PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Friday, March 27, 2009

PSS - Earth Hour Bukan Setakat Mesej Pemanasan Global

EARTH HOUR28 MAC 20098.30-9.30 malam( Padamkan lampu selama sejam tanda sokongan kepada kesedaran isu pemanasan global )Persatuan Siswazah Sabah bukan semata-mata badan kebajikan. Ia bukan institusi keagamaan. Ia jauh sekali organisasi politik. Malah ia merangkumi semua aspek kehidupan, dunia akhirat. Justeru Persatuan Siswazah Sabah menyambut baik dan menyokong penuh usaha WWF dan badan-badan lain yang menganjurkan Earth Hour. Isu pemanasan global bukan isu baru. Perubahan iklim, kenaikan aras laut, peningkatan kandungan gas karbon dioksida di udara, kesemuanya mendatangkan kesan negatif. Dan kesemuanya telah diberi amaran oleh Allah di dalam Al-Quran. Amaran bahawa punca kepada segala bentuk kerosakan ialah akibat pernuatan manusia sendiri,“Telah...

Thursday, March 26, 2009

PCP Tembusi Pasaran Sekolah Agama Rakyat

Penyampai tetap slot tayangan, Abang AminSekolah Agama Rakyat Wadi Kauthar terletak di Kampung Balungan, atau nama asalnya, Balungon, bermaksud gagah atau perkasa di dalam bahasa Dusun. Di bawah naungan JHEAINS, ia baru beroperasi selama 4 bulan dan dibangunkan oleh penduduk setempat. Kelebihan Kampung Balungan, yang memusatkan 143 buah rumah, ialah suraunya yang terletak di atas bukit, sedangkan gereja berada di bawah bukit, berbanding kampung-kampung lain yang biasanya gereja berada di puncak. Dengan kekuatan 2 ustaz, 2 ustazah dan 2 tenaga pengurusan, sekolah ini membentuk akhlaq dan membenihkan ilmu Islam dalam jiwa lebih kurang 120 orang pelajar."Adik pandai ambil wudhu'?" "Tak." "Nak belajar?" "Nak!"Sangkaan Skuad Celik Palestin yang...

Wednesday, March 25, 2009

Program Peningkatan Motivasi SMK Tenghilan

PSS asalnya menyangka dijemput menjadi fasilitator untuk Program Peningkatan Motivasi Pelajar Islam di SMK Tenghilan. Rupa-rupanya, seminggu dari tarikh program, kami difahamkan yang kami diberi ruang menguruskan keseluruhan program. Kelam-kabut dibuatnya, mujur sahaja ahli-ahli PSS terlatih bekerja dalam 'short notice', dan kerjasama pihak sekolah sangat baik.Seramai kira-kira 25 orang ahli PSS dari UMS, Politeknik, UITM KK, Maktab Kent selain pelapis muda dari ahli Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) sekitar Tuaran mencuri-curi hadir menyumbang saran idea, tenaga dan ilmu di sebalik kesibukan mengurus dan memenuhi tuntutan di institusi masing-masing. Di tengah kesempitan waktu, peluang bertemu adik-adik di SMK Tenghilan tidak boleh dilepaskan. Peluang...

Thursday, March 12, 2009

Ceramah Maulidurrasul PSS

Bersempena dengan sambutan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W tanggal 9 Mac yang lepas, PSS mengatur beberapa siri ceramah dan tayangan Malidurrasul buat menyedarkan golongan muda berhubung keperitan perjuangan Rasulullah dan para sahabat memastikan Islam sampai kepada kita pada hari ini. Ceramah pertama disampaikan oleh Cikgu Muhd Nasirin Abdul Ghani, guru SM Teknik Likas, pada 10 Mac, bertajuk 'Rasulullah, Kekasih Yang Dirindui'. Ceramah tersebut disampaikan di Kampung Kindu, Tuaran. Sambutan kurang menggalakkan kerana terpaksa bersaing dengan majlis 'karaoke' yang diadakan pada masa sama. Ceramah beliau bermula dengan kelahiran Nabi Muhammad, seterusnya kemelut perjuangan baginda, kewafatan dan peristiwa khutbah terakhir yang disampaikan oleh...

Wednesday, March 11, 2009

Program Pemantapan Aqidah Fasa 2, Pitas

Ahli-ahli PSS telah lama berkecimpung dan menerima latihan dalam bidang perbandingan agama, atau comparative religion, sehinggakan telah wujud satu kumpulan yang mampu membimbing masyarakat tentang asas persamaan dan perbezaan antara agama, khususnya agama Islam dan Kristian, dengan tujuan tunggal untuk mencari kebenaran dan mengeratkan persefahaman. Usaha ini telah dicetuskan oleh bekas ustaz di SMK Tebobon, Ustaz Abdullah Din dan kini giat diteruskan oleh sahabat-sahabat beliau, Cikgu Jamil (SMK Kolombong), Ustaz Khidir (SMK La Salle), Ustaz Amir (SMK St. Peter) dan Encik Nordin Saad (UMS) selain beberapa individu lain.Hujung minggu lepas, ahli PSS sekali lagi dibuka peluang untuk mendalami cabang ilmu fardhu kifayah tersebut, dengan bimbingan...

Elfion : "Poinsikou, Abang, Kakak!"

Home Sweet Home - rumah keluarga ElfionPapan karom hadiah PSS-ISEUMS tersemat kemas di dinding rumah dan hanya diturunkan apabila hendak bermain.Membawa Elfion dan emaknya membeli-belahKami tiba di rumah Elfion di Kampung Andus, Papar pada 21 Februari yang lepas sekitar jam 6.30 petang. Rombongan berempat, saya, Abang Fairuz, Sharil Kg. Kobuni dan Sazali, pelajar SMK Tamparuli disambut oleh emak beliau yang menanti di luar rumah. Salam dihulur, kami automatik menunduk sahaja tanda hormat. Aduh, tersilap langkah. Mungkin lebih wajar kami mengambil pendapat yang lebih ringan dan menyambut tangan beliau. Kerana selepasnya berpanjangan emak Elfion menjadi serba salah dalam tindakannya;"Em, bolehkah kamu masuk rumah kami?""Minta maaf, boleh makcik,"...

Friday, March 6, 2009

Kempen Selamatkan Aqidah

Maksud firman Allah SWT:“... dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian) dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati sedangkan dia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat dan mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya).” (Al-Baqarah:217)Jumaat lepas kami menunaikan Solat Jumaat di Kampung Kobuni, Inanam. Kehadirannya seperti biasa tidak mencecah 35 orang. Apapun usaha Persatuan Siswazah Sabah (PSS) memohon dan memastikan Solat Jumaat dibenarkan untuk dilaksanakan di sini adalah...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons