PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Friday, December 17, 2010

Memori KemPin '02 2010

Kem Kepimpinan Pelajar 2010 (KemPin '02)
15-17 Disember 2010 (Rabu - Jumaat)
Pondok Fi Dzilalil Qur'an Tamau KB

Alhamdulillah dengan izinNya program ini dapat dijalankan dengan baik walaupun ramai peserta dan AJK yang tidak dapat menghadiri program ini kerana peperiksaan SP
M dan STPM serta ada yang balik kampung sempena cuti sekolah ini. Namun, atas kesedaran tentang pentingnya berjuang demi Islam, terdapat juga AJK dan peserta yang datang selesai menghabiskan kertas terakhir peperiksaan mereka. Tahniah diucapkan! Semoga beroleh kejayaan dalam peperiksaan anda. Yakinlah bahawa janji Allah pasti benar!!

Ikutilah rakaman-rakaman sepanjang program KemPin '02 2010.
ketibaan peserta
pendaftaran
LDK1- jangan pandang belakang
LDK2- Kubur kita asing2
LDK3- Aiman tak kesah
LDK4- Produk Islam memang laris
bengkel penyelarasan KD
explorace- CP3
explorace- CP5
rehat2 sambil makan aiskrim
aiskrim lagi...
ahli PSSKB muslimat turut merakam kenangan makan aiskrim
AJK muslimat menaiki pick-up pulang dari tapak program
Dah sampai pun ke bilik gerakan utama...hehehe...

Terima kasih atas kerjasama dan usaha gigih para AJK dan fasilitator yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. Buat adik-adik peserta, amalkan ilmu yang dikutip dari pengisian yang ada. Janganlah jemu mengikuti majlis-majlis ilmu. Kita adalah mata rantai perjuangan Rasulullah dah para sahabat, bukan pemula dan bukan pengakhir. Oleh itu, jagalah ia agar tidak putus. Semoga kita tergolong dalam golongan yang menerima syafaat Rasulullah. Ameenn...

PERJUANGAN ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS :)

Thursday, December 9, 2010

Jom sertai Program Titian Kasih!!



Assalamualaikum w.b.t
Pengumuman! Pengumuman! InsyaAllah Program Titian Kasih(anak angkat)
anjuran PSS&KRU Tuaran akan diadakan pada ketetapan berikut :


Tarikh : 13-14 Disember 2010

Tempat program : Kg Saradan,Tenghilan

Masa : 12.30pm(13dis) hingga 12.30pm(14dis)

Tempat berkumpul : Farmasi Aslam Tuaran

Yuran : InsyaAllah tiada..namun peserta disyorkan membawa sumbangan keperluan asas(gula,tepung dll) untuk keluarga angkat

Berminat?? hubungi : Noor-0145658503



Semoga sedikit usaha yang akan dilakukan ini dapat mengeratkan
ukhuwwah antara kita dan membina silaturrahim bersama masyarakat di Kg Saradan khususnya!! amin..

Jom p Qiamullail Disember & Jelajah Dakwah



Assalamualaikum w.b.t
Kepada sahabat2 sekalian,insyaAllah PSS&KRU Tuaran akan mengadakan
Qiamullail Bulanan untuk bulan Disember ni pada ketetapan berikut:

Tarikh : 11 Disember 2010
Tempat : Masjid An-Nur,Tuaran
Masa : 5.00 petang-7.00 pagi
Kalau ada yang kabur2,hubungi : Amir-0198719216/Sarah-0198950456


Pada keesokkan harinya pula,insyaAllah Program Jelajah Dakwah diteruskan selepas
selesainya Qiam dalam jam 7.00 pagi.Sasaran kali ni juga di tempat yang sama,berdakwah
dengan masyarakat di sekitar Pekan Tuaran.Mudah-mudahan sedikit usaha ni,
mampu mengetuk pintu hati remaja Islam khususnya dan
masyarakat di Daerah Tuaran umumnya untuk menghayati dan mengamalkan ajaran Islam
dalam diri mereka.Bak kata pepatah orang Bajau "Islam For All" dan "Islam is the Way of Life"
Jom sama2 kita hadirkan DIRI dan HATI ke Qiam dan Jelajah Dakwah!!
Mulakan buku baru tahun Hijrah ni dengan amalan2 yang lebih mendekatkan diri
kepada Allah.Gunakanlah sedikit ruang dan peluang yang ada
untuk beramal lilla hi ta'ala.
Datang tau,jangan tidak datang!!! (^__^)

Wednesday, December 8, 2010

Salam Maal Hijrah


Segala puji bagi Allah yang memegang tiap-tiap hati, Pencipta sekalian Alam dan seisi makhluknya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para keluarga dan sahabat Baginda. Rahmat dan kasih sayang Mu ya Allah Ya Rahiim yang tidak pernah putus ke atas seluruh hambaMu.

Tahun demi tahun berlalu, kita bertemu kembali dengan tahun hijjriah yang baru. 1432 tahun yang lalu, setelah datangnya Islam kepada Rasulullah, hijrah inilah satu lampiran sejarah kepada ummah kini yang telah dibentangkan oleh Allah dengan pelbagai hikmah yang tidak ternilai. Bermula dengan datangnya Islam sehingga berlakunya peristiwa besar hijrah, penyatuan ukhuwah antara kaum Muhajjirin dan Ansar. Hijrah juga menukilkan kisah yang sangat indah didalam Gua Thur antara Nabi dan Abu Bakar, memaparkan keberanian pemudi seperti Asma’ binti Abu Bakar, kanak-kanak sehebat Ali bin Abi Talib dan hijrah jugalah menjadi titik tolak kepada wujudnya Negara Islam yang pertama di dunia dengan kepimpinan Nabi SAW dan akhirnya membawa kepada sistem Kalender Islam pada hari ini.


Seiring dengan tahun baharu Islam, ayuh kita menilai kembali dan bermuhasabah amalan pada tahun yang telah pergi dan meletakkan azam yang baru untuk tahun yang baru. Perlu juga kita menilai adakah azam dan matlamat yang lalu telah tercapai atau tidak? Bagaimana pula dengan amalan yang seringkali dicatat oleh dua malaikat pembantu Allah? Adakah lebih banyak di kiri atau di kanan?

Alhamdulillah, semoga kita berkesempatan membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Memohon dengan serendah-rendah hati kepada yang Khaliq semoga tahun yang bakal ditempuh ini melakar 1001 sejarahnya tersendiri, mematangkan perbincangan dan meleraikan seribu macam persoalan dan pertelingkahan.

Akhir kalam, seluruh warga PSS dan KRU mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua yang banyak membantu dan meyokong gerak kerja PSS sama ada secara langsung atau tidak. Semoga dengan hijrah yang baharu ini PSS akan terus kuat untuk melangkah kehadapan dan sentiasa mendapat redha Allah SWT.

Monday, December 6, 2010

Sambutan Ma'al Hijrah muslimat PSSKB

Isnin, 1 Muharram 1432H; Muslimat PSSKB telah mengadakan Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat PSSKB. Dengan kehadiran lebih 10 orang ahli PSSKB telah memeriahkan majlis ini. Antara pengisian majlis ialah bacaan doa akhir tahun, Solat Maghrib berjemaah, bacaan doa awal tahun, bacaan Yasiin, solat hajat dan jamuan ringan.

Bacaan doa akhir tahun 1431H diketuai oleh Kak RunaSolat Maghrib dan bacaan doa awal tahun 1432HBacaan YasiinInilah antara juadah istemewa...

Diucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 1432H kepada semua umat Islam diseluruh dunia khususnya di Malaysia khasnya lagi di Sabah. Semoga tahun baru ini lebih baik dari tahun sebelumnya.

Kepada semua pendokong dakwah Islam, semoga gerak kerja tahun yang baru bermula ini lebih baik dan berjalan lancar. Jadikan kelemahan lalu sebagai iktibar dan pengalaman untuk diperbaik. Eratkan ukhwah mantapkan gerak kerja!

Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun

DOA KHUSUS AKHIR TAHUN HIJRAH – 29 ZULHIJJAH

Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun

Segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam. Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad dan juga keluarganya dan juga para sahabat seluruhnya. Ya ALLAH, apa-apa kami lakukan pada tahun ini yang sesetengahnya ENGKAU larang dari kami melakukannya sedangkan kami belum bertaubat, dan ENGKAU pun belum meredainya, walaupun ENGKAU belum mahu melupakannya, namun ENGKAU masih mengasihi kami setelah menghukum kami, dan ENGKAU masih menganjurkan kepada kami supaya bertaubat selepas kami melakukan maksiat, maka dengan ini kami memohon ampun, maka ampunilah kami. Dan manakala apa-apa kebaikan yang kami lakukan mendapat reda-MU, ENGKAU janjikan pula pahala untuk kami, maka dengan ini kami memohonnya kepada ENGKAU wahai TUHAN yang punyai ketinggian dan kemuliaan, terimalah apa-apa dari kami dan janganlah ENGKAU kecewakan harapan kami ini. Semoga ALLAH merahmati Saidian Muhammad dan kaum keluarganya, juga para sahabatnya. Dan sekali lagi ditegaskan segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam.
* Doa ini dibaca sementara menanti waktu Maghrib pada malam 29 Zulhijjah.


DOA KHUSUS AWAL TAHUN HIJRAH – 1 MUHARRAM

Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun

Segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam. Selawat dan salam ke atas saidina Muhammad semulia-mulia Rasul dan kaum keluarganya, juga para sahabat seluruhnya. Ya ALLAH, ENGKAU-lah yang kekal, yang sedia ada dari awalnya lagi, dan ENGKAU-lah yang mempunyai limpah kurnia yang besar dan pemurah yang melimpahi, maka pada tahun yang baru menjelang ini, kami memohon benteng perlindungan dari gangguan syaitan yang direnjam dan pemimpinnya, juga tentera-tenteranya. Juga minta bantuan dari gangguan nafsu amarah yang sentiasa mengajak kepada kejahatan, dan dipohon pertolongan dengan apa-apa yang boleh mendekatkan aku kepada-MU wahai TUHAN yang punyai ketinggian dan kemuliaan, wahai TUHAN yang amat Mengasihi. Dan semoga ALLAH rahmati Saidina Muhammad, Nabi yang ummi dan kaum keluarganya, juga sahabatnya. Dan segala puji-pujian untuk TUHAN Semesta alam.
* Doa ini dibaca selepas Maghrib malam 1 Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata, “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana ALLAH telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”


KELEBIHAN PUASA BULAN MUHARAM

Daripada Abi Hurairah Radiallahu anhu ia berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda : “Seafdhal – afdhal puasa selepas daripada bulan Ramadhan ialah puasa bulan Muharram”.

Daripada Ali bin Abi Talib Radiallahu anhu ia berkata : “Seorang lelaki bertanya kepadaku: Bulan apakah yang engkau mahu perintahkan kepadaku supaya aku berpuasa selepas bulan Ramadhan?”. Ali Radiallahu anhu berkata : Aku tidak pernah dengar seseorang yang bertanya tentang hal ini kecuali seorang lelaki yang aku dengar ia bertanya kepada Rasulullah s.a.w. pada hal aku sedang duduk di sisi Rasulullah s.a.w. maka lelaki itu bertanya kepada Rasulullah s.a.w. : Ya Rasullulah bulan apakah yang engkau nak perintah kepadaku supaya aku berpuasa selepas bulan Ramadhan? Rasulullah s.a.w. menjawab : Jika engkau mahu berpuasa selepas bulan Ramadhan maka puasalah pada bulan Maharram kerana sesungguhnya bulan itu adalah bulan Allah.

KELEBIHAN PUASA PADA HARI ASYURA’
Daripada Ibni Abbas Radiallahu anhuma berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah berpuasa pada hari Asyura’ dan memerintahkan manusia supaya berpuasa pada hari itu. Makna hari Asyura’ ialah hari yang kesepuluh daripada Muharram dan berpuasa pada hari itu adalah sunnat yang dituntuti kerana Allah menghapuskan dosa orang yang berpuasa setahun yang lalu kerana sesungguhnya hari itu adalah hari Muasawi. Dan berpuasa pada hari Arafah, Allah menghapuskan dosa orang yang berpuasa 2 tahun yang lalu kerana sesungguhnya hari itu adalah hari Muhammad. Pada asal kalimat, berpuasa pada sepuluh hari bulan Muharram adalah perintah wajib. Tetapi, kerana telah di nasakhkan menjadi sunnat, maka perintah puasa pada hari Asyura’ itu amatlah besar pahalanya.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Ibnu Abbas r.a pernah ditanya mengenai masalah berpuasa pada hari Asyura. Beliau menjawab: Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa sehari pada hari Asyura kerana mencari kelebihan iaitu fadhilat yang tidak ada pada hari-hari yang lain selain dari hari ini.

Daripada A’isyah Radiallahu anha ia berkata : Adalah hari Asyura’ itu satu hari yang telah berpuasa oleh orang Qurais pada zaman jahiliyyah dan adalah Rasulullah s.a.w. tiba di Madinah ia pun berpuasa pada hari itu dan ia memerintahkan manusia supaya berpuasa. Apabila puasa bulan Ramadhan telah di fardukan, maka puasa pada hari Asyura’ itu tidak menjadi wajib lagi dan mereka pun meninggalkan amalan berpuasa pada hari Asyura’. Maka barangsiapa menghendaki, hendaklah berpuasa dan barangsiapa tidak menghendaki bolehlah meninggalkannya.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya: Orang-orang jahiliah berpuasa pada hari Asyura. Rasulullah s.a.w dan orang-orang Islam, sebelum diwajibkan berpuasa bulan Ramadan, juga berpuasa pada hari tersebut. Setelah puasa Ramadan diwajibkan, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Asyura itu adalah hari-hari Allah. Sesiapa yang ingin berpuasa, berpuasalah dan sesiapa yang tidak ingin berpuasa, dibolehkan berbuka.
10 MUHARRAM (HARI ASYURA’) MENINGGALKAN BANYAK PERISTIWA SEJARAH DIANTARANYA:

1) Arasy, kurshi dan Syurga dicipta.
2) Langit, matahari, bulan, bintang dan bumi dicipta.
3) Nabi Adam dicipta dari tanah.
4) Nabi Adam dimasukkan ke dalam Syurga.
5) Taubat Nabi Adam diterima ALLAH.
6) Bahtera Nabi Nuh mendarat di bukit Judi.
7) Nabi Ibrahim keluar daripada api.
8) Penglihatan Nabi Yaakub pulih semula.
9) Nabi Yusuf keluar dari perigi.
10) Nabi Ayub sembuh daripada menderita penyakit kulit.
11) Nabi Musa selamat menyeberangi lautan sementara Firaun dan pengikut²nya tenggelam ke dalam lautan Merah.
12) Nabi Sulaiman dikurniakan semula kekuasaan (kerajaan).
13) Nabi Yunus dikeluarkan dari perut ikan Nun.
14) Nabi Isa dilahirkan.
15) Nabi Isa diangkat kelangit.
16) Hujan turun buat kali pertama kalinya membasahi bumi

Thursday, November 25, 2010

Selamat Berjaya Calon-Calon SPM & STPM 2010

Selamat bertempur di medan peperiksaan diucapkan kepada calon-calon peperiksaan SPM & STPM seluruh Malaysia khususnya buat adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang KRU. Gunakan segala ilmu yang telah cikgu berikan dan bekalkan dahulu. Keluarkan segala input-input yang telah lama disimpan untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan nanti.

Buat sehabis baik dan jangan lupa bertawakkal kepada Allah. Semoga keputusan lulus cemerlang menjadi milik adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang KRU sekalian.

Bi Taufiq wan Najah fil Imtihan!!

“Rabbuna yassir wa la tu’assir”
Allahumma najihna fi hazal imtihan wa fi dunia wal akhirah




Tuesday, November 16, 2010

Qiam November : Majlis Perpisahan

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu pe rpisahan yang diberkati dandilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat.

Sepanjang minggu lepas berlangsung dua kali majlis perpisahan. Jadi minggu sedihlah pula.

Pertama majlis perpisahan dengan Timbalan Presiden PSS, Saudara Muhd. Nadir Al-Nuri Kamaruzzaman pada 9 November 2010. Majlis perpisahan sementara saja ni, jadi yang tidak hadir jangan gusar.


Kedua majlis perpisahan dengan barisan Majlis Tertinggi dan Exco PSS Tuaran sesi 2009/2010 semasa Qiamullail Bulanan KRU Tuaran, 13 November 2010. Terima kasih Saudara Faiz, Saudara Ehsan, Saudara Daud, Saudara Hanafia, Saudari Syimah, Saudari Nadirah, Saudari Nazirah dan Saudari Azlina.

Persembahan Nasyid yang mantap dari adik2 KRU

Abang2 PSS Tuaran & adik2 KRU

Kakak2 PSS Tuaran dan adik2 KRU

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..

hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dalam perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..

Monday, October 25, 2010

Bila Khatan Jadi Beban


"Kalau masuk Islam,kena potong tu bawah!" lawak yang sering dibuat oleh penceramah yang bercakap tentang pendekatan dakwah kepada bukan Islam, khususnya yang baru mahu memeluk Islam, dan biasanya diiringi dengan tegahan membuat kenyataan sedemikian, agar madhu'u tidak lari. Selama ini saya hanya memikirkan ia sebagai suatu gurauan, tetapi minggu lepas, terbukti ia bukan sekadar itu.

Kami sedang duduk di hadapan pegawai JHEAINS yang agak berumur. Semua dokumen telah tersedia untuk mengislamkan Christopher, seorang kenalan dari kampung Log Poring. Bersama saya ketika itu ialah abangnya yang sudah memeluk Islam 12 tahun lepas, beserta Timbalan Pengerusi ISEUMS, Saudara Asyraf yang menemani. Ustaz di hadapan telahpun memberikan sedikit pengenalan, bertanyakan tujuan menganut Islam dan sebagainya. Christopher membetulkan duduk, bersedia untuk melafazkan akad memeluk agam Islam. Tak semena-mena, ustaz JHEAINS tersebut membuat lawak terakhir sebelum mengajarkan dua kalimah syahadah,

"Kalau masuk Islam ni tu kepala bawah kena potong tau, bagi dia berbentuk-bentuk sikit."

Saya, Asyraf dan abang kepada Christopher, James ketawa berderai, cuba meringankan suasana. Tapi Christopher kelihatan kaget. Daripada kaget bertukar cemas. Setelah diam beberapa ketika dia memandang saya.

"Sunat tu wajib ke Ustaz?"

"Ya," saya menjawab ringkas. Christopher mula tak senang duduk. Dia memandang ke kiri dan kanan. Ustaz JHEAINS pun kelihatan terpinga-pinga. Tak sangka lawaknya akan meninggalkan kesan sebegitu kepada saudara yang baru hendak memeluk Islam. Christopher memandang saya semula.

"Ustaz, saya rasa kena bagi masa dengan saya seminggu dulu untuk berfikir."

Astaghfirullahala'azim. Kami beristighfar panjang.

"Takkan gara-gara itu saja kamu mahu tangguhkan masuk Islam? Sunat tu tak sakit pun, macam kena gigit semut ja," ustaz JHEAINS memujuk.

"Potong tu untuk kesihatan juga, kulit bahagian depan ja, bukan potong semua sampai habis," Asyraf meningkah.

"Kamu masuklah Islam dulu, kalau bertangguh nanti mati, tak sempat masuk Islam, macam mana?" saya berhujah.

"Nokuro ko? Au oku ngarati kau ti. Kada begitu!" abangnya memangkah.

Tetapi puas kami memujuk, Christopher tetap dengan pendiriannya. Dia tetap tidak mahu mengucapkan dua kalimah syahadah. Daripada satu alsan muncul alasan yang lain, sehinggalah akhirnya kami terpaksa akur dengan kehendaknya. Pulang dengan agak kecewa.

Mudah-mudahan hatinya akan terbuka juga nanti, dan mudah-mudahan para pendakwah akan lebih menjaga apa yang keluar daripada mulut kita!

Teringat Ustaz Nasaruddin bercerita perihal pendekatan dakwah penceramah tersohor Terengganu, Ustaz Azhar Idrus, bila dia ditanya oleh seorang mat rempit, adakah boleh dia membawa makwanya naik motor, merempit bersama-sama dengannya. Ustaz Azhar menjawab boleh, lalu seluruh audiens tercengang, kecuali mat rempit tersebut yang tersenyum lebar. Lalu Ustaz Azhar menambah,

"Tapi ada satu syarat. Syaratnya, bapak makwa kamu kena letak kat tengah-tengah seat tu, antara kamu dengan dia!" Audiens ketawa, termasuk mat rempit tersebut. Ustaz Nasaruddin mengulas,

Skil mengajar yang halus, mencapai matlamat dan dapat diterima semua pihak. Sebab tu, kuliah dia ribuan orang datang. Dan sebab tu juga, Facebook Ustaz Azhar lagi ramai fans dari saya!

Thursday, October 21, 2010

Biar Hidup Menderita, Asalkan Melayan Tuhan..

Berikut adalah sebahagian catatan pengembaraan PSS sepanjang Ramadhan yang lepas :

Program Jejak Muallaf dan Fakir Miskin Ramadhan siri 2 yang lepas di daerah Ranau menemukan kami dengan Kak Sarimah, yang asalnya didekati melalui anaknya Siraj, seorang pelajar Darjah Enam di SK Tampios. Siraj ketika itu sedang berteleku di balik dinding, baru dimarahi oleh ibunya kerana tidak bersama-sama berbuka puasa di surau. Saya menyapa dan dalam nada gurau, menyatakan hasrat kami menjadikan keluarganya sebagai keluarga angkat, cepat-cepat sebelum pembahagian dibuat oleh Ustaz Akhwan yang mengetuai rombongan Yayasan Amal. Siraj tersenyum lantas mendapatkan ibunya dan dengan serius, memujuk ibunya untuk membenarkan kami bermalam di rumahnya. Ibunya akur, dan dari situ bermulah bibit perkenalan kami dengan Kak Sarimah.

Kak Sarimah yang sentiasa tersenyum.

Malam itu kami bercerita panjang. Sejarah Kampung Tampios, Kampung Bito'on dan Kampung Nunuk Ragang di sebelahnya telah lama bermain di telinga. Tetapi alhamdulillah, baru kali ini kaki berjaya dijejakkan ke sini. Kak Sarimah mula membuka kisah hidupnya.

Tak disangka, auntie bertudung labuh ini asalnya adalah seorang pemimpin gereja SIB. Lebih dahsyat, setelah berkahwin selama dua tahun setengah dengan suaminya, seorang Murut India dan memeluk agama Islam, dia masih lagi pergi ke gereja, solat dengan cara Kristian malah mendakyah orang ramai mengikuti agamanya. Sampailah suatu malam, bila Allah memberikannya hidayah melalui mimpi, dalam bentuk saudara rapatnya yang paling kuat Kristian datang memberikan nasihat, dia terkejut dan berazam untuk bersungguh-sungguh mempelajari dan menyebarkan agama Islam, sehingga berjaya mengislamkan beberapa orang di sekelilingnya. Lalu dia menceritakan pengalamannya berdakyah ketika zaman SIB dahulu, bagaimana mereka sanggup berjalan kaki masuk ke kampung-kampung selama 8,9 jam menempuh hujan, panas, lapar dan dahaga demi menyampaikan ajaran SIB. Pegangan dan prinsip yang dipegang cukup mudah - 'biar hidup menderita asalkan melayan Tuhan'.

Siraj tersenyum mendengar celoteh Cikgu Johari yang
mengendalikan slot games pagi itu.

Siraj yang sejak tadi mendengar dengan khusyu' ibunya bercerita tiba-tiba terlentok tidur. Kak Sarimah mengusap kepala anaknya lembut. ''Masa kak mula-mula masuk Islam dulu, dia ni dengan kakaknya selalu kena pukul di kepala oleh pakciknya. Pakciknya selalu tanya soalan pelik-pelik untuk bagi dia takut dengan Islam. Tapi sekarang, kakak dia belajar di sekolah agama, dia yang tanya balik dengan pakcik dia pasal kekeliruan dalam agama Kristian. Kak Sarimah ketawa kecil. Kemudian menyambung cerita;

Di rumah sebelah ni ada seorang makcik. Dia muda sikit dari akak, dan dulu dia slalu marah kakak masa kakak dalam SIB,ugut kakak akan masuk neraka. Dia tu kira kuat Islam la. Maklumlah, bekas pelajar 5 tahun di SMU Tambunan. Tapi sekarang dah terbalik. Dia dah murtad dan jadi pemimpin gereja SIB. Kakak pula yang dakwahkan dia!

Astaghfirullah. Kami tersentap. Kalau pelajar sekolah agama 5 tahun pun boleh murtad, apa nasib pelajar-pelajar sekolah biasa? Esoknya kami berprogram di SK Tampios, sebelum meninggalkan kampung tersebut, serta janji akan membawa ahli-ahli PSS muslimat menuntut ilmu dakwah secara praktikal dengan Kak Sarimah. Mampukah kalian mengalahkan semangat dan kesungguhan seorang muallaf yang tidak pernah diusrah, ditamrin dan diprogramkan melainkan oleh 'tarbiyyah' SIB?

Tuesday, October 19, 2010

Memori ISC '07



Bahang ISC '10 semakin terasa...

Friday, October 8, 2010

KONVO 2010: TAHNIAH AKTIVIS-AKTIVIS PSS!!!

Tahniah semua sahabat-sahabat PSS!!! Manfaatkan setiap ilmu yang dimiliki untuk terjun kedalam masyarakat demi menggapai mardhatillah. Jangan goyah dek apa jua cabaran. Pasti semuanya menjanjikan peluang.

Sunday, October 3, 2010

Teknik Memori Smart Study

Kepada kamurang yg sdg study last2 minute tuk PMR, n yg akan menduduki apa2 exam lagi hujung tahun ni,saya kongsikan beberapa tips2 menghafal gaya motivator Encik Osman Affan dari bukunya Teknik Memory Smart Study. Bahan ni (bentuk gambar) Persatuan Siswazah Sabah (PSS) buat dalam bentuk ringkasan, n saya berbesar hati menerangkan apa yang saya faham kepada sapa2 individu,kumpulan pelajar atau skul yang berminat utk tahu lebih dalam. Jadi sapa yg brminat tahu lbih lanjut atau malas nak fkir idea untuk akronim etc gtaw ja pki fb ke apa ke,saya cuba bantu. Khususnya ahli2 KRU di semua tmpt samada dh daftar ke belum. Kamurng WAJIB berjaya. Minta izin kongsi ilmu ya Encik Osman...


(p/s: Posting ini menggunakan bahasa facebook.Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan saya cadangkan supaya terus ke sini)

Semoga Berjaya dengan cemerlang di dalam PMR,SPM,STPM dan peperiksaan akhir tahun selagi tidak meninggalkan solat, tidak membuka aurat dan tidak berbuat maksiat.Amiin.

Saturday, October 2, 2010

Ziarah Syawal 2010

Kehadiran syawal diserikan lagi dengan aktiviti PSS KK menziarahi rumah2 krew Kelab Remaja Ukhuwah di sekitar kota kinabalu sabah. Tanggal 18 september 2010, seramai 8 orang ahli PSS KK, dan kalangan sahabat2 yang sudi memenuhi undangan adik-adik KRU, sanggup turun padang untuk bertemu dan saling bersilaturrahim bersama adik2 KRU KK kerana Allah S.W.T . sesungguhnya pertemuan seperti ini bukan saja memeriahkan pagi syawal yang mulia, malah memurnikan lagi hasrat hati ahli PSS KK untuk saling bertemu, bertanya khabar dan mengeratkan kasih sayang yang telah terjalin sesama muslim.
















Setitik maaf kupohonkan,
dilakukan dosa laksana lantera di samudera kegelapan..
duhai sahabat dan teman..
moga pertemuan kita kan disusuli redha Mu Tuhan....
semoga bertemu semula di 'ziarah syawal' akan datang..

InsyaALLAH.....



nukilan::Darnah Mau,PSSKK

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons