
Salam Perjuangan, bahawa jalan juang ini penuh onak dan duri, penuh liku dan berdarah, pahitnya terasa, manisnya InsyaALLAH dunia dan akhirat. Wahai para daie, hari ini kita berhadapan dengan pelbagai cabaran, bukan hanya cabaran luaran, kita hari-hari diuji dengan ujian dalaman. Sama ada sesama ahli jemaah mahupun diri sendiri dalam mengatur mujahadah. Lalu bagaimana hendak kita mengatur langkah juang ini sebagai daei yang bersungguh, sebagai muslim yang mukmin, dan sebagai mukmin yang muttaqin.
Allah SWT berfirman dalam surah Al-Ankabut(2-3)"". Maka ujian adalah satu peringkat untuk mencapai level mukmin. Bagaimana ujian itu bergantung kepada kepada individu mengikut kemampuan yang Allah tetapkan kerana itulah syarat ujian dan cubaan yang...