PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Monday, February 28, 2011

Dimana muslimin??

Alhamdulillah seperti yang direncanakan dalam takwim PSS, meeting MT bersama Exco dua bulan sekali berjalan seperti biasa. Kali ini derap tapak penggeraknya agak kurang kedengaran, mungkin masing-masing sibuk dengan urusan yang lebih besar dari ini. Isu meeting kali ini agak luar biasa dari selalu. Laporan demi laporan disampaikan dari semua kawasan. Namun nampaknya Tuaran agak gusar dengan penurunan bilangan pemuda harakah yang membantu gerak kerja kawasan terutamanya usrah. Mana perginya pemuda harakah? Adakah muslimin semakin pupus? Hakikatnya, bukanlah kawasan Tuaran saja mengalami masalah ini, namun, hampir semua kawasan, Muslimin kelihatan kian senyap dan membisu. Malah keadaan ini juga tidak hanya menimpa PSS malah dikampus-kampus...

Thursday, February 24, 2011

Alangkah....

Sewaktu menuruni bukit pulang dari tapak program menuju ke Pekan Kundasang tempoh hari kami menyinggah seketika di suatu tempat yang menarik. Tempat tersebut seperti yang dipaparkan di atas. Cantik.Sewaktu membeli sayur-sayuran sebagai ole-ole untuk dibawa balik."Beli cendawan....". Sapa mesra seorang peniaga."Dah beli, tapi cendawan yang kami beli lebih kecil". Pantas salah seorang dari kami menyahut."O...itu cendawan milik tauke Ah Ling, yang ini milik tauke Ah Chong". Balas peniaga sambil memerhati cendawan yang kami dah beli."Wah! Sampai boleh kenal pemilik-pemilik cendawan ni...". Seloroh seorang lagi ahli rombongan."Sebab ada tiga saja pembekal cendawan di sini. Ah Ling, Ah Chong dan Ah Moi (Tiga-tiga bukan nama sebenar, tidak ingat)."Ooooo!!!!!!!!!!"....

Sunday, February 20, 2011

KRU Mengucapkan Salam Perjuangan Buat Saudara Arif

Tinggi-tinggi gunung Kinabalu,Tinggi lagi sayang Sabah pada kamu,Pemergianmu mengundang seribu rasa pilu,Ada waktu, harap masih boleh bertemu.Sunnatullah bila ada pertemuan pasti perlu mengharungi detik perpisahan. Tiada apa yang kekal melainkan Allah SWT yang mencipta seluruh alam.Pada 19 Februari 2011, sebutir permata lagi telah kembali berlepas ke kampung halaman setelah sekian lama bertapak di bumi subur Sabah. Saudara Arif Ainuddin telah selamat berlepas semalam sekitar jam7.35 malam di Airport Air Asia Kota Kinabalu, Sabah diiringi beberapa orang sahabat taulan yang sentiasa menjadi peneman di saat suka dan duka.Riangnya pasti dicari-cari, semangat juangnya pasti akan dirindui bukan saja dalam kalangan sahabat-sahabat seperjuangan tapi...

Friday, February 18, 2011

Kampus oh Kampus

Dua hari lalu, maulid nabi telah berlalu, tiga hari lalu, Valentine's day pula. Alhamdulillah, banyak usaha-usaha dikalangan mereka yang faham, mengajak kepada yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar dilakukan dalam membasmi berleluasanya Valentine's day. Dari sekecil-kecil usaha sama ada melalui blog, sehingga ke pengedaran risalah dan tindakan dari pihak yang berkenaan turut dilakukan. Almaklum saja lah, 14 Februari ini sangat digemari oleh pasangan kekasih. Paling teruk sekali, hari cuti Maulid Nabi pun ramai juga yang mengambil kesempatan menyambut hari Valentine ini. Ada cutilah katakan. 14 kan hari bekerja. Isk!Isk! Dunia oh dunia. Inilah yang menjadi kerisauan kekasih agung kita Nabi Muhammad SAW, bila hati takut mati dan cintakan dunia. Kecintaan yang menutup mata hati hingga yang...

Saturday, February 12, 2011

Mesir bebas!!

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; mso-style-qformat:yes;...

Thursday, February 10, 2011

Santai petang bersama PSS

Ya Allah menjelanglah kini malamMU, dan beredarlah sudah siangMU, inilah rintihan suara yang memohon kepadaMU, maka ampunkanlah daku. Selesai asar, ini antara doa yang sering kita persembahkan kepada ya Rabb, meminta seluas keampuanan pada dosa yang sering tercatat dalam kitab amalan. Alhamdulillah, pentas petang mula mengorak langkah, masing-masing dengan aktiviti petang. Ada yang bersukan dan beriadah. Ada juga yang sempat "mengayam ketupat petang". Paling "best", sambung tidur. Inilah gejala-gejala penyakit malas yang mendepani umat Islam kini. Malas bersukan dan beriadah. Pepatah arab ada menyebut, akal yang sihat bermula dari badan yang sihat. Malah Islam sebagai cara hidup tidak menolak kepentingan sukan. Bidang sukan jika digunakan...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons