
Wednesday, August 04, 2010

Persatuan Siswazah Sabah
1 comment

Pada Sabtu 3i Julai 2010 yang lepas, ahli PSS dan KRU Tuaran (Aminuddin, Fairuz dan Amiruddin) telah mengadakan siri lawatan kedua ke Kampung Madang yang terletak di Topokon, Tuaran lebih kurang 45 minit dari jalan berturap Masjid Topokon. Buat pengetahuan semua, kampung tersebut tidak mempunyai surau dan kami ditawarkan mengajar di sebuah rumah salah seorang penduduk kampung. Lawatan ini adalah hasil daripada aduan yang diterima oleh ahli PSS iaitu Jamil berhubung dengan kes murtad yang berlaku dalam kawasan kampung tersebut dan kampung-kampung sekitar yang penganut Islam merupakan penganut minoriti. Hasil daripada aduan tersebut, membawa kepada pertemuan pertama kami dengan En Rasimin bin Soiun yang merupakan orang lama dan berpengalaman...