PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Wednesday, May 30, 2012

Program Tahsin Solat Siri 2/2012 PSS Kota Belud

KOTA BELUD, 3o Mei: Persatuan Siswazah Sabah Caw. Kota Belud dengan kerjasama JAKIM Caw. Sabah sekali lagi telah mengadakan Program Tahsin Solat Siri 2/2012 bermula jam8.00 pagi tadi berakhir jam2.30 petang. Program kali ini diadakan di Masjid Kg. Kota Peladok bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan solat dan cara pelaksanaan yang betul sebagaimana yang ditentukan oleh hukum syarak serta sebagai pendedahan kepada masyarakat mengenai bahaya tidak mengerjakan solat. Ceramah 1: Menuju Kesempurnaan Solat oleh Ust. Surayah (JHEAINS) Terdapat lebih 80 orang ibu bapa, remaja dan kanak-kanak meyertai program ini. Antara aktiviti yang diadakan ialah kuliah yang bertajuk ‘Menuju Kesempurnaan Solat’...

Tuesday, May 29, 2012

Program Amal Kebajikan PSS, YAM & PAPISMA ke Kg Tohan Baru, Keningau, Sabah.

Keningau, 26 Mei 2012 - Persatuan Siswazah Sabah (PSS) telah menghantar beberapa wakil untuk bersama-sama dalam satu Program Amal Kebajikan di Kampung Tohan Baru, Keningau , Sabah baru-baru ini.  Program ini merupakan kolaborasi antara Yayasan Amal Malaysia (YAM) dan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA). Antara aktiviti menarik yang telah dilaksanakan ialah seperti Modul bersama remaja, rawatan kesihatan percuma, sumbangan barangan asas kepada penduduk dan sumbangan untuk mendirikan surau di kampung tersebut. Komuniti Muslim di kampung tersebut merupakan golongan minoriti. Disamping itu, ketiadaan surau berdekatan di kampung tersebut menyukarkan program keagaamaan untuk dilaksanakan. Tambahan lagi, masjid...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons