PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Monday, November 30, 2009

Korban Kasih.....

Cuba bayangkan kamu ini adalah newly married couple. Bulan madu yang masih hangat. Dan Allah kurniakan seorang cahaya mata untuk menambahkan lagi kebahagian yang ada. Bayangkan moodnya saat itu. Bayangkan perasaan si isteri. Bayangkan perasaan suami yang begitu menghargai isterinya kerana telah menyerikan kehidupan mereka dengan kehadiran seorang cahaya mata.Apa agaknya yang akan seorang suami lakukan dalam mood yang begitu membahagiakan itu? “Wahai isteriku, ayuh kita pergi berbahagia di suatu tempat percutian untuk meraikan kebahagian ini”. Pastinya ramai suami yang akan begini.Begitulah seakan-akan moodnya dalam kehidupan sepasang suami, Nabi Ibrahim dan Siti Hajar. Tapi bukan itu yang terjadi. Allah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk...

Friday, November 27, 2009

Innalillah Adik Ivan

Sebelum ini wajah Adik Ivan menjadi ikon perangsang untuk umat yang prihatin menderma kepada Tabung Harapan PSS bagi program Lawatan Berkala Hospital. Kini tidak lagi. Setelah hampir dua tahun susuk tubuh yang tabah ini dikenali dan disantuni oleh ahli-ahli PSS, beliau akhirnya tidak dapat diselamatkan dan menghembuskan nafas yang terakhir sekitar bulan Oktober yang lepas. Kisah beliau boleh dibaca di sini. Al-Fatihah.Hasrat asal kami menceria dan diceriakan oleh Adik Faizul yang kami kunjungi di Hospital Kota Belud lewat Sabtu tanggal 21hb November yang lepas sedikit tercalar bila dikhabarkan dengan berita tersebut oleh ibu Faizul. Berakhirnya perjuangan 2 tahun Ivan berhempas-pulas dengan kematian, dan sang ibu berkampung di hospital, tekad...

Monday, November 23, 2009

INTERNET...FACEBOOK....DAN...........

PENGGUNAAN Internet kian meningkat di kalangan penduduk negara ini dengan kebanyakan masyarakat di Malaysia mula mengenali kebaikan yang mampu mengubah kehidupan.Apatah lagi dengan kemudahan rangkaian jalur lebar yang memudahkan akses kepada Internet rancak dipromosikan, syarikat telekomunikasi menawarkan pakej dengan harga semurah RM49 sebulan.Di sebalik celik Internet di kalangan warganegara Malaysia, timbul pula persoalan moral yang dibangkitkan seperti buli siber, pencurian data dan sebagainya.Salah satu agensi kerajaan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang bertanggungjawab mengawasi keselamatan 'online' di negara ini iaitu Cybersecurity Malaysia melaporkan hampir 2,937 insiden online berlaku pada tahun ini .Ketua...

Friday, November 20, 2009

Adakah anda bertelekung ketika solat atau tidak?

“Telekung surau ni kotor laa..camne nak semayang,”“Saya lupa bawa telekung, nanti saya qada’ aje solat bila sampai rumah,”Skrip biasa, terutamanya di shopping complex.Sepertinya solat itu tidak penting, boleh saja diqada’-qada’.Yang lebih penting adalah telekungnya. Tiada telekung, tak boleh solat!Begitukah?Jika diamati syarat sah solat, cuma 5 perkara:Yakin telah masuk waktuMenutup auratMengadap kiblatSuci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat solatSuci daripada hadas kecil dan hadas besarTercari-cari juga, tiada pula dalam list – Wajib memakai telekung.Jadi, wajibkah?Mengapa hendak dipersulit dan diperberatkan hukum-hakam Islam yang sebenarnya cukup mudah dan simple.“Dan tidaklah Allah jadikan bagi kalian dalam agama ini kesulitan.”Yang...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons