PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Tuesday, June 16, 2015



SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK


IKHLAS DARIPADA PERSATUAN SISWAZAH SABAH.

Wednesday, March 26, 2014

Rindu Kg Nawoi

 


Hati berbunga riang tatkala melihat kertas kerja yang dikirim secara maya. Kampung Nawoi? Program tersebut mahu dibuat di Kampung Nawoi? Kampung Angkat kami. Gembira. Ini peluang. Peluang berkunjung ke Kampung Angkat yang telah lama tidak diziarahi. 

Masih teringat saat itu. Berbalam-balam dalam fikiran. Satu persatu peristiwa itu singgah dikotak fikir. Alkisah kali pertama berprogram di sana. 
 
Teringat ‘WKAN’.

Hari yang dinanti pun tiba. Kali kedua menjejakkan kaki ke Kg Nawoi. Kali ini berpeluang pergi ke 'tagal' usai program.

Jom nikmati pemandangan di 'tagal' terutama kepada ahli rombangan yang tidak berkesempatan ke sana dahulu. 

 
Like Nawoi, like Kiwoi'
 


 




















 


Bila lagi dapat berprogram bersama mereka? Rombongan pertama, mahupun rombongan kedua.


sumber: http://psstuaran.blogspot.com/2014/03/rindu-kg-nawoi.html

Thursday, March 20, 2014

Program Smart Solat@Kg Melalin, Tuaran


Alhamdulillah, hari yang dijanjikan telah pun tiba. dengan memasang niat kerana Allah untuk memenuhi undangan melaksanakan Program Smart Solat bertempat di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Melalin. Kami sebagai krew PSS dan KRU Tuaran sangat berbesar hati atas jemputan bersama-sama menjayakan pogram ini. 

Pergerakan kami bermula seawal jam 7 pagi. seperti yang dijanjikan kami berkumpul di perhentian bas Tamparuli, agar perjalanan lebih lancar.

Sampai sahaja kami di tempat program, kami disambut oleh seorang pak cik dengan senyuman yang terukir indah dihadiahkan khas kepada kami. Kelihatan juga adik-adik solehah turut menyambut kami sambil tersipu-sipu malu. 

Kami terus memulakan langkah, memasang semua keperluan untuk program ini. kami melihat seketika di bahagian pendaftaran. Subahanallah, banyaknya yang berbaris bukan sahaja perserta-perserta program malah ibu bapa turut memberi kerjasama yang teguh kepada kami.



Masjid Nurul Hidayah Kampung Melalin

Jom daftar dulu adik-adik....

Adik-adik miliki koleksi ini...'JOM SOLAT' dan 'JOM TUTUP AURAT'

Kita mulakan dengan ice breaking!!!!!




Comel (^___^)

Sejenak bersama Ustaz Azim



Jom bekenalan dengan abang-abang dan kakak-kakak fasi.

Pilih abang/kakak...





Praktikal wudhu'. Kecilkan air adik...

Dari Umar bin Khathab r.a : Nabi saw bersabda, “Barangsiapa berwudhu’ kemudian memperbaiki wudhu’nya lalu berdoa, ‘Aku bersaksi bahawa tiada Dzat yang berhak disembah selain Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya’ maka akan dibukakan baginya lapan pintu syurga, dan dia masuk dari pintu mana sahaja yang dia kehendaki.” [Sahih Nasa'i]

Praktikal solat






Menangislah.... Ada kalanya kita perlu menangis.

Wahai adik-adik, ketahui kamulah harta yang paling bernilai di dunia ini yang akan menuntun ibu bapa kita dia akhirat kelak, antara ke syurga ataupun neraka.

Ucapan Pengarah Program, Ustazah Norhasliha (KAFA Kg Melalin)


Ucapan wakil PSS dan KRUT, Kak Siti Sarah (Timb. Pengerusi 2 PSST)
Ucapan Perasmian oleh Pengerusi Masjid Nurul Hidayah, Kg Melalin.

Adik-adik peserta menerima sijil...

Terima kasih: Jawatankuasa pelaksana dan fasi
 Gumbira ^______^


 Jalan2 jengok persekitaran kampung



 Hingga ke penghujung kampung...laut. Subhanallah.

Tersentuh dengan kata-kata Pengerusi Masjid hidayat Kampung Melalin, Encik Jamilin bin Daris, katanya "kami sangat bersyukur kerana inilah kali pertama program sebegini diadakan di Kampung Melalin ini selama saya memegang jawatan sebagai pengerusi masjid. Jujur saya katakan bahawa kami penduduk Kampung Melalin sangat dahagakan program seperti ini. Semoga krew PSS dan KRU tidak akan pernah jenuh untuk bertandang ke kampung kami ini lagi". 

Allahu Akhbar. Rasa sebak menyentuh kalbu kami. 

Bandingan solat ialah seperti sebatang sungai yang mengalir di hadapan rumah seseorang daripada kamu, setiap hari dia mandi sebanyak lima kali (di sungai itu)”. (H. R Muslim).

“Wahai Bilal, rehatkan kami dengan bersolat”. (H.R. Ahmad).

"Solat itu tiang agama"


sumber: http://psstuaran.blogspot.com/2014/03/program-smart-solatkg-melalin-tuaran.html

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons