
27-28 Oktober 2012, SMK Putatan - Seramai 50 peserta yang terdiri daripada para remaja sekitar daerah Putatan telah menyertai program Qiamullail Perdana PSS & KRU Putatan Oktober 2012. Program bulanan ini buat julung-julung kalinya diadakan di SMK Putatan.
Walaupun bilangan peserta yang sedikit kurang berbanding Qiamullail sebelumnya, namun ianya tetap berlangsung dengan jayanya. Mungkin disebabkan bertembung dengan musim peperiksaan dan perayaan Hari Raya Aidiladha menyebabkan berlaku sedikit pengurangan peserta yang biasanya tidak kurang daripada 80 peserta.
Pendaftaran bermula selepas solat asar 27 Oktober 2012, kemudian, disusuli dengan taklimat program, hemat diri, solat Maghrib berjemaah dan slot-slot yang seterusnya.
Antara...