PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Monday, February 20, 2012

Bengkel Pengurusan Organisasi (BPO) KRU Tuaran

Boring! Bosan!
Ada yang mengungkapkan  : “Boring la hidup ni” Kalimah “bosan” dilotarkan jauh-jauh dengan harapan ia tidak akan wujud dalam kamus hidupnya.Hakikatnya itulah jiwa yang kosong.Jiwa yang sifar matlamat.Jiwa itulah nanti akan berpegang dengan budaya hedonisme demi menghiburkan hati dan mengisi kekosongan jiwa semata-mata. Nauzubillah minzalik,moga kita dijauhkan dari sifat-sifat sedemikian.


Alhamdulillah. Dengan  izin dari Allah dan  kesempatan cuti  bersempena Tahun Baru Cina memberi peluang untuk Bengel Pengurusan Organisasi KRU Tuaran dilaksanakan. Hari Isnin menjadi pilihan,23 Januari 2012. Bengkel yang julung kalinya diadakan ini menerima 18 orang ahli yang  juga pimpinan KRU Tuaran sebagai peserta . Antara objektifnya ialah untuk  meningkatkan kemahiran memimpin,kesetiausahaan dan pengurusan kewangan,menerapkan kecekapan pengurusan masa dan memupuk semangat kerja berpasukan. Pelbagai modul disediakan bagi memastikan objektif tercapai. Rasa tidak mencukupi untuk belajar semua dalam sehari yang praktikalnya dilaksanakan sepanjang tahun. Namun tetap yakin  dan percaya“Practise make perfect” insya-Allah.


Bengkel bermula dengan  ceramah “Pengurusan Kepimpinan Dalam Islam” yang disampaikan oleh Cikgu Fairuz Bend. Mengingatkan kita bahawa Nabi Muhammad adalah  contoh terbaik dalam memimpin tidak hanya diakui oleh kawan tetapi juga lawan.Nabi mengingatkan kita dalam Hadisnya :

        “Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu sekelian akan ditanya perihal kepimpinan kamu”

Dalam solat juga telah ada panduan kepimpinan yang jika dilaksanakan dengan sempurna akan mendidik kita menjadi manusia yang berdisiplin dan berkepimpinan. Dalam ceramahnya,beliau turut berkongi pengalaman  sepanjang bergelar pemimpin sewaktu berada di alam persekolahan sehinggalah sekarang.  Pesannya “Jangan takut buat  silap sebab kita belajar dari kesilapan”. Renung-renung  dan fikir-fikirkanlah..


Seterusnya diikuti dengan LDK 1 iaitu Ta’aruf,LDK 2 pengurusan MT dan Lajnah (penerangan fungsi MT & Lajnah,penerangan isi kandungan fail setiap MT & Lajnah,penerangan fungsi MT & Lajnah semasa Qiam,brainstorming pemantapan Lajnah dan pembentangan). Manakala LDK 3 pula merungkai salah satu faktor kekuatan sesebuah organisasi iaitu Ukhwwah/persaudaraan. Selemah-lemah ukuwwah ialah bersangka baik!..LDK 4 bermodulkan SRTAW DALAM CAWAN yang menginginkan peseta bijak dalam merancang strategi dan melatih pemikiran yang kreatif. LDK 5 pula lebih kepada praktikal iaitu peserta dikehendaki membuat kertas kerja dan laporan program. LDK terakhir menekankan tentang pentingnya untuk Tsiqah kepada pemimpin/taat. Kena mempercayai ketua walaupun berada dalam bahaya...kerana DIALAH KETUA!!


Bengkel berakhir petang itu dengan perasmian penutupan oleh Presiden PSS sendiri,Cikgu Fairuz Bend. Setiap MT dan Lajnah dibekalkan dengan fail masing-masing sebagai amanah. Ibaratnya “Dayung sudah di tangan,perahu sudah di air" segala-gala yang dikehendaki sudah diperolehi,maka diri sendirilah penentu sama ada perahu akan bergerak atau terus karam. Tidak dinafikan,PEMIMPIN itu satu AMANAH dan AMANAH itu merupakan perkara paling berat di dunia. Mampu atau tidak kita menggalasnya,itu soal kedua. Apa yang penting adalah laksanakan amanah itu dengan sebaiknya!


Jiwa yang kaya akan sibuk hinggakan masa yang ada terasa tidak mencukupi. Ingatlah bahawa manusia mempunyai misi penting setelah dilahirkan di dunia. Mereka hamba,mereka jugalah pemimpin (khalifah). Ingatlah firman Allah s.a.w yang bermaksud : “Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah.” (Surah al-Dhariyat 51:5). Allah juga berfirman yang bermaksud : “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” (Surah al-Baqarah 2:30) .Dua misi inilah yang akan membuatkan kita begitu sibuk di dunia sehingga tidak punya masa untuk bergelumang dengan maksiat..mudah-mudahan.








 Penyerahan Fail kepada setiap MT & Lajnah



Bulatan Percaya




 Dialah Ketua

 Syukran jazilan kepada PSS Tuaran,IPG Kent,guru PASTI dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini. Kesungguhan dan penat lelah kalian amat kami hargai dan moga Allah menerimanya sebagai amalan soleh disisiNya. Abang-abang dan kakak-kakak...Mohon tunjuk ajar berterusan!

Saturday, February 18, 2012

[PSS Kunak] Program Nadwah Kepimpinan

Alhamdulillah, pada 18hb Februari yang lalu, bertempat di Dewan Madai, Hospital Kunak, PSS Kunak telah bejaya menganjurkan Program Nadwah Kepimpinan untuk ahli jawatankuasa Kelab Al-Fath. Seramai 11 orang peserta telah berjaya mengikuti program ini.

Program Nadwah Kepimpinan bertujuan untuk membina dan meningkatkan kemahiran memimpin yang berkualiti dan berkesan. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membina individu yang mampu mengurus emosi dengan cara yang betul, membentuk jati diri pemimpin yang kuat dari segala aspek serta mewujudkan persefahaman dalam gerak kerja berkumpulan. Bagi mencapai matlamat program, beberapa aktiviti telah dijalankan seperti "ice breaking", ceramah, LDK dan tayangan video.

MULAKAN HIDUP BARU, 2012

Ibnu Mas,ud: “…Perkara yang paling sedih apabila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah, tapi amalanku tidak bertambah…”.
Justeru, mari bersama kita tingkatkan amalan kita. Tidak kira hitungan setahun menggunakan kalendar hijrah atau pun kalendar masihi yang nyata usia kita pasti meningkat. Biarlah peningkatan usia kita seiring dengan pertambahan amalan kita.
Usia kita meningkat, usia KRU yang menjadi gelanggang dakwah dan tarbiyyah kita juga  turut meningkat. Kita yang menjadi ahlinya,maka kitalah yang memacu arah tujunya dengan bimbingan dan tunjuk ajar abang-abang dan kakak-kakak PSS.
Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) KRU Tuaran 2012/2013  yang berlangsung pada 15 Januari 2012 sempena Qiamullail Bulanan Pertama tahun ini pada 14-15 Januari 2012 menampikanl banyak wajah-wajah baru pimpinan KRUT. Wajah-wajah inilah yang bakal mewarnai persana kecemerlangan KRUT. Jatuh bangunnya KRUT bergantung kepada komitmen mereka yang memimpin dan kita yang dipimpin. Setiap daripada  kita mesti sanggup menjadi pemimpin yang adil dan pengikut yang baik. Buatmu para pimpinan pengayuh dah ada ditangan, sampan dah di laut, maka mulakanlah kayuhanmu. Berhati-hatilah semasa mengayuh kerana setiap kayuhanmu itu akan dipersoalkan. Jadikan TAQWA dan IKHLAS asas kayuhanmu.
Mari kita renung bersama ucapan mantan Pengerusi KRU Tuaran 2008-2011:
Bismillahirrahmannirahim

Alhamdulilahi rabbil alamin wassola tu wassolamu alaa saidina muhammad wa alaa alihi wasohbihiajmain.

Terima kasih adik Pengerusi Majlis. Yang dihormati wakil PSS Pusat,  Pengerusi PSS Tuaran Saudara Kholis , Majlis Tertinggi KRUT 2011/2012, AJK-AJK Qiam dan adik-adik KRU yang dihormati dan disayangi sekalian.

assalamualaikumwarahmatullahhi wabarokatuh,

Syukur kepada Allah S.W.T kerana memberikan kesempatan waktu yang ada bagi saya menulis cinta kepada adik2 KRU yang disayangi sekalian dalam program Mesyuarat AgungTahunan KRU Tuaran 2012/2013 ini.
Terima kasih saya ucapkan kepada PSS Tuaran kerana membantu saya dalam melaksanakan aktiviti KRUT sepanjang tahun 2011. Saya memohon maaf atas kelemahan saya kerana tidak dapat membantu dalam menjayakan program-program KRUT dan PSS Tuaran. Terima kasih saya ucapkan juga kepada ahli PSS Tuaran dari IPG Kent, Tuaran kerana membantu saya dalam melaksanakan aktiviti KRUT, terima kasih.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada Majlis Tertinggi  KRU Tuaran kerana turut berhempas pulas unutk melaksanakan program yang dirancang dalam takwim KRUT 2011. Pertama kalinya, saya memohon maaf kerana tidak dapat memberikan bantuan 100% kepaad program-program KRUT dan PSS Tuaran. Tetapi saya amat gembira melihat semangat ukhuwwah dan kerjasama yang wujud dalam kalangan MT KRUT untuk melaksanakn aktiviti KRUT. Ini adalah semangat berpasukan yang perlu dicontohi oleh adik-adik KRUT dalam membuat gerak kerja dakwah iaitu perlu ada teamwork dalam menyebarkan Islam di bumi Tuaran yang bertuah ini.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada adik-adik KRUT yang istiqamah dan selalu mengikuti aktiviti KRUT yang dilaksanakan pada tahun 2011. Terima kasih kerana sudi datang ke AGM KRUT 2012/2013 ini. Saya harap adik-adik KRUT bakal menjadi mata-mata rantai perjuangan dalam membawa Islam di tuaran yang tercinta ini.

"WAHAI ORANG-ORANG BERIMAN. JIKA KAMU MENOLONG (AGAMA) ALLAH, NISCAYA DIA AKAN MENOLONGMU DAN MENEGUHKAN KEDUDUKANMU" (QS. MUHAMMAD,47 : 7)

Para hadirin sekalian,
Ingin saya mengambil kesempatan ini unutk menceritakan sedilkit sejarah KRUT  yang mahu masuk 5 tahun usia penubuhannya. Adik-adik perlu tahu pengerusi pertama KRUT ialah Nazran Arbaa dan saya sebagai Timbalan pengerusi pada penghujung tahun 2007. Pada tahun 2008, saya  menjadi  pengerusi KRUT kerana Nazran Arbaa melanjutkan pengajian ke IPT. Mungkin agak lama juga saya menjadi Pengerusi KRUT  tahun sejak tahun 2008 - 2011. Kini tiba masa bagi saya memberikan peluang kpd pelapis-pelapis KRUT yang berkaliber dan saya sangat mengharapkn ada corak perubahan yang dibawa oleh pelapis-pelapis ini dalam gerak kerja dakwh di Tuaran. “Patah tumbuh, hilang berganti’

Akhir sekali, saya rasa masih sempat lagi bagi saya untuk mengucapkan selamat tahun baru 2012 pada semua. Harapan saya agar tahun baru ini menjadi tahun yang penuh dengan kejayaan dan agar sentiasa mencipta kejayaan di Tuaran yang bertuah ini. Kita mulakan hidup baru untuk tahun baru ini. Sekian.

Perancangan penting. Rancangan jangka pendek dan rancangan jangka panjang. Semasa AGM semua ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara menerima pakai Takwim Aktiviti KRU Tuaran 2012. Ayuh bersama-sama kita menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun 2012 ini. "Kemudian apabila kamu telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah." (Ali Imran:159)

Demi memastikan agar setiap aktiviiti yang telah dirancang ini terlaksana, kerjasama daripada semua ahli KRUT amatlah diharapkan. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Pastikan ikatan ukhuwah sentiasa bersemi di jiwa-jiwa kita. Sempena usaha memantapkan ukhuwah ini juga satu majlis ringkas telah diadakan pada 2 Januari 2012 sebelum ada dikalangan ahli yang pergi merantau semula. Buat yang merantau teruskan kembara ilmu dan dakwah walau di mana jua berada. Jadilah umpama “benih yang baik kalau dicampak ke darat menjadi gunung dan jika dicampak ke laut menjadi pulau?” Buat yang tinggal teruskan perjuangan di bumi sendiri. “Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah”.



Ceramah oleh Saudara Zulhilmey Mahmud


Belakang tabir persediaan AGM


Penyampaian cenderahati buat perasmi, Saudara Azizul Julirin (Setiusaha Agung PSS Pusat)

Dulu dibawah Lajnah Tarbiyah & Kepimpinan, kini Pengerusi KRUT


Setiausaha sementara
 
 

Monday, February 6, 2012

Ziarah Mesra KRU-B Ke Rumah Anak Yatim Al Aman

NAHNU MUSLIM !
Alhamdulillah .. Satu lagi program Kelab Remaja Ukhuwwah Beaufort berjaya diselesaikan .. Alhamdulillah ..

Program yang diperkatakan adalah Program Ziarah Mesra KRUB ke Rumah Anak Yatim Al-Aman Beaufort pada 6 februari 2012 .. Program ini turut dihadiri oleh Kelab Remaja Ukhuwwah cawangan Kota Kinabalu , para penduduk RAY Al-Aman , dan 2 orang non-muslim .. Di kesempatan ini , kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi hadir ke program kami pada hari tersebut , dan terima kasih kepada ustaz Awang Mohd.Nor yang sudi datang memberi ceramah kepada kami semua .. Syukran jazilan .. Seterusnya , jutaan terima kasih kami berikan juga kepada KRUKK kerana sudi menghadiahkan KRUB 'bookmarks' .. insyaAllah , kami akan menjaga bookmarks itu dengan sebaik yang mungkin ..

Berbalik kepada program Ziarah Mesra ini , berikut merupakan tentatif program Ziarah Mesra :

7.00-8.00 am : Ketibaan & Pendaftaran
8.00-8.30 am : Ceramah Ustaz Awang
8.30-9.30 am : 'Ice Breaking' , sesi taaruf dan LDK
9.30-10.30 am : Slot bersama PSS
10.30-11.00 am : Slot Bersama KRUB
11.00-11.30 am : Minum pagi 
11.30-12.30 am : Majlis penutupan , nasyid , makan dan solat zuhur

Sesi pembukaan tirai program kami dimulakan dengan nyanyian lagu nasyid yang "Rasulullah" by Hijjaz .. Setelah itui , slot ceramah bersama Ustaz Awang pun dimulakan .. Slot Ceramah daripada Ustaz Awang amatlah menarik perhatian sekali .. Slot ceramah Ustaz Awang mengandungi unsur-unsur lucu tetapi apa yang disampaikan olehnya amat berkesan dan terterap di dalam minda dan hati .. Selesai sahaja slot ceramah bersama Ustaz Awang , slot LDK pun bermula .. pada mulanya , setiap orang diarahkan untuk mencari sambungan kepingan kertas yang mereka dapat , dan kepingan kertas itulah yang menentukan ahli kumpulan mereka .. Seterusnya , sesi taaruf pun dimulakan dan yang seronoknya sesi taaruf ini , mereka disuruh melukis  muka mereka sendiri lalu menukarkan kertas masing-masing kepada rakan yang lain .. 

Ketika jam menunjukkan ke angka hampir 10.30 am , sesi taaruf diberhentikan dan sesi fotografi diawalkan kerana para sahabat dari KRUKK akan pulang ke Kota Kinabalu pada jam 11 mengikuti Kereta Api .. Selesai sahaja menghantar KRUKK pulang , acara sukaneka pun dimulakan .. Untuk pengetahuan umum , acara sukaneka merupakan Slot Bersama KRUB .. Alhamdulillah , PSS Beaufort telah memberikan peluang kepada kami , KRUB untuk menjalankan slot kami sendiri .. Alhamdulillah ^^ .. Hampir setengah jam menjalankan slot kami , maka berakhirlah aktiviti KRUB bersama RAY Al-Aman Beaufort .. 

Selepas berakhir semua aktiviti , kami telah menjamu penduduk RAY Al-Aman dengan hidangan minum pagi .. Selanjutnya , selesai sahaja minum pagi , kami meneruskan program ini dengan majlis penutupan .. Setelah majlis penutupan , persembahan nasyid dari RAY dan beberapa ahli KRUB yang hadir diadakan .. 

Dengan persembahan nasyid daripada RAY dan KRUB maka berakhirlah program kami pada hari itu .. Kami juga telah menyajikan para penduduk RAY dengan makanan tengahari .. Seterusnya , selesai sahaja menjamu selera , solat zuhur pun didirikan .. Setelah itu , satu persatu kelibat manusia meninggalkan perkarang RAY Al-Aman Beaufort .. 

Maka dengan itu berakhirlah juga coretan ini dan turut diselitkan beberapa keping gambar kami sewaktu berada di RAY :D





*GAMBAR KENANGAN*





Rumah Anak Yatim Al-Aman Beaufort

Penceramah Terhebat : Ustaz Awang

Penduduk RAY muslimat

Penduduk RAY muslimin


K.I.T.A

A.L.L.A.H

H.A.T.I

P.S.S

Sesi taaruf

LDK

Sukaneka

Sukaneka RAY bersama KRUB

Semangat sukaneka

menjamu selera :)

:D

Persembahan Nasyid RAY



KRU-B Muslimat

^^

KRUKK dan KRUB

Salam perpisahan dari KRUKK

KRUKK



Gambar kenangan

Gamber kenangan
Barisan AJK KRUB 

sekian ~ Assalamualaikum ^^

"Barangsiapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT , maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap .. Dan barangsiapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki , maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini , Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya .. " [ Hadis riwayat Ahmad ]

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons