PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Saturday, February 25, 2012

[KRU KK] Menjelajah Semesta Iman

Sesi Fotografi Kenangan Program Alhamdulillah, sebuah lagi program anjuran Kelab Remaja Ukhuwwah Kota Kinabalu(KRUKK) dengan kerjasama Persatuan Siswazah Sabah(PSS) telah berjaya dibuat pada bulan februari yang lalu. Program kali ini bertajukkan Menjelajah Semesta Iman yang bertemakan Kesyukuran. Program ini telah dibuat di Taman Awam Teluk Likas pada tarikh 25 Februari 2012 yang bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 4.00 petang. Program kali ini adalah dalam bentuk Rehlah. Seramai 60 peserta yang hadir dalam program kali ini yang dihadiri dari sekolah sekitar kawasan Kota Kinabalu. Program ini terbuka untuk semua peserta yang berumur dari 13-18 tahun. Objektif yang dibawakan pada program kali ini ialah :Memperkenalkan kepada golongan remaja...

"Jejak Saudara" Di Kg. Linau

Kenangan bersama penduduk Kg.Linau Kota Belud Assalamualaikum Warahmatullah.. Alhamdulillah..pada 25 Februari 2012 yang lalu. Persatuan Siswazah Sabah(PSSKB) telah mengadakan program “Jejak Saudara" yang diadakan di Kg.Linau Kota Belud. Pendekatan untuk turun ke lapangan dakwah seperti ini merupakan sedikit sebanyak usaha yang dapat dilakukan oleh PSS untuk membawa mesej Islam disamping membantu saudara-saudara Islam yang kurang berkemampuan di sekitar daerah Kota Belud.  Program sebegini juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara mahasiswa dan masyarakat. Sdr. Ahmad Fauzi Saiffuddin menyampaikan ucapan aluan Program yang bermula pada pukul 2.30 petang ini dimulakan dengan ucapan daripada saudara Ahmad Fauzi Saiffuddin. Seramai...

Thursday, February 23, 2012

PROGRAM BENGKEL FASILITATOR

Alhamdulillah, pada 18 Februari 2012 PSS Tuaran telah berjaya melaksanakan Program Bengkel Fasilitator buat julung-julung kalinya. Melihat kepada keperluan jangka pendek dan jangka panjang sudah tiba masanya PSS Tuaran khususnya menganjurkan program seumpama ini demi melahirkan para fasilitator yang cemerlang dan berkesan. Saudara Irham Wakijoh selaku pengarah program berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa program yang telah bertungkus-lumus menjayakan progam ini, tahniah kepada para peserta yang sudi menghadirkan diri, jiwa dan raga sehari suntuk sepanjang program berlangsung dan terima kasih juga kepada penceramah jemputan, Saudara Azizul Julirin yang telah memberikan input yang amat bermanfaat...

Wednesday, February 22, 2012

Suasana Program Menyeru Muslimin

Bismillah Ar-Rahman Ar-RahimAlhamduliahi rabbil 'alamin Allahumma Salli `ala Sayyidina Muhammad wa `ala alihi wa ashabihi ajma`in. Selesai sudah Qiamullail Bulan Februari dan Program Menyeru Muslimin anjuran KRU Tuaran dengan jalinan kerjasama PSS Tuaran. Suasana amat meriah. Tambahan pula tarikh program bersamaan 12 Rabiul Awal, detik kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Kami rindu padamu Ya Rasulullah. Tahniah kepada para pemenang setiap acara. Terima kasih diatas penyertaan dan sokongan semua pihak yang terlibat. Terima kasih juga gimik menarik dan menyentuh jiwa khususnya peserta muslimin semasa ucapan perasmian program yang diutarakan oleh Pengerusi PSS Sipitang. Persoalan yang masih berlegar diruang minda, tercapaikah...

Monday, February 20, 2012

Bengkel Pengurusan Organisasi (BPO) KRU Tuaran

Boring! Bosan!Ada yang mengungkapkan  : “Boring la hidup ni” Kalimah “bosan” dilotarkan jauh-jauh dengan harapan ia tidak akan wujud dalam kamus hidupnya.Hakikatnya itulah jiwa yang kosong.Jiwa yang sifar matlamat.Jiwa itulah nanti akan berpegang dengan budaya hedonisme demi menghiburkan hati dan mengisi kekosongan jiwa semata-mata. Nauzubillah minzalik,moga kita dijauhkan dari sifat-sifat sedemikian. Alhamdulillah. Dengan  izin dari Allah dan  kesempatan cuti  bersempena Tahun Baru Cina memberi peluang untuk Bengel Pengurusan Organisasi KRU Tuaran dilaksanakan. Hari Isnin menjadi pilihan,23 Januari 2012. Bengkel yang julung kalinya diadakan ini menerima 18 orang ahli yang  juga pimpinan KRU Tuaran sebagai...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons