PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016
Showing posts with label Kota Belud. Show all posts
Showing posts with label Kota Belud. Show all posts

Saturday, June 2, 2012

Usrah Muslimat PSS&KRU Kota Belud



Asslamulaikum Warahmatullah..

Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T cuti sekolah ini dapat diisi dengan satu lagi aktiviti usrah. Walaupun baru sahaja KRIS KB 2012 melabuhkan tirai, penat 3 hari 2 malam menjalankan program bukan alasan untuk tidak menjalankan usrah. Usrah merupakan diantara nadi penguat rohani untuk terus bergerak kerja. InsyaAllah. Usrah pada kali ini dijalankan di Masjid Pekan Kota Belud. Kehadiran agak memberangsangkan memandang cuti sekolah dan ada di kalangan sahabat-sahabat yang baru pulang dari semenanjung.
Seramai 10 orang KRU dan 4 orang PSS Muslimat hadir dalam usrah kali ini. Pengisian yang dikendalikan oleh Sdri. Dila Rebin menyentuh bab taqwa dan keseluruhan pengisian adalah menggunakan buku yang ditulis sendiri oleh Ustaz Muhammad Afif Yahya. Mungkin kita agak selalu mendengar soal taqwa, malah di sekolah sekalipun, taqwa kerapkali disebut oleh ustaz dan ustazah. Namun sejauh mana kita mendalami pendefinisian sebenar taqwa dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim.

Berkata Imam Abud Abdillah ahmad bin Atha’ Al Rudzbari syekh Syam di zamannya..

TAKWA itu mempunyai dua tugas iaitu zahir dan batin. Tugas zahirnya ialah memelihara segala batasan-batasan syariat Allah. Tugas batinnya ialah niat yang baik dan ikhlas kerana Allah S.W.T (dalam segala amalannya). 




Firman Allah yang bermaksud :

 “Barangsiapa yang bertaqwa pada Allah, Allah akan lepaskan dia dari masalah hidup dan akan memberi rezeki sekira-kira tidak diketahui dari mana sumbernya.” (At Thalaq: 2-3)

“Sesungguhnya amal ibadah yang diterima Allah ialah dari orang yang bertaqwa.”
 (Al Maidah: 27)


Syukran diucapkan kepada semua yang hadir. Semoga perkongsian kita yang sedikit mampu menyuburkan kembali hati-hati kita dan dapat membantu kita untuk mencapai matlamat menjadi orang yang bertaqwa. InsyaAllah..




Kem Remaja Islam (KRIS) Kota Belud



         
   Pada 25-27 Mei yang lepas sekali lagi Persatuan Siswazah Sabah (PSS) Kota Belud dengan kerjasama Kelab Remaja Ukhuwah (KRU) Kota Belud mengadakan Kem Remaja Islam (KRIS) kali Ke-5. KRIS pada kali ini bertempat di SMK Tambulion Kota Belud dan seramai 138 pelajar telah mendaftar sebagai peserta. Peserta-peserta terdiri daripada pelajar di sekitar Kota Belud, Kota Marudu dan Pitas. Penyertaan pada awalnya melebihi 150 orang, namun disebabkan kekangan yang tidak dapat dielak seperti perkhemahan UB di sekolah, hanya 138 orang peserta sahaja yang dapat menghadirkan diri.
            Program bermula selepas solat jumaat, semua peserta diminta berkumpul di Masjid Pekan Kota Belud sebelum di bawa ke tapak program. Ada juga dikalangan peserta yang dihantar sendiri oleh ibubapa ke tapak program. PSS mengucapkan ribuan terima kasih kerana sanggup ke sana walaupun agak jauh dari pekan. Selepas sesi pendaftaran peserta, taklimat diberikan oleh pengarah program berkenaan peraturan dan tentatif sepanjang program berjalan. Keseluruhan aktiviti dijalankan di dewan SMK. Tambulion. 



            Kuliah dasar yang pertama pada program kali ini disampaikan oleh Imam Madli, dimana kuliah dasar ini berkisarkan tentang Aqidah. Penyampaian yang penuh dengan semangat menyebabkan adik-adik peserta lupa akan keletihan mereka. Penceramah menekankan tentang pengertian akidah, kepentingan akidah kepada seluruh individu muslim, ciri-ciri akidah,  cabaran-cabaran terhadap akidah kita pada masa kini. Keistimewaan akidah Islam dan perbezaannnya dengan ideologi manusia dan kesan akidah yang mantap turut disentuh . 

            Selepas sesi kuliah yang disampaikan oleh penceramah, sesi taaruf antara peserta dan fasilitator diadakan. Taaruf kali ini agak berbeza dengan taaruf dalam program-program yang sebelum. “Tiru Gayaku” merupakan modul yang akan digunakan. Dalam modul ini, para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Orang pertama di dalam kumpulan tersebut akan memperkenalkan diri disertai dengan gaya atau pergerakan yang tersendiri.  Gaya tersebut akan diikuti oleh orang yang berada di sebelah kanan. Semua ahli dalam kumpulan tersebut akan berpeluang menghafal nama dan gaya yang dipersembahkan oleh rakan mereka. 


            26 Mei 2012- Merupakan hari kedua para peserta berada di tapak program. Alhamdulillah, semua peserta masih berada dalam keadaan sihat dan bersemangat untuk meneruskan aktiviti. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan pada hari ini termasuklah LDK 1, Kuliah Dasar 2 (Ibadah) , LDK 2 (Lukisanku, Ibadahku), Kuliah dasar 3( Akhlak) , dan LDK 3 (Jum Main) . LDK 1 bertajuk “Bangunan Straw” berhubungkait dengan Kuliah dasar yang pertama iaitu “Akidah Tunjang Pembentukan Remaja Bertaqwa”, setiap kumpulan diminta membina sebuah bangunan menggunakan straw. Bangunan yang kukuh diumpamakan sebagai akidah yang mantap manakala bangunan yang tidak kukuh diibaratkan sebagai akidah seorang muslim yang goyah. 

            Selepas solat zohor, Sdr Iqbal Fikri Anafiah menyampaikan sedikit slot khas berkenaan Al-Fateh. Kuliah Dasar yang kedua disampaikan oleh kak Jannah. Bab ibadah diberi tumpuan dalam penyampaian pada kali ini.Latihan Dalam Kumpulan berkenaaan dengan ibadah juga memberi kefahaman lagi kepada para peserta tentang ibadah di dalam Islam. Semasa sesi LDK ke-2, Para peserta diberikan sehelai kertas dan mereka diminta untuk melukis sebuah masjid. Selepas lukisan siap, fasilitator akan bertanya kepada setiap peserta adakah mereka membaca Bismillah sebelum mula melukis sebentar tadi. Melalaui aktiviti tadi, para peserta sedar akan setiap perkara yang kita lakukan hendaklah diniatkan kerana Allah S.W.T.
            Kuliah Dasar yang terakhir telah disampaikan sendiri oleh Timbalan Presiden 1 PSS Pusat iaitu Sdr. Ahmad Fauzi Saifuddin. Penerangan tentang bab akhlak banyak memberi ilmu baru kepada peserta KRIS tetapi juga kepada barisan Fasilitator dan AJK program. Selepas selesai kuliah dasar, LDK 3 yang bertajuk Jum Main! Dijalankan, dalam LDK yang terakhir ini, aktviti dilaksanakan seperi permainan bola beracun. Peserta yang memegang botol semasa muzik dihentikan akan dikenakan denda. Denda-denda yang disediakan dalam aktivti ini semuanya menghampiri gambaran kepada akhlak yang tidak baik ataupun akhlak mazmumah. Ibrahnya, apabila kita malu untuk melakukan perbuatan tersebut hatta dihadapan sahabat kita, Alhamdulillah, hati kita masih tahu untuk membezakan perkara yang baik dan buruk. 

            Slot yang terakhir pada malam itu ialah slot penghayatan. Tema khas uang dibawa ialah tentang “kematian”. Menyedari tentang hidup kita hanya sementara dan pentingnya dalam diri kita sebagai seorang muslim agar sentiasa mengingati mati, para AJK memasukkan pengisian ini dalam sebagai slot penghayatan pada malam itu. Pada awalnya, para peserta diberi masa untuk melihat video tentang alam kematian, dan video siksaan di alam kubur. Selepas beberapa minit, lampu dimatikan , dan beberapa orang peserta yang berlakon sebagai sekujur tubuh yang telah mati diangkat di tengah-tengah peserta yang sedang menutup mata. Selepas peserta membuka mata, pengisian pun diberi oleh MC yang bertugas tentang singkatnya hidup kita di muka bumi ini. Tangisan para peserta kian kedengaran, dan diharap tangisan adik-adik peserta mampu membasahi hati-hati kita agar sentiasa tidak lupa untuk mengingati mati. 

            Pada hari ketiga iaitu hari terakhir program. Aktivti terakhir ialah Explorace. Semua kumpulan bersemangat untuk menjalankan aktiviti ini kerana penilaian untuk kumpulan terbaik juga akan dijalankan. Dalam aktivti explorace, setiap stesen telah disediakan dengan pelbagai soalan yang merangkumi kuliah-kuliah dasar yang telah mereka hadam sebelum ini. Alhamdulillah, adik-adik peserta mampun menjawab soalan yang diajukan dengan baik. Moga-moga mereka faham apa yang telah disampaikan dalam setiap kuliah dasar dalam program ini. 



            Selepas selesai solat zohor berjemaah, program Kem Remaja Islam telah sampai ke penamatnya. Sayu rasa berpisah dengan adik-adik yang telah berkampung selama 3 hari dua malam di SMK. Tambulion. Terima kasih diucapkan kepada Sdr. Zul Hilmey Makmud selaku Presiden PSS Pusat yang sudi meluangkan masa untuk merasmikan Kem Remaja Islam (KRIS) Kota Belud, tidak lupa juga kepada semua fasilitator, dan AJK yang terlibat dalam menjayakan Program KRIS Kota Belud pada tahun ini. Semoga semua titik peluh dan usaha kalian untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini mendapat rahmat disisi Allah S.W.T.


Sdr. Zul Hilmey menyampaikan hadiah kepada peserta 


Wednesday, May 30, 2012

Program Tahsin Solat Siri 2/2012 PSS Kota Belud



KOTA BELUD, 3o Mei: Persatuan Siswazah Sabah Caw. Kota Belud dengan kerjasama JAKIM Caw. Sabah sekali lagi telah mengadakan Program Tahsin Solat Siri 2/2012 bermula jam8.00 pagi tadi berakhir jam2.30 petang. Program kali ini diadakan di Masjid Kg. Kota Peladok bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan solat dan cara pelaksanaan yang betul sebagaimana yang ditentukan oleh hukum syarak serta sebagai pendedahan kepada masyarakat mengenai bahaya tidak mengerjakan solat.



Ceramah 1: Menuju Kesempurnaan Solat oleh Ust. Surayah (JHEAINS)
Terdapat lebih 80 orang ibu bapa, remaja dan kanak-kanak meyertai program ini. Antara aktiviti yang diadakan ialah kuliah yang bertajuk ‘Menuju Kesempurnaan Solat’ yang disampaikan oleh Ustazah Surayah Salin dari JHEAINS Kota Kinabalu dan kuliah ‘Bagaimana Mendirikan Solat’ yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Fauzi Saifuddin iaitu Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah. Antara pengisian lain program ini ialah praktikal solat serta solat Zohor berjemaah.


Ceramah 2: Bagaimana Mendirikan Solat oleh Us. Ahmad Fauzi (Timb. Presiden PSS)Keseluruhannya, program ini mendapat sambutan yang baik sehingga akhir program. Program ini berakhir dengan sesi soal jawab dan Majlis Penangguhan Program serta penyerahan cenderahati kepada pihak masjid atas komiten dan kerjasama baik yang diberikan.
Praktikal Solat Wanita

Harapan kami semoga usaha yang murni ini mendapat keredhaan daripada Allah SWT di dunia dan akhirat. Pihak jawatankuasa penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Masjid Kg. Kota Peladok dan JAKIM Cawangan Sabah kerana sudi membantu menjayakan program ini agar berjaya mencapai matlamatnya. Semoga sumbangan dan bantuan yang diberi mendapat ganjaran oleh Allah SWT di dunia dan akhirat.

Antara peserta yang hadir

Tuesday, May 22, 2012

Bengkel Pengurusan Organisasi 2 (BPO 2) Kelab Remaja Ukhuwwah Kota Belud (KRU KB)





Saturday, March 17, 2012

"Ombak Rindu" di Qiamullail ke-2 2012 KRUKB

Sdr. Azizi begitu tekun menyantuni adik2 usrah


 Pada 16-17 Mac 2012 yang lalu, sekali lagi KRUKB berpeluang mengadakan program Qiamullail yang kedua bagi tahun ini. Lokasi Qiam pada kali ini sama seperti  qiam-qiam lepas yang bertempat di Masjid Pekan Kota Belud. Seramai 57 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah di sekitar Kota Belud menghadirkan diri sebagai peserta manakala seramai 20 orang AJK yang terdiri daripada ahli-ahli KRU terlibat dalam menjayakan program Qiam pada kali ini.
          
            Tema yang dibawa pada kali ini ialah “Ombak Rindu” memandangkan filem Ombak Rindu yang baru sahaja ditayangkan mendapat sambutan yang hangat daripada masyarakat khususnya golongan remaja. Ahlijawatankuasa mengambil inesiatif untuk menggunakan tajuk ini dengan harapan program pada kali ini mendapat sentuhan baru dan mendapat tarikan dalam kalangan remaja di Kota Belud khususnya. Penekanan diberi kepada keutamaan rindu kita sebagai umat kepada Rasulullah S.A.W  dan bagaimana cara kita menyalurkan perasaan cinta dan rindu pada jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T.
          
          Kuliah Maghrib bertajuk “Cinta Rasulullah” yang disampaikan oleh Sdr. Hazwan Hassan telah menyentuh bagaimana pengorbanan Rasulullah dalam menegakkan Islam dan hingga ke saat-saat akhir kehidupan Rasulullah, baginda masih ingat dan risau tentang keadaan umatnya pada hari ini. Pengisian dalam kuliah maghrib diharap dapat memberi kesedaran lagi kepada para peserta bahawa cinta kita kepada Rasulullah adalah yang utama selepas cinta kepada Allah S.W.T yang menciptakan kita.
           
         Program diteruskan lagi dengan forum yang bertajuk “Ada apa dengan CINTA?” yang menampilkan tiga orang panel berpengalaman iaitu Saudari Siti Nadzirah Butai, Sdr. Ahmad Fauzi Bin Saifuddin dan Sdr. Sahibul Bin Manung. Forum yang dikemudikan oleh Sdr. Sarif Bin Sattar telah membawa para peserta yang hadir untuk lebih mengetahui tentang pendefinisian cinta yang sebenar, bagaimana untuk mengurus fitrah cinta kita sebagai manusia dan besarnya cabaran sebagai seorang remaja apabila berhadapan dengan bab cinta. Pembawaan ahli-ahli panel yang begitu santai berjaya menyentuh hati para peserta, pelbagai bentuk soalan diajukan kepada ahli panel menunjukkan bahawa remaja pada hari ini berhadapan dengan konflik berkenaan cinta dalam kehidupan mereka. Alhamdulillah, para penel berjaya merungkai satu persatu persoalan tersebut dan diharap apa yang disampaikan dapat membibitkan rasa kesedaran dalam hati-hati kecil para remaja yang hadir tentang “Ada apa dengan CINTA?”.        
Muslimat menunjukkan kehebatan dalam seni mempertahankan diri
Barisan muslimin yang sanggup berjuang untuk Islam
Usrah Muslimat

            Secara keseluruhannya, semua objektif program dapat disampaikan mengikut perancangan yang telah ditetapkan dan diharap para peserta dapat menggarap banyak ilmu daripada program 2 hari 1 malam ini.  Sekalung penghargaan buat para penceramah jemputan, panel-panel, ahlijawatankuasa Program Qiamulail kali ke-2 KRUKB, Ahli-ahli PSS dan KRU Kota Belud, seterusnya semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini. Semoga usaha yang sedikit ini diberkati Allah dan mampu melahirkan hati-hati yang sentiasa dekat cintanya dengan Islam. InsyaAllah.

Saturday, February 25, 2012

"Jejak Saudara" Di Kg. Linau

Kenangan bersama penduduk Kg.Linau Kota Belud

Assalamualaikum Warahmatullah..

Alhamdulillah..pada 25 Februari 2012 yang lalu. Persatuan Siswazah Sabah(PSSKB) telah mengadakan program “Jejak Saudara" yang diadakan di Kg.Linau Kota Belud. Pendekatan untuk turun ke lapangan dakwah seperti ini merupakan sedikit sebanyak usaha yang dapat dilakukan oleh PSS untuk membawa mesej Islam disamping membantu saudara-saudara Islam yang kurang berkemampuan di sekitar daerah Kota Belud.  Program sebegini juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara mahasiswa dan masyarakat.

Sdr. Ahmad Fauzi Saiffuddin menyampaikan ucapan aluan

Program yang bermula pada pukul 2.30 petang ini dimulakan dengan ucapan daripada saudara Ahmad Fauzi Saiffuddin. Seramai 12 orang ahli PSS Kota Belud termasuk beberapa orang ahli dari PSS Tuaran telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program kali ini. "Jejak Saudara" di Kg. Linau dapat membuka lagi mata para mahasiswa utuk melihat sendiri keadaan segelintir masyarakat di pinggir bandar yang hidup dalam serba kekurangan sekaligus dapat mendidik hati untuk lebih prihatin dan memikirkan masalah yang dihadapi oleh masyarakat amnya dan umat Islam khususnya. 

Pengisian yang disampaikan oleh kak Suraya

Seramai 40 orang fakir miskin di Kg.Linau telah menerima sumbangan sekampit beras daripada PSS dan walaupun sumbangan ini tidak seberapa, ia diharap dapat mengurangkan beban beberapa keluarga yang tinggal di Kg. Linau. 

"Sekampit Beras dari PSS"

Barisan Jawatankuasa Kg.Linau





Diantara penerima sumbangan yang hadir dalam program "Jejak Saudara"

Selesai sesi penyampaian sumbangan kepada 40 orang fakir miskin. Semua ahli PSS mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan penduduk kampung yang hadir sambil menikmati juadah minum petang yang disediakan oleh penduduk kampung dan PSSKB sendiri.





Banyak pengalaman yang dapat ditimba daripada program sehari ini. Walaupun hanya sekejap bersua dengan penduduk Kg.Linau, namun agak berat untuk meninggalkan mereka kerana keramahan dan penerimaan yang sangat baik daripada penduduk di kampung ini. Semoga program seperti ini dapat diadakan lagi di masa akan datang bagi mengeratkan lagu  ukhuwah diantara mahasiswa dan masyarakat di luar. InsyaAllah


 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons