PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Wednesday, February 20, 2013

Konsert Mini Malam Raikan Cinta

14 Februari 2013, Teluk Likas,Kota Kinabalu, SABAH - Buat julung kalinya, PSS telah menganjurkan sebuah konsert mini. Konsert yang dirancang kurang daripada seminggu ini telah dijayakan oleh PSS dan KRU dari dua kawasan iaitu Kota Kinabalu dan Putatan.

Persembahan dari Non-Stop Da'ie Anthem (Band/Baskin KRU) telah membuka tirai konsert pada malam tersebut. Konsert yang disebut juga sebagai Konsert Mini Malam Raikan Cinta mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari masyarakat khususnya sekitar Kota Kinabalu. Antara objektif konsert ini dianjurkan adalah memberi kefahaman kepada masyarakat terutama golongan muda tentang beberapa isu gejala sosial yang kian menular sambil berhibur dengan hiburan yang bermanfaat.

Antara pengisian bermanfaat yang menyerikan konsert pada malam tersebut adalah seperti persembahan Baskin dari kumpulan Non-Stop Da'ie Anthem (Band KRU), persembahan silap mata daripada Din Entertainment, penyampaian hadiah bertuah, dan Talk Show Cinta. Konsert ini merupakan klimaks kepada Street Dakwah "No To Valentine" yang telah berlangsung selama 4 hari iaitu pada 10 hingga 13 Februari 2013 di beberapa lokasi strategik dan terpilih sekitar Kota Kinabalu.

Talk Show Cinta telah dikendalikan oleh saudara Azizul Julirin (Setiausaha Agung PSS) yang juga menampilkan dua orang ahli panel iaitu Ustaz Fadhli (JAKIM Sabah) dan saudara Nazree (Wakil Belia). Bual bicara santai ini telah diselang-seli dengan persembahan nyanyian dari Non-Stop Da'ie Anthem, persembahan silap mata dan penyampaian hadiah kepada yang bertuah. Ternyata, talk show yang berlangsung lebih kurang dua jam itu telah berjaya mengulas dan mengupas beberapa isu tentang Cinta. Hadirin juga diberi ruang untuk mengajukan soalan kepada ahli panel untuk dijawab.

Istimewanya konsert pada kali ini, ianya telah ditayang secara langsung melalui internet dan penonton yang tidak berkesempatan menghadiri konsert ini boleh menontonnya secara langsung di internet.

PSS mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan konsert yang pertama kali dianjurkan oleh PSS ini. Semoga, program-program seumpama ini mampu mengajak lebih ramai masyarakat terutama golongan remaja dan belia untuk memahami Islam.
AJK Solat Berjemaah di atas rumput (Belakang Pentas)

Adik-adik pun bertuah malam ni.
Serikandi bertuah malam itu.
Abang nie & keluarganya bertuah pada malam itu.
Artis Non-Stop Da'ie Anthem bersedia untuk memulakan persembahan.
Saudara Azizul mengendalikan Talk Show.
Antara penonton yang hadir
PA System
Terhibur dengan persembahan
Presiden PSS (tengah) bersama gitaris & vokalis utama Non-Stop Da'ie Anthem
Behind The Scene
Tim Media sedang merakam dan membuat siaran langsung di Internet.
Pertunjukkan Silap Mata
Banner Konsert
Geng PSS & KRU Putatan

Koleksi Gambar di sini

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons