PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Thursday, April 30, 2009

Aku Penagih Da....Dakwah!

"Kenapa kau datang program pun merokok?" Abang fasi yang marah bertanya kepada salah seorang peserta."Tak boleh tahan bang. Gula-gula habis." Peserta menjawab sambil tertunduk.Abang fasi mengeluh. Penagih rokok. Nak dimarah hilang peluang mentarbiyyah. Nak dibiar takut makin parah. Akhirnya terpaksa mengalah.--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------"Bang, saya ada satu masalah. Saya tak boleh tunduk kalau tengok perempuan cun. Lagi-lagi kalau seksi, mesti nak pandang. Kalau limpas naik motor, konfem saya akan hon..Tak boleh buat apa bang, mesti nak buat jugak.." seorang lagi peserta mengadu. Zass..kes lain pula. Penagih perempuan cun.--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------"Kenapa...

Wednesday, April 22, 2009

Destinasi Cinta Yang Satu

Kalam ini ditujukan KHAS buat Abang, kakak dan sahabat-sahabatku dalam PSS.. Juga buat adik-adikku yang tercinta dalam oragnisasi KRU.. Bacalah.. Refleksi kisah BENAR: Malam semakin larut.. Jus epal yang diminta sejak tadi tak tersentuh.. Dah hilang aura sejuknya dek kerana pemintanya terlalu khusyuk ber’perang’.. Entah apa yang terlalu penting sangat sehingga air sesedap itu tidak tersentuh. Ligat akal yang memikir membunuh nafsu minum seketika.. Saya masih tercongok.. Sekejap mengalih punggung ke kiri sekejap ke kanan mencari keselesaan.. Hmmm.. Bilalah meeting budak-budak nie nak habis??—mungkin Pakcik empunya restoran bermonolog seperti itu. Sabar ye Pakcik.. Dalam kesuraman malam dan cahaya limpah restoran pekan T**ran, saya amati...

Monday, April 20, 2009

7 Remaja Islam Sifar

Selesai Qiyamullail Mingguan KRU Tuaran, saya bergegas ke Darau. Beberapa hari lepas, selepas perbincangan menggunakan premis SAR milik Ustaz Arshad UITM untuk program kaunseling Adik-Adikku Sayang PSS, beliau menceritakan perihal sebuah rumah kebajikan Kristian yang terletak di Darau. Katanya, walaupun rumah tersebut didirikan hasil sumbangan harta warisan RM15 000 oleh seorang wanita Serani budiman dan menekankan kehidupan Kristian, ia turut dihuni oleh 7 orang remaja Islam. Remaja yang mencari tempat berlindung dan berteduh tanpa hasil akhirnya terpaksa menumpang kasih di bawah bumbung agama lain. Yang mengagumkan ialah pihak pengurusan sendiri yang menghantar surat kepada Ustaz Arshad meminta beliau melakukan sesuatu untuk membantu golongan...

Ahli PSS Terajui Bidang Perniagaan

Sabtu lepas, premis Sabariah Tailor dengan rasminya mula beroperasi. Sebelum ini bergiat di rumah persendirian, Cik Sabariah telah berjaya membuka ruang sendiri. Anak kelahiran Sandakan ini telah lama menempa nama dalam bidang menjahit, dan berpengalaman menjahit bermacam bentuk baju untuk wanita dan lelaki, termasuk jubah, baju Melayu, Baju Punjabi sehinggalah ke Baju Dusun dan Bajau. Kelebihan businesswoman ini berbanding yang lainnya ialah, beliau akan sentiasa menginfakkan sebahagian hasil keuntungan bulanannya untuk program-program berbentuk Islam. Tentu sahaja pembeli atau penempah akan mendapat sebahagian saham akhirat daripada kebiasaannya tersebut..Premis Sabariah Tailor terletak di Lot 60. Tingkat 1, Blok H Sulaman Sentral, di blok...

Thursday, April 16, 2009

PSS : Tahniah Shafie Apdal!

Datuk Seri Shafie Apdal, anak kelahiran Semporna kebanggaan SabahDatuk Seri Najib Razak baru-baru ini mengumumkan barisan kabinet barunya, yang dikatakan meletakkan pilihan rakyat di hadapan. Antara percaturan menarik yang dibuat ialah meletakkan Datuk Seri Shafie Apdal di kerusi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, daripada kerusi asal beliau di Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW). Sementara Datuk Seri Dr Rais Yatim menggantikan beliau di kementerian yang makin pelik dan ajaib peranannya, Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan. PSS tidak melihat penggabungan peranan penerangan dan kesenian sebagai sesuatu yang ideal, memandangkan skopnya nyata berbeza dan seolah-olah meremehkan usaha menyampaikan...

Tuesday, April 14, 2009

Krisis Kg Saab; JHEAINS Pitas Indah Rupa Daripada Khabar!

Muslimat PSS tidak kurang hebat bergerak kerja menangani isu umatSelesai melaksanakan program selama 3 hari di SMK Pinggan-Pinggan, Pitas, bermula 10-12 April 2009, pasukan Persatuan Siswazah Sabah bergegas ke Kampung Saab yang terletak kira-kira 35 minit perjalanan daripada tapak program. Misi yang didukung cukup besar - memulakan kelas Fardhu Ain di Kampung Saab, Pitas, yang penduduk 'mualafnya' sekitar 18 keluarga dicabar krisis ketandusan ilmu Islam disebabkan tiada pengajar yang sudi berhempas-pulas mengajarkan Alif Ba Ta dan cara berwudhu' [Krisis Kg. Saab] .Dari kampus ke lapangan umatRombongan pertama seramai 10 orang tiba sekitar jam 3.00 petang, lewat sejam daripada masa yang dijanjikan, dan disambut oleh Kak Regina, individu yang...

PSS: Menunggu Sirih Pulang ke Gagang

Sebentar tadi sempat penulis menjengah blog beberapa orang aktivis mahasiswa. Penulis terbaca posting daripada seorang anak bumi Sipitang yang sedang menuntut di Semenanjung Malsysia [link]. Penulisannya berbunyi;Pagi ini, saya sempat bersiar-siar di laman maya dan sempat singgah di blog Persatuan Siswazah Sabah juga Kelab Remaja Ukhuwah..Subhanallah, hanya itu sahaja yang dapat saya lafazkan. Seronok melihat pesatnya perkembangan dakwah mereka, juga sedih kerana tidak dapat bersama-sama dengan mereka.Saya membayangkan, pasti hasil usaha mereka sehingga sekarang ini telah berjaya membentuk sedikit-sebanyak suasana kondusif berteraskan Islam di bumi Sabah. Kalau dinilai dari segi tenaga dan kekuatan, PSS sebenarnya terdiri daripada tenaga-tenaga muda yang masih dalam komitmen belajar walaupun...

Tuesday, April 7, 2009

FFM di Sabah; Manfaat atau Laknat?

Masih ramai yang belum mengetahui bahawa bulan Ogos ini, tanggal 5-8 haribulan, Sabah dan UMS akan menjadi tuan rumah kepada Festival Filem Malaysia yang ke-22. Secara spontan, PSS tentu sahaja membantah penganjuran festival tersebut, lebih-lebih lagi jika ia diadakan di kampus UMS tercinta. Walaubagaimanapun, sebagai mahasiswa yang dilatih berfikir, PSS memilih alternatif membuat kajian berhubung isu ini guna mengambil kira pandangan semua pihak. Hasil daripada kajian akan kami gunakan untuk membawa isu ini menguasai segenap ruang media massa, agensi badan bukan kerajaan, badan politik dan semua saluran yang ada untuk membawa suara yang telah diresolusikan bersama. Justeru, yang kami harapkan dari pihak pembaca ialah respon dan pandangan berhubung...

Mahasiswa Berbisa - Katak, Tebuan atau Umang-Umang?

v\:* {behavior:url(#default#VML);} o\:* {behavior:url(#default#VML);} w\:* {behavior:url(#default#VML);} .shape {behavior:url(#default#VML);} Normal 0 false false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4 ...

PSS Hadiri 'Merdeka Centre Opinion Group'

Persatuan Siswazah Sabah berbesar hati dijemput untuk bersama-sama menjayakan perbincangan tertutup mengumpul pendapat belia Sabah berhubung beberapa isu dalam dan luar negeri. Turut serta ialah ABIM Sabah, wakil daripada SIFE, St. John dan Pengakap cawangan Sabah (Majlis Belia Sabah). Perbincangan melibatkan 7 orang responden mewakili persatuan bukan kerajaan masing-masing dengan bimbingan seorang moderator dari Merdeka Centre dan seorang pencatat, membicarakan pelbagai aspek termasuk politik, sosial dan ekonomi. Hasil perbincangan amat menarik untuk dikongsi, kerana selain latar belakang organisasi yang berbeza, faktor demografi turut mempengaruhi respon yang diberikan. Apapun, di penghujung pertemuan, wakil dari PSS dapat menyimpulkan bahawa...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons