
"Kalau masuk Islam,kena potong tu bawah!" lawak yang sering dibuat oleh penceramah yang bercakap tentang pendekatan dakwah kepada bukan Islam, khususnya yang baru mahu memeluk Islam, dan biasanya diiringi dengan tegahan membuat kenyataan sedemikian, agar madhu'u tidak lari. Selama ini saya hanya memikirkan ia sebagai suatu gurauan, tetapi minggu lepas, terbukti ia bukan sekadar itu.Kami sedang duduk di hadapan pegawai JHEAINS yang agak berumur. Semua dokumen telah tersedia untuk mengislamkan Christopher, seorang kenalan dari kampung Log Poring. Bersama saya ketika itu ialah abangnya yang sudah memeluk Islam 12 tahun lepas, beserta Timbalan Pengerusi ISEUMS, Saudara Asyraf yang menemani. Ustaz di hadapan telahpun memberikan sedikit pengenalan,...