PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Monday, June 15, 2009

Tahniah Bendahari PSS!!!

Inanam - Bagai pinang dibelah dua, begitulah perumpamaan yang dapat digambarkan kepada pasangan yang baru sahaja diijab kabulkan pada 12 Jun 2009 lalu melibatkan bendahari PSS Pusat iaitu Sdra Syafizam dan pasangannya Sdri Bibi yang berasal dari Kg Tenghilan. Ramai daripada kalangan saudara mara,sahabat handai dari PSS dan alumni sekolah serta rakan sekerja hadir pada majlis perkahwinan beliau yang diadakan secara kecil-kecilan pada keesokan harinya (13 Jun 2009). Majlis bermula selepas zohor dan tamat lebih kurang jam 5 petang. Tetamu yang hadir tidak putus-putus mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin ini sambil mendoakan agar pasangan ini bahagia hingga ke akhir hayat. Marilah kita sama-sama berdoa mudah-mudahan Sdra Syafizam dan...

Gambar Sekitar PPS

Sumber : psstuaran.blogspot....

Thursday, June 11, 2009

Program Pengukuhan Solat (PPS)

Tuaran – Pada 6 Jun 2009 yang lepas, Persatuan Siswazah Sabah (PSS) cawangan Tuaran telah menjalankan Program Pengukuhan Solat (PPS) bertempat di Surau Skim Penempatan Getah Kg. Sungai Damit, Tuaran. Program ini merupakan progam yang julung-julung kalinya diadakan di surau dan kawasan perumahan tersebut. Dianggarkan seramai 27 orang peserta hadir dan 9 orang ahli PSS serta KRU Tuaran yang terlibat dalam menguruskan program tersebut.Pendaftaran peserta program bermula seawal jam 8.30 pagi lagi dan sementara menunggu ketibaan peserta yang lain, sidang hadirin disajikan dengan hidangan tayangan-tayangan yang berkaitan dengan solat, dunia Islam serta sedikit taklimat tentang program. Kemudian, tepat jam 9.20 pagi ceramah I disampaikan oleh Ust Abdul Sattar, Pensyarah dari IPG Kent Tuaran yang...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons