
Kenangan Usrah di SMK Sanzac
Sesuai dengan Visi Persatuan Siswazah Sabah (PSS) iaitu membangunkan masyarakat terutama golongan remaja melalui pembudayaan ilmu, sekali lagi, atas inisiatif PSS, melebarkan sayapnya ke SMK Sanzac, Sembulan, SABAH.
Bermula dengan pengenalan PSS & Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU), disusuli dengan usrah dan program-program yang lain, PSS memulakan langkah membangun jiwa-jiwa muda di sana.
Alhamdulillah, inisiatif ini mendapat sokongan yang padu dari pihak sekolah dan asrama untuk PSS bertapak di sekolah itu. Akh Zaiem (Exco I Masyarakat & Siswazah) memberi pengisian rohaniAktiviti dimulakan dengan bacaan Yasin.
Insyaallah, program berbentuk mingguan seperti Usrah akan diteruskan di sekolah ini...