PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Sunday, January 29, 2012

Bulatan Gembira KRU Beaufort !


Alhamdulillah .. Program Bulatan KRU Beaufort telahpun selamat dijalankan pada 29 Januari 2012 yang bertempat di Taman Tasik Majlis Daerah Beaufort belakang Pejabat Daerah Beaufort ..
Alhamdulillah juga , program ini dihadiri oleh beberapa ahli KRU dan bukan ahli KRU dengan dibantu oleh 4 orang PSS ... 2 orang ahli PSS yang hadir pada hari tersebut merupakan ahli PSS yang pulang bercuti ..

Aktiviti pertama yang kami lakukan pada bulatan gembira ini ialah sesi taaruf .. dah memang adat setiap perjumpaan pasti akan dimulakan dengan sesi taaruf .. Sesi taaruf sempena bulatan gembira amat berbeza dengan sesi taaruf program yang lain .. Sesi taaruf sempena bulatan gembira pada kali ini ialah kami diarahkan oleh kakak Faci kami membuat satu barisan panjang .. Kemudiannya , kami diarahkan untuk berbaris mengikut tarikh hari lahir .. dari yang tua kepada yang muda tanpa bersuara .. Setiap orang yang salah barisannya akan didenda ketuk ketampi 5 kali ..

Selesai sahaja sesi taaruf , kami telah dibahagikan kepada empat kumpulan .. Kemudian , sesi bersama PSS pun bermula .. Kami diarahkan untuk mencari kawasan yang redup di sekitar tasik tersebut dan diarahkan untuk tidak pergi jauh .. Setiap kumpulan akan diuruskan oleh seorang faci .. Sesi pertama bersama PSS adalah sesi berkongi ilmu .. Selesai sahaja sesi pertama ini , kami pun beralih ke sesi kedua , di mana sesi ini menguji tahap stamina , dan tahap kecerdasan otak kami untuk mengingati sesuatu perkara .. Pada sesi kedua bersama PSS ne , kami diarahkan untuk mencari peta lengkap yang terletak tidak jauh dari tempat usrah kami dan kami juga turut diberikan sepatang pensel dan sepotong pemadam serta sekeping kertas yang mempunyai peta yang kurang lengkap ..

Selesai sahaja sesi kedua itu , sesi kami yang terakhir ialah sesi bergambar .. Dan gambar-gambar itu akan kami kongsikan di dalam blog ini .. sebelum itu , kami ingin mengucapkan ribuan TERIMA KASIH kepada yang sudi datang program bulatan gembira ini..
Usrah bersama PSS

Aktiviti melengkapkan peta

KRU dan PSS

Mencari peta

Melengkapkan peta

^^



Sumber : Blog Rasmi KRU Beaufort

[KRU KK] Program Transformasi Menuju Misi


Peserta Muslimin - Tekun mendengar mandat dari Pengarah Program

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana dengan rahmat dan belas kasih dariNya program Qiamullail anjuran Kelab Remaja Ukhuwwah Kota Kinabalu(KRUKK) dengan kerjasama dari Persatuan Siswazah Sabah telah berjaya dibuat dengan lancarnya.

Program ini telah dibuat pada tarikh 28-29 Januari 2012 yang lalu yang bertempat di Surau Nur Bahari, Bandar Sierra.

Program ini telah diberi tajuk Transformasi Menuju Misi dengan bertemakan Azam Baru di Tahun Baru. Alhamdulilah, program ini telah mendapat sambutan yang baik iaitu seramai 61 peserta telah hadir yang berumur diantara 15-18 tahun yang berlainan sekolah sekitar kawasan Kota Kinabalu. Namun, KRU Beaufort juga telah menghantar penyertaan ke program kali ini. Kedatangan peserta dari KRU Beaufort sangat dialu-alukan kerana dengan penubuhannya yang masih diawal tahun sudah dapat menghantar peserta dan semangat yang dibawa mereka amat berkobar sekali.

Objektif yang dibawakan dalam program ini ialah memberi garis panduan kepada peserta agar menjadi individu muslim yang lebih baik, membawa golongan remaja mengabdikan diri kepada Allah S.W.T di dalam segenap kehidupan dan khususnya sebagai seorang pelajar Muslim dan melahirkan remaja yang fleksibel dan beriltizam dari segi aspek rohani, jasmani mahupun akademik.

Sedikit gambaran sepanjang program, 
Pengarah Program beri ucapan
Peserta Muslimah - Sesi Taklimat

Beberapa aktivit yang dibuat sepanjang program ini ialah seperti dua slot ceramah yang bertajukTransformasi Menuju Misi(Azam Baru) yang disampaikan oleh Ust.Norzam dan ‘Aku Muslim, Pandailah‘ yang disampaikan oleh Ust.Norazam. Selain itu, satu slot fardu ain dibuat selepas solat isyak yang disampaikan oleh Ust.Ezry yang bertajuk Taharah(Bersuci).

Ustaz Norzam - Slot Ceramah
Ust.Ezry - Slot Fardu Ain (Taharah)

Selain itu, satu slot khas iaitu Slot Tayangan Video yang bertajuk ‘Aku Tak Bodoh‘ ditayangkan selepas peserta makan pada jam 10 malam. Para peserta khuyuk menonton tayangan tersebut.

Selepas tayangan tersebut tamat yang mempunyai durasi selama 1 jam 34 minit 29 saat, sesi penggulungan dibuat oleh Saudara Azizul Julirin yang selaku pemantau PSS pada program ini. Saudara Azizul membawa peserta untuk sama-sama bermuhasabah semula tentang kehidupan dalam realiti sebenar, tentang kehidupan dan bagaimana cara-cara menghargai dan dihargai.

29 Jan, 8 pagi, program dijangka tamat. Namun, sebelum program tamat sedikit persembahan nasyid dibuat khas untuk semua para peserta. Selain itu, pemberian bookmark dan Tinta Remaja hasil KRUKK sendiri diberi kepada para peserta sebelum balik sebagai cenderahati kepada mereka. Tepat pada jam 8.30 pagi, semua peserta dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dan lambaian ukhuwwah antara peserta dan ajk adalah penutup bagi program ini.

Sekalung penghargaan diberikan kepada semua para peserta yang hadir ke program ini dan jutaan terima kasih buat semua ahli jawatankuasa yang turut menjayakan program Qiamullail ini seperti Ahli Jawatankuasa Surau Nur Bahari kerana membenarkan KRUKK membuat program di surau ini. Selain itu, penghargaan juga kepada Persatuan Siswazah Sabah yang membantu dan menyokong KRUKK untuk menjalankan program Qiamullail ini.

Sepuluh jari disusun mohon maaf dipinta andai ada tersilap mahupun terkasar bahasa sepanjang program ini. Mohon segala salah dan silap yang dilakukan secara sengaja ataupun tidak sengaja dimaafkan.

Semoga program-program seperti ini terus dapat dilaksanakan dan tidak berhenti disini sahaja. Harapan juga kepada semua para peserta agar dapat mengambil ibrah disebalik pengisian yang dibawakan dalam program ini. Semoga sentiasa mendapat rahmat dan berkat dari Allah. InsyaAllah, ada masa dan waktu, kita semua JUMPA LAGI di program yang akan datang. Nantikan ..

Assalamualaikum w.b.t.

“Remaja Hari Ini, Pemimpin Hari Esok”

Monday, January 23, 2012

Cebisan Mutiara Ilmu di Taman Syurga Qiyamullail Pertama 2012

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana program qiyamullail pembuka tirai tahun ini telah selamat dijalankan pada 22 dan 23 Januari yang lepas.

Bersaksikan Masjid Pekan Kota Belud, program yang bertemakan"Khuluqul Islam" ini telah mengundang seramai 43 orang tetamu taman syurga dunia yang dahagakan ilmu untuk bekalan sepanjang berkelana di alam dunia.



Baiklah, dalam entri kali ini kami krew PSS KB dan KRU KB ingin berkongsi sedikit mutiara ilmu yang diperoleh sepanjang menadah ilmu selama 2 hari 1 malam di taman syurga dunia Kota Belud.

Terlebih dahulu kami memberikan maksud akhlak Islam kerana ia banyak dibincangkan dalam ilmu akhlak. Akhlak bermaksud budi pekerti yang baik. Akhlak Islam ialah seperti akhlak Nabi Muhammad saw. Kehebatan akhlak Rasulullah saw tiada tanding taranya dengan manusia lain. Ilmuan barat mengiktiraf Nabi Muhammad sebagai manusia nombor 1 yang paling berjaya merubah tamadun manusia daripada zaman kegelapan kepada zaman cahaya Islam.

"Akhlak Rasulullah saw ialah seperti Al Quran." HR Bukhari dan Muslim

Nah, sudah terang lagi bersuluh bahawa akhlak Nabi seperti yang dikehendaki Al Quran! Maka, dapat disimpulkan di sini bahawa yang dinamakan orang beriman dan bertakwa kepada Allah ialah orang yang menjadikan Al Quran dan sunnah sebagai panduan hidupnya dan inilah yang dinamakan sebagai akhlak mahmudah. Bagi sesiapa yang tidak menjadikan Al Quran dan Sunnah sebagai panduan hidupnya, maka inilah yang dinamakan sebagai akhlak mazmumah. Sesiapa yang tidak berpegang kepada syariat Islam atau tidak berpegang kepada Al Quran dan Sunnah, orang itu akan berada dalam kesesatan yang nyata.

Akhlak Mahmudah vs Akhlak Mazmumah

Akhlak Mahmudah
  1. Taubat
  2. Zuhud
  3. Takut kepada Allah
  4. Cinta kepada Allah dan Rasul
  5. Sabar
  6. Bersyukur
  7. Ikhlas
  8. Tawakkal
  9. Redha
  10. Mengingati mati
Akhlak Mazmumah
  1. Gemar makan dan minum secara berlebihan
  2. Banyak berkata perkara yang sia-sia
  3. Marah
  4. Hasad dengki
  5. Cinta kepada harta
  6. Takbur
  7. Riak
  8. Ujub
  9. Cinta akan dunia
Konklusinya, sebagai seorang muslim yang mengaku dan yakin adanya Allah, maka perlulah dan wajiblah kita tunduk dan patuh kepada perintah Allah yang dibawa oleh Rasulullah saw. Kita wajib membenarkan hati, perbuatan dan perkataan yang disampaikan oleh Nabi saw adalah daripada Allah. Panduan bagi umat Islam untuk menuju kepada Allah dan keredhaan-Nya ialah adalah dengan menjadikan Nabi Muhammad saw sebagai contoh ikutan dalam setiap tindakan kita.

Sumber : http://psskb.blogspot.com/2012/02/cebisan-mutiara-ilmu-di-taman-syurga.html

Forum Rumahku Syurgaku

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pada 23 Januari yang lalu bersamaan hari Isnin, PSS KB telah mengadakan aktiviti gotong-royong di Masjid Jamek Kampung Penampang, Kota Belud pada sebelah siang. Sementara itu, Forum “Rumahku Syurgaku” telah diadakan pada sebelah malam selepas solak isyak.



*******************************************
Baitul Muslim ataupun rumahtangga Islam memberikan kesan terhadap institusi keluarga yang akan dibina oleh seseorang individu.

Memetik nukilan kata-kata As Syahid Imam Hassan Al Banna ketika berbicara tentang pernikahan dan kehidupan rumahtangga, As Syahid mengatakan “Kehidupan rumahtangga adalah ‘hayatul amal’. Ia diwarnai oleh beban-beban dan kewajiban.”

Landasan kehidupan rumahtangga bukan setakat kesenangan dan romantik semata-mata, bahkan tolong-menolong dalam memikul beban kehidupan dan beban dakwah.

Masyarakat Islam bagaikan bangunan kukuh. Keluarga bukan sahaja sebagai sendi dalam bangunan tersebut tetapi juga menjadi unsur pokok bagi umat Islam secara keseluruhan. Oleh itu, agama Islam memberikan perhatian khusus berkaitan masalah pembentukan rumahtangga.


Perhatian isitimewa ini tercermin di dalam dua hal iaitu:

Pertama, Al Quran cukup memperincikan pembentukan keluarga ini. Ayat-ayat tentang pembentukan rumahtangga termasuk ayat paling banyak jumlahnya berbanding ayat-ayat yang menjelaskan masalah lain. Al Quran menjelaskan tentang perihal menikah, perintah menikah, pergaulan suami isteri, menyusui anak dan sebagainya.

Kedua, sejak Rasulullah saw mengajarkan takwim keluarga yang sakinah dengan cara memilih calon mempelai yang soleh dan solehah. Rasulullah saw bersabda, “Pilihlah tempat menyemai benihmu kerana sesungguhnya tabiat seseorang menurun kepada anak.”

Sewajibnya rumahtangga seorang muslim itu didasari mencintai Allah semata-mata.

Ciri-Ciri Rumahtangga Islam:
  1. Sendi bangunannya ialah ketakwaan kepada Allah. Memilih calon suami atau isteri harus sesuai dengan arahan Rasulullah iaitu mengutamakan agamanya.
  2. Kebahagiaan rumahtangga bukanlah diukur melalui kekayaan harta benda tetapi ia muncul dari dalam jiwa yang punya ketakwaan terhadap Allah. Ketakwaan yang ada dalam di dada pasangan suami isteri akan menimbulkan rasa saling percaya dan melahirkan ketenteraman serta ketenteraman di dalam hubungan suami isteri. Hubungan antara anggota keluarga akan terasa indah kerana semua sedar akan tanggungjawab dan hak-haknya.
  3. Rumah yang dibangun untuk keluarga seharusnya sederhana danmengutamakan skala terpenting sahaja dengan mengurangkan segala bentuk pembaziran.
  4. Dalam bab makanan dan berpakaian, seorang muslim amat bersederhana, menekankan aspek kebersihan dan menghindari dari yang haram dan berlebih-lebihan. Hindari syubhat dan jauhi yang haram. Semua anggota keluarga dipacu untuk banyak menginfak dan bersedekah.
  5. Anggaran isi rumahtangga dipenuhi dengan rezeki yang halal dan baik. Hal ini demikian kerana daging yang terbentuk dari daging yang haram akan dibakar oleh api neraka. Secara teknikalnya, perlu adakesepakatan antara suami isteri dalam menentukan perbelanjaan rumahtangga.
  6. Kita perlu perhatikan hak-hak Allah. Tunaikan zakat, menabung untuk pergi haji, sediakan kotak khusus untuk bersedekah bagi kemaslahatan ummah dan banyak lagi.

Intihanya, rumahtangga Islam akan mewujudkan masyarakat yang sentiasa mengharapkan rahmat Allah. Semoga kita semua mendapat keredhaan Allah dari acuan rumahtangga muslim ini. Insha-Allah!

Sumber : http://psskb.blogspot.com/2012/02/forum-rumahku-syurgaku.html

Sunday, January 8, 2012

Qiammullail Perdana PSS & KRU Beaufort Januari 2012

 Alhamdulillah Ya Rabb ..
Program Qiyamullail Perdana KRU Beaufort yang ke-2 telah selamat dijalankan ..

Alhamdulillah juga , program ini mendapat penyertaan daripada KRU Sipitang ( 4 orang ) dan KRU Kota Kinabalu (8 orang )..

*Serba sedikit mengenai program :)

TARIKH : 7 Jan - 8 Jan 2012
Sabtu, 9.00 pagi -Ahad, 10.00 pagi
TEMPAT : SURAU HJ MAARIF, sebelah RUMAH IMAM MUDA ALI.
YURAN : RM3

"KEMBARA ILMU"
Poster Qiyamullail KRUB kali ke-2
Program Qiyamullail KRU Beaufort telah dihadiri seramai 36 orang termasuk KRU Sipitang dan KRU Kota Kinabalu , SM St Paul Beaufort , SM St John Beaufort , SMK Beaufort 1 , SMK Beaufort 2 .. Tema program pada kali ini adalah "Kembara Ilmu" , di mana program ini memberikan pelbagai pengisian yang berkaitan dengan Ilmu di dunia dan ilmu di akhirat .. Seperti kebiasaannya , setiap program PSS & KRU pasti akan dimulakan dengan usrah ataupun sesi taaruf, kemudian , barulah aktiviti-aktiviti yang lain dijalankan ..

Antara Aktiviti-aktivit yang dijalankan pada program kali ini ialah aktitviti memakai serban ( bagi muslimin ) dan busana muslimah ( bagi muslimat ) .. Selain daripada itu , slot kuliah daripada tetamu jemputan juga turut diadakan .. Tidak lupa juga kepada slot musahabah yang dilakukan oleh PSS Sipitang iaitu Akhi Fazren yang turut dibantu oleh akhi Soffiq ( KRU Kota Kinabalu ) .. 

Slot perkongsian para peserta ISC turut diadakan dalam bentuk forum yang diketuai oleh Akhi Azrin ( KRU Kota Kinabalu ) di mana , para peserta ISC menceritakan pengalaman pahit dan manis mereka sepanjang berada di ISC G.5 ..  Slot bersama PSS juga turut diadakan ..
Selanjutnya , program Qiyamullail perdana KRU Beaufort diakhiri dengan ucapan dari Penasihat PSS Beaufort , iaitu ustaz Awang dan penyampaian watikah pelantikan kepada KRU Beaufort ..
Penyampaian watikah pelantikan kepada Ahli KRU Beaufort
Seiring dengan itu , di sini , ingin kami kongsikan gambar-gambar sepanjang program ini berlangsung ..
The best :)
ummah terbilang !
Pejuang Islam !


Salam Ukhuwwah ^_^'

Alhamdulillah juga ,
Beberapa orang peserta telah sudi membuat sedikit sebanyak  kisah mereka sewaktu berada di Qiyamullail perdana KRU Beaufort ..

(SILA BACA ^_^')
Azree( KRU KOTA KINABALU )
SEDIKIT CORETAN TENTANG QIAMMULAIL PERDANA BEAUFORT KALI KE-2
Asalammualaikum .. sengaja ana karang satu coretan inie hanyalah sekadar ingin berkongsi pengalaman ana selama ana berada dalam program qiam KRUB ni kepada semua warga Komuniti Usrah PSS&KRU .. Alhamdulillah ♥ dan rasa bersyukur stlah dapat pergi dan sampai ke Qiam Perdana Beaufort kali ke-2 yang bertemakan Kembara Ilmu . dimana saya sendiri dapat merasakan begitu banyak pengetahuan yang saya tidak tahu .. saya dengan sahabat2 KRUKK yang seramai 8 orang hanya berhasrat hendak melawat KRUB yang rata2nya masih lagi muda dan ibarat hijau daun . tidak mahulah saya katakan yang KRUB nie ibarat baby .. hehe .. kesian plak . asyik2 lagi tu asal berucap jah ahli2 KRUB msti tak lari mengatakan "Bantulah kami ni . yalahkan kami nie masih lagi BABY " ..tidak begitu ya . kita semuanya sama . yang tua mahupun yang muda tidak menjadi ukuran kita untuk menyebarkan Islam itu .. yang penting kita buka minda kita untuk bersama2 kita mencapai satu matlamat yang utuh iaitu menyebarkan kru di setiap tempat masing2 dan menyebarkan Islam berdasarkan apa yang Rasulullah pernah buat .Hasrat sebenar KRUKK nak sertai Qiam KRUB nie hanyalah nak melawat dan memberi tunjuk ajar . tapi apa yang saya dapat rasakan pula adalah sebaliknya . dimana sambil saya dan rakan2 memberi tunjuk ajar kami juga dapat memperlajari sesuatu daripada mereka ....biarpun tidak banyak yang kami beri tunjuk ajar kepada mereka tetapi saya amat bersyukur dapat menyampaikan ilmu itu biarpun satu ayat .. sprti dalam hadis Rasulullah ...Saya mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ajk KRUB Qiam kali nie ya .. dengan tunjuk ajar antum sekalian ana dapat belajar sesuatu yang dapat memberi semangat kepada ana untuk terus bersama dalam menggerakkan KRUKK seperti yang antum sekalian lakukan .. Qiam korang biarpun simple tapi penuh dengan pengisian yang bermanfaat . korang jangan putus asa ya . sebenarnya setiap daripada korang semua punya kebolehan tersendiri yang tersembunyi dalam hati antum sekalian ...cuma perlu diasah sedikit jah dengan sedkit dorongan dan bimbingan bersama orang2 yang lebih berpengalaman . cntohnya Abang Hasmadi Hasbi . antum sepatutnya perlu bersyukur mendapat orang seperti abng hasmadi kerana abg madi nie penuh dengan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang amat bernas justeru dapat membntuk jati diri kalian dalam berprogram .. jadi silalah minta tunjuk ajar kpada abg madi ya . sprt apa yang abng madi pernah ckap dalam postmoterm itu hari . Allah sudah sediakan modul kepada kita dan gunalah ia sebaik mungkin ...jadi abng madi juga adalah modul kepada antum sekalian dan insyaallah dapat membntu antum utnk menjayakan program dengan lebih mantap .. tidak lupa juga berterima kasih kepada Imam Muda Ali yang sanggup menyambut kami KRUKK dari stesen keretapi terus ke tapak program .. dan Abg Fazrin dari KRU Sipitang yang sanggup menghantar kami pulang ... segala jasa kalian semua adalah amat berharga dan semoga ukhuwah kita semua sentiasa berkekalan atas perjuangan Islam yang kita cintai insyaallah hanya kerana Allah SWT .. Setakat tu je lha .. jazakallahu.k.k .. wallahualam .
Nazrin

( KRU KOTA KINABALU )

SEDIKIT AL-KISAH TENTANG QIAMMULAIL PERDANA BEAUFORT KALI KE-2

Assalamualaikum wbt... subhannallah.., sngt bersyukur kpd Allah swt kerana telah memilih diri ini dan diberi kekuatan untuk menghadirkan diri ke QIAMMULAIL BEAUFORT, yang di mana krub ini masih baru ditubuhkan pada tahun lps. saya juga bersyukur kerana berpeluang berjmp dgn adik2 krub yang masih kabur di pandangan mata saya sendiri disebbkan saya tdk mengenali mereka semua.., tetapi swktu sampai ke tempt program sya rasa amat berat sekali jika diri ini sdh plng ke kk kerana nanti rindu akan persahabatan dan ukhwah dgn krub... diri ini juga berhrp smoga bertemu atau berjmpa lagi di masa akan dtg dan berdoa moga diikat hati2 kita dgn tali persahabatan yang kukuh, dan akhir sekali saya mengucapkan semoga istiqamah dalam perjuangan untuk menegakkan syariat islam.. wallahualam.. :)

Shazlin

( KRU BEAUFORT )

Seawal pagi,aku telah bersiap sedia dengan segala kelengkapan yang perlu di bawa ke destinasi KRU Beaufort.Sebelum bergerak ke Surau Hj. Maarif,mengambil kawanku seramai 3 orang iaitu Asraf,Rizwan dan Mohd.Jai di perhentian bas SMK.Beaufort dengan membawa dua buah tempat air dan gelas.Menyusuri jalan Limbawang ke surau Hj.Maarif dan mengucup tangan bapaku sebelum memasuki halaman rumah Imam Muda.Sesampai di surau,aku meletakkan barangan dan ketika itu gembira terasa kerana ramai kawanku berada di sana.Mendaftar dan membayar yuran serta berbual dengan kawanku dan seperti biasa jika wanita bercakap seumpama pasar di tamu.


           Menanti yang lain serta aku menghubungi Nazree sama ada mereka dah sampai atau belum sambil tersenyum lebar dek lembutnya suara dia .Masih lagi di dalam kereta api dan dalam perjalanan ke stesen keretapi Beaufort.Pasti mereka kesejukan di dalam keretapi dan setelah diketahui akan keberadaan mereka di daerah Beaufort.Memberitahu akan Imam Muda dan dia turut membawa aku ke sana dikhuatiri tersilap orang.Berangkat ke sana di samping berbual kosong (Ada isu sensitif yang di bualkan).

           Sampai jua di stesen keretapi,aku dan Imam Muda bertukar senyuman dengan KRU Kota Kinabalu.Mereka adalah tetamu khas kami dan berangkat ke surau di iringi dengan perbualan.Sampai saja di surau,kami disambut oleh Asraf,Izuan dan Mohd.Jai di pintu pagar dan di sambut lagi oleh kawan-kawan lain di surau beserta gambar di ambil jua.Mereka menyusun beg dan mendaftar.Setelah kedatangan 2 orang dari SMK.Beaufort 2 dan sekolah lain.Kami memulakan usrah yang dimulakan oleh Azrin,aku memandang beliau seolah-olah memberi isyarat yang aku mahu bercakap.


          Ternyata dia memahami isyarat pergerakan aku,dia meminta aku bercakap dan oleh kerana aku berkata berkenaan sejarah yang tidak diketahui ramai dan sesetengah mereka mungkin keliru,perbincangan kami menjadi hangat.Walaupun begitu,ia adalah suatu rahmat kerana dapat mendayung arus pemikiran kami yang  lembap berfikir.Lebih kurang setengah jam melakukan usrah,ditutupi dengan kebiasaan yang dilakukan kami dan sebelum itu,aku menerangkan akan kebaikan perbezaan pendapat serta aku terus ke depan Azrin  setelah sehabis usrah dengan berbual dengannya.


       Kakak Azlinah datang dengan kereta serta tak ketinggalan membawa makanan tengah hari kami pada hari itu.Di dalam sebuah talam,terhidang akan nasi putih,sosej campur sos tomato dan sayur timun campur nanas serta sedikit bawang.Sedap terasa akan makanan yang dibuat oleh air tangan Kakak Azlinah sampai ada di antara kami menambahnya buat kali kedua.Selesai makan,membasuh talam dan berehat sebelum mendengar azan zohor berkumandang.Solat zohor di dirikan secara berjemaah dan di sertai solat sunat.


       Selepas itu,sesi berkenalan di adakan dengan di dahului lagu tema dan orang yang menjadi pengacara masa itu adalah Kakak Azlinah.Dompet dan telefon di kumpul di hadapan kami,seorang peserta lelaki yang pertama sekali mengenalkan diri adalah Izuan dan diminta untuk mengambil dompet yang bukan kepunyaannya.Dia tak tahu siapa pemiliknya dan setelah dilihat,rupanya dompet itu milik aku.Aku dan Izuan bersama-sama mengenalkan diri.Di ikuti pula rakan yang lain dan seterusnya kami di bahagikan kumpulan.


       Aku bersama-sama dengan Hashimi,Norhaslinda,Nurul Shafiqah dan Azree sebagai fasilitator.Kumpulan kami mesti membentangkan berkenaan rukun iman yang ketiga iaitu beriman kepada rasul beserta dalil daripada surah An-Nahl,penerangan dan jawapan kepada soalan yang dikemukan.Soalan kami adalah apakah yang kami katakan jika Nabi Muhammad berada di sebelah kami.Kami adalah kumpulan yang ketiga yang menbentang,aku pada mulanya dan di ikuti oleh Norhaslinda.Setelah semuanya selesai membentangkan,berehat sambil menunggu waktu Asar menjelma.Semasa mengambil wuduk,ada peserta dari Sm.ST.John datang dan kami menyambutnya.


        Solat berjemaah Asar dilakukan dan sesi kami yang selanjutnya adalah belajar cara memakai serban yang di ajar oleh Ustaz Syahriul.Aku meminjamkan 3 jenis serban,ada yang jenis lembut,sederhana dan tebal.Kami di beritahu akan beberapa jenis ikatan serban sama ada tanpa ekor,berekor satu,berekor dua,ikatan cara tahfiz,pondok dan lain-lain lagi.Kami pun melakukan praktikal setelah Ustaz Syahriul melakukan serba sedikit demonstrasi.Di samping sesi bergambar dengan gaya ala-ala melucukan.


         Setelah lama kemudian,kami pun bersiap dan mandi.Apabila tiba giliran aku untuk membasahkan badan,aku mengajak Azrin untuk mandi secara berjemaah tapi dia menolaknya pula.Pakaian baju melayu berwarna hitam menjadi pilihan petang itu.Aku berbual dengan Izuan sebelum mentari terbenam di ufuk timur (Hanya kami berdua saja yang berbual jauh dari di dengari oleh rakan yang lain disebabkan perkara tersebut sangat-sangat sensitif),Sempat lagi aku berbual ala-ala gosip dengan Arafat dan Azrin.Solat maghrib berjemaah pada malam itu bersama dengan kawan-kawan.


       Solat sunat maghrib selesai di dirikan dan  sebentar kemudian,sesi ceramah di adakan dengan Imam Muda menjadi pengacara majlis.Kami duduk dengan tenang mendengar ceramah akan kepentingan solat dan setelah masuk waktu Isya',ceramah di hentikan dan kami bersolat jemaah.Seterusnya mengisi ruangan perut dengan tangan istimewa keluarga HJ.Maarif.Talam berwarna hitam di isi oleh 3 orang wanita iaitu Nurul Hidayah,Norfarain dan Kakak Azlinah atas pengorbanan mereka bersusah payah menyediakan makanan.Dengan nasi putih,tembikai,pisang,sayur labu bercampur rempah,daging berempah kari dan lazat terasa di mulut kami semua.


       Di sambung dengan sesi ceramah daripada seorang Ustaz berkenaan kepentingan ilmu dengan Izuan menjadi pengacara.Ustaz itu menegur cara kami mendengar perbicaraan seorang penyampai ilmu.Ada jauh kedengaran suara bising daripada beberapa orang wanita (Wanita itu adalah orang yang sama berbuat bising0.Atas dasar tanggungjawab dan adab,aku melihat mereka dengan memberi isyarat supaya jangan bising.Selesai sesi ceramah,tiba masa untuk latihan dalam kumpulan dengan aku bersama-sama dengan Syafudin,Khairul Hafiz dan seorang budak dari SM.St.John serta Azree menjadi fasilitator kami.


        Ada 4 soalan yang perlu dijawab oleh kami dan setelah lama kemudian,terlihat akan kereta abang Hasmadi dan dia pun memasuki surau kami.Perbincangan kami didalam kumpulan diakhiri dengan usrah secara tak langsung.Aku bergerak ke usrah Abang Hasmadi kemudiannya ke usrah Ustaz Syahriul.Dipendekkan cerita,orang-orang penting berkumpul di luar surau untuk membincangkan tentang qiyamullail kami ini dengan di hadiri oleh ahli majlis tertinggi KRU Kota Kinabalu dan ahli KRU Sipitang.


       Lebih sejam masa perbincangan kami pada malam itu dengan perlbagai cadangan dikemukan termasuk penyediaan surat kebenaran,perlunya tentatif program,qiyamullail yang diselang selikan dengan solat dan zikir, dan pelbagai lagi.Yang paling penting adalah Imam Muda Ali berusaha mempertahankan kami dengan aktiviti ini walaupun ada pihak cuba  menyerang fitnah,atas-atas sebab politik.Menghampiri jam 12.30 tengah malam baru kami dapat merebahkan badan.Aku melelapkan mata berhempiran Izuan dan aku melihat abang Fazrin tengah berbincang diluar.

          Tak lama melelapkan mata,kami dikejutkan untuk sesi qiyamullail tapi sebelum itu diadakan slot muhasabah dengan abang Fazrin menjadi penceramah.Slotnya kurang mengacau perasaan walau berkenaan ibubapa tak tahu pula yang lain,sama ada teresak-esak atau sebaliknya.Seterusnya,kami menunaikan kewajipan qiyamullail dengan solat sunat hajat di iringi zikir dan solat sunat witir pun di iringi zikir dan doa. Imam Muda Ali dan Ustaz Syahriul berkenaan mahu menjadi Imam ketika itu.


       Mentari dah terbit dari ufuk barat,sejuk subuh tanda berkat mula terasa.Azan dilaungkan beserta solat sunat dan fardhu.Sesi subuh adalah pembelajaran pembetulan akan bacaan ibu segala surah,iaitu Al-Fatihah dengan Imam Hj. Maarif menjadi guru sementara.Kami jua dapat mendengar  cara bertaranmum daripada beliau.selepas itu,aku menjadi fasilitator untuk sesi riadah ringan pada pagi ahad.Di iringi juga dengan senam aerobik yang menjemput peserta untuk mengayakan senaman.


      Selesai dah riadah,makan pagi di hidangkan dengan roti dan kuih pisang beserta air teh suam.Sempat lagi aku menyuap kawanku (Sama ada Nazree atau Azree).Kami mandi dan bersiap,pakaian yang menjadi pilihan kau adalah baju warna putih sedikit pudar tanpa kolar dan seluar T-Shirt.Selepas aku mengemaskan barangan yang perlu dibawa balik,aku mahu meminjam beg Domokun Norhaslinda tapi dia berkata,
        "Tiidaak buuleeh".(dengan gaya kebudakan).
       Menghadiri sesi forum tentang Islamic Summer Camp,aku berkata pendapat aku berkenaan dengan aktiviti itu,pengalaman yang pahit,perkara yang disukai sepanjang Kem itu dan pelbagai lagi.Selepas itu,Sesi untuk abang dan kakak yang membicarakan tentang cara untuk belajar.Aku bertanyakan bagaimana untuk menghindari pengaruh negatif daripada kawan-kawan kepada abang Hasmadi.


       Dia berkata dengan dalaman diri itu mesti kuat, dan sebagainya.Ustaz Syahriul dan Kakak Azlinah pun turut memberi tips kepada kami semua.Selepas itu,Ustaz Awang Mohd.Nor berbicara sedikit dan tiba masa untuk sesi perlantikkan jawatan-jawatan penting Kelab Remaja Uhkuwwah Beaufort.Pada masa itu pula,ahli KRU Kota Kinabalu dah mula mengundurkan diri dan setelah tamat sesi slot terakhir pada pagi itu.Kami pun berkemas dan mengundurkan diri ke rumah dengan aku dan Aiman,Imam Muda Ali menghantar kami berdua. 

Akhir kata ,
Kami KRU Beaufort selaku 'The baby of KRU' ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada KRU Sipitang dan KRU Kota Kinabalu kerana sudi menyertai KRUB untuk menjalankan Program Qiyamullail ini dengan jayanya ..

wallahualam

Monday, January 2, 2012

Happy Circle KRUKK

Muslimin KRUKK dan PSS 

Alhamdulillah, selang beberapa hari selepas Tahun Baru 2012 disambut, Kelab Remaja Ukhuwwah(KRUKK) bersama Persatuan Siswazah Sabah(PSS) telah membuat satu program khas untuk ahli KRUKK dan PSS bagi merapatkan ukhuwwah dan membina sillaturrahim baru bersama ahli dan pimpinan baru dalam KRUKK dan PSS.

Program ini telah dinamakan sebagai “Happy Circle” dan membawa maksud iaitu satu keluarga Islam yang bersaudara tidak kira warna kulit, pangkat, darjat, umur, bahasa dan bangsa. Program ini telah dibuat pada 2 Januari 2012 bertempat di Taman Awam Teluk Likas yang bermula dari jam 8 pagi dan berakhir pada jam 1 petang.

Kehadiran ahli KRUKK dan PSS memang memberansangkan. Beberapa aktiviti yang dibawakan ialah aktiviti Ta’ruf bersama KRUKK dan PSS, Tazkirah Pagi, Puzzle, Orang Buta dan BBQ.

Beberapa ahli PSS yang hadir iaitu Saudara Mohd Zulhilmey, Saudara Azizul, Saudara Mohd Fanshuri, Saudara Fezri, Saudara Arif, Saudara Arif dan Saudara Akmal.

Program ini bermula dengan aktiviti Tazkirah yang disampaikan oleh Saudara Mohd Zulhilmey. Tazkirah yang bertajuk Jihad dibawakan. Muslimin dan muslimat yang hadir khusyuk mendengar tazkirah dari beliau. Dengan perwatakan Saudara Mohd Zulhilmey yang lawak spontan, memang tak kering gusi setiap ahli yang mendengarnya.

Tamatnya Tazkirah, slot Ta’ruf bersama KRUKK dan PSS pada jam 8.30 pagi diteruskan dan diketuai oleh Saudara Mohd Zulhilmey. Sesi Ta’ruf ini dibuat secara berasingan antara muslimin dan muslimat. Saudari Rusneyni mengendalikan ta’ruf muslimat dan Saudara Mohd Zulhilmey pula mengendalikan ta’ruf muslimin.

Setelah sesi ta’ruf selesai. Aktiviti seterusnya diikuti dengan aktiviti BBQ yang diketuai oleh Saudara Azizul dan Saudara Fanshuri. Mereka sangat tekun memanggang ayam-ayam yang sudah siap dengan ramuannya.

Aktiviti Puzzle dan Orang Buta pula dibuat sementara menunggu ayam yang dipanggang itu siap. Aktiviti Puzzle ini diketuai oleh Saudari Rusneyni bagi muslimat dan Saudara Renifezri bagi muslimin. Pelaksanaan aktiviti iaitu sekeping kertas mahjong dan satu pen maker diberikan kepada setiap kumpulan.

Seterus itu, ahli kumpulan diarahkan untuk lukis apa sahaja karakter dalam kertas tersebut. Setelah itu, ahli kumpulan akan bertukar kertas dan kertas itu akan dikoyakkan secara keping-kepingan oleh ahli kumpulan yang lain. Dan diberikan semula kepada ahli kumpulan yang asal dan setiap kumpulan diberikan masa selama 5 minit untuk memasang semula keping-kepingan tersebut.

Dengan angin yang membayu di dasar laut, memang mencabar kesabaran setiap ahli kumpulan untuk menyelesaikan Puzzle ciptaan mereka sendiri.

Aktiviti Orang Buta pula dibuat sejurus tamatnya aktiviti Puzzle. Cara pelaksanaan aktiviti ini ialah setiap ahli kumpulan diberi 5 biji gula-gula. Seterusnya, seorang dari ahli kumpulan dipilih untuk dijadikan sebagai Orang Buta. Orang yang dipilih perlu berada di tengah bulatan dan ditutup matanya dengan kain selendang atau dengan apa cara sekalipun.

Selepas itu, Orang Buta tersebut akan dipusingkan selama 3 kali. 5 biji gula-gula tersebut ditabur disekeliling bulatan dan Orang Buta diminta untuk mencari. Arahan untuk Orang Buta mencari gula-gula tersebut dengan mendengar arahan dari ahli kumpulan yang lain. Allahuakhbar ke depan, Alhamdulillah ke belakang, Lailllahaillallah ke kanan dan Subhanallah ke kiri. Ahli kumpulan akan memberi arahan dan Orang Buta perlu mendengar arahan.

Selesainya kesemua aktiviti tersebut, tepat pada jam 11 pagi semua ahli yang hadir menjamu selera ayam panggang yang sudah selesai dipanggang. Pelbagai gelagat yang lucu dapat dilihat tidak kira dari abang-abang mahupun kakak-kakak yang hadir.

Jam 12 tengah hari, persiapan untuk solat dibuat. Kanvas dibentangkan dan kesemua ahli mengambil wudu’ samaada di tandas awam mahupun di laut. Solat zohor diteruskan tepat pada jam 12.17 tengah hari.

Setelah solat, kesemua yang hadir bersiap untuk mengemaskan segala peralatan kerana program bakal berakhir. Jam 1 petang, sesi fotografi dibuat dan diakhiri dengan ucapan dari Saudara Mohd Zulhilmey dan lambaian ukhuwwah.

Alhamdulillah, program yang dirancangkan berjalan dengan lancar. Segala kerjasama yang diberikan amat-amat dihargai. Hanya Allah sahaja yang bisa membalas jasa kalian.

Terima kasih kepada PSS KK yang bersama kami dalam program ini. Semoga ikatan ukhuwwah yang dibina tidak pernah putus. Semoga Allah lihat dan makbulkan segala nilai dan niat murni ini.
Sesi Ta'ruf
Aktviti Puzzle
Pengerusi KRUKK bersama Abg PSS
BBQ
Aktiviti BBQ
Muslimat KRUKK dan PSS
Ucapan akhir dari Abg Zulhilmey

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons