PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Thursday, November 29, 2012

Larian Hijrah PSS & KRU Putatan 2012.


15 November 2012, Perdana Park, Tg Aru, KK 

- Alhamdulillah PSS dan KRU Putatan sama sama menginfaqkan sedikit masa menjayakan program Larian Hijrah yang diadakan di Perdana Park, Tanjung Aru bersempena dengan sambutan Ma'al Hijrah. Alhamdulillah lebih kurang 50 orang peserta dari SMK Tansau dan SMK Putatan yang menyertai Larian Hijrah ini. Ada juga adik adik dari sekolah rendah yang turut join Larian Hijrah kali ini. Alhamdulillah, dapat sama-sama kita rapatkan ukhuwah. Abang Hasmadi, Kak Asma dan Kak Ervy selaku fasililator juga turut turun padang untuk sama-sama mengimarahkan program ini.
Walaupun hari hujan, program tetap berjalan dengan lancar. Syukur alhamdulillah :-)

7:30 - Semua peserta berkumpul di dataran Perdana Park.
8:00 - Abang Hasmadi menyampaikan upacan dan melakukan sedikit aktiviti 'warm-up' sebelum memulakan aktivit-aktiviti seterusnya. Aktiviti warm-up pada pagi itu ialah permainan "Sad-Mad-Glad" 

Peserta dibahagikan kepada 8 kumpulan. 4 kumpulan muslimin dan 4 kumpulan muslimat.

Aktiviti pertama : Teka Tokoh.
-Peserta dikehendaki mencantum gambar gambar tokoh Islam. 

Aktiviti kedua : 
-Peserta diarahkan untuk menyusun perjalanan hidup Rasulullah SAW semasa penghijrahan beliau dari Kota Mekah ke Kota Madinah.

Aktiviti ketiga :
-Peserta dikehendaki meneka nama sahabat sahabat yang banyak membantu Rasulullah SAW dalam penghijrahan Baginda. 
-Peserta juga turut diberi 'clue' dan sedikit penceritaan bagi setiap nama sahabat sahabat Rasulullah.

Aktiviti keempat :
-Peserta 'dikejutkan' dengan satu aktiviti yang mencabar akal dan minda, iaitu menukar dan menyanyikan lirik lagu 'Maal-Hijrah' dari Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris. "Oh My English" Hehe.
-Seterusnya setiap kumpulan mesti menghantar seorang wakil untuk mendeklamasikan sajak 'Maal-Hijrah'

Selepas selesai semua aktiviti, lebih kurang 10:30 bacaan Doa Wehdah dan Lambaian Ukhuwwah diadakan sebelum mengakhiri program, . Alhamdulillah, selepas selesai bacaan Doa Wehdah dan Lambaian Ukhuwwah, program Larian Hijrah diakhiri dengan sesi fotografi. 

Syukran jazilan kepada semua peserta yang menjayakan Larian Hijrah kali ini juga Abg Hasmadi, Kak Asma, juga Kak Ervy yang menyediakan minuman buat peserta :-)
Peserta Muslimin.
Peserta Muslimat.
Peserta 'cilik' yang turut serta program kali ini :-)
Abang Hasmadi sedang berucap :')
Peserta Muslimin dan Muslimat khusyuk mendengar apa yang disampaikan oleh Abg Hasmadi sebelum memulakan aktiviti.
Semua dah sedia. Dah bersemangat! 
Gelak ketawa bersama. "Sad-Mad-Glad"
Aktiviti pertama: Mencantum gambar tokoh. Chaiyok chaiyok! :)
Aktiviti kedua :-)
Selepas hujan lebat. Peserta masih segar untuk aktiviti seterusnya.
Peserta muslimat mengikut kumpulan :-) 

Semoga PSS dan KRU Putatan sentiasa diberkati Allah SWT dan dipermudahkan dalam setiap program dan aktiviti-aktiviti akan datang, insyaAllah. Amin amin ya rabbal alamin :)

Wallahu'alam.

Sumber  di sini.
Koleksi gambar di sini.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons