PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Thursday, January 29, 2009

Satu Lagi Ujian Buat Mujahidin PSS!!!

Kota Kinabalu, 28 Januari - Baru sahaja dikejutkan dengan kemalangan saudara Zulhusmie pada 11 Januari yang lepas, kini seorang ahli Persatuan Siswazah Sabah terlibat dalam satu kemalangan. Beliau yang dimaksudkan ialah saudara Kasman Karate yang berasal dari Tawau dan masih menuntut dalam tahun akhir Universiti Malaysia Sabah (UMS). Alhamdulillah, beliau tidak mengalami kecederaan yang serius. Namun difahamkan juga terdapat tulang yang patah pada jari tangan sebelah kiri dan beberapa jahitan di bahagian muka dan lutut beliau. Sekarang ini beliau di tempatkan di Sabah Medical Centre (SMC) tingkat 6 bilik 622. Justeru, kepada sesiapa yang masih belum melawat bolehlah berbuat demikian mudah-mudahan dengan kehadiran kalian dapat memberikan beliau...

Wednesday, January 28, 2009

Program Memperkasa Aqidah 2009

Kota Kinabalu, 24 Januari - Lapan puluh pelajar sekolah menengah terdiri 37 perempuan dan 43 lelaki mengikuti program berkenaan yang dianjurkan oleh Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) Cawangan Sabah dengan kerjasama Masjid Nurul Hikmah yang menjadi lokasi program. Pelajar-pelajar berkenaan terdiri dari SM La Salle, SMK Sanzac, SMK Kolombong, SMP Likas, SM Teknik, SM St Peter Telipok dan SMK Tebobon. Terdapat beberapa ceramah berkaitan dengan mukjizat al-Quran, sejarah bible, perbandingan agama Islam dan Kristian dan sebagainya. Selain itu diselitkan juga Latihan Dalam Kumpulan (LDK) untuk memahirkan peserta tentang tajuk yang diberikan.Fasilitator dijemput khas dari UMS dan Persatuan Siswazah Sabah (PSS) yang diketuai oleh Sdr Fairuz Bend...

Monday, January 19, 2009

Malam Bersamamu Palestin!!!

Tarikh : 24 Januari 2009 (Sabtu)Masa : 8.00 MalamTempat : Dewan Saadah, Wisma MUISPersembahan istimewa Mu'adz, Tayangan Palestin,Persembahan Pentomin, Gerai / Pamerandan banyak lagi...Anjuran :Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah dan CONCERNDengan Kerjasama :JAKIM Sabah dan JHEAINSSemua dijemput hadir bagi menunjukkan rasa kemanusiaan kitaterhadap penderitaan rakyat PalestinSumber : www.islamreturn.blogspot....

Saturday, January 17, 2009

PSS Tembusi SMK Bandaraya

Sebuah lagi sekolah berjaya ditembusi secara sah oleh Persatuan Siswazah Sabah(PSS), meningkatkan bilangan terkini tempat PSS menabur bakti kepada 20 buah sekolah. Rombongan yang terdiri daripada 7 orang ahli PSS, turut melibatkan Setiausaha PSS, Saudara Fairuz Bend, Bendahari Kelab Remaja Ukhwah(KRU), Saudara Al-Amin dan Penyelaras KRU Bahagian Kota Kinabalu, Saudara Renifezri. Kuliah maghrib disampaikan oleh Saudara Syukri daripada PSS Labuan, disusuli oleh sesi soal jawab dan aktiviti permainan oleh Saudara Al-Amin seusai Solat Isya'.Dalam suasana serba kekurangan, pelajar-pelajar di sini menunjukkan kesungguhan yang sangat tinggi untuk mendalami Islam, dan mengharapkan supaya PSS dapat istiqamah mengadakan kuliah mingguan di sana. Pertemuan...

Monday, January 12, 2009

Boikot Berstrategi - Ambil dan Edar

Tumpukan Boikot Barangan2 Ini, BERMULA 12 JANUARI HINGGA 12 JULAI 2009. Sasaran - LUMPUH!! Post di Blog AN...

Ujian Buat Mujahid PSS...

Kota Kinabalu, 11 Januari - Salah seorang ahli Persatuan Siswazah Sabah terlibat dalam satu kemalangan. Beliau yang dimaksudkan ialah saudara Zulhusmie yang berasal dari Kota Belud dan masih menuntut dalam tahun 3 Universiti Malaysia Sabah (UMS). Sekarang ini beliau di tempatkan di Sabah Medical Centre (SMC) tingkat 6 bilik 627. Justeru, marilah kita semua menadah tangan memohon doa kepada Allah semoga beliau cepat sembuh dan cekal serta tabah menghadapi ujian i...

Thursday, January 8, 2009

Muqadimah 1430 Hijrah di Kiulu...

Tamparuli, 1 Januari-Lembaran baru 1430 Hijrah telah menyaksikan rombongan dari Yayasan Amal, persatuan Ulama Malaysia (PUM) cawangan Sabah dan Persatuan Siswazah Sabah (PSS) mengisi muqaddimah lembaran hijrah dengan menziarahi saudara se Islam di Kiulu. Bersama rombongan gabungan NGO Islam CONCERN, Persatuan Siswazah Sabah (PSS) berkunjung ke Kiulu, sebuah perkampungan yang cantik pemandangannya tidak jauh dari pekan Tamparuli. Bilangan keluarga Islam di kawasan ini sangat sedikit. Terdapat dalam kalangan penduduk Kg Kiulu ini yang dahulunya memeluk agama Islam kemudiannya bertukar semula kepada agama asal mereka (Kristian) disebabkan tidak ada tenaga sukarelawan yang membantu mengajar dan memberikan kefahaman agama kepada mereka. InsyaAllah,...

Tahun Baru Di Kota Kinabalu...

Kota Kinabalu, 31 Disember-Persatuan Siswazah Sabah (PSS) dan Yayasan Amal Sabah mengisi muqaddimah lembaran tahun baru Masihi dengan turun bertemu masyarakat umum yang sedang asyik dibuai pesta tahun baru 2009. Menanti detik-detik tahun baru, orang ramai sudahpun berkumpul untuk 'countdown' di dataran Padang Merdeka bersama artis kesayangan mereka. Dalam suasana menanti detik-detik tahun baru itu, PSS dan Yayasan Amal mencelah-celah 'sapa, senyum dan salam' menghulurkan risalah peringatan sempena tahun baru kepada pengunjung yang datang. Mudah-mudahan usaha yang sedikit ini ada nilainya di sisi Allah SWT....

Thursday, January 1, 2009

Tahun Baru Berpesta, Palestin Berdarah!!!

Cuba anda bayangkan. Rakyat Gaza ‘dikebulurkan’ tanpa makanan. Bantuan perubatan juga disekat. Hidup sedia ada sudah cukup tersiksa didera Yahudi. Saban hari yang dilalui hanyalah kisah-kisah sedih dan duka. Keperitan hidup tidak terungkap. Namun ketabahan rakyat Palestin, terutamanya di Semenanjung Gaza menjalani kehidupan sedemikian cukup mengagumkan.Di saat keperitan itu, tentera Yahudi menambah kesengsaraan itu dengan pengeboman yang dahsyat dalam beberapa hari ini. Ia dilancarkan ketika umat Islam kembali dari menunaikan haji. Serangan dibuat tanpa mengenal Zulhijjah atau Muharram, anak kecil atau wanita. Gaza mesti dimusnahkan.Ketika rakyat Palestin sedang bermandi darah, sebahagian rakyat Malaysia berpesta sakan meraikan kedatangan...

Bantahan Mengutuk Kekejaman Israel!!!

Kota Kinabalu, 31Dis - Kira-kira 15 aktivis keamanan telah menyertai himpunan aman membantah kekejaman rejim Israel ke atas Palestin di perkarangan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu selepas solat zohor petang tadi.Himpunan yang dikepalai oleh saudara Lahirul telah dengan tegas menyatakan bahawa sebarang tindakan terhadap umat Islam di Palestin oleh rejim Zionis hanya akan meningkatkan lagi kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Perhimpunan kemudiannya diakhiri dengan doa untuk umat Islam di Palest...

Sumbangan Diberikan Kepada Yang Memerlukan...

30 Disember - Kisah adik Elfion Christopher dan Adik Norshilla mendapat respon memberansangkan daripada pelbagai pihak. SMS tidak putus-putus masuk samada dengan hasrat membantu menjadi teman setia Adik Shilla, atau menghulurkan bantuan menunaikan impian Adik Elfion. Bukti betapa ramai lagi insan yang masih mencari ruang berbakti dan beramal. Bukti bahawa roh kasih-sayang masih belum luput daripada sebahagian masyarakat. Bukti yang hati-hati manusiawi masih hidup, segar menerjah peluang menghulurkan bantuan. Paling penting, ia bukti bahawa ruang dakwah harus dibuka seluas-luasnya oleh penjaga pintu-pintu dakwah, agar laluan di sebalik pintu 'tak layak', 'tak mampu' dan 'tak nampak jalan' tersingkap, menggerakkan dan mengangkat dakwah dan kasih-sayang...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons