PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Friday, December 25, 2009

KRU KM ; Islam di Hatiku

KRU KM bersama barisan fasilitatorKota Marudu mempunyai 13 masjid dan 32 surau berbanding 90 gereja, belum di ambil kira masjid dan surau yang berfungsi atau mati. Islam menyusup masuk ke pelusuk desa dan pedalaman, tidak sempat melekat roh dan izzahnya sebelum direnjat semula oleh kelompok sebelah sana. Gemilang sejarah perjuangan Shariff Osman sekitar tahun 1900 membebaskan 'Bandau' dari cengkaman penjajah tidak diwarisi semangatnya oleh penduduk Islam tempatan. Hanya di sini-sana, kedengaran kisah-kisah tokoh yang berhempas-pulas di tempat sendiri memastikan Islam terus mendapat tempat biarpun yang menjadi inspirasi hanyalah pahala yang tidak kelihatan oleh mata kasar insani.Keadaan tersebut akan berubah. Dan masanya bukan esok atau lusa,...

Friday, December 18, 2009

KRU Kundasang - Alasu Mengganti Lesu

Semangat tanganak Kg. Himbaan15-16 Disember lepas mengukir kenangan terindah sepanjang berdakwah mendekati masyarakat Dusun, apabila lemah-lembut dan baik budi mereka diadun dengan semangat pahlawan yang sedia menyusur urat nadi untuk menggantikan sogit dakwah di bumi Kundasang dengan kealasuan cahaya Islam. Program bertumpu 'Islam Id Ginawo 09' yang dilaksanakan di Masjid Kundasang seusai menziarahi adik-adik yang bersunat di Rumah Putera Harapan, Ranau dan mengajar penduduk Kg. Himbaan di Bundu Tuhan membelek Bible berjaya melahirkan sekumpulan tanganak wagu sebagai penggerak saf hadapan memulakan aksi di bumi Kundasang.Dalam masa sehari semalam, dibekali dengan keperluan dakwah dan dihalakan ke arah matlamat yang betul, serta diterjunkan...

Monday, December 14, 2009

Konsert Tour De Tahfiz Nazrey

Insya' Allah sepanjang bulan Disember dan masa terdekat ini PSS menganjurkan Konsert Tour De Tahfiz Nazrey Johani di semua kawasan-kawasan sekitar Sabah. Konsert ini bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi membangunkan pusat tahfiz di Ranau.Bagi yang belum menjumpai kotak dana bolehlah mencarinya di tempat-tempat berlangsungnya konsert ini atau terus berhubung dengan AJK pelaksana atau terus mem bank in ke akaun PSS.Semoga usaha murni yang ikhlas semata kerana Allah ini memberi kesedaran kepada masyarakat dan mendapat ganjaran disisiNya. Insya' Allah...

Monday, December 7, 2009

Ratusan Dapat Manfaat Kempen Beras PSS

Sejak sebulan Kempen 1 Keluarga 1 Kampit Beras PSS dilancarkan, ratusan individu kurang berkemampuan, golongan muallaf dan fakir miskin telah mendapat manfaat daripadanya. Program kemuncak Korban Sayang telah dilaksanakan meliputi daerah daerah Tambunan, Keningau dan Ranau sepanjang Hari Raya Aidil Adha selain sumbangan awal beras di kawasan Kota Kinabalu, Inanam dan Tuaran, Keluarga Afendi Raihan di Kg. Log Poring, SepanggarKeluarga Azmi 13 beradik di Kg. Poring-Poring, Inanam4 Keluarga Muallaf di Kg. Monsok, TambunanKeluarga Rizi di Kg. Binuwou Tengah, SookKeluarga Biah di Kg. Kemburongoh, RanauSempat bertemu adik-adik di Rumah Putera Harapan, RanauTerima kasih kepada semua penyumbang dan penggerak persatuan. Selagi kalian semua ada untuk...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons