PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Thursday, May 28, 2009

Program 'Mipanau-Panau hiti Ranau 1'

Maaf kerana artikel Program 'Mipanau-Panau hiti Ranau' tidak dapat dipindahkan ke blog PSS disebabkan error pada kod html. Artikel penuh boleh dibaca di [klik]. Terima kas...

Friday, May 22, 2009

PSS: 'Islam Akan Bersinar Semula Di Kionsom Kecil'

Setelah merancang dengan panjang lebar dan mencari ruang waktu untuk diisi, akhirnya pasukan penyelamat aqidah daripada Persatuan Siswazah Sabah berjaya juga memulakan kelas Fardhu Ain dan asas Islam di Kampung Kionsom Kecil. Dua biji motor yang membawa empat orang ahli persatuan membelah pekat malam, mendaki curam tajam, meredah semak-samun dan melintas babi jinak di dalam kandang akhirnya tiba di hujung persimpangan, tempat berdiri kukuh Kampung Kionsom Kecil, sekukuh dan seteguh pegangan Islam penduduknya biarpun belum terisi oleh manisnya iman dan lazatnya ibadah. Seperti kelaziman, kehadiran kami disambut oleh kanak-kanak yang muncul entah dari mana, membingitkan suasana malam. Kami dibawa ke rumah Ismail, yang dalam perbincangan awal...

PSS Labuan Kesat Air Mata Rakyat; Siri 3

15 Mei 2009 Tragedi Kampung Muslim; Menyiram Hati Yang TerbakarAhli-ahli PSSL dikejutkan dengan berita kebakaran besar yang menimpa Kampung Muslim. Punca asap yang mula menebal sejak semalam lagi diketahui. Api yang dikatakan berpunca daripada litar pintas, dan mula marak sejak jam 12 tengahari semalam, menjadikan hampir 400 buah rumah sebagai korban, dan meninggalkan sekitar 3000 orang sehelai sepinggang. Tempoh ia berlaku hanya sekitar dua jam setengah. Api tidak dapat dipadamkan oleh pihak bomba walaupun 10 trak datang mengerah tenaga. Api padam sendiri oleh air payau yang semulajadi menjadi tapak berdirinya rumah-rumah di kampung air itu. Mujur sahaja tidak ada nyawa yang turut terkorban.Kampung Muslim punya sejarah yang panjang. Di zaman...

PSS Labuan Kesat Air Mata Rakyat; Siri 2

Ziarah Ihsan ke Hospital LabuanSelesai menziarahi mangsa taufan di Kampung Bebuloh Laut tanggal 13 Mei itu, pada sebelah petangnya pasukan Persatuan Siswazah Sabah Labuan bergegas pula ke Hospital Labuan dengan tujuan mengadakan Ziarah Ihsan. Kehadiran kali pertama di Wad Melor, atau Wad kanak-Kanak disambut dengan seribu satu persoalan oleh jururawat yang bertugas. Walaubagaimanapun, ahli PSSL cekap mengatur helah sambil mengengsot memasuki wad terdekat, seterusnya menghampiri seorang pesakit seolah-olah telah lama kenal. Kanak-kanak comel yang dijenguk tersenyum dan menyambut bila mahu didukung. Kasihan Saudara Firdaus yang belum berkahwin, kempunan mahu memperoleh anak comel, sedang Saudara Johan tersengih-sengih mengenangkan akan bergelar...

Saturday, May 16, 2009

PSS Labuan Kesat Airmata Rakyat; Siri 1

Dalam kesibukan membantu menguruskan Minggu Orientasi Kolej Matrikulasi Labuan, atau MPPB KML, Persatuan Siswazah Sabah Labuan (PSSL) bergerak cemerlang berkongsi cerita dan mengesat derita marhaen yang dilanda musibah tanpa henti selama seminggu ini. Mereka bermula dengan melawat mangsa taufan di Kampung Bebuloh pada 13 Mei 2009, seterusnya menziarahi pesakit di wad pedriatik Hospital Labuan, melawat mangsa kebakaran di Kampung Muslim, menganjurkan program qiyamullail bulanan dan seterusnya akan membuat lawatan susulan menyerahkan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Muslim. Untuk siri pertama ini, kita merakyat dahulu di Kampung Bebuluh;Kampung Bebuluh terletak di selatan Pulau Labuan, didiami oleh sekitar 1000 orang menempati hampir...

Tuesday, May 12, 2009

Surau Sementara Kionsom Kecil

Tapak surau sementara Kg. Kionsom Kecil. (maaf, gambar diambil pada waktu malam) Ruang beranda yang boleh berfungsi untuk kelas Iqra' kanak-kanak. Ruang tamu yang luas memadai untuk memuatkan sekitar 30 orang. Cuma ia kosong minta diisi.10 Mei 2009 yang lepas, 4 orang ahli PSS mengadakan lawatan susulan ke Kampung Kionsom Kecil, Inanam untuk mengatur kelas fardhu ain yang telah lama dirancang. Alhamdulillah, bekas ketua kampung, Encik Muhsin telah mengusulkan supaya kelas dibuat di rumah seorang penduduk kampung yang tinggal seorang diri, malah menawarkan supaya ahli PSS yang berkhidmat sebagai pengajar bermalam di situ pada setiap kali selesai kelas pengajian. PSS bersetuju dengan saranan tersebut dan dibawa meninjau tapak rumah. Ternyata...

Monday, May 11, 2009

Puteriku Sayang : 'Semakin Hari Semakin Rindu'

Puteriku-Puteriku Sayang bergambar bersama kakak-kakak fasilitatorTukang masak, tukang potong kayu api, tukang basuh pinggan dan tukang tenyeh bontot kuali menghilangkan peluh-peluh perjuangan.Antara menu yang ditiup, dihembus dan dijampi dengan ayat pelembut hati, ayat pengasih dan ayat penerang hati.Puteriku Sayang: 'Semakin Hari Semakin Rindu', begitulah bunyi nama dan tema program yang berjaya dilaksanakan hujung minggu yang lepas. Melibatkan 10 orang puteri, dan 18 orang AJK, program pembangunan remaja yang bertumpu ini menyentuh hulu jantung dan pangkal hati mereka, sehingga ada yang tidak mahu berpisah dengan kakak kesayangan. PSS tidak berhajat mendedahkan modus operandi program, tetapi cukuplah kalau dikatakan semua pihak berpuas-hati...

Tuesday, May 5, 2009

Bantulah Si Gadis Semut!

Teratak usang yang akan merobah adik-adik yang kami sayangi, insyaAllah.Program Puteriku Sayang adalah inisiatif awal ke arah pembentukan Rumah perlindungan Kekal Mawaddah Wa Rahmah (MaWaR). Buat sementara waktu, ia menumpang di sebuah sekolah rendah agama di Kampung Kobuni, Inanam, iaitu Sekolah Rendah Agama Insaniyyah. Ukuran bangunan yang hanyalah 15x30 kaki, dan berada dalam keadaan sangat usang memaksa kami menghadkan pengambilan peserta kepada 10 orang remaja bermasalah sahaja daripada 25 yang menawarkan diri secara sukarela untuk mengikuti program. Serba sedikit maklumat program adalah seperti berikut:Tarikh :9-10 Mei 2009 (diharapkan untuk dapat dilaksanakan secara berterusan setiap minggu, bergantung kepada kekangan kewangan dan tenaga)...

Kisah Kerajaan Semut

Kisah Kerajaan Semut Ianya bermula dengan satu kematian dan dihadapkan ke hadapan Tuhan Semut. "Apakah yang engkau telah lakukan didunia dahulu wahai Gadis Semut" tanya Malaikat Pendakwa di kamar Mahkamah Akhirat Tuhan Semut. "Errr! Saya melakukan zina sehingga melahirkan seekor anak semut yang comel" jawab Gadis Semut kembali. Matanya berlinangan air mata mengenangkan peristiwa itu. Kepalanya tertunduk dan tidak mampu diangkat untuk memandang wajah Malaikat Pendakwa tersebut. "Tidakkah engkau tahu bahawa zina ini berdosa dilakukan? Tidakkah ibu-bapamu ada mengajar kepadamu tentang ilmu agama?" soal balas Malaikat Pendakwa yang mukanya teramat bengis. "Saya tidak diajar langsung tentang ilmu agama, Tuan" jawab Gadis Semut. "Panggil bicara...

Monday, May 4, 2009

Alhamdulillah, 'Basikal Si Pesakit Jantung'

Selesai Kem Remaja Islam Papar, sekitar 30 orang ahli Persatuan Siswazah Sabah dan Kelab Remaja Ukhuwwah bergerak ke Pekan Papar. Awalnya rombongan bercadang untuk menyampaikan sumbangan basikla terus ke rumah 'Si Pesakit Jantung', Adik Elfion tetapi beliau mengikut ibunya ke kedai tempat beliau bekerja. Lalu berbondong-bondonglah kami ke sana dengan menaiki 6 biji kereta dan sebuah motosikal. Ibu Elfion sedang sibuk melayan pelanggan. Elfion yang berada di bahagian belakang kedai bosan tidak melakukan apa-apa. Dia tersenyum melihat kedatangan kami. Sementara menunggu basikal yang dibawa dari Kota Kinabalu dengan menaiki D-Max Dr Umar, Saudari Suzanna Saman, atau Kak Jannah, Timbalan Pengerusi PSS menyampaikan hamper kepada Elfion. Tidak lama...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons