
29 Disember - Sempena Ma'al Hijrah Persatuan Ulama' Malaysia, dengan dibimbing Cikgu Jamil sekali lagi mengatur lawatan ke Hospital Queen Elizabeth. Sahabat-sahabat daripada Yayasan Amal, yang diketuai Setiausaha, Ustaz Ridhuan dan Persatuan Siswazah Sabah yang diketuai Setiausaha persatuan juga, Saudara Fairuz Bend turut menghantar anggota buat memeriahkan program. Ahli PSS lain yang hadir ialah Sdra Salman, Sdra Ashrulmuzanie, Sdra Nadir dan Sdra Zulzaim. Sebelum bergerak ke wad sasaran iaitu wad lelaki A7, kami menyinggah ke wad Perempuan A6 untuk mencari seorang adik yang telah beberapa kali dilawat oleh PUM sebelumnya. Ternyata adik Norshilla Abtara masih berada di wad yang sama. Beliau yang menghidap penyakit transverse myelitis, penyakit...