PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016
Showing posts with label program. Show all posts
Showing posts with label program. Show all posts

Monday, March 19, 2012

Program-program PSS & KRU Tuaran ketika Cuti Mac 2012

Bercuti adalah peluang untuk berprogram, peluang untuk bertemu merapatkan ukhuwah.

Bermula 9-11 Mac 2012 seramai 10 orang ahli KRU Tuaran yang terdiri daripada saf pimpinan telah menyertai Kem Kepimpinan Pendakwah Muda. Sementara yang lain menjadi AJK program. Kem ini turut dihadiri oleh sahabat-sahabat KRU dari Kota Kinabalu, Kota Marudu, Sipitang dan Kota Belud. Hadir bukan sekadar hadir, hadir untuk memacu halatuju kelab agar lebih terarah dan fokus.



Orang berbudi kita berbahasa. What you get you give back. 12-14 Mac 2012 dan 13-15 Mac 2012 ahli KRUT diberi peluang menabur bakti dan mengaut pengalaman menjadi fasilitator Kem Smart Tahfiz (KST) anjuran SRI Al-Hafidz Bandar Sierra dan SRI Al-Hafidz Tuaran. Dikala menyantuni adik-adik peserta menghafaz ayat-ayat suci Al-Quran, jauh di sudut hati mahu menjadi hafidz/ah juga. Mari kita mulakan. Sehari selembar benang.

Suasana KST di SRI Al-Hafidz Bandar Sierra.

Aimi, peserta KST di SRI Al-Hafidz Tuaran

16 Mac 2012. Sambil menyelam minum air. Kami pakat-pakat mahu buat rehlah. Ada pula yang dah rindu mengunjungi keluarga dan kampung angkat. Keputusannya, rehlah dilaksanakan di kampung angkat, Kg Sambah. Menenangkan hati melihat alam ciptaan Allah. Menaiki sampan menyusur sungai sambil memerhati barisan pepohonan bakau. Sesekali nampak obor-obor sedang berenang-renang. Damainya. Subhanallah. Hati diam-diam mengalunkan zikir. 
 

Dalam perjalanan seorang kakak angkat mesej, 'sampai ja  nanti kamu semua pergi rumah, kami ada sediakan sarapan'. Rezeki. Hakikatnya, kami dah ada perancangan. 30 minit pertama kami mengunjungi rumah keluarga angkat masing-masing. Kemudian berkumpul di jeti (lebih dikenali sebagai rumah rehat oleh penduduk kampung) untuk memulakan aktiviti memancing. Sewaktu melewati salah sebuah rumah keluarga angkat (anak angkatnya tidak dapat datang) kami disapa oleh tuan rumah untuk singgah seketika menjamah sarapan yang telah disediakan. Rezeki lagi. Jam menunjukkan hampir pukul 10 pagi. Pukul 11 pagi pula dah berjanji makan tengahari di rumah salah satu keluarga angkat. Tidak sempat ni. Akhirnya, juadah sarapan pagi dari kedua-dua rumah dibawa ke jeti.

Begini caranya membuat 'ambur'.

Bantu-membantu:)

Nah apa sudah jadi? Tersalah teknik ni.

Pasang mata kail elok-elok.
 
Demo: Lemparkan 'ambur' ke tengah sungai.

Sambil memancing, makan-makan. Terima kasih kepada keluarga angkat yang sudi menyediakan juadah buat kami.

 Ya Allah satukan hati-hati kami...amin... Ukhuwah fillah:)

 Teman sejati:). Anak jati Kg Sambah. 030403. Alhamdulillah.

Orang pertama dapat ikan. Tahniah Kak Noor!!!!!!!! Juara.

Tempat kedua, Abang Shahrizal. Tahniah jugak!!!!!!

Tempat ketiga, Abang Dzul. Tahniah!!!! (Siapa ada gambar Abang Dzul bersama ikannya?)

Makan tengahari di rumah keluarga angkat Kak Julaiqah & Kak Jurainah.

Usai Solat Jumaat, berprogram seketika bersama adik-adik Kg Sambah. Sentuhan Abang Sazali.

Slot disambung, bersama Abang Dzul.

Mantapkan ukhuwah:)

Indahnya ukhuwah:)

Abang Dzul, Abang Amar & Kak Ija jaga adik kamu tu (^_^). Pastikan.

Abang Shah, Abang Safuan, Kak Yati & Kak Shikin jaga adik kamu tu (^-^)

Abang Sazali & Abang Heiri jaga adik kamu tu (~_~). Lamanya tunggu adik kamu tu membesar.

Kak Ain & Kak Rini jaga adik-adik kamu tu :)

Selamat datang Kak Izaty & Kak Ros, jadi ahli keluarga Kak Sarah & Kak Noor:)

Pukul 3 petang kami beransur meninggalkan Kg Sambah menuju destinasi seterusnya, Kg Penampang Baru. Memenuhi undangan walimah Kak Masturah, kakak kepada Kak Nadiah.

 
Buah tangan

Mana ahli-ahli KRUT?

17 Mac 2012. Beberapa orang ahli KRUT berpeluang menyertai Kursus Pengurusan Jenazah di Masjid Tamparuli. Dari  teori kepada praktikal. Kemudian disimpulkan pula dengan sesi soal jawab. Sungguh,disamping menimba ilmu,kursus ini membawa kami bermuhasabah diri seketika.

Allah SWT berfirman: "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. "
(QS. Al-Imran:185)
18 Mac 2012 menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PSS. Siapa ada gambar? Siapa ada cerita? Mari kongsikan.

Sumber : http://psstuaran.blogspot.com/2012/03/cuti-cuti-mac-2012.html

Friday, March 2, 2012

Qiammullail Perdana PSS & KRU Beaufort Februari 2012

Alhamdulillah, pada tanggal 25-26 Februari 2012 yang lalu, Qiamullail Perdana PSS & KRU Beaufort Februari 2012 telah berjaya dijalankan bertempat di Masjid Pekan Daerah Beaufort, Sabah. Program bulanan PSS dan KRU ini julung-julung kalinya diadakan di Masjid Pekan dengan penyertaan lebih kurang 70 orang peserta yang terdiri dari remaja berusia 13-19 tahun.

Alhamdulillah, Qiamullail pada kali ini telah masuk kali ketiga penganjurannya selepas bulan Disember 2011 dan Januari 2012. Dari segi bilangan peserta juga menunjukkan penyertaan yang memberangsangkan iaitu lebih kurang 70 orang berbanding 12 orang pada bulan Disember 2011 dan 32 orang pada bulan Januari 2012.

Pendaftaran dibuka seawal 9.30 pagi pada 25 Februari 2012. Program diteruskan dengan taklimat program, Usrah, Ice-Breaking, Kuliyyah Maghrib, Forum, slot Muhasabah, qiamullail, dan majlis penutupan pada keesokkannya.

Antara initipati perbincangan usrah pada sebelah petangnya adalah menbincangkan tajuk pertama Kitab Maza Yakni iaitu 'Saya Mestilah Muslim di sudut Akidah'. Peserta dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan dibantu oleh PSS sebagai Naqib.

Ice-breaking pula dilaksanakan untuk merapatkan Ukhwah di antara peserta dan fasilitator. Kuliyyah Maghrib telah disampaikan oleh Ustaz Syahriul Ismail yang juga merupakan Pengerusi PSS Beaufort yang telah berkongsi ilmu tentang Ikhtilat.

Kemudian, selepas solat berjemaah Isyak, program diteruskan dengan Forum yang membawa tajuk 'Di Penghujung Cinta'. Forum ini telah membariskan tiga orang panel iaitu Ustaz Karim (PSS Sipitang), Ustaz Ghazali dan saudari Syazwani (PSS Papar) dengan saudara Hasmadi Hasbi (PSS Beaufort) bertindak sebagai moderator forum. Ternyata forum ini telah menarik minat peserta untuk menambah kefahaman tentang tajuk yang dibincangkan.

Sebelum tidur, peserta telah dibawa bersama dalam slot muhasabah yang telah dikendalikan oleh Saudara Al-Amin, otai muhasabah PSS. Antara isi muhasabah adalah mengajak semua peserta untuk merasai cinta Allah dan Rasulullah.

Setelah dua pertiga malam, semua peserta dan AJK bangun bermunajat kepada Allah. Keheningan malam dan kedinginannya mengundang ketenangan di kalangan para peserta untuk mengimbau amalan masing-masing dan merasai kebesaran Allah.

Akhirnya, pada hari terakhir, kuliyyah Subuh yang telah disampaikan oleh Ustaz Awang Mohd Noh yang juga Penasihat PSS Beaufort telah berkongsi ilmu tentang sepuluh orang sahabat yang dijanjikan syurga. Kupasan yang ringkas dan menarik sekali oleh Ustaz Awang.

Seusai kuliyyah Subuh, sesi regangang fizikal iaitu riadah melalui aktiviti exploRace telah dilaksanakan. Peserta dikehendaki melalui kesemua Checkpoint dan melangsaikan segala tugasan yang diberikan di setiap checkpoint.

Sedikit slot penutupan sebagai khatimah kepada Qiamullail ini mengakhiri pertemuan ringkas KRU dan PSS Beaufort. Semoga pertemuan ringkas dan singkat ini mendatangkan manfaat kepada semua, semoga bertemu lagi pada qiam akan datang. Illal Liqo'.

Tuesday, May 17, 2011

Kem Sayangi Daku : Siapa Sayang Saya? Siapa Saya Sayang?

Alhamdulillah, nampaknya keberadaan & kredibiliti Persatuan Siswazah Sabah (PSS) sekali lagi teruji dan dirasai dalam usaha melahirkan lebih ramai modal insan kelas pertama terutama di bumi Sabah.

Baru-baru ini pada 13-15 Mei 2011, pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Likas, Sabah telah meletakkan kepercayaan kepada pihak PSS untuk bekerjasama dengan Panitia Pendidikan Islam dan Badan Latihan Kepimpinan Islam (BALKIS) SMKP Likas menganjurkan Kem Sayangi Daku (Fasa 1/2011) dengan bertemakan "Ke Arah Pembentukan Insan Solehah."

Kem ini telah disertai lebih daripada 80 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar SMKP Likas sendiri. Ia juga dijayakan dengan bantuan daripada ahli PSS dan BALKIS.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dalam program ini seperti pembentangan Kuliah Dasar mengenai Aqidah, Ibadah dan akhlak, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), riadah, Qiamulail, Motivasi Pagi, Malam muhasabah dan banyak lagi.

Ternyata, program selama tiga hari dua malam ini mampu menjana jati diri dan memberi kefahaman tentang erti kehidupan kepada para peserta.

Semoga para peserta dalam mengambil manfaat daripada program yang amat bermakna ini.Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada pihak SMKP Likas atas kepercayaan yang diberikan kepada PSS untuk menggerakkan program ini.


Pembukaan & pengenalan PSS & Program kepada para peserta ala-ala ESQ.
Saudara Fadhlan dengan gaya selambanya.
Saudara Hasmadi menyampaikan Motivasi pagi.
Saudara Arif berkongsi pengalaman hidupnya.
Saudara Abdillah menyampaikan Kuliah Dasar tentang Aqidah.
Saudara Al-Amin dengan muhasabah kendirinya kepada para peserta.
Saudari Khairunnisa (PSS) sedang mengendalikan satu slot dalam program.
Sesi diskusi dalam kumpulan
Sesi Riadah
Salah satu modul.
Peserta bangga dengan barang amanah yang diberi.
Ada amanah yang pecah.
Barang amanah yang pecah.
Salah satu modul.
Slot Muhasabah yang menginsafkan.
Lakonan daripada Kelab Remaja Ukhuwah (KRU) yang menyentuh perasaan.
Penyampaian cenderahati kepada wakil fasilitator.
Penyampaian cenderahati kepada wakil BALKIS.
Penyampaian sijil kepada wakil peserta.
Sesi pembahagian sijil.


Kejutan kepada bebday gurlz..
Sahabat-sahabat turut memberi semangat.
Berkongsi kegembiraan dengan sahabat.
Sesi tiup lilin & potong kek.
Bertemu tak jemu, Berpisah tak gelisah.

Lebih banyak gambar di sini :

Link berkaitan :

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons