PSS mengambil peluang melancarkan Kempen Penggerak Tabung Harapan kepada khalayak ahli-ahli baru KRU Tuaran yang mengikuti Kem Remaja Islam Tuaran pada 23-25 April 2010 yang lepas. Tabung Harapan yang membiayai persekolahan beberapa individu, membantu golongan miskin dan muallaf selain digunakan untuk menjalankan program kebajikan seperti Lawatan Kasih ke Hospital dan Kempen Satu Keluarga Satu Kampit Beras, sebelumnya hanya bergantung kepada sumbangan orang ramai. Selepas ini, dengan pertambahan lebih kurang 80 Penggerak Tabung Harapan yang mendaftar di KRIS Tuaran, diharapkan usaha kebajikan yang dilaksanakan oleh PSS khususnya untuk membantu ahlinya sendiri semakin maju.Tabung yang diedarkan dengan sumbangan mula RM1, beroperasi dalam bentuk...