PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Wednesday, July 25, 2012

[PSS & KRU Putatan & Kota Kinabalu] Qiamullail Perdana Julai 2012

Masjid Negeri Sabah, 7-8 Julai 2012 : Seramai lebih kurang 90 peserta dan 30 orang AJK telah menjayakan Qiamullail Perdana Julai 2012 yang julung-julung kalinya diadakan di Masjid Negeri Sabah.
AJK Penyertaan Muslimin yang ceria.
AJK Penyertaan Muslimat yang setia menanti kehadiran peserta.
Peserta Muslimin dan Muslimat
Pendaftaran peserta bermula pada 7 Julai 2012 pada pukul 1.00 petang. Seperti biasa, AJK dan fasilitator bertugas menyambut peserta dengan ramah dan mesra di kaunter pendaftaran. Antara pengisian sebelah petang, ialah taklimat program, sesi Taaruf (Ice-Breaking), solat Asar, bacaan Al-Mathurat dan Riadah.
Ice-Breaking.
Slot Taaruf Muslimat
Slot Taaruf dikendalikan oleh saudara Renifezri Mohamad.
Pengisian sebelah malam pula ialah, slot Kongsi Ilmu, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), dan slot Muhasabah.Kongsi Ilmu telah disampaikan oleh Ustaz Nik Anwar Al-Basuti, Pengasas Darussyifa' Sabah.
Saudara Zulzaim bersama Ustaz Nik Anwar
Slot Muhasabah Muslimat
Slot Muhasabah Muslimin
Muhasabah dalam kedinginan Malam
Bersemangat Refleksi Diri

Seawal 3.30 pagi, semua peserta, AJK dan fasilitator telah bersedia untuk Qiamullail secara berjemaah. Sebelum menunaikan solat-solat sunat, peserta berzikir munajat yang telah dipimpin oleh Saudara Zulzaim yang juga merangkap Exco I Masyarakat dan Siswazah (EMS) PSS. Selepas itu, Qiamullail dipimpin oleh Ustaz Dr Norazamuddin Umar.
Saudara Zulzaim memimpin Zikir Munajat
Ustaz Dr Azam memberi taklimat Qiamullail.
Qiamullail diimami oleh Ustaz Dr Norazamuddin.
Program diteruskan dengan solat subuh, sembang Subuh, bacaan Al-Mathurat, dan diakhiri dengan slot penggulungan dan penutupan. Sembang Subuh, telah disampaikan secara kasual oleh Ustaz Arbaen dengan tajuk "Remaja Muslim : Ke Mana Arahku?".
Sembang Subuh
Remaja Muslim : Ke Mana Arahku? oleh Ustaz Arbaen.
Koleksi Gambar di sini.

Ukhuwwah Tuaran Ke Beaufort

 
Alhamdulillah,13-15 Julai yang lalu KRU Tuaran berkesempatan menghadiri KRIS Beaufort yang bertapak selama 3 hari 2 malam di SMK Beaufort. Banyak pengalaman dan iktibar yang dapat diperoleh sepanjang berada di sana. Usai berhalaqah di Masjid Tuaran, perjalanan diteruskan dengan misi manambah ilmu dan menjalinkan ukhuwwah sesama insan di daerah Beaufort. Sepanjang perjalanan fikiran ligat membayangkan sahabat-sahabat KRU Beaufort sedang bertungkus-lumus menjayakan KRIS kali ke-2. Meskipun hajat tidak kesampaian untuk menaiki keretapi, namun segalanya dipermudahkan setelah kami sampai lewat pukul 9.45 malam. Ketibaan kami disambut mesra. Sesekali mata menerawang mencari ruang untuk berkhidmat dengan kemampuan yang ada. 

Seawal pagi lagi, berkesempatan menemani AJK Makanan berbelanja di Pekan Beaufort. Dalam kesegaran pagi, pasar tamu dijelajah. Tidak banyak bezanya dengan Pekan Tuaran. Sesekali mencari sesuatu yang ingin dibawa pulang sebagai ole-ole. Ada jugalah :)

Seperti KRIS dikawasan lain, soal Akidah, Ibadah dan Akhlak diketengahkan. Ditambah dengan pencerahan melalui LDK dan Explorace.Sungguh,pengisian yang disusun rapi. Moga-moga peserta mendapat sesuatu yang bermanfaat kepada diri mereka.

------------------------------------------ 

Pengalaman baru yang tidak boleh dilupakan ialah berkesempatan menaiki keretapi dari Beaufort ke Tanjung Aru. Alhamdulillah, teruja dan menyeronokkan! Sambil menikmati pemandangan sepanjang perjalanan, hati bersyukur kerana Allah memberi kesempatan untuk berkumpul dan bertukar-tukar pandangan dengan sahabat-sahabat dari KRU Beaufort, KRU Sipitang dan KRUKK. Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah. InsyaAllah. Ukhuwwah fillah abadan abada!! 
Emmm....inilah kepakarannya.
Grrrrrrrr....terbawa hingga ke Beaufort...?????
Latihan 'adik-adik' kah?
Siapa sangka Timb. Pengerusi PSS Tuaran akhirnya berada di Beaufort...

Tahniah buat semua!!!!!

Sumber : 
http://psstuaran.blogspot.com/2012/07/kembara-ke-beaufort.html

Tuesday, July 24, 2012

[PSS & KRU Tuaran] Ramadhan Kareem

Bismillahirrahmanirrahim. Senyum jangan tak senyum. Hari ini hari Jumaat. Esok Ramadhan. Bulan tarbiyyah. Begitu cepat masa berlalu. Putaran roda kehidupan susah dan senang silih berganti mewarnai perjalanan hidup kita. Untuk apa semua itu? Tidak lain sekadar menguji adakah kita ini penyabar atau tidak. Bersyukur atau tidak? Ayuh teruskan dan atur langkah dengan bijaksana.

Terkadang apa yang berlaku tu diluar perancangan kita. Ia terjadi dengan begitu unik sekali. Terkadang ia berbentuk nikmat dan terkadang berbentuk ancaman. Terkadang benda yang kita suka dan terkadang benda yang kita tidak suka. Mungkin ia satu nikmat bagi orang lain tetapi mungkin satu ancaman bagi orang lain pula. Melihat setiap kejadian dengan mata hati yang paling dalam. Jom muhasabah. Pasti ada hikmahnya.

Kami memohon kemaafan kepada setiap pihak yang terlibat andainya apa yang sedang berlaku ini mengganggu emosi kalian.

Kenangan program minggu lepas:
Banyaknya soalan (^_^). Terima kasih.

Selamat berpuasa. (^_^)

Pengalaman berkelana ke Bumi Beaufort bakal menyusul....insya-Allah.

Sumber : http://psstuaran.blogspot.com/2012/07/ramadhan-kareem.html

Monday, July 23, 2012

Roadshow PSS dan KRU Kota Belud Ke SMK.Tambulion


15 Julai 2012 : Persatuan Siswazah Sabah(PSS) dan Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Cawangan Kota Belud telah mengadakan roadshow ke destinasi pertama buat tahun ini iaitu SMK.Tambulion Kota Belud. Ini merupakan lokasi bagi KRIS tahun ini, dan selepas KRIS melabuhkan tirai. Roadshow pula menyusul dengan pelbagai aktiviti dan pengisian yang berbeza buat adik-adik di sekolah.

Roadshow pada kali ini bermula seawal jam 8 pagi. Semua ahli PSS dan KRU Kota Belud bergerak ke SMK Tambulion untuk slot pertama. Selepas sesi pendaftaran, para peserta dan para AJK menunaikan solat sunat Dhuha di surau SMK. Tambulion. Keseluruhan pengisian program pada hari itu juga dijalankan di surau tersebut. Selepas selesai menunaikan solat sunat Dhuhah, para peserta mengambil tempat dan bersedia untuk mendengar kuliah Dhuha yang disampaikan oleh Sdr. Iqbal Fikri Anafiah yang juga merupakan pengerusi PSS Kota Belud. Slot yang disampaikan bertajuk Kehebatan Sultan Muhammad Al-Fateh.



Satu persatu sejarah berkenaan Sultan Muhammad Al-Fateh dikumpas untuk memberi penghayatan kepada adik-adik tentang keunggulan peribadi yang ditonjolkan olehh Sultan Muhammad Al-Fateh. Perjuangan beliau dilandaskan kepada kekuatan akidah yang menyebabkan beliau sangat disegani dan menjadi seorang pemimpin yang berjaya. Para peserta khsuyuk mendengar bait-bait kuliah yang disampaikan oleh Sdr. Iqbal. Semoga mereka dapat menghayati sejarah ketokohan sultan Muhammad Al-Fateh dan mengambil ibrah daripadanya.



Selepas selesai kuliah Dhuha, para peserta dihidangkan dengan juadah minum pagi. Waaupun agak sederhana menunya, namun ia agak sedap dijamah ditambah dengan gurau senda antara AJK dan peserta yang baru sahaja kenal antara satu sama lain. Semoga ukhuwwah yang terjalin ini akan berkekalan hendaknya. Selesai minumpagi, para peserta diberikan latihan dalam kumpulan (LDK) yang bertajuk bangunan straw. Mereka diberi masa selama 20 minit untuk membina sebuah bangunan menggunakan beberapa straw yang diberi. Setelah masa tamat, fasi mengaitkan hubungan di antara akidah seseorang manusia dengan keutuhan bangunan yang mereka bina tadi berlandaskan beberapa ciri. 





Selesai solat zohor dan makan tengah hari, berakhirlah slot pertama untuk hari tersebut. Slot 2 disusuli dengan kuliah maghrib yang disampaikan oleh penceramah jemputan. Walaupun tidak lama bersama dengan adik-adik di SMK. Tambulion, namun ukhuwwah yang terbina sudah pasti akan berkekalan. InsyaAllah. Bertepatan dengan tema roadshow pada kali ini iaitu "Dakwah itu Cinta", semoga cinta sesama saudara muslim yang terbina ini akan membibitkan lagi duta-duta dakwah di bumi Kota Belud. 


koleksi gambar : klik di sini 

Sunday, July 22, 2012

Kem Remaja Islam (KRIS) Beaufort 2012




Foto Kenangan ^^ ~ Nahnu muslim !
" Tanpa KRIS , tak mungkin wujudnya KRU di daerah Beaufort ini " - Review KRIS Beaufort 1.0 pada 11.11.2011 di tempat yang sama dengan KRIS Beaufort 2.0 .. SMK Beaufort 1 ..

KRIS Beaufort 1.0
Assalamualaikum W.B.T ..

Alhamdulillah , Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya KRIS Beaufort 2.0 berjaya dilaksanakan dengan lancarnya .. Alhamdulillah .. 

KRIS Beaufort telah selamat dijalankan pada 13-15 Julai 2012 bertempat di SMK Beaufort 1 dengan kehadiran peserta seramai 60 orang .. Alhamdulillah .. KRIS kali ini juga turut dibantu oleh beberapa Facilitator dari Politeknik Kota Kinabalu , PSS Kawasan lain , KRU Sipitang , KRU Kota Kinabalu , dan juga KRU Tuaran .. 

KRIS Beaufort telah membuka tirainya seawal jam 2.00 petang .. Para AJK sudah mulai menjalankan tugas masing-masing .. Kehadiran peserta pertama menghasilkan senyuman di bibir penganjur .. Sementara menunggu peserta lain tiba , para peserta yang tiba terlebih dahulu telah diarahkan untuk meletakkan beg mereka di tempat penginapan .. Usai sahaja sesi pendaftaran , sesi taklimat pun diadakan dan telah disampaikan oleh pengarah program , iaitu Ustaz Syahriul ..

Selepas sesi taklimat berakhir , para peserta diarahkan ke surau untuk menunaikan solat asar .. Selesai sahaja solat asar didirikan , bacaan al-mathurat pun dimulakan .. Selesai itu , barulah para peserta diberi minum petang .. Pembahagian para peserta kepada beberapa kumpulan telah dimulakan oleh saudara Azry Hairie selesai sahaja minum petang dan penghulu serta penghuluwati pun dilantik .. Setelah itu , azan maghrib berkumandang dan para peserta diarahkan untuk bergegas ke surau .. Kuliah maghrib telah disampaikan selepas sahaja solat maghrib ditunaikan .. Usai sahaja kuliah maghrib , sementara menanti azan isyak , para peserta disajikan dengan makan malam .. Selepas makan malam , barulah para peserta bergerak ke surat dan solat isyak berjemaah .. Kuliah dasar bersama Ustaz Ghazali dimulakan setelah solat isyak selesai ..
Selesai sahaja Kuliah dasar , para peserta diarahkan untuk minum malam dan sebelum masuk tidur , para peserta diberitahu mengenai adab-adab sebelum tidur ..

Kuliah selepas solat
Hari ke-2 ..

Seawal jam 3.30 pagi , para peserta telah diarahkan untuk bangun dan bersiap-siap untuk menunaikan Qiamullail .. Selepas qiamullail , para peserta diberikan rehat sekejap sementara menunggu azan subuh berkumandang .. usai sahaja solat subuh , para peserta disajikan dengan kuliah subuh .. Kemudian , setelah selesai kuliah subuh , para peserta diarahkan untuk menuju ke gelanggang futsal untuk menjalankan aktiviti riadah .. Aktiviti riadah yang dijalankan nampak menyeronokkan di mata para peserta kerana dari aktiviti ini tautan ukhuwah mereka semakin rapat .. Selesai aktiviti riadah , para peserta dihidangkan dengan sarapan pagi kemudiannya setelah sarapan pagi , mereka diberi masa untuk membersihkan diri .. Seawal jam 8.00 pagi , para peserta berkumpul semula di dalam dewan , dan peserta yang lambat telah dikenakan sedikit hukuman .. Selepas semua peserta berkumpul , sesi slot bersama KRU Beaufort pun dimulakan .. Slot bersama KRU Beaufort hanya memakan masa selama lebih kurang 20 minit , selepas itu , kuliah dasar pun dimulakan .. Seperti biasa , selesai sahaja kuliah dasar , para peserta akan diberikan rehat seketika dan mereka diberi minum pagi .. Selepas minum pagi , para peserta masuk dalam kumpulan masing-masing dan Latihan dalam kumpulan pun dimulakan .. Selesai sahaja LDK , para peserta diberikan pula makan tengahari dan diarahkan ke surau untuk menunaikan solat zohor berjemaah ..

LDK
Unit Pengisian
LDK
Riadah 
Riadah di awal pagi
LDK Muslimin
LDK Muslimat 


Kuliah dasar untuk ke-3 kalinya telah disampaikan oleh Ustaz Awang yang berkisarkan akhlak setelah nyanyian lagu tema selepas solat zohor .. Solat asar , bacaan al-mathurat dan minum petang diadakan selepas kuliah dasar tamat .. Masa lapang yang ada sebelum maghrib menjelang , satu aktiviti iaitu debat telah dilaksanakan .. Ketua kumpulan telah diberikan sekeping kertas dan di kertas itu tertulis akan peranan setiap kumpulan .. Dalam aktiviti ini , kelihatan para peserta bersemangat dalam mempertahankan peranan masing-masing  .. Kedengaran sahaja azan maghrib bergema , para peserta diarahkan untuk menuju ke surau .. Seperti lazimnya , selepas solat maghrib mesti ada kuliahnya .. Setelah itu , barulah para peserta diberi makan malam .. Selepas makan malam , solat Isyak berjemaah pun didirikan .. 

Kebiasaannya , malam ekspresi diri ataupun malam kesenian Islam adalah aktiviti di mana para peserta sentiasa menantikannya .. Dalam slot ini , setiap kumpulan diberikan satu tajuk , dan melalui tajuk yang mereka dapat itu , mereka hendaklah melakonkannya .. Lakonan mereka pula akan diadili oleh 3 orang juri .. Pada malam ekspresi diri , lakonan yang diberikan oleh para peserta mantap-mantap belaka .. Selesai sahaja malam ekspresi diri , para peserta dihidangkan dengan minum malam .. Usai sahaja minum malam , satu lagi slot di mana slot inilah yang memberi getaran jiwa kepada para peserta iaitu slot muhasabah .. Sementara menunggu skuad slot muhasabah bersedia , para peserta disajikan dengan sedikit regangan .. 

Malam ekspresi diri
Penerangan malam ekspresi diri
Perbincangan malam ekspresi diri


Kira-kira jam 10.30 malam , sesi slot muhasabah pun dimulakan , para peserta diarahkan tutup mata mereka masing-masing dengan menggunakan kain yang mereka bawa dan para fasi serta AJK membantu para peserta menutup mata mereka .. Slot muhasabah dimulakan dengan sedikit lakonan di mana lakonan itu berkisarkan tentang seorang anak yang derhaka kepada ibunya .. Dari lakonan itu , kedengaran suara tangisan para peserta .. Alhamdulillah .. Selesai sahaja lakonan itu , slot muhasabah diteruskan dengan azab kubur dan pencerahan slot muhasabah .. Sebaik sahaja slot pencerahan tiba , para peserta diarahkan untuk membuka mata masing-masing dan melihat ke arah cahaya yang terang , di mana cahaya yang terang itu adanya sekujur mayat .. Ada peserta yang terkejut dan ditenangkan oleh para fasilitator yang berdekatan dengan peserta .. Akhirnya , slot muhasabah telah tamat sekitar jam 12.30 malam .. Setelah slot muhasabah berakhir , para peserta diarahkan untuk bertenang seketika sebelum masuk tidur .. Selain itu , mereka juga diarahkan untuk membac tiga Kul sebelum dilepaskan pulang ke tempat penginapan ..

Hari terakhir ..

Seperti kebiasaannya , para peserta telah dibangunkan seawal jam 3.30 pagi untuk berqiamullail .. Setelah itu mereka diberikan rehat sekejap sementara menanti azan subuh bergema .. Berkumandang sahaja solat subuh , para peserta diarahkan untuk mempersiapkan diri untuk berjemaah .. Selepas solat subuh , para peserta disajikan dengan kuliah subuh .. Selepas kuliah subuh , para peserta dihidangkan dengan sarapan pagi dan setelah itu , aktiviti explorace pun diadakan .. Dalam aktiviti explorace ini , para peserta telah diberikan beberapa checkpoint .. Dan melalui checkpoint-checkpoint itulah para peserta dapat menimba ilmu mereka .. Dalam sekita satu jam lebih , aktiviti explorace akhirnya berjaya dihabiskan .. 

semangat ! semangat ! semangat !
Muslimat chaiyO !
srikandi - srikandi Islam
Setelah tamatnya explorace , maka tamatlah sudah aktiviti-aktiviti untuk para peserta Kem Remaja Islam Beaufort 2.0 .. Seterusnya , para peserta diarahkan untuk membersihkan diri dan mengemaskan segala barang-barang mereka serta tempat penginapan .. Setelah itu , sesi fotografi pun diadakan dan slot penutupan pun bermula .. Selesai sahaja slot penutupan , maka rasmilah sudah Kem Remaja Islam Beaufort 2.0 tamat dan KRU-B pun telah bertambah .. Alhamdulillah ! ^^ ..

p/s :: Kemaafan dipinta kepada semua jika sepanjang program ada tersilap laku , tersilap bicara dan terkasar budi bahasa .. Mohon maaf dipinta .. Terima kasih juga kepada semua yang menjayakan KRIS Beaufort 2.0 ini dan terima kasih kepada para fasilitator dan AJK yang datang dari jauh kerana sudi hadir ke KRIS Beaufort 2.0 ini .. Sekali lagi , terima kasih ..

Semoga Allah redha .. Sekian .. Syukran ..

wallahualam ~

Sumber : http://krubeaufort.blogspot.com/2012/07/kem-remaja-islam-beaufort-20.html

Tuesday, July 17, 2012

Qiamullail dan Rehlah Julai 2012 PSS&KRU Kota Belud


7-8 Julai 2012 : Persatuan Siswazah Sabah (PSS)  dan Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) telah Berjaya menngadakan program qiamullail bulanan bagi bulan julai. Qiamullail kali ini agak berbeza dengan qiamullail lepas, ini kerana qiam kali ini diadakan di Kg Pantai Emas, ianya dianjurkan bersama di bawah jawatankuasa masjid Kampung Pantai Mas.


Program seperti biasa pendaftaran bermula pada pukul 2.30pm, diantara slot khas pengisian yang diadakan adalah “apa khabar orang kampong” , pengisian untuk aktiviti ini, para peserta dikehendaki untuk mengedar risalah serta menjemput orang kampung untuk mendengar slot ceramah yang diadakan di masjid sekaligus menjemput untuk qiyamulail bersama. Disamping itu, ianya bertujuan untuk para peserta serta AJK beramah mesra dengan penduduk kampung. 



Pada malamnya, slot kuliah maghrib berkenaan “sunnah “yang disampaikan oleh saudara Ahmad Fauzi Saifuddin mantan pengerusi persatuan siswazah sabah kota belud dan kini merupakan timbalan presiden 1 persatuan siswazah sabah. Program diteruskan lagi dengan ceramah yang disampaikan oleh ustaz saifuddin merupakan mudir pondok fizilalil quran. Ceramah bertajuk “ ahlan wasahlan ya ramadhan”

Keeseokan harinya setelah melakukan solat qiyamulail. Para peserta meneruskan program dengan aktiviti pantai seperti bermain jala ikan dan penyakiit berjangkit, terdapat juga permainan bola, dan pelbagai permainan yang mempunyai mesej tersendiri yang mana khususnya adalah untuk memperkukuhkan ukhuwah. 


Lambaian ukhuwah mengakhiri slot pengisian untuk qiyamulail pada bulan ini. Salam pertemuan pada Qiamullail yang akan datang. InsyaAllahDescription: https://s-static.ak.facebook.com/images/blank.gif







Koleksi gambar di sini

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons