PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Monday, January 18, 2010

PSS dan Allah

Isu penggunaan nama Allah oleh Kristian bukanlah isu yang baru. Malah, salah seorang Exco Pembangunan Pelajar PSS, saudara Fairuz Bend telah mendahului zamannya apabila menulis berhubung isu tersebut di dalam blog perbandingan agamanya, yang boleh diakses di sini dan sini.Antara lain beliau memetik ayat Al-Quran daripada Surah At-Taubah, ayat 90 :“Dan Yahudi berkata bahawa Uzair adalah anak Allah, dan Nasrani pula berkata Isa Al-Masih adalah anak Allah” (Surah At-Taubah 9 : 30)Ayat tersebut jelas menunjukkan betapa agama-agama samawi telah lama menggunakan perkataan Allah di dalam agama mereka. Di Sabah, isu tersebut menjadi semakin hangat apabila seorang kolumnis terkenal di Sabah, Raymond Tombung mengecam pimpinan yang mahu terus menggunakan perkataan 'Allah' sedangkan tuhan-tuhan Kristian...

Monday, January 4, 2010

Kempen 'Memburu Ilmu Dengan Baju Baru PSS'

Dilancarkan dengan kerjasama Ikatan Sahabat EKSAH UMS (ISEUMS) sebermula cuti sekolah yang lalu, PSS telah berjaya menyampaikan sumbangan baju baru dan peralatan sekolah kepada sekitar 50 orang pelajar daripada kalangan anak yatim, fakir dan muallaf bersempena dengan sesi baru persekolahan yang bermula hari ini. Berikut sebahagian gambar yang sempat dirakamkan;Dr. Umar yang membantu melayan kerenah anak-anak inisebagai suatu bentuk latihan 'parenting'Yeaaaa! Dapat baju baru...! Sebahagian anak-anak ini yang kini berada di sekolah rendah tidak pernah pergi ke pekan sejak dilahirkan. Mereka mengalami kejutan budaya khususnya bila menaiki 'escalator'..."Uih,gerak sendiri owh!"Majlis perpisahan pelajar sekolah yang diadakan di Kg. Binuwou Tengah,...

Sekitar Program Kerjasama PSS

1. Ziarah Saudara Kita di Kg. TambalaongKisahnya bermula apabila Aufia (18 tahun) dari Kg Tambalaong Tuaran memeluk Islam pada hari raya Eidul Fitri lalu. Saya dijemput oleh Ust Rafihi di rumahnya di Tuaran untuk majlis pengislaman itu. Pada 26 Dis. lalu, Ust Rafihi sekali lagi menjemput saya, tetapi saya berhalangan kerana bercuti di kampung. Beberapa ahli keluarga Aufia pula seramai 5 orang memeluk Islam. Antaranya ialah makciknya dan saudara maranya yang lain. Kebetulan, sebelum itu JAKIM Sabah ada mencadangkan kepada Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Sabah untuk menghoskan satu program ziarah sempena tahun baru 2010. Sebagaimana 1 Januari 2009, kami berziarah ke Kiulu. Satu Januari 2010, kami memutuskan untuk ke Kg Tambalaong menziarahi saudara...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons