PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Sunday, December 25, 2011

Mengimbas Kembali ISCKB'11

Assalamualaikum warahmatullah.. Masa terus bergerak dan tidak pernah menunggu kita. Sudah dua minggu tahun 2011 meninggalkan kita. Jika diimbas kembali, terlalu banyak nikmat kurniaan Allah terhadap kita. Nikmat iman dan Islam, nikmat rezeki, nikmat dan ukhuwwah dan pelbagai lagi nikmat yang pastinya tidak akan pernah mampu dihitung oleh kita. Oleh itu, sudah menjadi kewajipan kita untuk bersyukur. Alhamdulillah. Detik-detik terakhir 2011 yang lalu telahpun ditutup dengan program Islamic Summer Camp Gabungan Kota Belud-Kota Marudu pada tanggal 23 Disember hingga 25 Disember yang lepas. Rumah Anak Yatim Darul Bakti telah menjadi saksi berkumpulnya anak-anak muda dari sekolah menengah sekitar Kota Belud yang mantap-mantap belaka. Turut bergabung...

Sunday, December 18, 2011

Islamic Summer Camp (ISC) G5 2011

Kenangan ISC G5 Ikrar Remaja Islam! Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Sekali lagi, tahun 2011 mencatatkan penganjuran Islamic Summer Camp Generasi 5 (G5). Satu pembaharuan yang ketara berbanding tahun-tahun sebelumnya ialah nama program. Namun demikian, objektif dan matlamat program tetap sama iaitu bagi membentuk remaja Muslim yang mampu berdakwah dan berkepimpinan. ISC G5 pada tahun ini telah diadakan di KK Adventure Park, Beringgis, Papar pada 16-18 Disember 2011. Tahun ini juga merupakan tahun kedua ISC dijalankan mengikut kawasan yang telah ditetapkan. Penyertaan kawasan yang terlibat dalam ISC G5 ialah Kota Kinabalu, Tuaran, Beaufort, Sipitang dan Kundasang.Peserta muslimin yang tiba awal di tapak program. Semangat!'Kami datang...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons