PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Saturday, February 27, 2010

Aura Maulidur Rasul

Salam Rabiu'l Awal 1431H buat semua. AlhamduliLlah,Aura Maulidur Rasul diizinkan dipaparkan untuk renungan semua. Kemungkinan agak terlewat dengan tarikh 12 Rabi'ul Awal, namun tidak sesekali terlewat untuk bercerita tentang Kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW.Lahirnya Nabi Muhammad , Mengenalkan kita akan lahirnya syariat AllahWafatnya Baginda , Menandakan telah sempurnanya Syariat dan Agama AllahMenyinggah di minda, terngiang di telinga, berlegar di benak fikiran kuliah Maghrib yang disampaikan Oleh Ustaz Farid Ravi di Masjid Bandaraya pada malam menjelangnya 12 Rabi'ul Awal. Betapa besarnya amanah yang dipikul Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan Risalah Allah. Bermula dengan mengajak manusia agar meninggalkan menyembah Tuhan selain daripada Allah, Nabi mengajar kita Al-Quran, Nabi juga mengajar...

Friday, February 26, 2010

Risalah Maulidurrasul PSS

Dialu-alukan untuk dicetak dan diedar. Risalah dalam bentuk publisher boleh diperolehi di kotak 'Berkongsi Ilmu Illahi' (sebelah kiri blog Kelab Remaja Ukhuwwah) di ruang Tinta Remaja. Syukr...

Tuesday, February 23, 2010

Kalangadan Kundasang

Hujung minggu lepas team 'tahun akhir' PSS mencuri masa untuk bersama dengan masyarakat Dusun Kundasang, melakukan survey di beberapa kampung terpilih selain membincangkan halatuju dakwah di bumi Kundasang bersama beberapa orang anak tempatan di kalangan ahli-ahli KRU Kundasang.Antara isu yang sempat diteliti ialah pembangunan pekan Kundasang yang tidak seimbang dan semakin bersifat komersial. Bukit ditarah dan kehijauan bumi digondolkan untuk memeberi laluan kepada projek tauke-tauke resort dan gerai baru peniaga kecil Kundasang. PSS bimbang suatu hari nanti bukan sahaja tradisi jual beli dan bersosial masyarakat Dusun sahaja semakin terkikis, malah udara nyaman dan keindahan alam semulajadi akan turut terhakis. Yang kenyang, tentulah yang...

Saturday, February 20, 2010

Siapakah PSSKB dan KRUKB?

MuqaddimahAlhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayangNya Persatuan Siswazah Sabah Caw. Kota Belud (PSSKB) kini semakin dewasa dan berusaha untuk melahirkan pelapis-pelapis di medan dakwah ini. Rentetan dari artikel bulan Februari lalu yang bertajuk 'Sejarah Awal Perjuangan PSS' yang ditulis oleh Jannah04, kali ini saya akan menulis mengenai visi, misi dan objektif PSS khususnya PSSKB.Pengenalan PSSKB & KRUKBPersatuan Siswazah Sabah (PSS) merupakan satu badan NGO yang berdaftar secara sah dengan kerajaan dan PSSKB merupakan salah satu cawangan daripada PSS ini. PSSKB mempunyai visi yang sama sejak awal penubuhannya iaitu menjadikan PSS sebagai entiti terpenting di Kota Belud. Manakala misinya dipinda sedikit daripada misi awalnya iaitu melahirkan ahli PSS dan remaja (KRU) yang berketrampilan...

Sejarah Awal Penubuhan PSSKB

Awal penubuhan UPI Unit Pelajar Islam (UPI) Daerah Kota Belud telah ditubuhkan pada tahun 2004 di bawah naungan Persatuan Siswazah Sabah (PSS) yang juga baru ditubuhkan pada tahun itu. UPI ini menghimpunkan pelajar-pelajar Islam dari semua sekolah menengah sekitar daerah Kota Belud yang mempunyai kesedaran Islam dan berpotensi untuk meneruskan dakwah Islam. Penasihat UPI ini didokong oleh senior-senior graduan IPT dan ustaz ustazah dari sekolah-sekolah tertentu. Sepanjang penubuhan UPI banyak program luar sekolah yang telah dijalankan untuk mentarbiyah dan membentuk para pelajar yang akan menyambung rantai perjuangan dalam membawa dakwah Islam ini. Antaranya program tetap yang dijalankan ialah qiamullail bulanan, rehlah dan lain-lain. Memang sebelum ini dan ketika ini kawasan ini gah dengan...

Saturday, February 6, 2010

Pusat Operasi PSS

Saya pernah berhasrat menghidupkan dakwah di bumi Sabah dengan mewujudkan puluhan pusat operasi persatuan di serata pelosok negeri dan menjadikannya pusat pembelajaran Al-Quran, Fardhu Ain, membaca dan mengira selain tempat lepak remaja sambil dihiburkan dengan bahan-bahan ilmiah dan bermanfaat. Ideanya mudah, tetapi untuk melaksanakannya agak susah. Yang paling susah ialah untuk mencari penghuni tetap pusat operasi yang mampu mengorbankan kalau pun tidak sepenuhnya masa untuk dakwah, separuh pun jadilah. Saya memasang cita-cita membuka operasi antara lainnya di Kg. Kobuni dan Kg. Kionsom Kecil, Inanam, di Bundu Tuhan, di Kg. Tinuhan, Tuaran selain di Kg. Likas. Semuanya berpijak di bumi nyata. Kerana di semua tempat telah saya kenalpasti tapak...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons