PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Sunday, January 8, 2012

Qiammullail Perdana PSS & KRU Beaufort Januari 2012

 Alhamdulillah Ya Rabb ..
Program Qiyamullail Perdana KRU Beaufort yang ke-2 telah selamat dijalankan ..

Alhamdulillah juga , program ini mendapat penyertaan daripada KRU Sipitang ( 4 orang ) dan KRU Kota Kinabalu (8 orang )..

*Serba sedikit mengenai program :)

TARIKH : 7 Jan - 8 Jan 2012
Sabtu, 9.00 pagi -Ahad, 10.00 pagi
TEMPAT : SURAU HJ MAARIF, sebelah RUMAH IMAM MUDA ALI.
YURAN : RM3

"KEMBARA ILMU"
Poster Qiyamullail KRUB kali ke-2
Program Qiyamullail KRU Beaufort telah dihadiri seramai 36 orang termasuk KRU Sipitang dan KRU Kota Kinabalu , SM St Paul Beaufort , SM St John Beaufort , SMK Beaufort 1 , SMK Beaufort 2 .. Tema program pada kali ini adalah "Kembara Ilmu" , di mana program ini memberikan pelbagai pengisian yang berkaitan dengan Ilmu di dunia dan ilmu di akhirat .. Seperti kebiasaannya , setiap program PSS & KRU pasti akan dimulakan dengan usrah ataupun sesi taaruf, kemudian , barulah aktiviti-aktiviti yang lain dijalankan ..

Antara Aktiviti-aktivit yang dijalankan pada program kali ini ialah aktitviti memakai serban ( bagi muslimin ) dan busana muslimah ( bagi muslimat ) .. Selain daripada itu , slot kuliah daripada tetamu jemputan juga turut diadakan .. Tidak lupa juga kepada slot musahabah yang dilakukan oleh PSS Sipitang iaitu Akhi Fazren yang turut dibantu oleh akhi Soffiq ( KRU Kota Kinabalu ) .. 

Slot perkongsian para peserta ISC turut diadakan dalam bentuk forum yang diketuai oleh Akhi Azrin ( KRU Kota Kinabalu ) di mana , para peserta ISC menceritakan pengalaman pahit dan manis mereka sepanjang berada di ISC G.5 ..  Slot bersama PSS juga turut diadakan ..
Selanjutnya , program Qiyamullail perdana KRU Beaufort diakhiri dengan ucapan dari Penasihat PSS Beaufort , iaitu ustaz Awang dan penyampaian watikah pelantikan kepada KRU Beaufort ..
Penyampaian watikah pelantikan kepada Ahli KRU Beaufort
Seiring dengan itu , di sini , ingin kami kongsikan gambar-gambar sepanjang program ini berlangsung ..
The best :)
ummah terbilang !
Pejuang Islam !


Salam Ukhuwwah ^_^'

Alhamdulillah juga ,
Beberapa orang peserta telah sudi membuat sedikit sebanyak  kisah mereka sewaktu berada di Qiyamullail perdana KRU Beaufort ..

(SILA BACA ^_^')
Azree( KRU KOTA KINABALU )
SEDIKIT CORETAN TENTANG QIAMMULAIL PERDANA BEAUFORT KALI KE-2
Asalammualaikum .. sengaja ana karang satu coretan inie hanyalah sekadar ingin berkongsi pengalaman ana selama ana berada dalam program qiam KRUB ni kepada semua warga Komuniti Usrah PSS&KRU .. Alhamdulillah ♥ dan rasa bersyukur stlah dapat pergi dan sampai ke Qiam Perdana Beaufort kali ke-2 yang bertemakan Kembara Ilmu . dimana saya sendiri dapat merasakan begitu banyak pengetahuan yang saya tidak tahu .. saya dengan sahabat2 KRUKK yang seramai 8 orang hanya berhasrat hendak melawat KRUB yang rata2nya masih lagi muda dan ibarat hijau daun . tidak mahulah saya katakan yang KRUB nie ibarat baby .. hehe .. kesian plak . asyik2 lagi tu asal berucap jah ahli2 KRUB msti tak lari mengatakan "Bantulah kami ni . yalahkan kami nie masih lagi BABY " ..tidak begitu ya . kita semuanya sama . yang tua mahupun yang muda tidak menjadi ukuran kita untuk menyebarkan Islam itu .. yang penting kita buka minda kita untuk bersama2 kita mencapai satu matlamat yang utuh iaitu menyebarkan kru di setiap tempat masing2 dan menyebarkan Islam berdasarkan apa yang Rasulullah pernah buat .Hasrat sebenar KRUKK nak sertai Qiam KRUB nie hanyalah nak melawat dan memberi tunjuk ajar . tapi apa yang saya dapat rasakan pula adalah sebaliknya . dimana sambil saya dan rakan2 memberi tunjuk ajar kami juga dapat memperlajari sesuatu daripada mereka ....biarpun tidak banyak yang kami beri tunjuk ajar kepada mereka tetapi saya amat bersyukur dapat menyampaikan ilmu itu biarpun satu ayat .. sprti dalam hadis Rasulullah ...Saya mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ajk KRUB Qiam kali nie ya .. dengan tunjuk ajar antum sekalian ana dapat belajar sesuatu yang dapat memberi semangat kepada ana untuk terus bersama dalam menggerakkan KRUKK seperti yang antum sekalian lakukan .. Qiam korang biarpun simple tapi penuh dengan pengisian yang bermanfaat . korang jangan putus asa ya . sebenarnya setiap daripada korang semua punya kebolehan tersendiri yang tersembunyi dalam hati antum sekalian ...cuma perlu diasah sedikit jah dengan sedkit dorongan dan bimbingan bersama orang2 yang lebih berpengalaman . cntohnya Abang Hasmadi Hasbi . antum sepatutnya perlu bersyukur mendapat orang seperti abng hasmadi kerana abg madi nie penuh dengan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang amat bernas justeru dapat membntuk jati diri kalian dalam berprogram .. jadi silalah minta tunjuk ajar kpada abg madi ya . sprt apa yang abng madi pernah ckap dalam postmoterm itu hari . Allah sudah sediakan modul kepada kita dan gunalah ia sebaik mungkin ...jadi abng madi juga adalah modul kepada antum sekalian dan insyaallah dapat membntu antum utnk menjayakan program dengan lebih mantap .. tidak lupa juga berterima kasih kepada Imam Muda Ali yang sanggup menyambut kami KRUKK dari stesen keretapi terus ke tapak program .. dan Abg Fazrin dari KRU Sipitang yang sanggup menghantar kami pulang ... segala jasa kalian semua adalah amat berharga dan semoga ukhuwah kita semua sentiasa berkekalan atas perjuangan Islam yang kita cintai insyaallah hanya kerana Allah SWT .. Setakat tu je lha .. jazakallahu.k.k .. wallahualam .
Nazrin

( KRU KOTA KINABALU )

SEDIKIT AL-KISAH TENTANG QIAMMULAIL PERDANA BEAUFORT KALI KE-2

Assalamualaikum wbt... subhannallah.., sngt bersyukur kpd Allah swt kerana telah memilih diri ini dan diberi kekuatan untuk menghadirkan diri ke QIAMMULAIL BEAUFORT, yang di mana krub ini masih baru ditubuhkan pada tahun lps. saya juga bersyukur kerana berpeluang berjmp dgn adik2 krub yang masih kabur di pandangan mata saya sendiri disebbkan saya tdk mengenali mereka semua.., tetapi swktu sampai ke tempt program sya rasa amat berat sekali jika diri ini sdh plng ke kk kerana nanti rindu akan persahabatan dan ukhwah dgn krub... diri ini juga berhrp smoga bertemu atau berjmpa lagi di masa akan dtg dan berdoa moga diikat hati2 kita dgn tali persahabatan yang kukuh, dan akhir sekali saya mengucapkan semoga istiqamah dalam perjuangan untuk menegakkan syariat islam.. wallahualam.. :)

Shazlin

( KRU BEAUFORT )

Seawal pagi,aku telah bersiap sedia dengan segala kelengkapan yang perlu di bawa ke destinasi KRU Beaufort.Sebelum bergerak ke Surau Hj. Maarif,mengambil kawanku seramai 3 orang iaitu Asraf,Rizwan dan Mohd.Jai di perhentian bas SMK.Beaufort dengan membawa dua buah tempat air dan gelas.Menyusuri jalan Limbawang ke surau Hj.Maarif dan mengucup tangan bapaku sebelum memasuki halaman rumah Imam Muda.Sesampai di surau,aku meletakkan barangan dan ketika itu gembira terasa kerana ramai kawanku berada di sana.Mendaftar dan membayar yuran serta berbual dengan kawanku dan seperti biasa jika wanita bercakap seumpama pasar di tamu.


           Menanti yang lain serta aku menghubungi Nazree sama ada mereka dah sampai atau belum sambil tersenyum lebar dek lembutnya suara dia .Masih lagi di dalam kereta api dan dalam perjalanan ke stesen keretapi Beaufort.Pasti mereka kesejukan di dalam keretapi dan setelah diketahui akan keberadaan mereka di daerah Beaufort.Memberitahu akan Imam Muda dan dia turut membawa aku ke sana dikhuatiri tersilap orang.Berangkat ke sana di samping berbual kosong (Ada isu sensitif yang di bualkan).

           Sampai jua di stesen keretapi,aku dan Imam Muda bertukar senyuman dengan KRU Kota Kinabalu.Mereka adalah tetamu khas kami dan berangkat ke surau di iringi dengan perbualan.Sampai saja di surau,kami disambut oleh Asraf,Izuan dan Mohd.Jai di pintu pagar dan di sambut lagi oleh kawan-kawan lain di surau beserta gambar di ambil jua.Mereka menyusun beg dan mendaftar.Setelah kedatangan 2 orang dari SMK.Beaufort 2 dan sekolah lain.Kami memulakan usrah yang dimulakan oleh Azrin,aku memandang beliau seolah-olah memberi isyarat yang aku mahu bercakap.


          Ternyata dia memahami isyarat pergerakan aku,dia meminta aku bercakap dan oleh kerana aku berkata berkenaan sejarah yang tidak diketahui ramai dan sesetengah mereka mungkin keliru,perbincangan kami menjadi hangat.Walaupun begitu,ia adalah suatu rahmat kerana dapat mendayung arus pemikiran kami yang  lembap berfikir.Lebih kurang setengah jam melakukan usrah,ditutupi dengan kebiasaan yang dilakukan kami dan sebelum itu,aku menerangkan akan kebaikan perbezaan pendapat serta aku terus ke depan Azrin  setelah sehabis usrah dengan berbual dengannya.


       Kakak Azlinah datang dengan kereta serta tak ketinggalan membawa makanan tengah hari kami pada hari itu.Di dalam sebuah talam,terhidang akan nasi putih,sosej campur sos tomato dan sayur timun campur nanas serta sedikit bawang.Sedap terasa akan makanan yang dibuat oleh air tangan Kakak Azlinah sampai ada di antara kami menambahnya buat kali kedua.Selesai makan,membasuh talam dan berehat sebelum mendengar azan zohor berkumandang.Solat zohor di dirikan secara berjemaah dan di sertai solat sunat.


       Selepas itu,sesi berkenalan di adakan dengan di dahului lagu tema dan orang yang menjadi pengacara masa itu adalah Kakak Azlinah.Dompet dan telefon di kumpul di hadapan kami,seorang peserta lelaki yang pertama sekali mengenalkan diri adalah Izuan dan diminta untuk mengambil dompet yang bukan kepunyaannya.Dia tak tahu siapa pemiliknya dan setelah dilihat,rupanya dompet itu milik aku.Aku dan Izuan bersama-sama mengenalkan diri.Di ikuti pula rakan yang lain dan seterusnya kami di bahagikan kumpulan.


       Aku bersama-sama dengan Hashimi,Norhaslinda,Nurul Shafiqah dan Azree sebagai fasilitator.Kumpulan kami mesti membentangkan berkenaan rukun iman yang ketiga iaitu beriman kepada rasul beserta dalil daripada surah An-Nahl,penerangan dan jawapan kepada soalan yang dikemukan.Soalan kami adalah apakah yang kami katakan jika Nabi Muhammad berada di sebelah kami.Kami adalah kumpulan yang ketiga yang menbentang,aku pada mulanya dan di ikuti oleh Norhaslinda.Setelah semuanya selesai membentangkan,berehat sambil menunggu waktu Asar menjelma.Semasa mengambil wuduk,ada peserta dari Sm.ST.John datang dan kami menyambutnya.


        Solat berjemaah Asar dilakukan dan sesi kami yang selanjutnya adalah belajar cara memakai serban yang di ajar oleh Ustaz Syahriul.Aku meminjamkan 3 jenis serban,ada yang jenis lembut,sederhana dan tebal.Kami di beritahu akan beberapa jenis ikatan serban sama ada tanpa ekor,berekor satu,berekor dua,ikatan cara tahfiz,pondok dan lain-lain lagi.Kami pun melakukan praktikal setelah Ustaz Syahriul melakukan serba sedikit demonstrasi.Di samping sesi bergambar dengan gaya ala-ala melucukan.


         Setelah lama kemudian,kami pun bersiap dan mandi.Apabila tiba giliran aku untuk membasahkan badan,aku mengajak Azrin untuk mandi secara berjemaah tapi dia menolaknya pula.Pakaian baju melayu berwarna hitam menjadi pilihan petang itu.Aku berbual dengan Izuan sebelum mentari terbenam di ufuk timur (Hanya kami berdua saja yang berbual jauh dari di dengari oleh rakan yang lain disebabkan perkara tersebut sangat-sangat sensitif),Sempat lagi aku berbual ala-ala gosip dengan Arafat dan Azrin.Solat maghrib berjemaah pada malam itu bersama dengan kawan-kawan.


       Solat sunat maghrib selesai di dirikan dan  sebentar kemudian,sesi ceramah di adakan dengan Imam Muda menjadi pengacara majlis.Kami duduk dengan tenang mendengar ceramah akan kepentingan solat dan setelah masuk waktu Isya',ceramah di hentikan dan kami bersolat jemaah.Seterusnya mengisi ruangan perut dengan tangan istimewa keluarga HJ.Maarif.Talam berwarna hitam di isi oleh 3 orang wanita iaitu Nurul Hidayah,Norfarain dan Kakak Azlinah atas pengorbanan mereka bersusah payah menyediakan makanan.Dengan nasi putih,tembikai,pisang,sayur labu bercampur rempah,daging berempah kari dan lazat terasa di mulut kami semua.


       Di sambung dengan sesi ceramah daripada seorang Ustaz berkenaan kepentingan ilmu dengan Izuan menjadi pengacara.Ustaz itu menegur cara kami mendengar perbicaraan seorang penyampai ilmu.Ada jauh kedengaran suara bising daripada beberapa orang wanita (Wanita itu adalah orang yang sama berbuat bising0.Atas dasar tanggungjawab dan adab,aku melihat mereka dengan memberi isyarat supaya jangan bising.Selesai sesi ceramah,tiba masa untuk latihan dalam kumpulan dengan aku bersama-sama dengan Syafudin,Khairul Hafiz dan seorang budak dari SM.St.John serta Azree menjadi fasilitator kami.


        Ada 4 soalan yang perlu dijawab oleh kami dan setelah lama kemudian,terlihat akan kereta abang Hasmadi dan dia pun memasuki surau kami.Perbincangan kami didalam kumpulan diakhiri dengan usrah secara tak langsung.Aku bergerak ke usrah Abang Hasmadi kemudiannya ke usrah Ustaz Syahriul.Dipendekkan cerita,orang-orang penting berkumpul di luar surau untuk membincangkan tentang qiyamullail kami ini dengan di hadiri oleh ahli majlis tertinggi KRU Kota Kinabalu dan ahli KRU Sipitang.


       Lebih sejam masa perbincangan kami pada malam itu dengan perlbagai cadangan dikemukan termasuk penyediaan surat kebenaran,perlunya tentatif program,qiyamullail yang diselang selikan dengan solat dan zikir, dan pelbagai lagi.Yang paling penting adalah Imam Muda Ali berusaha mempertahankan kami dengan aktiviti ini walaupun ada pihak cuba  menyerang fitnah,atas-atas sebab politik.Menghampiri jam 12.30 tengah malam baru kami dapat merebahkan badan.Aku melelapkan mata berhempiran Izuan dan aku melihat abang Fazrin tengah berbincang diluar.

          Tak lama melelapkan mata,kami dikejutkan untuk sesi qiyamullail tapi sebelum itu diadakan slot muhasabah dengan abang Fazrin menjadi penceramah.Slotnya kurang mengacau perasaan walau berkenaan ibubapa tak tahu pula yang lain,sama ada teresak-esak atau sebaliknya.Seterusnya,kami menunaikan kewajipan qiyamullail dengan solat sunat hajat di iringi zikir dan solat sunat witir pun di iringi zikir dan doa. Imam Muda Ali dan Ustaz Syahriul berkenaan mahu menjadi Imam ketika itu.


       Mentari dah terbit dari ufuk barat,sejuk subuh tanda berkat mula terasa.Azan dilaungkan beserta solat sunat dan fardhu.Sesi subuh adalah pembelajaran pembetulan akan bacaan ibu segala surah,iaitu Al-Fatihah dengan Imam Hj. Maarif menjadi guru sementara.Kami jua dapat mendengar  cara bertaranmum daripada beliau.selepas itu,aku menjadi fasilitator untuk sesi riadah ringan pada pagi ahad.Di iringi juga dengan senam aerobik yang menjemput peserta untuk mengayakan senaman.


      Selesai dah riadah,makan pagi di hidangkan dengan roti dan kuih pisang beserta air teh suam.Sempat lagi aku menyuap kawanku (Sama ada Nazree atau Azree).Kami mandi dan bersiap,pakaian yang menjadi pilihan kau adalah baju warna putih sedikit pudar tanpa kolar dan seluar T-Shirt.Selepas aku mengemaskan barangan yang perlu dibawa balik,aku mahu meminjam beg Domokun Norhaslinda tapi dia berkata,
        "Tiidaak buuleeh".(dengan gaya kebudakan).
       Menghadiri sesi forum tentang Islamic Summer Camp,aku berkata pendapat aku berkenaan dengan aktiviti itu,pengalaman yang pahit,perkara yang disukai sepanjang Kem itu dan pelbagai lagi.Selepas itu,Sesi untuk abang dan kakak yang membicarakan tentang cara untuk belajar.Aku bertanyakan bagaimana untuk menghindari pengaruh negatif daripada kawan-kawan kepada abang Hasmadi.


       Dia berkata dengan dalaman diri itu mesti kuat, dan sebagainya.Ustaz Syahriul dan Kakak Azlinah pun turut memberi tips kepada kami semua.Selepas itu,Ustaz Awang Mohd.Nor berbicara sedikit dan tiba masa untuk sesi perlantikkan jawatan-jawatan penting Kelab Remaja Uhkuwwah Beaufort.Pada masa itu pula,ahli KRU Kota Kinabalu dah mula mengundurkan diri dan setelah tamat sesi slot terakhir pada pagi itu.Kami pun berkemas dan mengundurkan diri ke rumah dengan aku dan Aiman,Imam Muda Ali menghantar kami berdua. 

Akhir kata ,
Kami KRU Beaufort selaku 'The baby of KRU' ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada KRU Sipitang dan KRU Kota Kinabalu kerana sudi menyertai KRUB untuk menjalankan Program Qiyamullail ini dengan jayanya ..

wallahualam

Monday, January 2, 2012

Happy Circle KRUKK

Muslimin KRUKK dan PSS 

Alhamdulillah, selang beberapa hari selepas Tahun Baru 2012 disambut, Kelab Remaja Ukhuwwah(KRUKK) bersama Persatuan Siswazah Sabah(PSS) telah membuat satu program khas untuk ahli KRUKK dan PSS bagi merapatkan ukhuwwah dan membina sillaturrahim baru bersama ahli dan pimpinan baru dalam KRUKK dan PSS.

Program ini telah dinamakan sebagai “Happy Circle” dan membawa maksud iaitu satu keluarga Islam yang bersaudara tidak kira warna kulit, pangkat, darjat, umur, bahasa dan bangsa. Program ini telah dibuat pada 2 Januari 2012 bertempat di Taman Awam Teluk Likas yang bermula dari jam 8 pagi dan berakhir pada jam 1 petang.

Kehadiran ahli KRUKK dan PSS memang memberansangkan. Beberapa aktiviti yang dibawakan ialah aktiviti Ta’ruf bersama KRUKK dan PSS, Tazkirah Pagi, Puzzle, Orang Buta dan BBQ.

Beberapa ahli PSS yang hadir iaitu Saudara Mohd Zulhilmey, Saudara Azizul, Saudara Mohd Fanshuri, Saudara Fezri, Saudara Arif, Saudara Arif dan Saudara Akmal.

Program ini bermula dengan aktiviti Tazkirah yang disampaikan oleh Saudara Mohd Zulhilmey. Tazkirah yang bertajuk Jihad dibawakan. Muslimin dan muslimat yang hadir khusyuk mendengar tazkirah dari beliau. Dengan perwatakan Saudara Mohd Zulhilmey yang lawak spontan, memang tak kering gusi setiap ahli yang mendengarnya.

Tamatnya Tazkirah, slot Ta’ruf bersama KRUKK dan PSS pada jam 8.30 pagi diteruskan dan diketuai oleh Saudara Mohd Zulhilmey. Sesi Ta’ruf ini dibuat secara berasingan antara muslimin dan muslimat. Saudari Rusneyni mengendalikan ta’ruf muslimat dan Saudara Mohd Zulhilmey pula mengendalikan ta’ruf muslimin.

Setelah sesi ta’ruf selesai. Aktiviti seterusnya diikuti dengan aktiviti BBQ yang diketuai oleh Saudara Azizul dan Saudara Fanshuri. Mereka sangat tekun memanggang ayam-ayam yang sudah siap dengan ramuannya.

Aktiviti Puzzle dan Orang Buta pula dibuat sementara menunggu ayam yang dipanggang itu siap. Aktiviti Puzzle ini diketuai oleh Saudari Rusneyni bagi muslimat dan Saudara Renifezri bagi muslimin. Pelaksanaan aktiviti iaitu sekeping kertas mahjong dan satu pen maker diberikan kepada setiap kumpulan.

Seterus itu, ahli kumpulan diarahkan untuk lukis apa sahaja karakter dalam kertas tersebut. Setelah itu, ahli kumpulan akan bertukar kertas dan kertas itu akan dikoyakkan secara keping-kepingan oleh ahli kumpulan yang lain. Dan diberikan semula kepada ahli kumpulan yang asal dan setiap kumpulan diberikan masa selama 5 minit untuk memasang semula keping-kepingan tersebut.

Dengan angin yang membayu di dasar laut, memang mencabar kesabaran setiap ahli kumpulan untuk menyelesaikan Puzzle ciptaan mereka sendiri.

Aktiviti Orang Buta pula dibuat sejurus tamatnya aktiviti Puzzle. Cara pelaksanaan aktiviti ini ialah setiap ahli kumpulan diberi 5 biji gula-gula. Seterusnya, seorang dari ahli kumpulan dipilih untuk dijadikan sebagai Orang Buta. Orang yang dipilih perlu berada di tengah bulatan dan ditutup matanya dengan kain selendang atau dengan apa cara sekalipun.

Selepas itu, Orang Buta tersebut akan dipusingkan selama 3 kali. 5 biji gula-gula tersebut ditabur disekeliling bulatan dan Orang Buta diminta untuk mencari. Arahan untuk Orang Buta mencari gula-gula tersebut dengan mendengar arahan dari ahli kumpulan yang lain. Allahuakhbar ke depan, Alhamdulillah ke belakang, Lailllahaillallah ke kanan dan Subhanallah ke kiri. Ahli kumpulan akan memberi arahan dan Orang Buta perlu mendengar arahan.

Selesainya kesemua aktiviti tersebut, tepat pada jam 11 pagi semua ahli yang hadir menjamu selera ayam panggang yang sudah selesai dipanggang. Pelbagai gelagat yang lucu dapat dilihat tidak kira dari abang-abang mahupun kakak-kakak yang hadir.

Jam 12 tengah hari, persiapan untuk solat dibuat. Kanvas dibentangkan dan kesemua ahli mengambil wudu’ samaada di tandas awam mahupun di laut. Solat zohor diteruskan tepat pada jam 12.17 tengah hari.

Setelah solat, kesemua yang hadir bersiap untuk mengemaskan segala peralatan kerana program bakal berakhir. Jam 1 petang, sesi fotografi dibuat dan diakhiri dengan ucapan dari Saudara Mohd Zulhilmey dan lambaian ukhuwwah.

Alhamdulillah, program yang dirancangkan berjalan dengan lancar. Segala kerjasama yang diberikan amat-amat dihargai. Hanya Allah sahaja yang bisa membalas jasa kalian.

Terima kasih kepada PSS KK yang bersama kami dalam program ini. Semoga ikatan ukhuwwah yang dibina tidak pernah putus. Semoga Allah lihat dan makbulkan segala nilai dan niat murni ini.
Sesi Ta'ruf
Aktviti Puzzle
Pengerusi KRUKK bersama Abg PSS
BBQ
Aktiviti BBQ
Muslimat KRUKK dan PSS
Ucapan akhir dari Abg Zulhilmey

Sunday, December 25, 2011

Mengimbas Kembali ISCKB'11


Assalamualaikum warahmatullah..

Masa terus bergerak dan tidak pernah menunggu kita. Sudah dua minggu tahun 2011 meninggalkan kita. Jika diimbas kembali, terlalu banyak nikmat kurniaan Allah terhadap kita. Nikmat iman dan Islam, nikmat rezeki, nikmat dan ukhuwwah dan pelbagai lagi nikmat yang pastinya tidak akan pernah mampu dihitung oleh kita. Oleh itu, sudah menjadi kewajipan kita untuk bersyukur. Alhamdulillah.


Detik-detik terakhir 2011 yang lalu telahpun ditutup dengan program Islamic Summer Camp Gabungan Kota Belud-Kota Marudu pada tanggal 23 Disember hingga 25 Disember yang lepas. Rumah Anak Yatim Darul Bakti telah menjadi saksi berkumpulnya anak-anak muda dari sekolah menengah sekitar Kota Belud yang mantap-mantap belaka. Turut bergabung dengan anak-anak muda dari Kota Marudu yang kehebatan dan semangat juang mereka tidak dapat disangkal lagi. Islamic Summer Camp atau lebih mesra dipanggil ISC pada kali ini bertemakan "Remaja Cinta Dakwah, Penentu Tamadun Ummah".


Para peserta, barisan ahli jawatankuasa dan fasilitator telah berkampung selama tiga hari dua malam di Rumah Anak Yatim Darul Bakti. Tapak asal program sebenarnya terletak di Sekolah Agama Rakyat Tambulion tetapi atas sebab yang tidak dapat dielakkan terpaksa diubah ke Rumah Anak Yatim Darul Bakti di Bobot. Syukur kepada Allah kerana masih memberikan kami tempat untuk berprogram. Jutaan terima kasih juga kepada pihak Darul Bakti kerana sudi membenarkan kami menjalankan program di tempat mereka.


ISC merupakan suatu program yang membentuk kepimpinan dan melatih kita untuk menjadi seorang pemimpin. Pada hari pertama program, para peserta telah didedahkan dengan kuliah dasar pertama yang bertajuk "Aku Cinta Dakwah" dan telah disampaikan oleh Encik Fairuz Bend iaitu Pengerusi Persatuan Siswazah Sabah.



Antara intisari kuliah dasar pertama ialah:
  1. Tugas dakwah tidak hanya terletak di bahu ustaz, ustazah, mufti, JAKIM dan JHEINS tetapi menjadi tanggungjawab semua orang yang beriman.
  2. Dakwah bertujuan menyeru orang yang belum beriman kepada beriman.
  3. Ia juga bertujuan menyeru orang yang telah beriman agar menghayati Islam yang benar dan lengkap.
LDK bertajuk "Ana Sayang Antum" berkisarkan kuliah dasar pertama

"Dakwah itu adalah nafas kehidupan manakala tarbiyah pula adalah sendi perjuangannya. Dakwah adalah cinta dan memang seperti itulah hakikat dakwah. Cinta akan meminta semuanya dari diri kita bermula dari fikiran kita, perhatian kita, berjalan kita, duduk kita dan tidur kita."
-As Syahid Hassan Al Banna-


Kuliah dasar kedua pula bertajuk "Bestnya Ada Geng" yang telah disampaikan oleh Ustaz Zaifuddin. Antara intisari kuliah ialah:

  1. Dakwah merupakan satu jalan yang jauh dan penuh dengan onak duri serta menuntut kita untuk berjemaah.
  2. Mustahil tugas dakwah dapat dijalankan secara bersendirian.
  3. Antara rahsia kejayaan dalam berjemaah ialah ikhlas, istiqamah, taat dan wala' (setia) kepada Allah, Rasul dan pemimpin Islam yang ikhlas berjuang kecuali pada perkara maksiat serta berdisiplin dan berakhlak mulia.

"Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai yang menyertainya. Andai perjuangan ini singkat, pasti ramai yang istiqamah. Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia, pasti ramai yang tertarik padanya. Tetapi hakikat perjuangan bukan begitu. Turun naiknya, sakit pedihnya umpama kemanisan yang tidak terhingga. Andai rebah, bangkitlah semula! Andai terluka, ingatlah janji-Nya."
-As Syahid Hassan Al Banna-

Para peserta begitu bersemangat menjalankan LDK ke-2 yang bertajuk "Stick Together Team"


Sementara itu, kuliah dasar ketiga yang telah disampaikan oleh Encik Ahmad Fauzi Saifudin bertajuk "Saya Seorang Daie." Antara intisari kuliah ialah:

  1. Antara persiapan yang perlu dibuat oleh seorang daie (pendakwah) ialah persiapan rohani dan kepimpinan, persiapan ilmu, persiapan jasmani dan persiapan mentaliti.
  2. Seorang daie hendaklah mempersiapkan dirinya dengan ilmu keimanan, ilmu Al-Quran, ilmu sunnah, ilmu usul fiqh, ilmu sejarah umat Islam dan kekiniannya, ilmu bahasa Arab dan beberapa konspirasi musuh Islam.
  3. Peribadi seorang daie ialah mengenal jiwa, ikhlas, mempunyai kefahaman yang baik dalam agama, beramal dengan ilmu, selalu muraqabah dan muhasabah, mempunyai hubungan yang baik dengan Allah dan makhluk-Nya serta pergaulan yang baik dengan mad'u.
  4. Dakwah hanya akan tertegak dengan keazaman dan kesungguhan.

"Berikan aku 300 pasukan yang dada mereka tersurat ilmu pengetahuan, hati mereka berkilau-kilau dengan simbahan cahaya rohani, jasad mereka terlatih, maka ketika itu kamu ajaklah aku menembusi langit 7 lapisan, menembusi Bumi 7 petala atau menghancurkan kepala penjajah. Aku sanggup!"
-As Syahid Hassan Al Banna-


Intihanya, jazakallahu khairan kathira buat barisan ahli jawatankuasa, fasilitator, penceramah dan semua yang terlibat secara langsung mahupun di belakang tabir dalam menjayakan ISC pada kali ini. Jutaan terima kasih kepada para peserta dan mohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan sepanjang program dijalankan. Tidak kira barisan ahli jawatankuasa mahupun peserta, manfaatkanlah mutiara ilmu yang dikutip sepanjang program dan ayuh kita mengepung dunia dengan kebaikan. Tahniah kepada semua yang terlibat.

Sumber : http://psskb.blogspot.com/2012/01/mengimbas-kembali-isckb11.html

Sunday, December 18, 2011

Islamic Summer Camp (ISC) G5 2011

Kenangan ISC G5

Ikrar Remaja Islam!

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Sekali lagi, tahun 2011 mencatatkan penganjuran Islamic Summer Camp Generasi 5 (G5). Satu pembaharuan yang ketara berbanding tahun-tahun sebelumnya ialah nama program. Namun demikian, objektif dan matlamat program tetap sama iaitu bagi membentuk remaja Muslim yang mampu berdakwah dan berkepimpinan.

ISC G5 pada tahun ini telah diadakan di KK Adventure Park, Beringgis, Papar pada 16-18 Disember 2011. Tahun ini juga merupakan tahun kedua ISC dijalankan mengikut kawasan yang telah ditetapkan. Penyertaan kawasan yang terlibat dalam ISC G5 ialah Kota Kinabalu, Tuaran, Beaufort, Sipitang dan Kundasang.
Peserta muslimin yang tiba awal di tapak program. Semangat!
'Kami datang dengan harapan!'

Untuk melahirkan kepimpinan pada masa hadapan, kita perlu melalui pelbagai suasana yang luar biasa dari kebiasaan yang ada. Program sebegini; ISC adalah salah satu cara dan kaedahnya. Segala kesusahan, kepenatan dan bermacam lagi cabaran akan mengajar kita untuk sentiasa bersabar, berkeperibadian dan optimis untuk memperbaiki sahsiah diri.

Lima tahun penganjuran ISC telah banyak melahirkan insan-insan yang mampu berdakwah dan menjadi role model kepada masyarakat di luar sana. Bukan mudah untuk berada di atas jalan ini, apatah lagi untuk terus istiqamah dalam menyebarkan dakwah Islam. Namun, semua itu bukan sesuatu yang mustahil andai kita tekad dan saling ingat-mengingati antara satu dengan yang lain.
Mendengar taklimat program.
'Suapan pertama untuk sahabat'. Indahnya ukhuwah!
Malam 1 Bintang! Siok tau.
Saff yang tersusun kukuh!
Penampilan istimewa ISC, Imam Muda Ali.

Buat barisan Ahli Jawatankuasa ISC G5, fasilitator dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung,jazakallah khairan kathira. Pengorbanan kalian sama ada dalam bentuk tenaga, buah fikiran, masa mahupun wang ringgit amat kami hargai. Moga Allah membalas pengorbanan kalian dengan sesuatu yang lebih baik, insyaAllah.

Sebahagian AJK yang bertungkus-lumus dalam gerak kerja.

Buat para peserta ISC G5, manfaatkanlah ilmu yang diperoleh dalam kehidupan seharian sebagai seorang Muslim. Jika tidak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua! Once again, tahniah buat semua yang terlibat!


ISC! Dakwah itu C.I.N.T.A!

Friday, November 25, 2011

Usrah Pertama KRU Beaufort

Alhamdulillah, empat hari seusai penubuhan Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Beaufort, Allah berikan kekuatan dan kesempatan untuk mengadakan usrah pertama. Usrah bermula pada 1.30 pm hingga 4.00 pm. Pada paginya, sempat berjumpa dan mengadakan mesyuarat pertama bersama Majlis Tertinggi KRU Beaufort untuk berbincang dan merancang gerak kerja KRU Beaufort seterusnya.

Kehadiran memberansangkan daripada adik-adik KRU Beaufort dengan bantuan tiga orang ahli Persatuan Siswazah Sabah (PSS) iaitu Ustaz Syahriul Ismail, Kak Azlinah Awang dan Hasmadi Hasbi sebagai Nuqaba' pada usrah kali ini.

Yang menariknya, usrah pada kali ini diadakan di bawah Jambatan Gergasi Beaufort. Antara pengisian dalam usrah kali ini ialah membincangkan tentang pengenalan kepada usrah seperti definisi Usrah, sirah, rukun, matlamat dan adab usrah. Ianya dilaksanakan dalam format yang sangat santai.

Semoga usrah ini akan terus menjadi tunjang tarbiyyah dalam melahirkan generasi Rabbani.

Kem Remaja Islam (KRIS) Beaufort 2011

Alhamdulillah, setelah tamat Kem Transformasi Remaja, nampaknya, marathon program masih belum tamat, Kem Remaja Islam (KRIS) Beaufort 2011 pula menyusul. Menariknya, KRIS kali ini merupakan julung-julung kalinya diadakan di daerah Beaufort, Sabah. KRIS Beaufort diadakan pada 11-13 November 2011 di SMK Beaufort.

Seramai lebih kurang 60 orang peserta telah mengikuti KRIS. Banyak aktivit menarik telah dijalankan sepanjang kem ini. Antaranya, perkongsian ilmu, LDK, riadah, Qiamullail, Explorace dan banyak lagi.

Ahli Persatuan Siswazah Sabah (PSS) juga turut padang untuk menjayakan kem ini yang bertindak sebagai fasilitator. Sebelum penutupan kem pada hari terakhir program, Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) cawangan Beaufort telah berjaya ditubuhkan

Berikut merupakan organisasi KRU Beaufort :

Pengerusi : Mohd Aiman Aliming
Timb Pengerusi : Siti Nor Nabila Nadila Hassan
Setiausaha : Khadijah Hj Abdul Jais
Bendahari : Asraf Aziz
Timbalan Bendahari : Rahmah Ibrahim

Semoga KRU Beaufort terus MAJU!!
Tekan di sini & sini untuk koleksi gambar.

Kem Transformasi Remaja.

Alhamdulillah, pada 9-10 November 2011 yang lepas, berkesempatan untuk mengendalikan program Kem Transformasi Remaja, anjuran SMKA Tun Datu Mustapha, Kawang,Papar, SABAH dengan kerjasama Persatuan Siswazah Sabah (PSS) bertempat di Hutan Hilir Kawang, Papar, SABAH.

Peserta kem ini terdiri daripada lebih kurang 60 pelajar=pelajar tingkatan tiga yang baru sahaja menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Antara modul menarik yang diramuankan dalam kem ini adalah seperti Langkah Senada, Aeroplane, Di mana ku berdiri? , Slot Muhasabah, Kembara Malam dan banyak lagi..

Pada hari kedua, salah seorang fasilitator iaitu Abg Amin dikejutkan dengan nyanyian Doa Selamat sempena tahun kelahirannya yang ke-25 tahun.

Semoga adik-adik dapat manfaat dari program seringkas dua hari, tapi padat dengan galian ilmu ini. Semua fasilitator mendoakan semoga adik-adik menjadi Muslim yang berjaya. Amin..


Tekan di sini untuk Koleksi Gambar.

Saturday, November 19, 2011

Qiamullail November 2011 KRU Beaufort

Pendaftaran juga boleh dibuat di sini.

Thursday, November 17, 2011

Islamic Summer Camp 2011

Thursday, November 3, 2011

Kem Remaja Islam Beaufort

Friday, October 14, 2011

Qiam Datang Lagi!!!

Assalamualaikum wrt wbt..

Insya'ALLAH, QIAM KB akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 22- 23 0kT (Sabtu-Ahad)
Masa daftar : 2 pm (22 Okt)
Tempat : Masjid KB
Yuran : RM2

"Apabila kamu berasa letih kerana berbuat KEBAIKAN, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan KEBAIKAN yang dilakukan akan terus KEKAL.
Sekiranya kamu berseronok dgn DOSA, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan DOSA yang dilakukan akan terus KEKAL."
(Saidina Ali r.a)
Terbuka kpd SEMUA...
Sesiapa yang berminat, sila hubungi :
Mohd Haq Azhar (0143533107) bagi Muslimin,
Sarah @ Roha (0135527307) bagi Muslimat.
~Jom Ramai2 mengImarahkan Masjid Kita~ =D

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons