PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016
Showing posts with label Qiamullail Perdana. Show all posts
Showing posts with label Qiamullail Perdana. Show all posts

Wednesday, April 11, 2012

[PSS Putatan] Qiamullail di SMK Sanzac, Sembulan, SABAH

Menjamah Sedikit Kudapan selepas Kuliah Subuh

SMK Sanzac : Sempena cuti umum Pertabalan Agong Malaysia yang ke-14, pada tanggal 10 April 2012 yang lalu, PSS Putatan telah mengambil kesempatan yang ada untuk menjenguk adik-adik di SMK Sanzac dan sempat berqiamullail bersama mengisi keheningan malam yang tenang memohon keampunan kepada Allah s.b.t.

Seawal 3.30 pagi, PSS dan pelajar-pelajar telah bangun dan menghidupkan malam dengan beberapa solat sunat seperti Solat Sunat Tahajjud, Hajat, Taubat dan Solat Sunat Witir sebagai Khatimah Qiamullail. Si antara solat-solat sunat itu, diselit dengan zikir-zikir munajat yang mensyahdukan.

Kemudian, diteruskan dengan solat Subuh secara berjemaah dan Kuliah Subuh ringkas. Kemudian, pihak PSS telah dijemput oleh pihak sekolah untuk menjamah sedikit kudapan yang disediakan oleh pihak sekolah di Dewan makan sekolah.

Alhamdulillah, walaupun pertemuan hanya sebentar, namun, Ukhwwah yang terbina di antara pihak PSS dan pelajar sekolah kian utuh. Insyaallah, ada masa, PSS akan terus bersama pelajar-pelajar Sanzac berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman yang ada.
Bersama beberapa pelajar yang komited hadir Usrah.

Sunday, March 25, 2012

Qiamullail Perdana PSS & KRU Mac 2012 Beaufort, Sabah

Gambar kenangan ^_^' 
Assalamualaikum WBT ..
Alhamdulillah ..
Dengan Izin Allah SWT , satu lagi program PSS dan KRU Beaufort iaitu Qiamullail Perdana PSS dan KRU Beaufort kali ke-4 telah berjaya dijalankan dengan jayanya .. Alhamdulillah .. Syukur Ke hadrat Illahi yang Maha Kuasa lagi Maha Penyayang ..
*Berikut merupakan Serba Sedikit mengenai program Qiamullail Perdana PSS dan KRU Beaufort kali ke-4 :
AJK Muslimat
Poster Qiamullail PSS dan KRU Beaufort kali ke-4
Tarikh : 24-25 Mac 2012
Tempat : Masjid Pekan Beaufort
Yuran : RM 4.00
Tema : " Andainya DIA bersama dengan kita"
Bookmark Khas Qiamullail Perdana PSS dan KRU Beaufort kali ke-4

Alhamdulillah .. Program Qiamullail Perdana PSS dan KRU Beaufort kali ini telah dihadiri seramai 85 orang peserta .. Istimewanya Qiamullail Perdana PSS dan KRU Beaufort pada kali ini adalah apabila terdapat beberapa peserta jauh terutamanya dari SMK Western (2 orang) , SMK Membakut ( 3 orang) dan terdapat juga dua orang budak Sekolah Rendah Daerah Beaufort ..
Alhamdulillah ..
Pendaftaran
Pendaftaran peserta
Seawal pagi , Program Qiamullail Perdana PSS dan KRU Beaufort dimulakan dengan sedikit taklimat kepada para peserta dan seterusnya beberapa slot seperi LDK dan beberapa aktiviti telah dijalankan sebelum solat Zuhur menjelang tiba .. 
Sesi usrah
Sesi usrah
Seterusnya , setelah solat Zuhur , para peserta menjalankan satu lagi aktiviti sebelum makan tengahari .. Setelah makan tengahari , program disambung lagi dengan beberapa slot istimewa yang telah disediakan sehingga waktu Asar tiba .. Selesai sahaja menunaikan solat asar , Bacaan Al-Mathurat diadakan dan telah dipimpin oleh PSS Beaufort iaitu Abang Hasmadi Hasbi .. Selanjutnya , program diteruskan lagi dengan nyanyian lagu tema yang bertajuk "Rindu Muhammadku - Haddad Alwi" oleh para peserta .. Setelah itu , slot kuliah pun dimulakan dan slot kuliah pada waktu asar ini telah dijalankan oleh Ustaz Syahriul Ismail .. Selesai sahaja slot kuliah , para peserta telah diberikan pelepasan untuk mengurus diri masing-masing sebelum waktu maghrib menjelang tiba .. Selepas solat maghrib , sedikit kuliah maghrib telah diadakan sehingga waktu isyak menjelang tiba ..
Makan ^^
Selesai sahaja solat isyak , para peserta telah diberikan makan malam dan setelah itu , program diteruskan lagi dengan sesi aktiviti  .. Selepas selesai sesi aktiviti , "Malam 1 Bintang" telah diadakan .. Seterusnya , sesi muhasabah pun dimulakan .. Sesi muhasabah pada kali ini telah dipimpin oleh Abang Hasmadi dan Abang Fazrin dimana sesi muhasabah mereka telah berjaya melunturkan hati setiap insan untuk mengalirkan air mata .. Hebatnya sesi muhasabah ini apabila peserta yang 'rock-rock' juga turut mengalirkan air mata .. Alhamdulillah .. Sesi muhasabah juga merupakan slot terakhir untuk malam sabtu 24.03.2012 ..
AJK dan Peserta Muslimah Qiam
Peserta Muslimin
Sesi Aktiviti
Seawal 3.30 pagi , para peserta telah dikejutkan , dan seawal 4.00 pagi , qiamullail telah dijalankan dan diisi dengan beberapa Zikir sehingga waktu subuh .. Slot kuliah subuh juga telah disampaikan oleh seorang Ustaz yang tersangat hebat .. Alhamdulillah .. Selesai sahaja kuliah subuh , para peserta diarahkan untuk mengemas tempat program kerana seawal jam 8.00 , satu program lain akan dijalankan di masjid Beaufort .. 
Sesi penggulungan Program kali ini juga amatlah isitmewa kerana sesi penggulungan telah diadakan di tempat letak kereta Masjid Pekan Beaufort .. Selesai sahaja sesi penggulungan , sesi fotografi telah diadakan dan dengan sesi fotografi itu , maka berakhirnya Program Qiamullail Perdana PSS dan KRU Beaufort kali ke-4 .. Alhamdulillah ^_^' ..
*Sesi Fotografi*
Penghulu Qiamullail
Penghuluwati Qiamullail
Sesi Penggulungan
Sesi Penggulungan
Sesi aktiviti
Gambar kenangan

Saturday, March 17, 2012

[KRU KK] Qiamullail Perdana KRU Kota Kinabalu Mac 2012


 
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya kepada kita, program Qiamullail anjuran Kelab Remaja Ukhuwwah Kota Kinabalu(KRUKK) dengan kerjasama Persatuan Siswazah Sabah(PSS) telah berjaya membuat satu lagi program kerohanian yang bertempat di Masjid UMS pada Mac yang lalu.

Program pada kali ini telah diberi tajuk Bring Me Back yang bertemakan Diri Seorang Dai’e. Alhamdulillah, program pada kali ini telah disambut meriah dengan kehadiran 77 orang peserta dari kalangan pelajar di sekitar kawasan Kota Kinabalu yang berumur di antara 13-18 tahun.

Namun, program kali ini juga telah dihadiri oleh seorang ahli KRU Beaufort iaitu Mohd Shazlin. Selain itu, beberapa pelajar dari IPTA dan UNITAR juga turut memberi sokongan kepada program kali ini dengan menghadiri dan menyertai program ini.

Program ini telah dibuat di Masjid UMS pada tarikh 16-17 Mac 2012. Program ini bermula dari jam 4.00 petang hari jumaat dan berakhir pada jam 10.00 pagi hari sabtu.

Objektif yang digariskan dalam program kali ini ialah :
Memberi garis panduan kepada golongan remaja mengenai cara pelaksanaan amal ibadah dalam kehidupan seorang muslim berlandaskan Al- Quran dan As-Sunnah.
Menyedarkan golongan remaja akan kepentingan amal ibadah seharian dengan pekerjaan yang dilakukan setiap adalah saling berkaitan dan seiringan.
Membawa golongan remaja untuk mengamalkan Sunnah Rasullullah SAW yang akan mendekatkan diri kepada Allah SWT..
Menjalin ikatan ukhuwwah antara golongan remaja dengan pihak penganjur dan menyedarkan mereka akan nilai persaudaraan yang telah digariskan di dalam Al-Quran.
 
Poster Program Bring Me Back
Bookmark Bring Me Back 
Alhamdulillah, objektif program yang digariskan telah dapat dicapai jika dilihat secara zahirnya namun hanya Allah sahaja yang tahu pencapaian secara batinnya. Semuanya kebergantungan kepada Allah yang amat penting.

Beberapa aktiviti yang dibawakan dalam program kali ini iaitu seperti Slot Mesra bersama KRUKK(Usrah), Slot Pameran dan Tayangan Program-program KRUKK dan PSS, Slot Fardu Ain-Tahsin Solat, LDK, Pementasan Drama KRUKK, Slot Fardu Ain-Tahsin Al Fatihah, Forum Kemasukan Ke IPTA.
Slot Pameran & Tayangan
Peserta Muslimin & Muslimat
Slot Tahsin Solat - Ust.Babar

17 Mac 2012, Sabtu, program ini diteruskan dengan Slot Kemasukan ke IPTA yang disampaikan oleh Saudara Mohd Zulhilmey dan Saudara Mohd Fanshuri. Para peserta mengambil sebanyak-banyaknya pengisian berkenaan kemasukan ke IPTA itu. Slot terakhir pada pagi ini ialah slot lambaian ukhuwwah, sesi fotografi bersama para peserta dan pemberian bookmark dan tinta remaja KRUKK sebagai cenderahati kepada peserta.

Berakhirnya program ini tepat pada jam 8.50 pagi. Para peserta dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada semua para peserta yang sentiasa istiqomah dalam program-program anjuran KRUKK. Sekalung penghargaan juga buat semua penggerak program ini kerana menyumbang tenaga, masa dan wang untuk menjayakan program ini. Ucapan berbanyak terima kasih juga diberikan kepada PSS yang sentiasa membantu dan memantau sepanjang program ini.

Hanya Allah sahaja yang bisa membalas segala jasa dan pengorbanan antum/antunna sekalian. Semoga segala pengorbanan yang kita lakukan Allah lihat dan memberi ganjaran yang setimpalnya kepada kita.

Nantikan program KRUKK yang akan datang.

“Remaja HariIni, Pemimpin Hari Esok”

Sumber : http://krukotakinabalu.wordpress.com/2012/04/16/bring-me-back/

"Ombak Rindu" di Qiamullail ke-2 2012 KRUKB

Sdr. Azizi begitu tekun menyantuni adik2 usrah


 Pada 16-17 Mac 2012 yang lalu, sekali lagi KRUKB berpeluang mengadakan program Qiamullail yang kedua bagi tahun ini. Lokasi Qiam pada kali ini sama seperti  qiam-qiam lepas yang bertempat di Masjid Pekan Kota Belud. Seramai 57 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah di sekitar Kota Belud menghadirkan diri sebagai peserta manakala seramai 20 orang AJK yang terdiri daripada ahli-ahli KRU terlibat dalam menjayakan program Qiam pada kali ini.
          
            Tema yang dibawa pada kali ini ialah “Ombak Rindu” memandangkan filem Ombak Rindu yang baru sahaja ditayangkan mendapat sambutan yang hangat daripada masyarakat khususnya golongan remaja. Ahlijawatankuasa mengambil inesiatif untuk menggunakan tajuk ini dengan harapan program pada kali ini mendapat sentuhan baru dan mendapat tarikan dalam kalangan remaja di Kota Belud khususnya. Penekanan diberi kepada keutamaan rindu kita sebagai umat kepada Rasulullah S.A.W  dan bagaimana cara kita menyalurkan perasaan cinta dan rindu pada jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T.
          
          Kuliah Maghrib bertajuk “Cinta Rasulullah” yang disampaikan oleh Sdr. Hazwan Hassan telah menyentuh bagaimana pengorbanan Rasulullah dalam menegakkan Islam dan hingga ke saat-saat akhir kehidupan Rasulullah, baginda masih ingat dan risau tentang keadaan umatnya pada hari ini. Pengisian dalam kuliah maghrib diharap dapat memberi kesedaran lagi kepada para peserta bahawa cinta kita kepada Rasulullah adalah yang utama selepas cinta kepada Allah S.W.T yang menciptakan kita.
           
         Program diteruskan lagi dengan forum yang bertajuk “Ada apa dengan CINTA?” yang menampilkan tiga orang panel berpengalaman iaitu Saudari Siti Nadzirah Butai, Sdr. Ahmad Fauzi Bin Saifuddin dan Sdr. Sahibul Bin Manung. Forum yang dikemudikan oleh Sdr. Sarif Bin Sattar telah membawa para peserta yang hadir untuk lebih mengetahui tentang pendefinisian cinta yang sebenar, bagaimana untuk mengurus fitrah cinta kita sebagai manusia dan besarnya cabaran sebagai seorang remaja apabila berhadapan dengan bab cinta. Pembawaan ahli-ahli panel yang begitu santai berjaya menyentuh hati para peserta, pelbagai bentuk soalan diajukan kepada ahli panel menunjukkan bahawa remaja pada hari ini berhadapan dengan konflik berkenaan cinta dalam kehidupan mereka. Alhamdulillah, para penel berjaya merungkai satu persatu persoalan tersebut dan diharap apa yang disampaikan dapat membibitkan rasa kesedaran dalam hati-hati kecil para remaja yang hadir tentang “Ada apa dengan CINTA?”.        
Muslimat menunjukkan kehebatan dalam seni mempertahankan diri
Barisan muslimin yang sanggup berjuang untuk Islam
Usrah Muslimat

            Secara keseluruhannya, semua objektif program dapat disampaikan mengikut perancangan yang telah ditetapkan dan diharap para peserta dapat menggarap banyak ilmu daripada program 2 hari 1 malam ini.  Sekalung penghargaan buat para penceramah jemputan, panel-panel, ahlijawatankuasa Program Qiamulail kali ke-2 KRUKB, Ahli-ahli PSS dan KRU Kota Belud, seterusnya semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini. Semoga usaha yang sedikit ini diberkati Allah dan mampu melahirkan hati-hati yang sentiasa dekat cintanya dengan Islam. InsyaAllah.

Thursday, March 8, 2012

Qiamullail Perdana PSS & KRU KK & Tuaran Mac 2012


Alhamdulillah. Qiamullail kali ini menggamit kenangan silam. Kenangan sekitar tahun 2008. Sahabat-sahabiah KRUKK sering berkunjung ke Masjid An-Nur, Tuaran bergabung dengan KRU Tuaran bersama-sama mendekatkan diri kepada Ilahi menerusi program Qiamullail Bulanan. Sejarah berulang lagi. Terubat kerinduan.

Sementara bentuk pengisian yang seumpama qiamullail kali ini pula dilaksanakan pada bulan Januari 2011 di Masjid UMS. KRU Tuaran pula yang berkunjung ke sana. Bezanya, penyertaan program terdahulu hanya terhad kepada 50 orang, sementara penyertaan kali ini mencecah 150 orang. Malahan, turut dihadiri oleh ramai ahli-ahli KRU Tunas terutama peserta Jil Ul-Islam dari Sekolah Agama Negeri, Tuaran. Tidak kurang juga penyertaan daripada ahli KRU Tunas yang sentiasa istiqamah saban bulan menghadiri qiamullail. Sangat memberangsangkan. 

Harapan pihak penganjur, agar ilmu 'public speaking' yang dicurahkan oleh Saudara Mohd. Al-Amin selaku Exco Mahasiswa dan Siswazah, PSS merangkap Pengarah Urusan Quest Solution Training & Consultancy dapat disirna dan digarap dengan sebaik-baiknya oleh para peserta. Sifir mudahnya, berbicara dari hati supaya sampai ke hati. Bagaimana tu?

Pada penghujung Program Qiamullail Perdana telah diadakan Mesyuarat KRIS Tuaran Kali Ke-2. KRISTuaran akan dilaksanakan pada 5-7 April 2012 di SMK Badin, Tuaran. Sementara, Qiamullail Bulanan selanjutnya pada 21-22 April 2012. Insya-Allah.







Monday, January 23, 2012

Cebisan Mutiara Ilmu di Taman Syurga Qiyamullail Pertama 2012

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana program qiyamullail pembuka tirai tahun ini telah selamat dijalankan pada 22 dan 23 Januari yang lepas.

Bersaksikan Masjid Pekan Kota Belud, program yang bertemakan"Khuluqul Islam" ini telah mengundang seramai 43 orang tetamu taman syurga dunia yang dahagakan ilmu untuk bekalan sepanjang berkelana di alam dunia.



Baiklah, dalam entri kali ini kami krew PSS KB dan KRU KB ingin berkongsi sedikit mutiara ilmu yang diperoleh sepanjang menadah ilmu selama 2 hari 1 malam di taman syurga dunia Kota Belud.

Terlebih dahulu kami memberikan maksud akhlak Islam kerana ia banyak dibincangkan dalam ilmu akhlak. Akhlak bermaksud budi pekerti yang baik. Akhlak Islam ialah seperti akhlak Nabi Muhammad saw. Kehebatan akhlak Rasulullah saw tiada tanding taranya dengan manusia lain. Ilmuan barat mengiktiraf Nabi Muhammad sebagai manusia nombor 1 yang paling berjaya merubah tamadun manusia daripada zaman kegelapan kepada zaman cahaya Islam.

"Akhlak Rasulullah saw ialah seperti Al Quran." HR Bukhari dan Muslim

Nah, sudah terang lagi bersuluh bahawa akhlak Nabi seperti yang dikehendaki Al Quran! Maka, dapat disimpulkan di sini bahawa yang dinamakan orang beriman dan bertakwa kepada Allah ialah orang yang menjadikan Al Quran dan sunnah sebagai panduan hidupnya dan inilah yang dinamakan sebagai akhlak mahmudah. Bagi sesiapa yang tidak menjadikan Al Quran dan Sunnah sebagai panduan hidupnya, maka inilah yang dinamakan sebagai akhlak mazmumah. Sesiapa yang tidak berpegang kepada syariat Islam atau tidak berpegang kepada Al Quran dan Sunnah, orang itu akan berada dalam kesesatan yang nyata.

Akhlak Mahmudah vs Akhlak Mazmumah

Akhlak Mahmudah
  1. Taubat
  2. Zuhud
  3. Takut kepada Allah
  4. Cinta kepada Allah dan Rasul
  5. Sabar
  6. Bersyukur
  7. Ikhlas
  8. Tawakkal
  9. Redha
  10. Mengingati mati
Akhlak Mazmumah
  1. Gemar makan dan minum secara berlebihan
  2. Banyak berkata perkara yang sia-sia
  3. Marah
  4. Hasad dengki
  5. Cinta kepada harta
  6. Takbur
  7. Riak
  8. Ujub
  9. Cinta akan dunia
Konklusinya, sebagai seorang muslim yang mengaku dan yakin adanya Allah, maka perlulah dan wajiblah kita tunduk dan patuh kepada perintah Allah yang dibawa oleh Rasulullah saw. Kita wajib membenarkan hati, perbuatan dan perkataan yang disampaikan oleh Nabi saw adalah daripada Allah. Panduan bagi umat Islam untuk menuju kepada Allah dan keredhaan-Nya ialah adalah dengan menjadikan Nabi Muhammad saw sebagai contoh ikutan dalam setiap tindakan kita.

Sumber : http://psskb.blogspot.com/2012/02/cebisan-mutiara-ilmu-di-taman-syurga.html

Sunday, January 8, 2012

Qiammullail Perdana PSS & KRU Beaufort Januari 2012

 Alhamdulillah Ya Rabb ..
Program Qiyamullail Perdana KRU Beaufort yang ke-2 telah selamat dijalankan ..

Alhamdulillah juga , program ini mendapat penyertaan daripada KRU Sipitang ( 4 orang ) dan KRU Kota Kinabalu (8 orang )..

*Serba sedikit mengenai program :)

TARIKH : 7 Jan - 8 Jan 2012
Sabtu, 9.00 pagi -Ahad, 10.00 pagi
TEMPAT : SURAU HJ MAARIF, sebelah RUMAH IMAM MUDA ALI.
YURAN : RM3

"KEMBARA ILMU"
Poster Qiyamullail KRUB kali ke-2
Program Qiyamullail KRU Beaufort telah dihadiri seramai 36 orang termasuk KRU Sipitang dan KRU Kota Kinabalu , SM St Paul Beaufort , SM St John Beaufort , SMK Beaufort 1 , SMK Beaufort 2 .. Tema program pada kali ini adalah "Kembara Ilmu" , di mana program ini memberikan pelbagai pengisian yang berkaitan dengan Ilmu di dunia dan ilmu di akhirat .. Seperti kebiasaannya , setiap program PSS & KRU pasti akan dimulakan dengan usrah ataupun sesi taaruf, kemudian , barulah aktiviti-aktiviti yang lain dijalankan ..

Antara Aktiviti-aktivit yang dijalankan pada program kali ini ialah aktitviti memakai serban ( bagi muslimin ) dan busana muslimah ( bagi muslimat ) .. Selain daripada itu , slot kuliah daripada tetamu jemputan juga turut diadakan .. Tidak lupa juga kepada slot musahabah yang dilakukan oleh PSS Sipitang iaitu Akhi Fazren yang turut dibantu oleh akhi Soffiq ( KRU Kota Kinabalu ) .. 

Slot perkongsian para peserta ISC turut diadakan dalam bentuk forum yang diketuai oleh Akhi Azrin ( KRU Kota Kinabalu ) di mana , para peserta ISC menceritakan pengalaman pahit dan manis mereka sepanjang berada di ISC G.5 ..  Slot bersama PSS juga turut diadakan ..
Selanjutnya , program Qiyamullail perdana KRU Beaufort diakhiri dengan ucapan dari Penasihat PSS Beaufort , iaitu ustaz Awang dan penyampaian watikah pelantikan kepada KRU Beaufort ..
Penyampaian watikah pelantikan kepada Ahli KRU Beaufort
Seiring dengan itu , di sini , ingin kami kongsikan gambar-gambar sepanjang program ini berlangsung ..
The best :)
ummah terbilang !
Pejuang Islam !


Salam Ukhuwwah ^_^'

Alhamdulillah juga ,
Beberapa orang peserta telah sudi membuat sedikit sebanyak  kisah mereka sewaktu berada di Qiyamullail perdana KRU Beaufort ..

(SILA BACA ^_^')
Azree( KRU KOTA KINABALU )
SEDIKIT CORETAN TENTANG QIAMMULAIL PERDANA BEAUFORT KALI KE-2
Asalammualaikum .. sengaja ana karang satu coretan inie hanyalah sekadar ingin berkongsi pengalaman ana selama ana berada dalam program qiam KRUB ni kepada semua warga Komuniti Usrah PSS&KRU .. Alhamdulillah ♥ dan rasa bersyukur stlah dapat pergi dan sampai ke Qiam Perdana Beaufort kali ke-2 yang bertemakan Kembara Ilmu . dimana saya sendiri dapat merasakan begitu banyak pengetahuan yang saya tidak tahu .. saya dengan sahabat2 KRUKK yang seramai 8 orang hanya berhasrat hendak melawat KRUB yang rata2nya masih lagi muda dan ibarat hijau daun . tidak mahulah saya katakan yang KRUB nie ibarat baby .. hehe .. kesian plak . asyik2 lagi tu asal berucap jah ahli2 KRUB msti tak lari mengatakan "Bantulah kami ni . yalahkan kami nie masih lagi BABY " ..tidak begitu ya . kita semuanya sama . yang tua mahupun yang muda tidak menjadi ukuran kita untuk menyebarkan Islam itu .. yang penting kita buka minda kita untuk bersama2 kita mencapai satu matlamat yang utuh iaitu menyebarkan kru di setiap tempat masing2 dan menyebarkan Islam berdasarkan apa yang Rasulullah pernah buat .Hasrat sebenar KRUKK nak sertai Qiam KRUB nie hanyalah nak melawat dan memberi tunjuk ajar . tapi apa yang saya dapat rasakan pula adalah sebaliknya . dimana sambil saya dan rakan2 memberi tunjuk ajar kami juga dapat memperlajari sesuatu daripada mereka ....biarpun tidak banyak yang kami beri tunjuk ajar kepada mereka tetapi saya amat bersyukur dapat menyampaikan ilmu itu biarpun satu ayat .. sprti dalam hadis Rasulullah ...Saya mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ajk KRUB Qiam kali nie ya .. dengan tunjuk ajar antum sekalian ana dapat belajar sesuatu yang dapat memberi semangat kepada ana untuk terus bersama dalam menggerakkan KRUKK seperti yang antum sekalian lakukan .. Qiam korang biarpun simple tapi penuh dengan pengisian yang bermanfaat . korang jangan putus asa ya . sebenarnya setiap daripada korang semua punya kebolehan tersendiri yang tersembunyi dalam hati antum sekalian ...cuma perlu diasah sedikit jah dengan sedkit dorongan dan bimbingan bersama orang2 yang lebih berpengalaman . cntohnya Abang Hasmadi Hasbi . antum sepatutnya perlu bersyukur mendapat orang seperti abng hasmadi kerana abg madi nie penuh dengan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang amat bernas justeru dapat membntuk jati diri kalian dalam berprogram .. jadi silalah minta tunjuk ajar kpada abg madi ya . sprt apa yang abng madi pernah ckap dalam postmoterm itu hari . Allah sudah sediakan modul kepada kita dan gunalah ia sebaik mungkin ...jadi abng madi juga adalah modul kepada antum sekalian dan insyaallah dapat membntu antum utnk menjayakan program dengan lebih mantap .. tidak lupa juga berterima kasih kepada Imam Muda Ali yang sanggup menyambut kami KRUKK dari stesen keretapi terus ke tapak program .. dan Abg Fazrin dari KRU Sipitang yang sanggup menghantar kami pulang ... segala jasa kalian semua adalah amat berharga dan semoga ukhuwah kita semua sentiasa berkekalan atas perjuangan Islam yang kita cintai insyaallah hanya kerana Allah SWT .. Setakat tu je lha .. jazakallahu.k.k .. wallahualam .
Nazrin

( KRU KOTA KINABALU )

SEDIKIT AL-KISAH TENTANG QIAMMULAIL PERDANA BEAUFORT KALI KE-2

Assalamualaikum wbt... subhannallah.., sngt bersyukur kpd Allah swt kerana telah memilih diri ini dan diberi kekuatan untuk menghadirkan diri ke QIAMMULAIL BEAUFORT, yang di mana krub ini masih baru ditubuhkan pada tahun lps. saya juga bersyukur kerana berpeluang berjmp dgn adik2 krub yang masih kabur di pandangan mata saya sendiri disebbkan saya tdk mengenali mereka semua.., tetapi swktu sampai ke tempt program sya rasa amat berat sekali jika diri ini sdh plng ke kk kerana nanti rindu akan persahabatan dan ukhwah dgn krub... diri ini juga berhrp smoga bertemu atau berjmpa lagi di masa akan dtg dan berdoa moga diikat hati2 kita dgn tali persahabatan yang kukuh, dan akhir sekali saya mengucapkan semoga istiqamah dalam perjuangan untuk menegakkan syariat islam.. wallahualam.. :)

Shazlin

( KRU BEAUFORT )

Seawal pagi,aku telah bersiap sedia dengan segala kelengkapan yang perlu di bawa ke destinasi KRU Beaufort.Sebelum bergerak ke Surau Hj. Maarif,mengambil kawanku seramai 3 orang iaitu Asraf,Rizwan dan Mohd.Jai di perhentian bas SMK.Beaufort dengan membawa dua buah tempat air dan gelas.Menyusuri jalan Limbawang ke surau Hj.Maarif dan mengucup tangan bapaku sebelum memasuki halaman rumah Imam Muda.Sesampai di surau,aku meletakkan barangan dan ketika itu gembira terasa kerana ramai kawanku berada di sana.Mendaftar dan membayar yuran serta berbual dengan kawanku dan seperti biasa jika wanita bercakap seumpama pasar di tamu.


           Menanti yang lain serta aku menghubungi Nazree sama ada mereka dah sampai atau belum sambil tersenyum lebar dek lembutnya suara dia .Masih lagi di dalam kereta api dan dalam perjalanan ke stesen keretapi Beaufort.Pasti mereka kesejukan di dalam keretapi dan setelah diketahui akan keberadaan mereka di daerah Beaufort.Memberitahu akan Imam Muda dan dia turut membawa aku ke sana dikhuatiri tersilap orang.Berangkat ke sana di samping berbual kosong (Ada isu sensitif yang di bualkan).

           Sampai jua di stesen keretapi,aku dan Imam Muda bertukar senyuman dengan KRU Kota Kinabalu.Mereka adalah tetamu khas kami dan berangkat ke surau di iringi dengan perbualan.Sampai saja di surau,kami disambut oleh Asraf,Izuan dan Mohd.Jai di pintu pagar dan di sambut lagi oleh kawan-kawan lain di surau beserta gambar di ambil jua.Mereka menyusun beg dan mendaftar.Setelah kedatangan 2 orang dari SMK.Beaufort 2 dan sekolah lain.Kami memulakan usrah yang dimulakan oleh Azrin,aku memandang beliau seolah-olah memberi isyarat yang aku mahu bercakap.


          Ternyata dia memahami isyarat pergerakan aku,dia meminta aku bercakap dan oleh kerana aku berkata berkenaan sejarah yang tidak diketahui ramai dan sesetengah mereka mungkin keliru,perbincangan kami menjadi hangat.Walaupun begitu,ia adalah suatu rahmat kerana dapat mendayung arus pemikiran kami yang  lembap berfikir.Lebih kurang setengah jam melakukan usrah,ditutupi dengan kebiasaan yang dilakukan kami dan sebelum itu,aku menerangkan akan kebaikan perbezaan pendapat serta aku terus ke depan Azrin  setelah sehabis usrah dengan berbual dengannya.


       Kakak Azlinah datang dengan kereta serta tak ketinggalan membawa makanan tengah hari kami pada hari itu.Di dalam sebuah talam,terhidang akan nasi putih,sosej campur sos tomato dan sayur timun campur nanas serta sedikit bawang.Sedap terasa akan makanan yang dibuat oleh air tangan Kakak Azlinah sampai ada di antara kami menambahnya buat kali kedua.Selesai makan,membasuh talam dan berehat sebelum mendengar azan zohor berkumandang.Solat zohor di dirikan secara berjemaah dan di sertai solat sunat.


       Selepas itu,sesi berkenalan di adakan dengan di dahului lagu tema dan orang yang menjadi pengacara masa itu adalah Kakak Azlinah.Dompet dan telefon di kumpul di hadapan kami,seorang peserta lelaki yang pertama sekali mengenalkan diri adalah Izuan dan diminta untuk mengambil dompet yang bukan kepunyaannya.Dia tak tahu siapa pemiliknya dan setelah dilihat,rupanya dompet itu milik aku.Aku dan Izuan bersama-sama mengenalkan diri.Di ikuti pula rakan yang lain dan seterusnya kami di bahagikan kumpulan.


       Aku bersama-sama dengan Hashimi,Norhaslinda,Nurul Shafiqah dan Azree sebagai fasilitator.Kumpulan kami mesti membentangkan berkenaan rukun iman yang ketiga iaitu beriman kepada rasul beserta dalil daripada surah An-Nahl,penerangan dan jawapan kepada soalan yang dikemukan.Soalan kami adalah apakah yang kami katakan jika Nabi Muhammad berada di sebelah kami.Kami adalah kumpulan yang ketiga yang menbentang,aku pada mulanya dan di ikuti oleh Norhaslinda.Setelah semuanya selesai membentangkan,berehat sambil menunggu waktu Asar menjelma.Semasa mengambil wuduk,ada peserta dari Sm.ST.John datang dan kami menyambutnya.


        Solat berjemaah Asar dilakukan dan sesi kami yang selanjutnya adalah belajar cara memakai serban yang di ajar oleh Ustaz Syahriul.Aku meminjamkan 3 jenis serban,ada yang jenis lembut,sederhana dan tebal.Kami di beritahu akan beberapa jenis ikatan serban sama ada tanpa ekor,berekor satu,berekor dua,ikatan cara tahfiz,pondok dan lain-lain lagi.Kami pun melakukan praktikal setelah Ustaz Syahriul melakukan serba sedikit demonstrasi.Di samping sesi bergambar dengan gaya ala-ala melucukan.


         Setelah lama kemudian,kami pun bersiap dan mandi.Apabila tiba giliran aku untuk membasahkan badan,aku mengajak Azrin untuk mandi secara berjemaah tapi dia menolaknya pula.Pakaian baju melayu berwarna hitam menjadi pilihan petang itu.Aku berbual dengan Izuan sebelum mentari terbenam di ufuk timur (Hanya kami berdua saja yang berbual jauh dari di dengari oleh rakan yang lain disebabkan perkara tersebut sangat-sangat sensitif),Sempat lagi aku berbual ala-ala gosip dengan Arafat dan Azrin.Solat maghrib berjemaah pada malam itu bersama dengan kawan-kawan.


       Solat sunat maghrib selesai di dirikan dan  sebentar kemudian,sesi ceramah di adakan dengan Imam Muda menjadi pengacara majlis.Kami duduk dengan tenang mendengar ceramah akan kepentingan solat dan setelah masuk waktu Isya',ceramah di hentikan dan kami bersolat jemaah.Seterusnya mengisi ruangan perut dengan tangan istimewa keluarga HJ.Maarif.Talam berwarna hitam di isi oleh 3 orang wanita iaitu Nurul Hidayah,Norfarain dan Kakak Azlinah atas pengorbanan mereka bersusah payah menyediakan makanan.Dengan nasi putih,tembikai,pisang,sayur labu bercampur rempah,daging berempah kari dan lazat terasa di mulut kami semua.


       Di sambung dengan sesi ceramah daripada seorang Ustaz berkenaan kepentingan ilmu dengan Izuan menjadi pengacara.Ustaz itu menegur cara kami mendengar perbicaraan seorang penyampai ilmu.Ada jauh kedengaran suara bising daripada beberapa orang wanita (Wanita itu adalah orang yang sama berbuat bising0.Atas dasar tanggungjawab dan adab,aku melihat mereka dengan memberi isyarat supaya jangan bising.Selesai sesi ceramah,tiba masa untuk latihan dalam kumpulan dengan aku bersama-sama dengan Syafudin,Khairul Hafiz dan seorang budak dari SM.St.John serta Azree menjadi fasilitator kami.


        Ada 4 soalan yang perlu dijawab oleh kami dan setelah lama kemudian,terlihat akan kereta abang Hasmadi dan dia pun memasuki surau kami.Perbincangan kami didalam kumpulan diakhiri dengan usrah secara tak langsung.Aku bergerak ke usrah Abang Hasmadi kemudiannya ke usrah Ustaz Syahriul.Dipendekkan cerita,orang-orang penting berkumpul di luar surau untuk membincangkan tentang qiyamullail kami ini dengan di hadiri oleh ahli majlis tertinggi KRU Kota Kinabalu dan ahli KRU Sipitang.


       Lebih sejam masa perbincangan kami pada malam itu dengan perlbagai cadangan dikemukan termasuk penyediaan surat kebenaran,perlunya tentatif program,qiyamullail yang diselang selikan dengan solat dan zikir, dan pelbagai lagi.Yang paling penting adalah Imam Muda Ali berusaha mempertahankan kami dengan aktiviti ini walaupun ada pihak cuba  menyerang fitnah,atas-atas sebab politik.Menghampiri jam 12.30 tengah malam baru kami dapat merebahkan badan.Aku melelapkan mata berhempiran Izuan dan aku melihat abang Fazrin tengah berbincang diluar.

          Tak lama melelapkan mata,kami dikejutkan untuk sesi qiyamullail tapi sebelum itu diadakan slot muhasabah dengan abang Fazrin menjadi penceramah.Slotnya kurang mengacau perasaan walau berkenaan ibubapa tak tahu pula yang lain,sama ada teresak-esak atau sebaliknya.Seterusnya,kami menunaikan kewajipan qiyamullail dengan solat sunat hajat di iringi zikir dan solat sunat witir pun di iringi zikir dan doa. Imam Muda Ali dan Ustaz Syahriul berkenaan mahu menjadi Imam ketika itu.


       Mentari dah terbit dari ufuk barat,sejuk subuh tanda berkat mula terasa.Azan dilaungkan beserta solat sunat dan fardhu.Sesi subuh adalah pembelajaran pembetulan akan bacaan ibu segala surah,iaitu Al-Fatihah dengan Imam Hj. Maarif menjadi guru sementara.Kami jua dapat mendengar  cara bertaranmum daripada beliau.selepas itu,aku menjadi fasilitator untuk sesi riadah ringan pada pagi ahad.Di iringi juga dengan senam aerobik yang menjemput peserta untuk mengayakan senaman.


      Selesai dah riadah,makan pagi di hidangkan dengan roti dan kuih pisang beserta air teh suam.Sempat lagi aku menyuap kawanku (Sama ada Nazree atau Azree).Kami mandi dan bersiap,pakaian yang menjadi pilihan kau adalah baju warna putih sedikit pudar tanpa kolar dan seluar T-Shirt.Selepas aku mengemaskan barangan yang perlu dibawa balik,aku mahu meminjam beg Domokun Norhaslinda tapi dia berkata,
        "Tiidaak buuleeh".(dengan gaya kebudakan).
       Menghadiri sesi forum tentang Islamic Summer Camp,aku berkata pendapat aku berkenaan dengan aktiviti itu,pengalaman yang pahit,perkara yang disukai sepanjang Kem itu dan pelbagai lagi.Selepas itu,Sesi untuk abang dan kakak yang membicarakan tentang cara untuk belajar.Aku bertanyakan bagaimana untuk menghindari pengaruh negatif daripada kawan-kawan kepada abang Hasmadi.


       Dia berkata dengan dalaman diri itu mesti kuat, dan sebagainya.Ustaz Syahriul dan Kakak Azlinah pun turut memberi tips kepada kami semua.Selepas itu,Ustaz Awang Mohd.Nor berbicara sedikit dan tiba masa untuk sesi perlantikkan jawatan-jawatan penting Kelab Remaja Uhkuwwah Beaufort.Pada masa itu pula,ahli KRU Kota Kinabalu dah mula mengundurkan diri dan setelah tamat sesi slot terakhir pada pagi itu.Kami pun berkemas dan mengundurkan diri ke rumah dengan aku dan Aiman,Imam Muda Ali menghantar kami berdua. 

Akhir kata ,
Kami KRU Beaufort selaku 'The baby of KRU' ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada KRU Sipitang dan KRU Kota Kinabalu kerana sudi menyertai KRUB untuk menjalankan Program Qiyamullail ini dengan jayanya ..

wallahualam

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons