PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Friday, December 25, 2009

KRU KM ; Islam di Hatiku

KRU KM bersama barisan fasilitatorKota Marudu mempunyai 13 masjid dan 32 surau berbanding 90 gereja, belum di ambil kira masjid dan surau yang berfungsi atau mati. Islam menyusup masuk ke pelusuk desa dan pedalaman, tidak sempat melekat roh dan izzahnya sebelum direnjat semula oleh kelompok sebelah sana. Gemilang sejarah perjuangan Shariff Osman sekitar tahun 1900 membebaskan 'Bandau' dari cengkaman penjajah tidak diwarisi semangatnya oleh penduduk Islam tempatan. Hanya di sini-sana, kedengaran kisah-kisah tokoh yang berhempas-pulas di tempat sendiri memastikan Islam terus mendapat tempat biarpun yang menjadi inspirasi hanyalah pahala yang tidak kelihatan oleh mata kasar insani.Keadaan tersebut akan berubah. Dan masanya bukan esok atau lusa,...

Friday, December 18, 2009

KRU Kundasang - Alasu Mengganti Lesu

Semangat tanganak Kg. Himbaan15-16 Disember lepas mengukir kenangan terindah sepanjang berdakwah mendekati masyarakat Dusun, apabila lemah-lembut dan baik budi mereka diadun dengan semangat pahlawan yang sedia menyusur urat nadi untuk menggantikan sogit dakwah di bumi Kundasang dengan kealasuan cahaya Islam. Program bertumpu 'Islam Id Ginawo 09' yang dilaksanakan di Masjid Kundasang seusai menziarahi adik-adik yang bersunat di Rumah Putera Harapan, Ranau dan mengajar penduduk Kg. Himbaan di Bundu Tuhan membelek Bible berjaya melahirkan sekumpulan tanganak wagu sebagai penggerak saf hadapan memulakan aksi di bumi Kundasang.Dalam masa sehari semalam, dibekali dengan keperluan dakwah dan dihalakan ke arah matlamat yang betul, serta diterjunkan...

Monday, December 14, 2009

Konsert Tour De Tahfiz Nazrey

Insya' Allah sepanjang bulan Disember dan masa terdekat ini PSS menganjurkan Konsert Tour De Tahfiz Nazrey Johani di semua kawasan-kawasan sekitar Sabah. Konsert ini bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi membangunkan pusat tahfiz di Ranau.Bagi yang belum menjumpai kotak dana bolehlah mencarinya di tempat-tempat berlangsungnya konsert ini atau terus berhubung dengan AJK pelaksana atau terus mem bank in ke akaun PSS.Semoga usaha murni yang ikhlas semata kerana Allah ini memberi kesedaran kepada masyarakat dan mendapat ganjaran disisiNya. Insya' Allah...

Monday, December 7, 2009

Ratusan Dapat Manfaat Kempen Beras PSS

Sejak sebulan Kempen 1 Keluarga 1 Kampit Beras PSS dilancarkan, ratusan individu kurang berkemampuan, golongan muallaf dan fakir miskin telah mendapat manfaat daripadanya. Program kemuncak Korban Sayang telah dilaksanakan meliputi daerah daerah Tambunan, Keningau dan Ranau sepanjang Hari Raya Aidil Adha selain sumbangan awal beras di kawasan Kota Kinabalu, Inanam dan Tuaran, Keluarga Afendi Raihan di Kg. Log Poring, SepanggarKeluarga Azmi 13 beradik di Kg. Poring-Poring, Inanam4 Keluarga Muallaf di Kg. Monsok, TambunanKeluarga Rizi di Kg. Binuwou Tengah, SookKeluarga Biah di Kg. Kemburongoh, RanauSempat bertemu adik-adik di Rumah Putera Harapan, RanauTerima kasih kepada semua penyumbang dan penggerak persatuan. Selagi kalian semua ada untuk...

Monday, November 30, 2009

Korban Kasih.....

Cuba bayangkan kamu ini adalah newly married couple. Bulan madu yang masih hangat. Dan Allah kurniakan seorang cahaya mata untuk menambahkan lagi kebahagian yang ada. Bayangkan moodnya saat itu. Bayangkan perasaan si isteri. Bayangkan perasaan suami yang begitu menghargai isterinya kerana telah menyerikan kehidupan mereka dengan kehadiran seorang cahaya mata.Apa agaknya yang akan seorang suami lakukan dalam mood yang begitu membahagiakan itu? “Wahai isteriku, ayuh kita pergi berbahagia di suatu tempat percutian untuk meraikan kebahagian ini”. Pastinya ramai suami yang akan begini.Begitulah seakan-akan moodnya dalam kehidupan sepasang suami, Nabi Ibrahim dan Siti Hajar. Tapi bukan itu yang terjadi. Allah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk...

Friday, November 27, 2009

Innalillah Adik Ivan

Sebelum ini wajah Adik Ivan menjadi ikon perangsang untuk umat yang prihatin menderma kepada Tabung Harapan PSS bagi program Lawatan Berkala Hospital. Kini tidak lagi. Setelah hampir dua tahun susuk tubuh yang tabah ini dikenali dan disantuni oleh ahli-ahli PSS, beliau akhirnya tidak dapat diselamatkan dan menghembuskan nafas yang terakhir sekitar bulan Oktober yang lepas. Kisah beliau boleh dibaca di sini. Al-Fatihah.Hasrat asal kami menceria dan diceriakan oleh Adik Faizul yang kami kunjungi di Hospital Kota Belud lewat Sabtu tanggal 21hb November yang lepas sedikit tercalar bila dikhabarkan dengan berita tersebut oleh ibu Faizul. Berakhirnya perjuangan 2 tahun Ivan berhempas-pulas dengan kematian, dan sang ibu berkampung di hospital, tekad...

Monday, November 23, 2009

INTERNET...FACEBOOK....DAN...........

PENGGUNAAN Internet kian meningkat di kalangan penduduk negara ini dengan kebanyakan masyarakat di Malaysia mula mengenali kebaikan yang mampu mengubah kehidupan.Apatah lagi dengan kemudahan rangkaian jalur lebar yang memudahkan akses kepada Internet rancak dipromosikan, syarikat telekomunikasi menawarkan pakej dengan harga semurah RM49 sebulan.Di sebalik celik Internet di kalangan warganegara Malaysia, timbul pula persoalan moral yang dibangkitkan seperti buli siber, pencurian data dan sebagainya.Salah satu agensi kerajaan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang bertanggungjawab mengawasi keselamatan 'online' di negara ini iaitu Cybersecurity Malaysia melaporkan hampir 2,937 insiden online berlaku pada tahun ini .Ketua...

Friday, November 20, 2009

Adakah anda bertelekung ketika solat atau tidak?

“Telekung surau ni kotor laa..camne nak semayang,”“Saya lupa bawa telekung, nanti saya qada’ aje solat bila sampai rumah,”Skrip biasa, terutamanya di shopping complex.Sepertinya solat itu tidak penting, boleh saja diqada’-qada’.Yang lebih penting adalah telekungnya. Tiada telekung, tak boleh solat!Begitukah?Jika diamati syarat sah solat, cuma 5 perkara:Yakin telah masuk waktuMenutup auratMengadap kiblatSuci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat solatSuci daripada hadas kecil dan hadas besarTercari-cari juga, tiada pula dalam list – Wajib memakai telekung.Jadi, wajibkah?Mengapa hendak dipersulit dan diperberatkan hukum-hakam Islam yang sebenarnya cukup mudah dan simple.“Dan tidaklah Allah jadikan bagi kalian dalam agama ini kesulitan.”Yang...

Thursday, October 29, 2009

Penenang Jiwa....

...

Saturday, October 24, 2009

"aKu SePaSaNg SeLiPaR JePuN"

Namaku SiPun, aku adalah dari bangsa slipar Jepun. Jenis-jenis lain, juga yang selain daripadaku dijual di merata kedai selipar atau kasut. Aku telah dibeli semenjak setahun yang lepas.Semenjak itu hidupku mula berubah. Aku menjangkakan tentulah kebanyakan daripada hayatku akan kuhabiskan di dalam tandas.Tapi jangkaanku meleset. Tuanku lebih kerap membawa aku ke masjid-masjid dan ke rumah kawan-kawannya. Aku sempat mencuri-curi dengar kegiatannya dalam kelompok tersebut. Itulah yag dinamakan usrah rupanya.Apa yang ingin ku ceritakan di sini mungkin berguna kepada kalian semua. Berikut adalah pemerhatianku berkenan tuanku. Dia seorang da`i, kekagumanku dengan usahanya telah menginsafkan aku untuk mncoretkan warkah ini.Dahulu, tuanku hanya berseorangan....

Friday, October 23, 2009

Kempen "1Keluarga 1Kampit Beras"

Salurkan sumbangan anda ke akaun:CIMB : 12180099132527(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman)atau hubungi 0198110964 untuk menghantar beras terus ke tempat kami / diambil beras dari tempat anda. Minta dimaklumkan sebarang sumbangan. Terima kas...

Monday, October 12, 2009

RUMAH TERBUKA PSS-KRU

RUMAH TERBUKA PSS-KRU DAN PROGRAM SINARAN ROHANITarikh : 17 Oktober 2009Tempat : Taman Awam Teluk Likas, Kota KinabaluMasa : 8.00 pagiSEMUA DIJEMPUT HADIR, SILA BAWA BERSAMA SEDIKIT MAKANAN, HIDANGAN 'POT-LU...

Tuisyen Rakyat PSS

Tanggal 6-8 Oktober yang lepas, sebermula cuti PMR yang lepas melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah tingkatan 1 dan 2, Persatuan Siswazah Sabah Kota Kinabalu berjaya melancarkan kelas rintis Tuisyen Rakyat PSS melibatkan 10 orang pelajar Tingkatan 1 SMK Likas. 10 orang pelajar tersebut mengikuti kelas tuisyen bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Agama Islam, Sains dan Matematik dengan dibimbing oleh 2 orang guru sukarela. Kelas tuisyen tersebut diadakan di pusat operasi PSS di Kampung Likas dan menelan belanja sekitar RM300.00 untuk kos makanan, bahan dan pengangkutan pelajar.Tuisyen Rakyat PSS mempunyai orientasi untuk mengembangkan minat belajar dan memupuk nilai cintakan ilmu sejak dari kecil lagi. Walaupun kelas dianjurkan tanpa mengenakan sebarang yuran, pelajar dididik dengan rasa...

Friday, October 2, 2009

Have you ever eaten a bug?

Everyone, or at least the majority of people who had some contact with nature/wild vegetation, has already seen or had the experience with the warble fly. It consists of the larva (first phase of life circle) of the fly Dermatobia hominis penetrating a healthy skin to develop. During the period that the larva develops inside de skin, the area with the parasite puffs up and presents an orifice from which the insect breaths. In humans it is easier to identify due to the local pain.Recently Billy had the parasite in his leg. When I arrived at his enclosure I noticed the larva and asked him to take a look. In the beginning he was suspicious of me, but after I explained to him what it was, showing him, Billy leant on the fence to make it easy for...

Pencarian Diri....

Apa sebenarnya yang kita cari dalam hidup kita...

Inspirasi Laskar Pelangi

Tidak semua dari kita dilahirkan dalam dulang emas. Dan tidak semua dari kita yang lahir terus mengecap kemewahan. Ada yang terbatas kehidupannya. Ada di antara kita yang lahir diceruk kampung, jauh dari kemudahan, jauh dari segala peralatan moden.Tetapi, ketahuilah bahawa keterbatasan itu tidak sesekali boleh menghalang kita dari terus berusaha, dari terus maju, dan kita mesti memperbaiki kehidupan kita untuk menjadi lebih baik.Keterbatasan atau kemiskinan tidak sama sekali membezakan akal dan kemampuan berfikir kita dari orang lain. Itu cumalah satu ujian kecil kepada kita. Maka, marilah kita terus bangkit dan bangun mencapai cita-cita kita kerana,Setiap orang berhak bermimpi dan menjadikan mimpi sebagai satu realiti!Video kali ini adalah video semangat anak-anak Laskar Pelangi yang tidak...

Saturday, September 19, 2009

Seru PSS; Robahlah Rayamu!

Program XPDC Ukhuwwah Ramadhan.Mengajar di SMK Likas.Laptop dan kamera dicuri.Pulang ke kampung halaman.Itu semua alasan laman ini mula bersawang. Alasan yang entah lulus oleh perhitungan Allah atau tidak. Itupun kalau laman ini punya nilai dakwah.Wallahua'lam.XPDC Ukhuwwah Ramadhan mencapai 75% sasaran. Kampung Monsok, Binowou Tengah dan Himbaan berjaya diterjah dalam masa 4 hari yang padat. Seterusnya Kampung Kionsom Kecil, Kanibongan dan Saab berjaya ditembusi. Sementara Kampung Kobuni, Nunuk Ragang dan Luanti diserahkan kepada rakan-rakan NGO yang lain. Tinggallah Kampung Estet Tenghilan dan Topokon yang akan dikunjungi sebagai sebahagian daripada program raya pula. Kampung-kampung ini tidak boleh diabaikan. Di Topokon terdapat dua kes aqidah perlu dibantu, begitu juga masalah muallaf...

Thursday, September 17, 2009

JAWATANKUASA Islamic Summer Camp (ISC) kali-3

Penaung:En. Bunyamin Bin Bakri (Presiden PSS)Penasihat:Sdr. Mohd Nadir Al-Nuri (Timb. Presiden PSS 1)Sdri. Siti Faridah Binti Saidin (Exco PSS-Pembangunan pelajar)MAJLIS TERTINGGIPengarah:Azizul Bin JulirinTimb. Pengarah 1:Ahmad Fauzi Bin SaifuddinTimb. Pengarah 2:Nur Insyirah Binti SunotoSetiausaha:Syarimah Binti SakkaBendahari:Mohd Fanshuri Bin BadaruddinAHLI JAWATANKUASA1) Pengangkutan dan KeselamatanMohd Khairuddin Bin DaudNorhanisah Binti Butai2) Penyertaan dan KebajikanSaibul Bin ManungRita Binti Radin3) Pengisian dan PenerbitanMohd Zul Hilmey Bin MakmudAzinni Binti Salimin4) Makanan dan LogistikMohd Dehya Al-Qalbi Bin DzulkarimNuraziah Binti Ali Akbar5) Protokol dan DokumentasiMohd Hazwan Bin HassanAzie Nor Mazwani Binti Shahari6) Teknikal dan Persiapan TempatYusuf@Joseph Bin SaidinNafisah...

KEM REMAJA ISLAM PUTATAN

Pelik...Hairan...Mungkin itulah perkataan-perkataan yang terpacul dari mulut beberapa orang ahli PSS. Ya...kenapa tiba-tiba ada KRIS PUTATAN??? Bukankah sekarang nih kita telah melalui fasa KRC dan bakal menempuh ISC???Apapun persoalan yang timbul, itu bukanlah masalah kepada pengarah KRIS Putatan, Saudara Afifie. Niat untuk membangunkan remaja Putatan perlu diteruskan. Hasilnya, program ini berjaya dilaksanakan walaupun secara add-hoc. Syabas kepada Pengarah dan Krew-krew KRIS Putatan.(Lihat Lampiran 1dan 2) Lampiran 1Lampiran...

How To Keep On Doing Good Deeds After Ramadhan?

The well known Saudi scholar Sheikh `Abdullah Ibn Jibreen states: Dear brother, here are ten means of keeping on doing good deeds after Ramadan: 1. Seek Allah's support, beseeching Him Almighty to guide you to the right path and help you remain steadfast in faith. Allah Almighty has praised the supplication of those who are of sound instruction when they (have ) said: [Our Lord! Cause not our hearts to stray after Thou hast guided us, and bestow upon us mercy from Thy Presence. Lo! Thou, only Thou art the Bestower.] (Al `Imran 3: 8) 2. Be keen on being in the company of the righteous and attending dhikr meetings such as religious lectures or visiting a righteous friend to make dhikr (remembrance of Allah) together. 3. Acquire knowledge about the biographies of the Prophet's Companions...

Tuesday, August 25, 2009

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

...

Monday, August 10, 2009

Jelajah Ukhuwwah Ramadhan PSS

Ramadhan ini Persatuan Siswazah Sabah berhasrat mengadakan jelajah ukhuwwah ke 11 kampung muallaf di sekitar Pantai Barat Sabah. Jelajah ini akan mensasarkan 3 kriteria kampung;1. Kampung yang pernah diziarahi atau menjadi tempat program PSS dan lain-lain organisasi di dalam Majlis Gabungan NGO Islam Sabah (CONCERN),2. Kampung yang pernah dijejaki oleh PSS untuk menyelesaikan masalah aqidah dan pengabaian Islam oleh penduduk setempat, dan3. Kampung-kampung angkat PSS yang sedang dibangunkan.Jelajah dengan perancangan aktiviti Program Pengukuhan Solat untuk pelajar sekolah dan remaja, Ceramah Kesedaran Ramadhan untuk dewasa, Ceramah Kekeluargaan Umum, Ziarah Mahabbah Saudara Baru dan Penyampaian Sumbangan serta Gotong-Royong Ifthar dan Qiam...

RAY Tambunan; Kasih Dicari Sayang Diburu

Ziarah kali pertama. Bergambar bersama sebahagian penghuni RAY Tambunan.Dalam tempoh sebulan tiga kali kami menziarahi RAY Tambunan. Kali pertama setelah selesai Program Pemantapan Solat di SMK Nambayan, Tambunan pada 12 Julai 2009, kali kedua bersama Azhan Atan pada 25 Julai 2009 dan kali terakhir pada 1-2 Ogos 2009 bila kami berkampung di sana bersama Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Sabah dalam Program Pemantapan Aqidah. RAY Tambunan menempatkan 150 orang penghuni Muslim, 70 lelaki dan 80 perempuan yang berusia daripada 7 tahun sehinggalah 19 tahun. Ia dikelola oleh JHEAINS dan selain anak yatim, turut menerima kemasukan anak-anak yang miskin, anak-anak peninggalan ahli keluarga yang murtad dan yang bercerai.Kali pertama bertujuan untuk...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons