. Pertemuan dimulakan dengan pembentangan pengenalan PSS dan Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU). 

 Pelajar Muslimat yang khusyuk mendengar pembentangan.
 Pembentangan disampaikan oleh saudara Hasmadi Hasbi
Partisipasi dari pelajar muslimin.
Pengetua SMK Tansau turut memberi sokongan.

Yang menariknya, Pengetua, Datin Hajjah Patimah binti Ali, turut turun padang, bersama-sama dalam pertemuan ringkas itu. Itulah komitmen dan sokongan yang ditunjukkan oleh pihak sekolah kepada PSS.

Selesai, PSS dijemput untuk berbuka puasa bersama-sama dengan pelajar dan guru-guru sekolah.

 Berbuka Puasa bersama pelajar dan guru-guru sekolah.
Pelajar Muslimat tidak ketinggalan berbuka puasa bersama. 
Sempat meninjau kawasan sekolah.

Disediakan oleh :
Hasmadi bin Hasbi
Exco I Urusan Media PSS

Pengerusi,
PSS Kawasan Penaja Putatan

Program Motivasi Selangkah Ke Menara Gading, Tuisyen Mawar.

Plaza Tanjung Aru, KK, Sabah - Seramai 35 peserta dari Pusat Tuisyen Mawar, Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah telah mengikuti Program Motivasi Selangkah Ke Menara Gading. Persatuan Siswazah Sabah (PSS) telah dijemput untuk mengendalikan pengisian untuk program setengah hari ini.

Para peserta terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga lima di sekitar Kota Kinabalu. Muqadimmah program dimulakan dengan sedikit slot Ice-Breaking yang dikendalikan oleh saudara Fanshuri yang juga merupakan Bendahari Kehormat PSS.
Slot Regangan.
Toleh-toleh.
Senyum..
Kemudian, program diteruskan dengan beberapa modul menarik seperti modul Aeroplane dan banyak lagi.

Sejurus selepas modul tamat, program berehat sebentar untuk minum pagi. Selepas itu, beberapa slot pembentangan dilaksanakan.

Pembentangan pertama telah disampaikan oleh saudara Hasmadi bin Hasbi. Beliau yang juga merupakan Exco I Urusan Media PSS telah berkongsi tentang teknik dan tips belajar secara berkesan kepada para peserta.
Saudara Hasmadi sedang mengendalikan modul.
Pembentangan seterusnya disampaikan oleh saudara Fanshuri Badaruddin dengan tajuk 'I'm Not Stupid'. Melalui pembentangan santai ini, peserta telah mendapat motivasi untuk mencapai pencapaian yang lebih cemerlang terutama dalam akademik.
Fanshuri dengan slot 'I'm Not Stupid'
Khatimah program disempurnakan oleh saudara Nasir Morni sebagai pernggulungan dan refleksi kepada program ini.
Saudara Nasir Morni sedang menyampaikan slot refleksi
Saudara Fanshuri menyampaikan cenderakenangan kepada Pihak Tuisyen Mawar

Pihak PSS merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak tuisyen atas jemputan ini untuk berkongsi ilmu dan pengalaman kepada para peserta. Semoga ada manfaat dan kebaikan yang dapat diadaptasikan dalam kehidupan untuk menjadi manusia yang cemerlang rohani dan jasmaninya.



Disediakan Oleh :
Hasmadi bin Hasbi
Exco I Urusan Media PSS

Wednesday, July 25, 2012

[PSS & KRU Putatan & Kota Kinabalu] Qiamullail Perdana Julai 2012

Masjid Negeri Sabah, 7-8 Julai 2012 : Seramai lebih kurang 90 peserta dan 30 orang AJK telah menjayakan Qiamullail Perdana Julai 2012 yang julung-julung kalinya diadakan di Masjid Negeri Sabah.
AJK Penyertaan Muslimin yang ceria.
AJK Penyertaan Muslimat yang setia menanti kehadiran peserta.
Peserta Muslimin dan Muslimat
Pendaftaran peserta bermula pada 7 Julai 2012 pada pukul 1.00 petang. Seperti biasa, AJK dan fasilitator bertugas menyambut peserta dengan ramah dan mesra di kaunter pendaftaran. Antara pengisian sebelah petang, ialah taklimat program, sesi Taaruf (Ice-Breaking), solat Asar, bacaan Al-Mathurat dan Riadah.
Ice-Breaking.
Slot Taaruf Muslimat
Slot Taaruf dikendalikan oleh saudara Renifezri Mohamad.
Pengisian sebelah malam pula ialah, slot Kongsi Ilmu, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), dan slot Muhasabah.Kongsi Ilmu telah disampaikan oleh Ustaz Nik Anwar Al-Basuti, Pengasas Darussyifa' Sabah.
Saudara Zulzaim bersama Ustaz Nik Anwar
Slot Muhasabah Muslimat
Slot Muhasabah Muslimin
Muhasabah dalam kedinginan Malam
Bersemangat Refleksi Diri

Seawal 3.30 pagi, semua peserta, AJK dan fasilitator telah bersedia untuk Qiamullail secara berjemaah. Sebelum menunaikan solat-solat sunat, peserta berzikir munajat yang telah dipimpin oleh Saudara Zulzaim yang juga merangkap Exco I Masyarakat dan Siswazah (EMS) PSS. Selepas itu, Qiamullail dipimpin oleh Ustaz Dr Norazamuddin Umar.
Saudara Zulzaim memimpin Zikir Munajat
Ustaz Dr Azam memberi taklimat Qiamullail.
Qiamullail diimami oleh Ustaz Dr Norazamuddin.
Program diteruskan dengan solat subuh, sembang Subuh, bacaan Al-Mathurat, dan diakhiri dengan slot penggulungan dan penutupan. Sembang Subuh, telah disampaikan secara kasual oleh Ustaz Arbaen dengan tajuk "Remaja Muslim : Ke Mana Arahku?".
Sembang Subuh
Remaja Muslim : Ke Mana Arahku? oleh Ustaz Arbaen.
Koleksi Gambar di sini.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons