Penulis mengenali Saudara Azizul Julirin sejak diperkenalkan oleh Saudara Burhanuddin di Masjid UMS. Ketika itu dia diperkenalkan kepada penulis sebagai bekas Pengerusi Surau Al-Irfa'an Kolej Matrikulasi Labuan; posisi yang turun-temurun dipegang oleh pimpinan yang hebat dan berwawasan. Ketika itu penulis bersungguh-sungguh memujuknya mengikuti kursus Sains Marin, berbanding kursus Akuakultur yang menjadi idamannya. Tetapi pendirian beliau sukar dilunturkan. Tekad menjadi Tokei Ikan Bertaqwa (ToIB) dipasang sejak awal, justeru perjalanan hidup telah sedia diatur langkah demi langkah. Azizul menjadi Setiausaha Kerja kepada penulis ketika dilantik sebagai Pengerusi Ikatan Sahabat EKSAH (ISEUMS) yang pertama. Kekuatannya ialah memotivasikan...