PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Thursday, February 7, 2013

Kem Kerohanian SM St. Michael Penampang



Pada 18-20 Januari yang lepas, satu Kem Kerohanian telah dianjurkan oleh SM St. Michael Penampang. Kem Kerohanian ini dianjurkan bertujuan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari sudut rohani dan jasmani. Seramai 300 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 5 terlibat dalam program tiga hari 2 malam ini. 5 orang fasilitator daripada Persatuan Siswazah Sabah (PSS) telah dijemput untuk mengendalikan pengisian kepada 24 pelajar muslim yang terlibat.

Pengisian untuk pelajar Muslim bermula dengan ceramah yang disampaikan oleh Us Mohd Yaakob. Selesai sesi ceramah, slot seterusnya dikendalikan oleh barisan fasilitator daripada Persatuan Siswazah Sabah (PSS). Sdr. Azizul Julirin merangkap setiausaha Agung PSS Pusat memberikan sedikit taklimat kepada peserta program.

Pada hari kedua, program dimulakan dengan Qiamullail. Slot ini dikendalikan oleh saudari Syahmi. Walaupun ada di kalangan peserta yang pertama kali mendirikan Qiamullail. Namun agak mudah mengajak mereka kerana ramai di kalangan peserta yang begitu seronok melakukan sesuatu perkara yang baru bagi mereka. Selepas selesai solat subuh, sesi riadah dikendalikan oleh fasilitator. Riadah pada pagi itu mendedahkan kepada para peserta tentang syariat di dalam Islam. Beberapa permainan telah dirancang untuk memudahkan lagi kefahaman mereka tentang syariat yang perlu dipatuhi dalam agama Islam.

Dua Kuliah Dasar yang berkisar tentang akidah dan akhlak sebagai seorang muslim telah disampaikan kepada peserta. Selepas kuliah dasar, mereka diberikan latihan dalam kumpulan (LDK) untuk menambah lagi kefahaman mereka. Pada malam terakhir program ini, malam kebudayaan telah diadakan untuk memberi pengetahuan dan kefahaman kepada peserta tentang kesenian dan adab berhibur dalam Islam. Dalam setiap persembahan, diselitkan juga pengajaran-pengajaran yang perlu untuk mereka fahami.

Aktiviti terakhir yang diadakan dalam program ini ialah explorace. Explorace yang menggabungkan 4 stesen ini telah menguji dan memberi kefahaman peserta berkenaan taharah, ibadah, akidah dan akhlah muslim. Para peserta sangat seronok menjalankan aktiviti explorace disamping mendapat pelbagai input berkenaan agama Islam. Selesai aktiviti explorace, majlis penutupan ringkas didadakan bersama pelajar-pelajar Muslim sahaja. Beberapa anugerah telah disampaikan seperti anugerah peserta progresif, peserta berdisiplin, dan anugerah peserta terbaik keseluruhan. Anugerah ini bertujuan memberi penghargaan kepada mereka disamping memberi motivasi kepada peserta lain.

Persatuan Siswazah Sabah (PSS) merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada SM St Michael Penampang atas kesudian menjemput pihak kami untuk mengendalikan pengisian dalam Kem Kerohanian pada tahun ini. Semoga para peserta dapat menghadam sedikit sebanyak segala ilmu yang telah disampaikan dan dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.


 


  







0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons