PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Monday, September 27, 2010

Nisa' Permata Hati & Mesyuarat Pertama ISC '10


24-25 September 2010 ahli PSS dan KRU telah memenuhi undangan untuk menjadi fasilitator dan mengendalikan malam penghayatan sempena Program Nisa' Permata Hati di SMK Bongawan. Seramai 112 orang pelajar puteri telah menghadiri program ini. Hubungan yang masih terjalin antara Kak Jannah yang merupakan salah seorang ahli PSS dan bekas tenaga pengajar di SMK Bongawan telah memudahkan semua urusan. Tahun sebelum ini PSS pernah datang di SMK Bongawan untuk mengendalikan Kem Solat untuk pelajar tingkatan dua. Penglibatan tiga orang ahli baru PSS yang balik bercuti dari Mesir amat dihargai dengan harapan ada penambahan pelajar-pelajar Sabah yang melanjutkan pelajaran di Mesir untuk bersama-sama turun gelanggang melaksanakan aktiviti dakwah dan tarbiyyah di bumi Sabah yang tercinta ini.

Sebelah petang 25 September pula telah diadakan Mesyuarat Pertama ISC '10 di Surau Taman Kuala Menggatal. Sidang mesyuarat bersetuju menetapkan ISC '10 akan dilaksanakan pada 17-19 Disember 2010. Semua AJK yang dilantik diharap memulakan gerak kerja bermula dari saat ini.




Wednesday, September 15, 2010

Sambutan Hari Raya PSS


TUARAN (13 September 2010)—Satu jamuan Hari Raya bersempena Aidil Fitri 2010 telah diadakan di Dewan Al-Hikmah, Masjid Daerah Tuaran. Program ini adalah anjuran Exco Siswazah/Mahasiswa dan Exco Pembangunan Pelajar, Persatuan Siswazah Sabah.

Menurut Pengarah Program iaitu Saudara Mohamad Zul Hilmey ketika berucap dalam majlis tersebut, katanya; Program ini adalah bertujuan meraikan para mahasiswa mahupun pelajar yang merupakan ahli keluarga PSS dan KRU (kelab Remaja Ukhuwwah). Ia juga bertujuan mengeratkan ukhuwwah (semanagat persaudaraan) di kalangan barisan kepimpinan PSS dan KRU di seluruh kawasan.

Dalam salah satu sesi program, Saudara Mohd Fairuz yang juga sebagai Setiausaha Agung persatuan ini menyeru para siswazah dan juga mahasiswa khususnya mereka yang berkelahiran anak jati Sabah agar melibatkan diri dalam Persataun Siswazah Sabah. Tambahnya lagi, tenaga-tenaga profesional amat diperlukan untuk memberikan sumbangan dan perkongsian amal kepada masyarakat Sabah yang masih amat memerlukan.

Program bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir tepat pukul 12 tengah hari.

Pihak penganjur mengucapkan ribuan jutaan terima kasih kepada para tetamu yang hadir dan mereka yang memberikan sumbangan sehingga program ini berlangsung dengan jayanya.-

Laporan oleh: Sidang Akhbar PSS.

-----------------------------------------

Gambar sekitar program:

Wednesday, September 8, 2010

Sambutan 'Eidul Fitri & Ramah Mesra Siswa/Pelajar


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Persatuan Siswazah Sabah (PSS) dan Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) berbesar hati menjemput Saudara/i ke Majlis Sambutan 'Eidul Fitri dan Ramah Mesra Siswa/Pelajar 2010.

Bertempat di Dewan Masjid Daerah Tuaran.

Pada hari ISNIN (13 Seeptember 2010) bersamaan 4 Syawal.

Majlis bermula 9.00 AM dan insya Allah berakhir pada 12.00 PM.

Berminat? Sila SMS:

1. Nama & 2. Daerah asal

kepada;

Saudara Zul Hilmey-0137143840

Saudari Rohana-0132042543

---------------------------------------------

Bagi memeriahkan lagi majlis, anda dialu-alukan membawa kuih raya dari rumah masing-masing.

Jomlah datang beramai-ramai !

---------------------------------------------

Dikesempatan ini juga PSS dan KRU mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua Muslimin dan Muslimat khususnya yang berada di Negeri Sabah.

Moga bertemu kembali di Ramadhan dan Syawal akan datang...........

Tuesday, August 10, 2010

Risalah Ramadhan

*versi publisher di kotak 'Ilmuwan'

Wednesday, August 4, 2010

Lawatan ke Kampung Madang

Pada Sabtu 3i Julai 2010 yang lepas, ahli PSS dan KRU Tuaran (Aminuddin, Fairuz dan Amiruddin) telah mengadakan siri lawatan kedua ke Kampung Madang yang terletak di Topokon, Tuaran lebih kurang 45 minit dari jalan berturap Masjid Topokon. Buat pengetahuan semua, kampung tersebut tidak mempunyai surau dan kami ditawarkan mengajar di sebuah rumah salah seorang penduduk kampung. Lawatan ini adalah hasil daripada aduan yang diterima oleh ahli PSS iaitu Jamil berhubung dengan kes murtad yang berlaku dalam kawasan kampung tersebut dan kampung-kampung sekitar yang penganut Islam merupakan penganut minoriti.





Hasil daripada aduan tersebut, membawa kepada pertemuan pertama kami dengan En Rasimin bin Soiun yang merupakan orang lama dan berpengalaman di kampung tersebut. Hasil daripada perbincangan pertama tersebut, PSS dan KRU berusaha untuk membantu saudara Islam di sana yang memerlukan bantuan baik dari segi ilmu Quran dan Fardhu Ain mahupun kebajikan (kewangan). Selain itu, kami juga telah berkunjung ke Kampung Rungus yang dikhabarkan terdapat sebuah keluarga Islam di sana. InsyaAllah lawatan susulan ke kampung Rungus akan menyusul…




Mudah-mudahan usaha yang sedikit ini dapat membantu penduduk Tuaran amnya khususnya penduduk di sana dan mudah-mudahan juga usaha ini dipermudahkan Allah..Amiiiinn

Kem Bahasa Arab

30-31 Julai PSS dan KRU telah menerima undangan untuk mengendalikan Kem Bahasa Arab di SMKT. Undangan diterima dengan hati terbuka dengan niat untuk meneruskan usaha tarbiyyah kerana Allah. Walau terkadang hati sedikit dangkal, makin ditarbiyyah makin 'tidak menjadi'. Hakikatnya bukan semua hanya segelintir. Kisah perjalanan panjang dakwah Rasulullah, Nabi Nuh dan Nabi-Nabi yang terdahulu menjadi ubat mujarab penyembuh kedangkalan ini.

Kem ini menghimpunkan pelajar-pelajar terpilih mendapat tawaran khas mengikuti Kelas Aliran Arab (KAA) di sekolah biasa, SMKT. Peserta terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga tiga. Sekilas pandang seperti tidak ada bezanya pelajar-pelajar terpilih ini dengan pelajar-pelajar lain. Mengapa ini terjadi? Pertama, pelajar terpilih ini tidak rasa pun mereka 'terpilih'. Akibatnya peluang yang ada ini tidak dihargai dan tidak dimanfaatkan sepenuhnya, malah dipersia-siakan. Kedua, pengaruh persekitaran yang lebih mencabar. Oleh itu, jatidiri para pelajar ini perlu dimantapkan.

Peringkat awal kem ini dihadiri dan dikendalikan oleh Saudara Nadir , Saudara Nasir bersama seorang sahabat dari Nilai. Selepas solat isyak menyusul Saudara Azizul yang baru dua hari balik dari Jepun bersama sahabat dari UMS. Selang tidak lama muncul pula Saudara Al-Amin, Saudara Syafik UMS dan Syafik KRU. Beberapa minit kemudian ternampaklah kelibat Saudari Syuhada' dan Yuyu. Akhir sekali, cukup korum dengan kehadiran Saudara Fairuz dan Saudara Aminuddin. Malam penghayatan berkonsepkan 'siksa kubur' diharap mampu menimbulkan kesan mendalam kepada para peserta untuk berubah menjadi lebih baik.


Kg Kindu - Mangan Nyak Mangan Asal Jo Kurung-Kurung


Pada hari Jumaat yang lepas bersamaan dengan 30 Julai 2010, orang-orang kuat KRU dari Kg Kindu terdiri daripada Adinda Amiruddin Drus, Adinda Arba dan Adinda Rudy telah berjaya mengadakan sebuah program mengumpul remaja-remaja kampung dengan program yang berkonsepkan ‘Mangan Nyak Mangan Asal Jo Kurung-kurung’. Program bermula dengan solat Maghrib secara berjemaah dan disusuli dengan ceramah ‘Persiapan Mengahadapi Ramadhan’ yang disampaikan oleh Setiausaha PSS Mohd Fairuz. Kemudian setelah selesai mengerjakan Solat Isyak, hadirin yang hadir dijamu dengan makanan-makanan yang lazat ‘sedap hingga menjilat jari’ (memang sunnah pun).

PSS Tuaran mengucapkan tahniah kepada adinda-adinda Kg Kindu kerana telah berjaya merancang program mengumpul remaja ini. Pada hemat PSS, program sebegini sangat baik untuk diteruskan dan seboleh-bolehnya diperbanyakkan lagi di kampung-kampung yang mempunyai ahli KRU agar ikatan ukhuwah dalam kalangan PSS dan KRU semakin kuat disamping menambah sedikit ilmu buat bekalan rohani. InsyaAllah, program seterusnya akan menyusul…InsyaAllah.

Qiam Julai & Rehlah KRU Tuaran

Alhamdulillah, 24 Julai 2010 qiamullail bulanan KRU Tuaran telah pun terlaksana. 'Dakwah' tema pilihan qiam kali ini. Pasti sahaba-sahabat KRU begitu teruja untuk berdakwah selepas menghadiri qiam Julai ini. Nah! Apa lagi, buat persiapan bermula dari sekarang. Mantapkan ilmu dan tingkatkan skil. Jangan sampai kita terdakyah. Terima kasih kepada Abang Kholis dan Abang Fairuz yang sudi berkongsi ilmu dengan kami semua.


Keesokan hari, 25 Julai program diteruskan lagi dengan aktiviti rehlah. Matlamat untuk memupuk ukhuwwah yang sedia terjalin dan melihat bukan sekadar dengan mata kasar tetapi juga dengan mata hati.



Program Ku Kenal Ku Cinta Islam di Sabah & Kem Bestari Solat


Alhamdulillah, dua program yang telah dirancang di SMKT pada dua penghujung minggu berturut-turut berjalan lancar. Tarbiyyah yang dikutip melalui penglibatan dalam KRU menjadikan kami semakin cekap menguruskan sesuatu program. Penerapan 'betulkan niat' dan 'tanamkan keikhlasan' menjadi perisai setiap ajk melaksanakan tugas tanpa rungutan dan sifat malas.

11 Julai 2010 telah berlangsung Program Ku Kenal Ku Cinta Islam di Sabah anjuran Pergerakkan Puteri Islam Malaysia (PPIM), SMKT. Penyertaaan terbuka kepada semua pelajar Islam tingkatan 4-6 SMKT. Penceramah jemputan terdiri daripada Saudara Mohd. Fairuz Bend dan Saudara Mohd. Nadir al-Nuri Kamaruzzaman yang sekaligus menjadi moderator program.

Ucapan Pengarah Program

16-17 Julai pula menyusul Kem Bestari Solat anjuran Persatuan Pelajar Islam, SMKT. Fokus kem kepada pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2. Penceramah terdiri daripada Ustaz Hafiz, Ustaz Rusdi, Ustaz Nazri dan Ustaz Jimmis. Sementara abang-abang dan kakak-kakak dari politeknik pula menjadi fasilitator. Kelembutan fasi yang disulami dengan ketegasan akhirnya berjaya meredahkan kenakalan adik-adik peserta

.Slot 'Bersama KRU'

Ucapan Pengarah Kem

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuk Pengerusi KRUTRN dan sahabat-sahabat KRU dari SMKB.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons