PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Sunday, April 29, 2012

[PSS Tuaran] Program Hujung Minggu

  Kami, KRU Tuaran tidak ada program khas hujung minggu lepas. Pun begitu, usrah tetap berjalan, kecuali dimaklumkan tidak ada usrah. Siapa yang istiqamah datang usrah?  Jadi apalah yang KRUT buat hujung minggu lepas? Duduk diam-diam? Lepas usrah, bermesyuarat dengan Abang Hasmadi. Bincang program ke Kampung Sambah hujung minggu ini, 5-6 Mei 2012. Boleh memancing lagilah ni. Pengerusi KRUT tidak ada. Ke manakah dia menghilangkan diri? Tahu dah. Membantu Kem Smart Solat di SMKB.  Habis mesyuarat, baru teringat ada Kuliah Maghrib di SRI Al-Hafidz Tuaran. Peluang menambah ilmu ni. Kami pun pakat-pakatlah pergi sana. Siap tidur sana lagi. 28-29 April 2012 ada dikalangan kami memilih untuk menghadiri Qiamullail Perdana...

Qiamullail Perdana PSS & KRU Kota Belud April 2012

Pada 28-29 april lepas,KRUKB telah mengadakan Qiamullail kali ke-3 dengan jayanya.Lokasi Qiam kali masih sama seperti qiam-qiam lepas yang bertempatkan di Masjid Pekan Kota Belud. Penyertaan kali ini sebanyak 57 orang peserta daripada pelajar-pelajar sekolah menengah di sekitar kota belud menghadirkan diri untuk turut serta dalam program bulanan qiamullail.Seramai 25 orang ajk yang terdiri daripada ahli-ahli KRU terlibat dalam menjayakan program ini. Pendaftaran peserta Ahlan Wasahlah Adik-adik... :) Qiamullail kali ini bertemakan ‘‘HAYYA ALASOLAH’’yang bermaksud menyeru kita untuk mendirikan sembahyang.Tujuan KRUKB meletakkan tema HAYYA ALASOLAH ini kerana untuk mendedahkan kepada para peserta bahawasanya solat itu tersangat penting...

[PSS Pitas] Program Ana Muslim

Sekitar Program Ana Muslim anjuran PSS Pitas. ...

Mesyuarat Agung Tahunan KRU Kota Kinabalu 2012

Sekitar Mesyuarat Agung Tahunan KRU Kota Kinabalu 2012 KRUKK pimpinan 2011/2012 telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-5 pada 29 April 2012 bagi menggantikan pimpinan baharu yang menguruskan KRUKK. Mesyuarat ini bermula tepat pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi hari ahad. Beberapa agenda dalam mesyuarat agung kali ini ialah Ucapan dasar dari Pengerusi KRUKK iaitu Saudara Azmeer, Ucapan dari Perasmi Mesyuarat iaitu Saudara Hasmadi, dan Pembentangan dari Setiausaha dan Bendahari program. Selepas kesemua agenda itu berakhir, pimpinan lama telah dibubarkan dan pimpinan baru yang dilantik telah dipanggil menuju ke hadapan. Mesyuarat Agung Tahunan KRUKK Kali ke 5 (Muslimah) Mesyuarat Agung Tahunan KRUKK Kali...

Saturday, April 28, 2012

Qiamullail Perdana PSS & KRU Kota Kinabalu April 2012.

Bengkel 1- Praktikal Solat Qasar dan Jamak  Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana dengan rahmat dan belas kasih dariNya program Qiamullail anjuran Kelab Remaja Ukhuwwah Kota Kinabalu(KRUKK) dengan kerjasama dari Persatuan Siswazah Sabah telah berjaya dibuat dengan lancarnya. Program ini telah dibuat pada tarikh 28-29 April 2012 yang bertempat di Masjid UMS, KK. Program April ini telah diberi tajuk Aishiteru Muhammad dengan bertemakan Akhlak Rasulullah. Program kali ini telah dihadiri dengan 47 peserta muslimat dan 2 orang peserta muslimin yang berumur diantara 15-18 tahun yang berlainan sekolah sekitar kawasan Kota Kinabalu. Objektif yang dibawakan dalam program ini ialah Memberi...

Futsal Mahabbah PSS Sandakan & ANAS

Futsal Mahabbah yang diadakan pada 28 April 2012 di Sandakan Futsal, Batu 4, Sandakan, Sabah. ...

Sunday, April 22, 2012

Qiamullail Perdana PSS & KRU Beaufort April 2012

Qiamullail Perdana PSS dan KRU Beaufort Alhamdulillah .. PSS dan KRU Beaufort telah selamat menjalankan Program Qiamullail Perdana PSS dan KRU Beaufort kali ke-5 .. Alhamdulillah ..  Qiamullail Perdana PSS dan KRU Beaufort pada kali ini bertemakan "Di Gerbang Kematian" di mana program ini telah dijalankan di Masjid Pekan Beaufort pada 21 dan 22 April 2012 dan telah dihadiri seramai 212++ orang peserta .. Selain itu , kedatangan 3 orang dari KRU Kota Kinabalu dan seorang PSS Kunak telah memeriahkan lagi Qiamullail pada kali ini .. Alhamdulillah ..  Pendaftaran Muslimin AJK pendaftaran muslimat KRU KK ^^ Peserta yang bersemangat ^^ Kaunter jualan ^^ Peendaftaran Muslimat Pendaftaran pada Qiamullail pada kali...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons