PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Wednesday, August 1, 2012

Bengkel Media PSS dan KRU Kota Belud




28 Julai 2012 : Persatuan Siswazah Sabah (PSS) kawasan penaja Kota Belud telah menganjurkan bengkel media buat julung-julung kalinya. Sasaran utama bengkel ini adalah ahli PSS dan KRU Kota Belud . Menyedari hakikat bahawa kemahiran dalam bidang media sangat penting untuk dikuasai, PSS Kota Belud mengambil inesiatif untuk mengadakan bengkel media  buat pertama kalinya. Penguasaan beberapa kemahiran dalam media diharap akan memudahkan lagi gerak kerja PSS dan KRU di peringkat kawasan. 
Bengkel Media setengah hari ini dikendalikan oleh Sdr.Hasmadi Hasbi yang merupakan Exco I Urusan Media PSS. Beberapa aspek berkenaan media telah dikupas satu persatu oleh beliau, diantaranya ialah asas berblog, asas facebook, asas fotografi, asas poster dan asas videografi. Penyampaian sdr. Hasmadi yang sangat santai semasa merungkai satu persatu tajuk-tajuk yang dibawa menyebabkan ia sangat mudah difahami dan banyak ilmu baru  yang diperoleh dalam bidang media. Para peserta juga berpeluang mengajukan soalan-soalan berkaitan media semasa bengkel dijalankan. 
Pembentangan daripada Sdr.Hasmadi
Gigih meng'install' perisian ke dalam komputer peserta

Selepas selesai pembentangan, bengkel diteruskan lagi  dengan aktiviti “hands-on”. Amali penggunaan salah satu perisian video iaitu Sony Vegas diberikan kepada perserta. Menurut sdr. Hasmadi, penguasaan beberapa asas kemahiran dalam media akan lebih mudah dikuasai jika dilaksanakan melalui “hands-on” dan bukannya teori semata-mata. Amali seperti ini sangat menarik kerana para peserta berpeluang mencuba sendiri bagaimana untuk menggunakan perisian tersebut dibantu dengan tutorial yang ditunjukkan oleh Sdr. Hasmadi. 
Penceramah sedang membantu peserta 

Peserta seronok mencuba perisian yang baru dipelajari

Diantara peserta yang menghadiri bengkel media
Bengkel berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Walaupun rasa tidak cukup setengah hari digunakan untuk bengkel seperti ini, namun apa yang disampaikan oleh sdr. Hasmadi sudah cukup untuk kami selaku ahli KRU dan PSS Kota Belud untuk memanfaatkan media sebagai salah satu medium untuk menyampaikan Islam. Selain itu juga, peserta diingatkan untuk membetulkan niat dalam semua perkara termasuk dalam urusan media sekalipun. Niat yang betul dan disertai dengan ibadah yang mantap seperti melazimi solat istikharah akan memudahkan lagi usaha kita. InsyaAllah. Dari pihak PSS Kawasan Penaja Kota Belud, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sdr. Hasmadi Hasbi kerana sudi meluangkan masa untuk berkongsi ilmu dengan PSS dan KRU Kota Belud. Semoga usaha ini dinilai sebagai satu ibadah di sisi Allah S.W.T.



Disediakan Oleh :
Zahariah Mastar
Exco II Urusan Media PSS

Exco ICT dan Penerbitan 

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons