PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Thursday, November 29, 2012

PROGRAM QIAMULLAIL PERDANA SEPTEMBER PSS & KRU Kota Kinabalu - Dakwah Alam Maya

Assalamualaikum! pertama-tama dan selama-lamanya ayuhlah kita merafa’kan syukur kehadrat Allah SWT kerana sentiasa memberikan nikmat kepada kita dan! kita hendaklah bersyukur!. seperti yang kita ketahui, remaja-remaja sekarang majoritinya lebih cenderung dengan alam maya atau dalam bahasa inggerisnya virtual world. mereka lebih suka berkongsi ilmu atau hal tentang kehidupan seharian mereka di alam maya contohnya facebook, twitter, blog, myspace, instagram, blackberry mesangger dan lain-lain. Oleh itu, KRUKK dan PSSKK telah menganjurkan program yang berbentuk alam maya sesuai dengan minat remaja zaman sekarang untuk mendedahkan kepada remaja tentang cara-cara memanfaatkan alam maya ini ke arah yang lebih baik dan lebih Islamik. program...

Qiamullail November PSS & KRU Tuaran

Alhamdulillah,segala kesyukuran hanya dipanjatkan kepada Allah S.W.T Yang Maha Hebat PerancanganNya. Seterusnya kepada siapa yang perlu sentiasa diingati melainkan hanya kepada kekasihnya,Nabi Muhammad SAW.Allahumma solliala’ saiyidina Muhammad waala ali saiyidina Muhammad. Kerana perjuangan baginda dan para sahabat, kita dapat merasa nikmat Islam sehingga ke hari ini. Masa dirasakan sungguh pantas berlalu. Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan  berlalu tanpa sesaat pun menunggu kita. Benarlah kata-kata Luqman Al-Hakim bahawa perkara yang paling jauh daripada kita adalah masa lalu.Masa yang berlalu tidak mungkin dapat diulang kembali. Kalaulah ditanyakan pada diri anda,apakah yang anda ingin lakukan...

Larian Hijrah PSS & KRU Putatan 2012.

15 November 2012, Perdana Park, Tg Aru, KK  - Alhamdulillah PSS dan KRU Putatan sama sama menginfaqkan sedikit masa menjayakan program Larian Hijrah yang diadakan di Perdana Park, Tanjung Aru bersempena dengan sambutan Ma'al Hijrah. Alhamdulillah lebih kurang 50 orang peserta dari SMK Tansau dan SMK Putatan yang menyertai Larian Hijrah ini. Ada juga adik adik dari sekolah rendah yang turut join Larian Hijrah kali ini. Alhamdulillah, dapat sama-sama kita rapatkan ukhuwah. Abang Hasmadi, Kak Asma dan Kak Ervy selaku fasililator juga turut turun padang untuk sama-sama mengimarahkan program ini. Walaupun hari hujan, program tetap berjalan dengan lancar. Syukur alhamdulillah :-) 7:30 - Semua peserta berkumpul di dataran Perdana Park. 8:00...

Tuesday, November 27, 2012

Kem Kepimpinan KRU Putatan 2012

12-13 November 2012, SMK Putatan - Buat julung-julung kalinya, PSS kawasan penaja Putatan dengan kerjasama Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Putatan menganjurkan Kem Kepimpinan KRU Putatan 2012. Seramai 24 peserta telah mengikuti program ini. Objektif kem ini dianjurkan adalah memberi pendedahan kepada peserta tentang seni kepimpinan mengikut perspektif Islam. Selain daripada itu, kem ini juga sebagai persiapan kepada bakal pimpinan KRU Putatan generasi pertama yang bakal diumumkan organisasinya diakhir program. Program dua hari satu malam ini padat dengan aktiviti-aktiviti menarik seperti, forum kepimpinan, tayangan video, LDK, debat, riadah dan lain-lain. Barisan Kepimpinan KRU Putatan yang telah dilantik Forum Kepimpinan Saudara...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons