PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Thursday, January 24, 2013

Qiamullail Bulan Januari & AGM PSS dan KRU Tuaran

19-20 Januari 2013 merupakan tarikh bersejarah untuk Persatuan Siswazah Sabah(PSS) dan Kelab Remaja Ukhuwwah(KRU) cawangan Tuaran pada tahun ini. Tarikh keramat ini menyaksikan pertukaran saff pimpinan PSS dan KRU sesi lepas (2012-2013) untuk digantikan dengan pimpinan yang baru (2013-2014) pada mesyuarat tahunan (AGM) pada kali ini. AGM pada tahun ini juga sama seperti yang sebelumnya iaitu didahului oleh qiyamullail bulanan(Januari). Seramai kira-kira 100 orang peserta mengambil bahagian dalam qiam kali ini yang diadakan di Masjid Ubudiyyah Pekan Tamparuli. Penceramah jemputan pada qiam kali ini ialah ustaz Zulzaiem, Mudir SRI An-Nur. Beliau telah menyampaikan ceramah yang bertajuk “Apa itu Kepimpinan” dalam slot ceramah yang berlangsung...

Monday, January 21, 2013

Qiamullail Perdana PSS & KRU Kota Kinabalu Januari 2013

ASSALAMUALAIKUM WBT! Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah dan selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW. Alhamdulillah, akhirnya program ‘Happy Circle’ atau Qiamullail Januari KRU’KK ini selesai. Dengan kehadiran 74 orang peserta. Kali ini dihadiri oleh pelajar-pelajar SK Likas. Program ini bertemakan ‘Happy Circle’ kerana kami ingin memberikan pendedahan tentang Usrah kepada peserta serta kebaikan usrah dan kepentingan Usrah kepada umat Islam. Pendaftaran bermula pada jam 2 petang. Pengisian kali ini ialah tayangan video, pengenalan Qasidah, Kuliah Dasar-Usrah, LDK-Ta’aruf, Tafahum, Takaful, pelancaran majalah solusi dan jualan. antara gambar-gambar sepanjang program, kuliah dasar dari Ustaz Humam tentang Usrah. penyampaian...

Tuesday, January 15, 2013

Usrah Mingguan PSS & KRU Beaufort (13.1.2013)

13 Januari 2013, Masjid Daerah Beaufort - Walaupun musim persekolahan telah bermula, namun, program-program tarbiyyah tetap diteruskan untuk membangun kefahaman Islam di kalangan penggerak-penggerak PSS & KRU Beaufort. Ustaz Syahriul (Pengerusi PSS Beaufort) menjadi Naqib Usrah. ...

[Kota Kinabalu] Mural TASKI.

ASSALAMUALAIKUM WBT! Alhamdulillah, pada 5-6 Januari 2013 telah berlangsung Program Mural untuk TASKI ABIM. KRU’KK telah dijemput untuk membuat mural/lukisan pada dinding dan menceriakan TASKI tersebut. Sumber :  http://krukotakinabalu.wordpress.com/2013/01/06/program-mural-taski-abim/...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons