Alhamdulillah,segala kesyukuran hanya dipanjatkan kepada Allah S.W.T Yang Maha Hebat PerancanganNya. Seterusnya kepada siapa yang perlu sentiasa diingati melainkan hanya kepada kekasihnya,Nabi Muhammad SAW.Allahumma solliala’ saiyidina Muhammad waala ali saiyidina Muhammad. Kerana perjuangan baginda dan para sahabat, kita dapat merasa nikmat Islam sehingga ke hari ini.
Masa dirasakan sungguh pantas berlalu. Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan berlalu tanpa sesaat pun menunggu kita. Benarlah kata-kata Luqman Al-Hakim bahawa perkara yang paling jauh daripada kita adalah masa lalu.Masa yang berlalu tidak mungkin dapat diulang kembali. Kalaulah ditanyakan pada diri anda,apakah yang anda ingin lakukan jika masa ini dapat diulang kembali? Pasti banyak perkara yang ingin dilakukan, bukan? Menyingkap seketika makna surah Al-Asr yang sering meniti di bibir kita tatkala menamatkan sesuatu perbincangan :
“Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran “
Beberapa hari lagi umat Islam bakal menyambut Maal Hijrah kali yang ke 1434. Apa agaknya persediaan kita untuk menyambut Maal Hijrah pada kali ini? Qiamullail 10-11 November lalu cuba menyingkap makna Hijrah dalam diri setiap yang hadir.Turut berkongsi kisah hijrah yang dilakukan oleh insan bergelar artis. Antaranya ialah Sham Kamikaze yang telah melakukan satu penghijrahan yang cukup besar dalam hidupnya dan penghijrahan itu telah memberi kesan positif kepada insan-insan di sekelilingnya. Begitu juga kepada salah seorang sahabat KRU yang sudi berkongsi pengalaman hijrahnya. Subhanallah,semoga itu memberi ibrah dan pengajaran kepada kita. Kadangkala Allah hadirkan insan-insan di sekeliling untuk kita belajar sesuatu darinya.
Menjadi satu kebahagiaan apabila sahabat-sahabat dari PSS & KRU Putatan dan KRU KK turut hadir. Sama-sama bersemangat untuk mengumpul dan menyebarkan kebaikan kepada insan sekeliling. InsyaAllah bertemu lagi di lain waktu dan kesempatan yang ada. Sesungguhnya,redha Allah jualah yang kita harapkan.
Ceramah Hijrah. Mana yang lain?
Bergambar dikala mentari kian meninggi dan adik-adik peserta ramai dah balik. Beginilah jadinya...silau.
P/S :Jemput hadir program Larian Hijrah 15 November 2012 (khamis) bertempat di Masjid An-Nur,Tuaran. Berlari Menggapai Mardhotillah!! Ayuh,sebar2kan.
0 comments:
Post a Comment