PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Wednesday, July 29, 2009

Diari Seminggu PSS

Ziarah Azhan-Akhwan ke Kg. Luanti, Ranau ( 23-24 Julai 2009 )Akhwan dan Azhan bersama Abg Iddin, Pengerusi JKKK Kg. LuantiAntara aktiviti menggamit perhatian, Santai-Santai Roti Canai Akhwan dan isteri (lagi)Azhan menghiburkan penduduk dengan nyanyian live. Paling kiri ialah Ketua Kampung, yang dipanggil Ibu.Makan Malam Yayasan Amal (24 Julai 2009) Nazrey Raihan menyumbang satu meja pada malam itu. Hasil kutipan pada malam itu akan digunakan untuk membeli 'water gravity pump' untuk dipasang di beberapa kampung di Keningau.Qiamullail Bulanan KRU Kota Kinabalu (24-25 Julai 2009)Antara peserta muslimin yang hadir. Qiamullail pada kali ini memecah tembok usia-sentimen Sabahan yang wujud di Masjid Jamek, Kg Likas sebelumnya.Peserta muslimat dan...

Tuesday, July 21, 2009

Jelajah Dakwah Ustaz Azhan Atan, Ustaz Akhwan Afandi

Meraih intipati daripada program yang dianjurkan sering dikatakan medan yang baik untuk mentarbiyyah diri di samping mentarbiyyah peserta. Walaubagaimanapun, tarbiyyah sebenar tidak boleh bersifat tumpangan dan curi-curi, tetapi hati, jiwa dan raga harus dipusat dan difokuskan ke arah itu. PSS mengharapkan supaya semua mengambil peluang daripada jelajah dakwah dua orang ustaz ini guna mengisi dan membentengi diri dengan perkara bermanfaat.Jelajah dakwah Azhan-Akhwan meliputi beberapa daerah, bertujuan membawa mesej Islam sebagai cara hidup syumul melalui pendekatan ceramah bersahaja, ramahmesra bersama penduduk dan ziarah mahabbah. Ia juga membawa mesej hiburan Islam yang unggul melalui Konsert Mini dan Konsert Motivasi di beberapa sekolah...

PSS Semai Tri-Budi

Tanggal 17-19 Julai yang lepas, PSS berpeluang menabur budi di tiga tempat berasingan - Kem Smart Solat di SMK Bongawan 1, Bongawan, Kursus Memperkasa Aqidah di SMK Tansau, Penampang dan Program Titian Kasih Surau Topokon, Kampung Topokon, Tuaran. Program di SMK Tansau dimeriahkan oleh kehadiran Dr Arip Kasmo, tokoh Pengukuhan Akidah Menerusi Penghayatan Sains Dalam Al-Quran Kareem sementara Presiden PSS sendiri yang kebetulan berada di Kota Kinabalu atas beberapa urusan turun padang berceramah di Kampung Topokon.Kem Smart Solat SMK Bongawan 1Kursus Memperkasa Aqidah SMK TansauProgram Titian Kasih, Kg. TopokonSemoga ahli-ahli PSS terus gigih bermasyarakat dan meningkatkan keupayaan berorganisasi dan mengur...

Friday, July 17, 2009

PSS Berdemonstrasi Isu Xianjiang

Persatuan Siswazah Sabah dengan beberapa NGO lain, antara lain Yayasan Amal dan Persatuan Ulama Malaysia Sabah, berhimpun mengadakan unjuk rasa terhadap isu pembunuhan kaum minoriti Muslim Uighur di wilayah Xianjang, China. Unjuk rasa yang diadakan seusai solat Jumaat di Masjid Bandaran, Kota Kinabalu berjaya membuka mata kariah masjid dan masyarakat setempat untuk lebih peka terhadap insiden pencabulan hak asasi dan ketidakadilan yang melanda kaum majoriti Islam tersebut. Selain edaran risalah berhubung isu berkaitan dan ucapan oleh beberapa wakil persatuan, laungan 'Hidup Islam, Hancur Kezaliman' turut membakar jiwa umat yang cintakan perpaduan dan keamanan.Islam adalah agama yang membawa mesej persefahaman dan permuafakatan kepada semua...

PSS Kecam Penindasan Etnik Uighur

PSS dan seluruh umat Islam dan pencinta kedamaian di Sabah mengutuk sekeras-kerasnya penindasan ke atas 9 juta penduduk suku etnik Uighur di Xianjang, China. Setelah berpuluh tahun diasak oleh 'kaum pendatang' Han dan dilayan seperti penceroboh di tempat sendiri, rusuhan Urumqi pada 5 Julai 2009, yang berpunca daripada rasa tidak puas hati dengan cara kerajaan China mengendalikan kematian 2 orang pekerja kilang berbangsa Uighur di Guangdong, mengakibatkan 156 orang terbunuh dan 1080 cedera.Penghapusan budaya Islam, larangan memasuki masjid bagi mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun dan golongan pelajar, perobohan bangunan tradisi Uighur yang mempunyai nilai estetika Islam atas alasan binaan tersebut tidak kukuh dan sebagainya adalah...

Wednesday, July 15, 2009

Permata Yang Hilang

15 Julai 2009 - Asal-usul Tambunan diambil daripada nama dua orang pahlawan yang banyak berjasa mempertahankan penduduk asal 'dataran' tersebut, yang diberi nama Tamadun dan Gombunan. Mereka mempertahankan puka yang berhijran dari Nunuk Ragang daripada puak Tonsundung. Nama mereka diabadikan, malah sebuah tugu dipacakkan di tengah-tengah pekan Tambunan untuk memperingati jasa mereka. Kalau mereka ini dikenali sebagai pahlawan yang mula meneroka bumi Tambunan, dunia Islam di Tambunan juga terhutang budi kepada dua orang pahlawan agama, yang menjadi pengasas atau antara pembawa Islam ke bumi ini. Mereka ialah Al-Fadhil Ustaz Darbi dan Ustaz Hadiq.Dihantar oleh pondok tempat mereka menuntut di Indonesia dengan sebatang kara, mereka diarah memulakan...

PSS Buka Pasaran Baru, Raih Perhatian Akhbar

Program Kem Kesempuraan Solat yang diadakan di SMK Nambayan, Tambunan tanggal 10-12 Julai 2009 dijangkakan seperti program-program lain yang melibatkan PSS. Jangkaan itu meleset sama sekali apabila ahli PSS yang terlibat dibawa menyoroti praktikal dan cabaran dakwah di Tambunan, lantas melabuhkan cinta kami kepada perjuangan di bumi ini.Bermula dengan perjalanan empat jam yang mencabar, sehari lebih awal melalui 'jalan maut' Kimanis-Keningau yang meragut nyawa Allahyarhamah Aisyah Bakri, dalam suasana hujan lebat dan angin membadai menyajikan mukaddimah menarik untuk 3 biji motor yang ditunggangi rombongan pertama fasilitator. Cuaca buruk memaksa kuliah maghrib yang dijadualkan di SMK Tambunan dibatalkan, dan rombongan mengambil keputusan menginap...

Wednesday, July 8, 2009

Bila Mulut Melantun Kata..

Lidah merupakan senjata psywar yang paling ampuh. Kemampuan lidah bersilat menguntum hujah dan petah bicara menganyam kata mampu merubah dunia. Begitulah kekuatan yang dimiliki oleh tokoh-tokoh pelakar sejarah seperti Martin Luther King Jr., Hitler, Mahatma Gandhi dan terkini, Barack Obama. Senajata sama dimiliki oleh beberapa tokoh tempatan seperti Anwar Ibrahim dan Mahathir Mohd.Kemampuan bercakap dengan baik bukanlah anugerah yang dikurniakan sejak lahir atau warisan genetik yang hebat. Tetapi kemampuan ini mampu dikecapi oleh semua yang berminat mendalami ilmu pengucapan awam. Berikut serba-sedikit tips-tips bercakap di khalayak buat mencungkil semangat:Teknik menghilangkan gemuruh di depan khalayak:Banyakkan berselawat, gerakkan jari-jemari...

Halatuju Gerakan Islam Sabah

Baru-baru ini telah diadakan suatu bengkel halatuju gerakan Islam Sabah yang dilaksanakan di Kota Kinabatangan. Sekitar 7 kelab, persatuan dan pertubuhan Islam bersidang mengemukakan resolusi halatuju dan arah tumpu gerakan dakwah di Negeri Bawah Bayu, dan bersetuju meluluskan beberapa perencanaan;1. Menguasai dan mendekati golongan muda dan belia dan melebihkan tumpuan dakwah kepada mereka2. Penggunaan media baru sebagai medium dakwah (facebook, friendster etc)3. Menampilkan gerakan-gerakan Islam sebagai golongan yang prihatin dan mengambil berat isu rakyat4. Membina dan menonjolkan tokoh-tokoh daripada kelompok pemuda-pemudi Islam5. Memperkukuhkan jaringan kerjasama sesama gerakan IslamJusteru Persatuan Siswazah Sabah mengambil inisiatif menyeru pertubuhan-pertubuhan lain, samada yang berstatus...

Masih Mencari Ruang Berjuang?

Buat mereka yang masih mencari ruang berbakti, berikut disenaraikan 9 program PSS sepanjang bulan Julai buat memilih laluan berkhidmat;Minggu 13-5 Julai 2009 : Program Pemantapan Aqidah SMK Tamparuli (PIC : Cikgu Faridah)Minggu 210-12 Julai 2009 : Kem Smart Solat SMK Badin (PIC : PSS Tuaran - Saudara Aminuddin)10-12 Julai 2009 : Kem Smart Solat SMK Nambayan, Tambunan (PIC : PSS KK - Saudara Hafiz)12 Julai 2009 : TOT Pemantapan Aqidah (PIC : PSS KK - Saudara Faez Husin)Minggu 317-19 Julai 2009 : Kem Smart Solat Bongawan (PIC : PSS Papar - Saudara Zulzaim)17-18 Julai 2009 : Program Pemantapan Aqidah SMK Tansau (PIC : PSS Tuaran - Saudara Faiz)19 Julai 2009 : Program Keluargaku Sayang Kg. Topokon (PIC : PSS Tuaran - Saudara Misran)Minggu 423-26...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons