PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016
Showing posts with label Kota Marudu. Show all posts
Showing posts with label Kota Marudu. Show all posts

Tuesday, May 22, 2012

Tahniah adik Nur Shahirah bt Saman !!

  
Alhamdulillah.. berkat kesabaran & ketabahan dalam menghadapi suka & duka mengharungi cabaran dalam menguruskan masanya belajar, berdakwah,melakukan aktiviti usrah, adik Nur Shahirah Bt Saman atau lebih mudah dikenali sebagai memeng oleh sahabat-sahabatnya telah mendapat anugerah KRS(Kelab Remaja Sekolah) Terbaik Wanita 2012 ketika menghadiri Perkhemahan Perdana KRS.

Shahira merupakan AJK dari Lajnah Kebajikan dalam organisasi KRUKM, sememangnya telah lama bergiat aktif dalam kelab ini malah juga persatuan lain disekolahnya iaitu Sekolah Menegah Kebangsaan Kota Marudu 1.
Kelihatan adik shahirah bersama sahabat2nya

Pencapaian sebegini seharusnya menjadi ikutan kepada ahli-ahli yang lain, agar boleh membuktikan dengan pengurusan masa yang baik, melakukan perkara yang berfaedah pastinya membuahkan hasil yang cemerlang. InsyaAllah ;)
“WAHAI ORANG-ORANG BERIMAN, SEKIRANYA KAMU MENOLONG
AGAMA ALLAH, ALLAH AKAN MENOLONG KAMU DAN
MENGUATKAN KEDUDUKAN KAMU!” (Muhammad:7)

Sunday, May 20, 2012

[PSS Kota Marudu] Program "Good Bye KM, Welcome KML"


18 Mei 2012
2.30 PTG

             Alhamdulillah.. Atas Kurniaan Kasih Sayang Illahi, masih diberi kesempatan untuk bertemu dalam Program yang telah berlangsung dengan kesayuan petang Jumaat. Hamba Allah yang telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Labuan (KML) Ialah adik Asri Sindong(Pengerusi KRUKM) dan Alwin Edrin(Lajnah Tarbiyah KRUKM) yang mana kedua-duanya adalah orang kuat atau orang penting bagi organisasi KRUKM.

        Program yang berlangsung di Astaka KM dihadiri oleh ahli terdekat KRUKM dan 2 orang wakil PSSKM bagi mendengar amanat terakhir dari Pengerusi KRUKM. Meskipun, adik Alwin tidak dapat menghadirkan diri kerana masih ada yang perlu diselesaikan.

        Dalam kesempatan itu, penganti untuk Adik Asri & Adik Alwin juga turut hadir juga untuk mendengar amanat terakhir untuk menyambung sinar Islam di bumi KM.


        "Amanat saya hanya perkataan pendek seja la"Istiqamah" & jangan berputus asa, kerna kadang-kadang perkara yang membuatkan kita putus asa ni adalah dosa-dosa kita sendiri, jadi perlunya muhasabah dan rasakan diri kita ni bertanggungjawab untuk melaksanakannya, jangan pula merasakan diri kita ini tidak layak, perlu lah berusaha & berkorban." Banyak sebenar amanat yang disampaikan oleh Adik Asri tapi itulah sedikit pesan-pesan Adik Asri yang boleh dikongsikan bersama.


Adik-adik Muslimat yang hadir



Alhamdulillah, Adik Asri selamat sampai d KML 


Sama-sama kita doakan untuk sahabat-sahabat yang berada diperantauan untuk menuntut ilmu bagi kepentingan ummah di masa hadapan kelak.

                                   Seperti Hadis Rasulullah mengatakan :
                         "Tuntutlah ilmu sehingga ke Negeri China"InsyaAllah.


Doa rabitah pengikat hati2 kita-


sumber : http://psskrukm.blogspot.com/2012/05/good-bye-km-welcome-kml.html

Thursday, April 12, 2012

Pameran & Jualan PSS & KRUKM Sempena Festival Kesenian Islam Peringkat PBU

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Alhamdulillah.. atas kurniaan & nikmat Islam & Iman yang Allah S.W.T berikan, PSS & KRUKM berkesempatan mengadakan gerai pameran & jualan sempena Festival Keseniaan Islam peringkat PBU pada 12/4/2012 bertempat di Dewan Komuniti KM.
Sekitar kawasan dewan

Nama program pun agak menarik "Festival Kesenian Islam" bersangkutpaut dengan ayat yang sering kita dengar iaitu "Dakwah adalah Seni"
Seni bagaimana? bukankah yg dimaksudkan seni itu lukisan,lakonan,lagu & sebagainya.

"Dakwah adalah seni" dalam erti kata yg lain ialah dalam menyampaikan ajaran Islam & menarik minat masyarakat untuk mengamalkan Islam haruslah dengan berhikmah ada caranya yang tertentu. ia juga dipengaruhi oleh peredaran zaman. Pendakwah kini harus mengikuti perkembangan media massa. tapi awas! jangan pendakwah pula yg hanyut dibawa arus..

PSS & KRUKM juga merupakan wadah/medium untuk mencungkil lagi bakat seni dalam berdakwah. 
seperti firman Allah yang bermaksud ""SERULAH (SEMUA MANUSIA) KEPADA JALAN TUHANMU DENGAN HIKMAH DAN PENGAJARAN YANG BAIK" AL-NAHL:16 AYAT 125"

Program yang bermula jam 8.00am sehingga 9.00am, menyelitkan beberapa aktiviti yang dipertandingkan seperti marhaban,kompang,nasyid moden & tradisional.
Marhaban dari daerah Ranau
Pasukan kompang dari Kota Marudu
Pasukan Kompang dari Kota Belud

Alhamdulillah.. untuk pameran kami memasang LCD Projector untuk menayangkan video program yang telah dijalankan & mengedar risalah kepada yang hadir. selain pelajar sekolah dari luar kawasan Kota Marudu yang berminat, ibu bapa yang juga turut ingin mengalakkan anak2 mereka menyertai PSS & KRU. 
Antara suasana yg dihadapi:

PSS: Assalamu'alaikum pkck.. kami PSS & KRUKM ni persatuan yang khas untuk menjalinkan persaudaraan yg baik dengan pelajar sekolah, masyarakat & menjalankan program2 bagi mengisi kerohanian.

Pkck: wa'alaikumsalam.. iya.. oh... bagus ni..(sambil tersenyum) sy pun suka anak sy ikut program2 begini..

PSS: Alhmdulillah.. pkck boleh ambil risalah ni..ada no contact juga dengan isi borang ni untuk anak pkck. ^^,
Pkck: iya..nanti pkck kasi tau dia,

PSS: jadi..anak pkck sekarang sekolah di mana?

pkck: Di perlis..

PSS: (- -') oh.. di perlis.. nda pa pkck.. PSS yang lain betaburan juga d semenanjung tu, kalau ada cuti, dorng balik la, buat program jumpa adik2..

pkck: ngam la tu.. nnti anak pkck balik..pkck kasitau dia..ya.. trma kasih la ar..

lebih kurang begitulah dialognya..

untuk jualan pula. antara jualannya ialah : tasbih,mathurat,sarung lengan,dadih,air kotak, & yg istimewa kerongsang bunga yang dibuat sendiri oleh ahli kRU.
Program tamat sekitar jam 5.00pm. Mula mengemas-gemas barang dan bersurai. InsyaAllah akan mencari peluang lagi untuk merapatkan ukhuwwah bersama masyarakat.. ;)

Friday, March 30, 2012

Kepingan Gambar Pengubat Rindu dari Kota Marudu

santai2 dulu ;)
ihya ramadhan 
adik2. senyum ^^,

sarapan bah ;)
muslimah, boleh!

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons