PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Tuesday, November 20, 2012

Qiamullail Perdana PSS & KRU Putatan November 2012




17-18 November 2012 , SMK Putatan - Alhamdulillah.. PSS dan KRU Putatan telah berjaya menjalankan Program Qiamullail Perdana PSS & KRU Putatan.  Seramai 69 orang peserta yang telah mengikuti Program Qiamullail Perdana..

Qiamullail Perdana PSS & KRU Putatan bertemakan "Hijrahkan Dirimu".. Tema ini digunakan sempena bulan Hijrah yang baru sahaja menjelang tiba. Program Qiamullail Perdana PSS & KRU Putatan kali ini telah dijalankan di SMK Putatan. Selain itu , kedatangan 2 orang PSS Kota Kinabalu (muslimat) telah memeriahkan lagi program pada kali ini..

(17 November 2012, SMK Putatan)
Pendaftaran bagi peserta telah dimulakan selepas menunaikan solat asar secara berjemaah di Surau SMK Putatan. Setelah selesai menunaikan solat asar.. Taklimat program di berikan oleh Facilitator muslimin iaitu abang Hasmadi Hasbi. Usai sahaja sesi taklimat , peserta diberi masa untuk mengurus diri. Apabila azan maghrib telah berkumandang, semua peserta diminta bersiap sedia untuk menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Setelah selesai menunaikan solat maghrib.. sementara menunggu masuk waktu isyak, program diteruskan lagi dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK).. Para peserta telah dihidangkan makan malam setelah selesai menunaikan solat isyak.. setelah itu , program diteruskan lagi dengan sembang ilmiah yang disampaikan oleh abang Renifezri Mohamad bertajuk 'Hijrah Remaja'. Semoga apa yang disampaikan oleh abang Fezri , dapat dimanfaatkan oleh para peserta. Selepas itu , modul menarik dijalankan dan minum malam dihidang sebelum sebelum slot muhasabah dijalankan. Slot muhasabah dikendalikan oleh abang Mohammad Sazali dan Mohd Shah Rizal. Usai sahaja slot tersebut.. para peserta membaca Al-Mulk dan masuk tidur.

(18 November 2012, SMK Putatan)
Para peserta bangun pada jam 3:30 a.m untuk menjalankan munajat dan Qiamullail. di teruskan dengan solat subuh secara berjemaah. Alhamdulillah..usai sahaja menunaikan solat subuh, 'sembang subuh' pun dimulakan.. selesai sahaja sembang subuh, Al-Mathurat dibaca.. Setelah itu , disambung semula dengan slot 'cergas-cerdas'.. peserta muslimin berkumpul di tapak  perhimpunan sekolah.. manakala pula , peserta muslimat berkumpul di gelanggang bola jaring. setelah selesai , peserta muslimin kembali ke asrama dan peserta muslimat ke surau untuk mengurus diri. kemudian , semua peserta berkumpul di surau untuk menyaksikan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pimpinan KRU Putatan 2012/13.. penggulungan dan refleksi di teruskan.. wakil dari peserta muslimin dan muslimat untuk menyatakan pengalaman mereka sepanjang program ini berlangsung. Seterusnya , PSS Kota Kinabalu memperkenalkan diri masing-masing. Alhamdulillah program diakhiri dengan bacaan Doa Wehdah dan Lambaian Ukhuwwah. Sebelum semua peserta meninggalkan tapak program , sesi fotografi dijalankan untuk menambahkan lagi koleksi album 'ukhuwwah'.
Kaunter Pendaftaran bahagian muslimin

sms : Ibu , saya dah daftar Qiam.. :)

'Meriah' - kaunter Pendaftaran bahagian muslimat

Bacaan Al-Mathurat oleh Pengerusi KRU Putatan - Candra Murthy Subagio


semangat menyanyikan Lagu Tema - Menuju Wawasan


'kuat usaha jujur dan amanah , sentiasa mengharap keredhoan Allah...~'

hidupkan sunnah Rasulullah SAW..
tradisi makan dalam talam dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita :)


cuci bersih2 erk.... :)

Abang Syazwan pun ada.. ^^

saya ! saya ! saya ! :)

Latihan Dalam Kumpulan (LDK)...
tekun mendengar kata-kata daripada Kakak Hidayah..

kami sudah bersedia ! :) - cergas cerdas muslimin
cergas cerdas muslimat..
baru nak ta'aruf ye.. Alhamdulillah... terpancar keceriaan pada wajah mereka :)
Sabar menanti slot seterusnya.. :)
Pengerusi KRU Putatan 2012/13 - Saudara Candra Murthy Subagio
 Dari kiri - Hairi Khuzairi Bin Hanafiah : Ketua Lajnah Kepimpinan dan Organisasi
                Azwan Dee Bin Jamil : Bendahari
                Al-Basri Bin Samson : Ketua Lajnah Tarbiyyah dan Dakwah 
                Candra Murthy Subagio : Pengerusi KRU Putatan

Dari kiri - Amirah Binti Amsah : Penolong Lajnah Tarbiyyah Dan Dakwah
               Fathin Nadhirah Binti Rosman : Penolong Lajnah Kepimpinan Dan Organisasi
               Nurapni Binti Juraini : Timbalan Pengerusi KRU Putatan
Facilitator Muslimat :)


Fasilitator dari jauh..dari Bongawan.. :) 

Semua peserta dan fasilitator tak kering gusi dengan telatah adik Hafizam.. Alhamdulillah.. 

- Jumpa lagi Abang Hasmadi..
-Semoga istiqomah dalam mengikuti program.. :)

Sumber : http://kruputatan.blogspot.com/2012/11/qiamullail-perdana-pss-kru-putatan.html

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons